Syarat Kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM & Peluang Kerjaya

Syarat kemasukan diploma pengurusan pelancongan uitm dan peluang kerjaya graduan di Malaysia. UiTM cawangan Melaka, Sarawak dan Shah Alam adalah antara kampus UiTM yang menawarkan kursus Diploma Pelancongan di Malaysia. UiTM adalah antara universiti dan kolej yang menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan kerana kursus ini menawarkan peluang kerjaya yang luas dan banyak kepada para graduannya di Malaysia dan juga antarabangsa.
syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM
Sebelum ini kami pernah menyairkan informasi mengenai pendaftaran UiTM dan peluang kerjaya untuk pelajar Diploma Seni Kulinari di UiTM. Kali ini kami akan berkongsi maklumat mengenai syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM dan peluang kerjaya untuk graduan kursus tersebut selepas menamatkan pengajian kelak.

Industri Pelancongan Di Malaysia Dan Peluang Kerjaya

Mungkin ramai yang tidak tahu, maka ada juga pelajar yang merasakan bahawa kursus dalam bidang pelancongan adalah bidang yang tidak mempunyai masa depan yang baik dengan peluang kerjaya yang terhad atau kurang. Sebenarnya tanggapan itu salah, kerana di negara-negara lain terutama di negara maju, industri pelancongan adalah penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara dengan peluang pekerjaan yang begitu banyak dan luas cukup malah kerja lebih banyak dari individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini.

Untuk makluman anda, perkataan pelancongan atau dalam Bahasa Inggeris 'tourism' adalah berasal dari perkataan Latin iaitu 'tornar' dan juga perkataan Greek iaitu 'tornos' yang merujuk kepada maksud pergerakan dalam bentuk satu bulatan. Hari ini pelancongan adala merujuk kepada gerakan manusia yang bersifat sementara dari satu destinasi ke destinasi yang lain tidak semestinya dalam bentuk bulatan.

Kebiasannya, aktiviti pelancongan sering dianggap sebagai satu gaya hidup mewah kerana hanya segelintir individu yang mempunyai masa dan wang sahaja yang mampu berbuat demikian. Walau bagaimanapun situasi ini semakin berubah seiring dengan perkembangan gaya hidup dan kapasiti pendapatan (income) yang meningkat dan juga kos penerbangan atau pengangkutan yang semakin murah kerana persaingan dalam industri penerbangan menjadikannya lebih murah dan mampu milik kepada semua golongan.

Perkembangat IT juga menjadikan pelancongan semakin mendapat sambutan luas kerana perkongsian maklumat tempat menarik dan destinasi, tempahan hotel dan pengangkutan online dan sebagainya.
Dalam konteks negara Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006) - tourismahmadzamane.wordpress.com
Dalam konteks Malaysia, industri pelancongan semakin bergerak ke tahap yang lebih meluas dan berkembang begitu pesat. Kita memerlukan tenaga mahir dan terlatih untuk sektor pelancongan di Malaysia yang semakin berkembang maju ketika ini.

Program Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM

Sepanjang pengajian 2 1/2 tahun, graduan akan mempelajari pelbagai subjek elemen pelancongan seperti pengurusan, pemasaran dan aplikasi komputer. Dalam semester 6, pelajar diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama 18 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar.
This is a three-year programme, designed to provide basic skills and knowledge of the overall tourism industry. Special emphasis is given to the major operations of the traveling business. The faculty is equipped with ABACUS training facilities. Graduates of this programme have a choice of either to start a career in the tourism industry or to pursue a degree programme in a related field or other fields.

Graduan yang berjaya menamatkan pengajian diploma berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan juga luar negara. Program diploma ini juga menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan kerajaan atau swasta seperti dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, agensi pelancongan, pengurusan hotel dan resort, perancangan acara, pengurusan pameran dan persidangan dan rekreasi.

Syarat Kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM 


Berikut ialah syarat kelayakan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM untuk panduan pelajar yang berminat untuk mengikuti program tersebut. Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM ini terdiri daripada 3 pilihan. Sila rujuk senarai di bawah.

Pilihan 1: Dengan SPM/SPMV
Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk BM, BI (Gred B), MT/ MT Tambahan serta mana-mana dua (2) subjek lain

Pilihan 2: Dengan Pra Diploma
Lulus program Pra Diploma Perdaganagan (PD002/PD003) dari UiTM

Pilihan 3: Dengan Sijil 
Lulus Sijil Pengendalian Urusan Pelancongan (HM005)

Jika anda memilik mana-mana syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM di atas anda dipelawa untuk memohon.

Tempoh Pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM

Tempoh pengajian yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM adalah sebanyak 6 semester. Pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI) pada Semester 5 untuk mendapatkan pengalaman kerja dan melengkapkan keperluan untuk graduate bagi Diploma Pengurusan Pelancongan.

Semester 1

Economics
Business Mathematics
Intro. to Hospitality Industry
Fundamental of Management
Mandarin / Japanese
Preparatory English
Prinsip-Prinsip Asas Islam
Co-Curriculum

Semester 2

Principles of Accounting
Principles of Tourism
Principles of Marketing
Customer Service
Mandarin / Japanese
Mainstream English I
Pemikiran dan Tamadun Islam
Co-Curriculum

Semester 3

Computer Application
Travel & Tour Agency Management
Meeting, Incentive, Convention & Exhibition
Elective I
German / French I
Mainstream English II
Pengurusan Pemakanan dan Pelancongan Islam

Semester 4

Transportation
Tour Planning & Design
Fares & Ticketing
Comp. Reservation System
Elective II
German / French II
Occupational English

Semester 5

Industrial Training I
Industrial Training II

Semester 6

Human Resource Management
Domestic Tourism
Legal Aspects of Travel Industries
Hotel Marketing
Hospitality Management Accounting
Entrepreneurship Studies
Elective II

Dari Semester 1 hingga Semester 6, pelajar kursus ini akan ditawarkan subjek-subjek yang berkualiti tinggi yang berkaitan dengan bidang ini bertujuan untuk menyediakan graduan yang boleh buat kerja dalam bidang ini selepas mereka menamatkan pengajian mereka kelak.

Peluang Kerjaya Graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM

Apakah peluang pekerjaan untuk graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM? Soalan ini tentulah soalan yang sering ditanya oleh pelajar. Seperti yang telah dijelaskan awal-awal lagi bahawa peluang kerjaya untuk graduan kursus ini adalah amat luas dan tidak terhad.

Selaras/selari dengan pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia yang berkembang begitu pesat, kerja melebihi jumlah individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini.

Graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM boleh bertugas dalam sektor awam atau swasta sebagai kakitangan di sektor-sektor pekerjaan seperti di bawah:

  • Hotel ("Food & Beverage"/pengurusan)
  • Restoran
  • Agensi Pelancongan
  • Hiburan, Rekreasi dan Sukan
  • Industri Budaya
  • Pengurusan Majlis
  • Perhubungan Awam

Oleh kerana peluang pekerjaan yang begitu luas dan banyak ini, tidak ada sebab mengapa pelajar tidak berminat untuk mengambil kursus Diploma Pengurusan Pelancongan di UiTM. Dalam masa yang sama, graduan dari bidang ini juga terbuka untuk memohon untuk perkhidmatan dalam sektor kerajaan.

Permohonan Kemasukan UiTM

Jika anda memilik syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM dan ingin mendaftar, anda boleh mendaftar terus menggunakan sistem pendaftaran online UiTM.

Sila layari laman website rasmi UiTM di sini >>> Pendaftaran Online UiTM

Semoga perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM ini bermanfaat kepada anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.