Syarat Memohon Biasiswa Shell Malaysia Sebagai Panduan Anda

Syarat memohon biasiswa Shell Malaysia yang perlu anda patuhi jika memohon Shell Malaysia scholarship. Rasanya rencana mengenai biasiswa Shell ini sudah banyak kita siarkan. Antaranya rencana terdahulu kami mengenai cara memohon Biasiswa Shell Malaysia dan tips temuduga/interview biasiswa Shell.

Namun masih banyak persoalan dan untuk menjawab sedikit sebanyak, kali ini kami kongsikan syarat memohon biasiswa Shell Malaysia sebagai panduan anda. Adalah penting untuk anda memahami dengan jelas maklumat ini sebelum anda membuat permohonan secara online.

Adalah perlu untuk anda tidak melakukan kesilapan kerana biasiswa Shell adalah antara biasiswa yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun ramai pelajar Malaysia yang memohon biasiswa ini. Sudah tentu saingan amatlah sengit.

Selain dari kelayakan pencapaian akademik, kesilapan semasa membuat permohonan juga boleh menyebabkan permohonan anda gagal atau ditolak. Tidak rugi jika anda mengambil sedikit masa membaca dan memahami maklumat penting ini untuk panduan dan rujukan anda.

Syarat Memohon Biasiswa Shell

Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat mengenai topik ini. Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah syarat asas sahaja, kelulusan permohonan anda adalah terletak pada budibicara pihak Shell.

Shell Malaysia ada kongsikan syarat memohon biasiswa Shell di laman website rasmi mereka untuk panduan pelajar. Di website tersebut juga ada diterangkan dengan terperinci proses permohonan dan tapisan yang pelajar terpaksa lalui untuk mendapatkan biasiswa ini.
Jika anda tidak memenuhi syarat-syarat asas ini tetapi merasakan anda layak dan berminat, anda boleh menghubungi pihak bahagian biasiswa Shell untuk meminta panduan lanjut dan maklumat terkini.

Selepas menghantar permohonan anda, pihak Shell akan membuat tapisan. Hanya pelajar yang disenarai pendek (short-listed) yang akan dipanggil untuk temuduga atau ke peringkat permohonan yang seterusnya.

Pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Shell ini berpeluang untuk ditawarkan kerja terus dengan pihak Shell sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka. Ini bermakna pelajar tajaan Shell tidak perlu risau mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya masa depan mereka.

Semoga perkongsian mengenai syarat memohon biasiswa Shell ini bermanfaat. Kepada yang akan memohon kami ucapkan semoga berjaya!
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.