Cara Buat Pantun 4 Kerat Bahasa Melayu Untuk Rujukan Pelajar

Panduan ringkas cara buat pantun 4 kerat Bahasa Melayu dengan cepat dan mudah. Pantun terdiri dari pantun 2 kerat dan pantun 4 kerat, biasanya digunakan di permulaan ucapan untuk menambah seri majlis atau upacara. Pantun boleh berbentuk gurauan, pantun Melayu nasihat dan pelbagai tujuan lain lagi.

Setiap pantun terdiri dari 2 komponen utama iaitu PEMBAYANG dan MAKSUD. Cuba perhatikan contoh pantun di bawah.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh Kita Menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun di atas adalah pantun 4 kerat. Perhatikan 2 baris pertama dalam pantun tersebut adalah 'pembayang' dan 2 baris yang terakhir adalah 'maksud' pantun tersebut. Ada yang bertanya adakah pembayang dan maksud mestilah membawa erti yang sama? Jawapannya tidak. Pembanyang adalah penyedap rasa sahaja, supaya pantun tersebut yang diungkapkan lebih sedap didengar.

Pembayang adalah klu (clue) ke atas maksud yang ingin disampaikan. Sesuai dengan istilahnya, pendengar yang arif sudah boleh meneka maksud sesuatu pantun hanya dengan mendengar pembayangnya sahaja. Oleh hal yang demikian, pembayang yang baik haruslah boleh memberi bayangan kepada maksud yang ingin disampaikan, bukannya memberi gambaran yang salah.

Kalau maksud pantunnya sedih, pembayangnya pun harus sedih. Kalau maksudnya negatif, pembayangnya juga harus negatif, dan begitulah seterusnya. Lihat sahaja pembayang pantun di atas. "Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi" memberi erti bahawa kita hanya boleh berjumpa kalau umur kita sama-sama panjang. Kalau dah meninggal, mana dapat berjumpa lagi.

Begitulah keadaannya dengan sumur (perigi). Kalau masih ada lagi sumur tersebut, maka bolehlah kita menumpang mandi. Kalau sumur tersebut sudah tidak ada lagi, maka tidak dapatlah kita hendak menumpang mandi lagi.

Cuba perhatikan pula pantun di bawah. Cuba pula kita lihat pembayang yang saya rasa tak berapa cantik. Ia telah digubah oleh orang sekarang yang kalau tidak silap saya, pernah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid sedikit masa dulu:

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walau hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

Nampak tak maksud pantun dengan pembayangnya yang macam bertentangan. Pembayangnya membayangkan perkara yang elok-elok iaitu menceritakan tentang sepohon kayu yang mempunyai daun yang rimbun serta bunga dan buah yang lebat. Manakala maksudnya pula bertentangan iaitu mencela orang yang tidak sembahyang iaitu mereka yang mempunyai sifat yang tidak elok walaupun dikurniakan nikmat umur yang panjang.

Seterusnya saya akan bincangkan pantun dari aspek penyusunan rima pula. Berbanding dengan mencipta pembayang, menyusun rima adalah agak mudah sedikit.

Lihat contoh pantun yang mempunyai rima yang baik.

Rangkap 1. Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Rangkap 2. Gunung Daik Bercabang Tiga
Rangkap 3. Hancur Badan Di Kandung Tanah
Rangkap 4. Budi Yang Baik Di Pandang Juga.

Tumpukan kepada perkataan-perkataan yang diwarnakan.

Perkataan berwarna di rangkap 1 sama bunyinya dengan perkataan berwarna di rangkap 3. Pandan dengan Badan, Tengah dengan Tanah. Begitu juga perkataan yang berwarna  di rangkap 2 dengan rankap 4, Daik denga Baik dan Tiga dengan Juga.

Untuk panduan cara buat pantun 4 kerat yang lebih terperinci layari Bahasa Melayu puecorgxret.blogspot.com untuk tips-tips membuat pantut yang  betul dan cantik di dengar.

Semoga perkongsian cara buat pantun 4 kerat Bahasa Melayu ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan yang lain.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.