Senarai Bidang Kursus Ditawarkan UiTM Pulau Pinang

Senarai bidang kursus ditawarkan UiTM Pulau Pinang. List UiTM Pulau Pinang course (kos) untuk rujukan dan panduan pelajar. Senarai program di UiTM Pulau Pinang ini termasuklah kursus yang ditawarkan di UiTM Permatang Pauh dan syarat kemasukan diploma kulinari UiTM Penang. Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM Pulau Pinang, info ini mungkin berguna kepada anda. Teruskan membaca maklumat lanjut di bawah.
senarai kursus UiTM Pulau Pinang

UiTM Pulau Pinang (Penang)

Sebelum itu kita sorot kembali mengenai detik-detik awal penubuhan kampus UiTM cawangan Pulau Pinang untuk pengetahuan am anda. UiTM Penang ditubuhkan dan mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan bermula sebagai kampus UiTM ke-11. Hari ini kampus sebenar UiTM Pulau Pinang terletak di Jalan Permatang Pau yang mula diduduki sejak Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar untuk UiTM Pulau Pinang (Penang) ialah pada Julai 1996 dengan jumlah pelajar sebanyak 230 orang. Pelajar kumpulan pertama ini menamatkan pengajian mereka pada Mei 1999.

Pada permulaan penubuhannya, UiTM Penang memiliki kakitangan (staff) seramai 40 orang termasuk 9 orang staff untuk bahagian akademik. Kampus UiTM Pulau Pinang ini ditubuhkan dengan tumpuan utama menyediakan kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak tahun 1995 untuk menyediakan sebuah kampus UiTM Pulau Pinang dengan kapasiti pelajar 10,000 dalam bidang kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang utama di kampus ini.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan UiTM Pulau Pinang

Senarai program bidang kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Pulau Pinang. UiTM untuk pengetahuan anda memiliki kampus mereka di setiap negeri di Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai kampus UiTM sendiri dan menawarkan kursus-kursus menarik.

Kampus UiTM cawangan Pulau Pinang terletak di Permatang Pauh dan juga di Bertam Kepala Batas. Sila rujuk senarai bidang kursus yang ditawarkan di kedua-dua kampus UiTM tersebut.

A. UiTM Permatang Pauh

Kampus UiTM yang terletak di Permatang Pauh Pulau Pinang memilik 6 fakulti yang menawarkan kursus pengajian seperti di bawah.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Diploma kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Pesekitaran)

Fakulti kejuruteraan Elektrik
Diploma kejuruteraan Elektrik (Peralatan)
Diploma kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
diplomakejuruteraan Elektrik (Eliktronik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Instrumentasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Komunikasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Komputer)

Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Awam (Infrastruktur)

Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Statistik
Diploma Sains Komputer

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Seni Kulinari
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Ijazah sarjana Muda Pengurusan Hotel

B. UiTM Bertam

Kampus UiTM yang terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang pula memiliki 4 fakulti yang menawarkan bidang kursus peringkat diploma dan degree dalam bidang sains kesihatan (health science) dan Perniagaan.

Fakulti Sains Kesihatan
Diploma Kesihatan Persekitaran
Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Fakulti Farmasi
Diploma Farmasi

Fakulti Sains Kesihatan
Diploma kesihatan Persekitaran
Diploma teknologi Makmal Perubatan

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

Jika anda berminat dengan mana-mana kursus di atas, anda bolehlah memohon. Walau bagaimanapun sila buat semakan kelayakan terlebih dahulu untuk program kursus yang anda pilih untuk memastikan anda layak untuk kursus tersebut.

Syarat Kemasukan UiTM Pulau Pinang

Adakah anda layak untuk memohon kemasukan ke UiTM? Soalan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum buang masa dan tenaga memohon ke UiTM.

Terdapat syarat-syarat yang terpaksa dipenuhi kepada pelajar yang berminat untuk memohon memasuki UiTM. Kami ada membuat perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan mengikut kategori sebelum ini iaitu syarat kemasukan lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Diploma dan lepasan Matrikulasi untuk rujukan dan panduan anda.

Cara Memohon Ke UiTM Pulau Pinang

Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM cawangan Kedah anda boleh memohon secara online ke laman website rasmi yang dikendalikan sendiri oleh pihak UiTM. Cara untuk memohon senang sahaja.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan UiTM Online

Maklumat Perhubungan UiTM Pulau Pinang

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pulau Pinang
Kampus Permatang pauh ,Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh | Pulau Pinang
Tel : +604-3822888
Website: https://penang.uitm.edu.my/main/index.php

Semoga perkongisan maklumat mengenai senarai kursus ditawarkan di UiTM Pulau Pinang ini bermanfaat kepada anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.