Syarat Kelayakan Asasi Sains UiTM Lepasan SPM Untuk Panduan Pelajar

Syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM di Dengkil. Selepas keputusan SPM diumumkan tentu ramai pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Biasanya ke peringkat STPM, diploma atau matrikulasi mengikut minat dan keputusan akademik mereka.

Semakan keputusan SPM boleh buat di sini.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit maklumat mengenai syarat kelayakan Asasi Sains UiTM yang ingin mengambil program tersebut di UiTM. Teruskan membaca untuk maklumat mengenai program Asasi Sains di UiTM Dengkil Selangor.

syarat kelayakan asasi sains UiTM lepasan SPM

Apa Itu Program Asasi

Mungkin ramai terutama pelajar lepasan SPM dan juga ibubapa yang kurang memahami mengenai Program Asasi. Ini kerana biasanya pelajar lepasan SPM lebih banyak dihidangkan dengan maklumat mengenai STPM, Diploma dan Matrikulasi. Info mengenai pengajian program Asasi memang agak jarang dibincangkan atau diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk pelajar lepasan SPM.

Untuk membolehkan anda mendapat gambaran secara umum mengenai program Asasi, kami kongsikan di bawah maksud/takrifan Program Asasi dan juga kelebihan-kelebihannya untuk pelajar yang akan mengambil kursus ini.

Program Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma terus ke Ijazah Sarjana Muda. Calon lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun.

Dalam Bahasa Inggeris takrifan yang lebih luas dan bersifat universal mengenai maksud Asasi ialah seperti di bawah.

The foundation course is a one or two year preparatory course for school-leavers who want to qualify for a place on a bachelor’s degree course in art, design or architecture. The course is almost entirely practical in nature, although increasingly elements of art and design history have been introduced, and it is considered sufficient to qualify those who pass it to move on to a degree course without further study. It is the dominant form of entry to university and art college degree courses in the United Kingdom, but versions of it exist in several other countries, particularly where British influence over art education has been historically strong. In Ireland it is known as the Core Studies course, and versions of the foundation course also exist in Australia, Canada, Cyprus, Malta, Malaysia and New Zealand.- Wikipedia

Di Malaysia, Program Asasi dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Pusat Asasi UiTM ataupun Centre of Foundation Studies (UiTM Pusat Asasi telah ditubuhkan pada November 2009 dengan tujuan untuk menyediakan pelajar untuk mengikuti program ijazah di UiTM dan Institusi awam yang lain Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Program predegree akademik yang ditawarkan ialah: Asasi Undang-undang (LAW), Asasi Kejuruteraan (Kejuruteraan), Asasi TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Asasi Sains (Sains).

Sekarang anda sudah mendapat sedikit gambaran mengenai Program Asasi dan mengapa ianya antara program yang menarik. Teruskan membaca untuk maklumat mengenai kelebihan-kelebihan program Asasi.

Kelebihan Program Asasi Sains Di UiTM

Apakah pula kelebihan untuk pelajar yang mengikuti program Asasi di UiTM? Bahagian ini tentu menarik untuk pelajar tahu. Untuk maklumat anda, UiTM adalah satu-satunya universiti awam di Malaysia yang memiliki sebuah kampus khas iaitu di Dengkil, Selangor untuk pelajar yang mahu mengikuti program Asasi termasuklah Asasi Sains.

UiTM juga adalah universiti awam yang memilik pelajar Program Asasi yang paling ramai di Malaysia. Setiap tahun jumlah permohonan untuk memasuki Program Asasi di UiTM memang sangat banyak.

So apakah kelebihan untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM? Teruskan membaca maklumat di bawah.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU  untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.

The quality of education at the Pusat Asasi UiTM is confirmed by the annual appraisals conducted by the university itself which show that the majority of students are satisfied with their selection of the university and the education programme. The University’s strongest points are: its prestige, development opportunities and the study environment.

Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Ini bermaksud jika anda adalah lulusan Program Asasi Sains di UiTM dan tidak berminat untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah untuk bidang berkenaan di UiTM tetapi anda berminat untuk masuk ke universiti awam lain dalam bidang yang sama, anda hanya perlu memohon melalui UPU dan pilih bidang berkaitan di universiti lain.

Berbanding Program Asasi di uinversiti lain, pelajar lulusan program asasi tersebut terbatas/terhad/mesti mengikuti bidang berkaitan di universiti yang sama.

Laluan ke Sarjana Muda

1. Calon yang tamat program Asasi Sains dengan cemerlang berpeluang ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM atau IPTA lain dalam bidang:
Perubatan
Pergigian
Farmasi

2. Calon juga boleh memilih untuk mengikuti program Pengajian Sains dan Teknologi yang ditawarkan di UiTM atau IPTA lain dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

3. Calon yang tamat program Asasi Sains di UiTM perlu memohon ke program Ijazah Sarjana Muda melalui BPKP (Jabatan Pendidikan Tinggi) seperti yang diiklankan di akhbar-akhbar utama.

*AMBILAN UNTUK LULUSAN SPM TAHUN SEMASA SAHAJA

Syarat Kelayakan Asasi Sains UiTM Lepasan SPM

Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi pelajar untuk melayakkan diri mengikut Program Asasi Sains di UiTM.

Syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM ialah (a) Syarat Am Universiti dan, (b) Syarat Khas Program.

i. Syarat Am Universiti

a. Warganegara Malaysia;dan
b. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah(SPM 2013 dan ke atas)dalam peperiksaan SPM.

ii. Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program.

a. MemenuhiSYARAT AM UNIVERSITIdengan mendapat minima Gred A- dalam DUA (2)mata pelajaran dan Gred B dalam DUA (2)mata pelajaran berikut :

  • Additional Mathematics
  • Physics
  • Biology
  • Chemistry

DAN

  • Bahasa Inggeris minima Gred B

DAN

  • Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali

Jika anda memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM seperti yang tersenarai di atas, anda bolehlah memohon untuk kemasukan ke Program Asasi Sains UiTM.


Cara Mendaftar Program Asasi Sains UiTM

Selepas membuat semakan dan anda memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM, anda bolehlah memohon.

Cara untuk memohon senang sahaja. Anda boleh memohon terus melalui borang permohonan online yang disediakan khas untuk tujuan ini oleh pihak UiTM.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan Program Asasi UiTM Online

Maklumat Perhubungan UiTM Dengkil

Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan terperinci, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan pengambilan pelajar asasi di UiTM. Gunakan maklumat perhubungan di bawah untuk tujuan tersebut.

UiTM Kampus Dengkil Selangor

Universiti Teknologi MARA
Caw. Selangor Kampus Dengkil
43800 Dengkil, Selangor
Phone: 03-8924 5417/ 03 8924 5200
E-mail: pusatasasi@uitm.edu.my

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM ini bermanfaat kepada anda.