Biasiswa Untuk Pelajar Perubatan Pengajian Dalam Dan Luar Negara

Biasiswa untuk pelajar perubatan dalam dan luar negara. Maklumat biasiswa untuk pelajar perubatan ini sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar perubatan di Malaysia. Semoga maklumat ini membantu kehidupan pelajar perubatan dalam pengajian mereka sedikit sebanyak.

Baca Maklumat Lanjut Biasiswa >> DI SINI

Biasiswa perubatan sememangnya tidak begitu banyak ditawarkan. Jika anda tidak berjaya mendapat biasisswa perubatan, anda masih boleh memohon pinjaman pelajaran untuk pelajar perubatan seperti dari pihak JPA dan juga sumber-sumber lain yang sah.

Biasiswa untuk pelajar perubatan

Kursus Pengajian Perubatan Untuk Pelajar Malaysia

Tentu ramai yang berminat untuk sambung pengajian dalam bidang perubatan bukan? Walau bagaimanapun anda memerlukan pencapaian akademik di peringkat SPM yang cemerlang untuk masuk bidang pengajian perubatan. Hendak menjadi doktor ini bukan senang, lepas jadi doktor anda pula akan bertanggungjawab merawat orang ramai, ini bermaksud anda mestilah seorang yang arif dan pakar dalam bidang anda. Kesihatan orang ramai bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Tempat pula agak terhad ditawarkan di Universiti Awam (UA) untuk kursus perubatan. Walaupun ramai yang mempunyi pencapaian akademik yang cemerlang di peringkat SPM tetapi bukan semua boleh masuk kursus bidang perubatan (medical studies) di UA di Malaysia. Sebab itu agak ramai pelajar yang terpaksa melanjutkan pengajian mereka ke luar negara dalam bidang yang sama.

Selain dari Uinversiti Awam, pengajian perubatan juga ada ditawarkan kepada pelajar yang layak dan berminat di IPTS di Malaysia. Berbanding ketika dahulu, IPTS di Malaysia kini banyak yang mampu menawarkan bidang perubatan bertahap antarabangsa untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelajar dan negara.

Negara kita sememangnya masih kekurangan doktor terlatih dan bertauliah ketika ini.

Di bawah adalah senarai Universiti Awam dan IPTS yang menawarkan kursus pengajian perubatan di Malaysia. Sila lihat senarai untuk maklumat dan rujukan anda yang berminat dalam kursus bidang perubatan.

Senarai Universiti Awam (UA) dan IPTS yang menawarkan Kursus Perubatan di Malaysia.


Senarai universiti dengan kerjasama universiti dalam negara yang menawarkan kursus perubatan di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Setakat ini sebanyak lebih kurang 33 universiti awam dan IPTS yang menawarkan pengajian perubatan untuk pelajar di Malaysia. Anda boleh semak list di atas dan jika anda memerlukan maklumat terperinci dari universiti-universiti terbabit sila berhubung secara langsung dengan pihak universiti tersebut.

Senarai Biasiswa Untuk Pelajar Perubatan Di Malaysia

Mengambil kursus perubatan ini bukan sahaja memerlukan kelayakan akademik yang cemerlang tetapi memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi juga terutama untuk membayar yuran pengajian yang memang mahal.

Sebab itu masalah utama pelajar yang ingin mengambil kursus ini ialah mencari biasiswa untuk pelajar perubatan bagi menampung pengajian mereka.

Biasiswa untuk pelajar perubatan juga tidaklah begitu banyak. Walau bagaimanapun ada juga sumber penaja biasiswa untuk pelajar perubatan di Malaysia terutama dari pihak JPA dan juga dari syarikat-syarikat terkemuka.

Biasiswa untuk pelajar perubatan juga ada ditaja oleh pihak hospital swasta itu sendiri. Dalam hal ini usaha bertanya dan mendapatkan maklumat yang banyak amatlah penting.

Jika anda mencari biasiswa anda boleh semak senarai biasiswa terkini di Malaysia yang telah kami kumpulkan setakat ini. Anda boleh dapatkan maklumat biasiswa dan bidang-bidang pengajian yang ditaja oleh biasiswa tersebut di dalam artikel tersebut.

Peluang Pekerjaan Graduan Pengajian Perubatan

Rasanya info ini tidak memerlukan penjelasan. Pelajar atau graduan lepasan pengajian perubatan tentulah akan berkerjaya sebagai seorang doktor dan penasihat perubatan (health consultant) di hospital kerajaan, swasta dan juga syarikat-syarikat yang berkaitan dengan produk kesihatan.

Semoga perkongsian maklumat mengenai biasiswa untuk pelajar perubatan dalam dan luar negara di Malaysia ini bermanfaat kepada anda.