Syarat Kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pelajar Sekolah Menengah

Ramai yang tanya mengenai syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) selepas kami menyiarkan rencana mengenai cara proses permohonan BKP dan juga maklumat mengenai jumlah tajaan BKP kepada pelajar berberapa bulan yang lepas. Adalah penting anda membaca dan memahami syarat-syarat yang ditentukan untuk memohon biasiswa tersebut untuk panduan dan rujukan anda. Teruskan membaca.

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

Lalu apakah syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan? Seharusnya anda kena banyak mencari dan membaca sebelum bertanyakan soalan kerana jawapannya banyak dan boleh didapati di merata tempat dalam online. Apa yang kami kongsikan disini juga berdasarkan maklumat yang diperolehi dari online.

Tidak mengapalah, untuk lebih menyenangkan hidup anda kami telah membantu anda menyenaraikan syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan untuk rujukan dan panduan anda semasa memohon. Teruskan membaca maklumat di bawah.

Syarat memohon BKP di bawah hanyalah untuk tujuan rujukan umum. Sudah pasti pihak sekolah mempunyai caranya sendiri untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak. Keputusan kelulusan biasiswa ini juga bergantung kepada budibicara jawatankuasa penilai untuk BKP.

Sebab itu anda digalakkan merujuk kepada guru kelas anda dan pihak sekolah mengenai peluang memohon biasiswa BKP ini. Mereka lebih arif dan memahami keperluan pelajar mereka. Anda juga boleh meminta bantuan pihak sekolah sama anda anda memenuhi syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan sebelum mengemukakan permohonan.

Di bawah adalah syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

a. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia
b. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
c. Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah
d. Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan
e. Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Biasanya pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar yang layak dan membantu mengemukakan  permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pertimbangan.

Pelajar yang layak dan berminat untuk memohon biasiswa BKP sila berhubung dengan guru kelas anda untuk meklumat lanjut dan proses permohonan.

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan ini bermanfaat kepada anda.