Semakan Keputusan Permohonan Tingkatan 6 Sesi 2019-2020

Pelajar yang ada memohon kemasukan ke Tingakatan 6 boleh membuat semakan keputusan permohonan Tingkatan 6 secara online dan SMS selepas ianya diumumkanPelajar lepasan SPM 2018 boleh membuat semakan tawaran ke Tingkatan 6 sesi 2019/2020 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dengan membuat semakan secara online di portal yang disediakan khas untuk tujuan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Semakan keputusan permohonan Tingkatan 6
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh dibuat melalui sistem aplikasi SST6 KPM.

Anda boleh membuat semakan selepas selepas pengumuman keputusan tawaran ke Tingkatan Enam (6) diumumkan menerusi portal rasmi KPM.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6


Pelajar yang ingin membuat semakan dan mendapat tawaran kemasukan ke Tinagkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh mengikuti/membaca maklumat-maklumat berkaitan seperti cara membuat semakan, kod berpakaian pelajar Tingkatan 6 dan sebagainya melalui ruangan-ruangan di bawah.
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN TINGKATAN 6
DIBUKA
DITUTUP
-
-
Tarikh rasmi (tepat) pengumuman keputusan permohonan ke Tingkatan 6 melalui laman website rasmi KPM

Cara membuat semakan keputusan tawaran. Terdapat 2 cara. Sila rujuk maklumat di bawah.
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN TINGKATAN 6
A.    SEMAKAN SECARA ONLINE
B.     SEMAKAN SECARA SMS
Taip: MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888
Taip: MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888
Nota: Jika anda mendapat tawaran dan bersetuju untuk menerima tawaran, surat tawaran Tingkatan 6 harus DICETAK SEGERA dan dibawa bersama pada hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan. Sistem semakan ini hanya akan diaktifkan selepas keputusan diumumkan oleh KPM. Anda boleh menggunakan kedua-dua kaedah semakan di atas.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan ke Tingkatan Enam (6) untuk rujukan anda. Sila rujuk maklumat di bawah.
SYARAT UMUM KELAYAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6
1.      Pelajar yang memohon bagi kemasukan ke Tingkatan 6 mestilah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)

2.      Pemohon berumur di antara 17 hinggi 20 tahun pada masa memohon

3.      Untuk kelayakan murid ke aliran Sains Sosial jumlah mata unit bagi 3 mara pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 dan bagi aliran Agama tidak melebihi 14.

Untuk keterangan lanjut layari >> Syarat Kemasukan Am/Khas/Jurusan

Pelajar Yang Tidak Perlu Memohon

a. Pelajar lepasan SPM 2018 yang mempunyai kelayakan yang mencukupi seperti yang diterangkan dalam jadual di atas tidak perlu memohon ke Tingkatan 6 tahun 2019 kerana anda akan ditawarkan tempat secara automatik.

b. Semakan keputusan permohonan/tawaran serta cetakan surat tawaran boleh dibuat secara online melalui sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 (SST6) apabila ianya diaktifkan nanti.

Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 6


Pelajar yang tidak mendapat tawaran pada ambilan pertama Tingkatan 6 boleh membuat rayuan dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan. Sila layari link-link di bawah untuk maklumat terperinci tentang cara-cara membuat permohonan rayuan.

Keputusan permohonan rayuan Tingkatan 6 anda akan diumumkan. Tarikh dan masa akan kami update di sini nanti. Jika rayuan anda berjaya dan anda mendapat tawaran, pelajar dikehendaki untuk mendaftar dan lapor diri selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Jika pelajar gagal berbuat demikian, calon dianggap telah menolak tawaran.


Soalan-Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Berkaitan Kemasukan Tingkatan 6

Jika anda masih ada persoalan, bolehlah layari link di bawah untuk membaca soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh pelajar yang berhasrat untuk memasuki Tingkatan 6.


Semoga perkongsian maklumat mengenai semakan keputusan permohonan Tingkatan 6 ini bermanfaat kepada anda. 
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.