Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM Diploma Dan Ijazah

Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM untuk program diploma dan Ijazah. nampaknya ramai sangat yang mencari info mengenai kursus diploma atau ijazah dalam bidang tersebut di UiTM. Semua nak masuk UiTM, IPTA dan IPTS lain tak nak masuk ke?

Adakah ditawarkan kursus Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM?

Kami ada menerima emails dari pembaca bertanyakan mengenai info kursus tersebut di UiTM. Cari punya cari info tak berjaya jumpa apa-apa mengenai kewujudan kursus tersebut di UiTM. Kalau anda ada info bolehlah share di bahagian komen untuk manfaat bersama.

Kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut janganlah asyik fikir nak masuk UiTM sahaja. Pertimbangkanlah juga IPTA dan IPTS lain yang ada menawarkan kursus ini.

Kalau di Malaysia kursus ini ada ditawarkan di IPTA dan juga di banyak IPTS. Di sini kami ingin kongsikan dengan anda senarai universiti dan kolej yang menawarkan kursus tersebut.

Jom lihat senarai di bawah. Mana tahu ada antaranya yang anda berminat, bolehlah mendaftar di universiti tersebut.

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) – http://www.upsi.edu.my/index.php/senarai-program-diploma
  • International Islamic College (IIC) – http://www.iic.edu.my/programmes.php
  • Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak (KPAKK) – http://www.kpakk.edu.my/admission/
  • UNITI Kolej – http://www.uniti.edu.my/page/252/Diploma-Pendidikan-dan-Asuhan-Awal-Kanak-Kanak-(Diploma-in-Early-Childhood-Care-and-Education)/
  • KFCH International College – http://www.kfch.edu.my/diploma.php?id=10
  • SEGI College – https://www.segi.edu.my/en/programmes/early-childhood-care-education/diploma-in-early-childhood-education-
  • Geomatika University College – http://www.geomatika.edu.my/course/44/Diploma-in-Early-Childhood-Education/
  • Kuala Lumpur Metropolitan University College – http://klmuc.edu.my/programmes/faculties/centre-for-language/diploma-in-early-childhood-education/
  • Kolej DIKA – http://kolejdika.edu.my/new/academic-programmes/diploma-in-early-childhood-education/
  • HELP University – https://help.edu.my/programmes/department-of-early-childhood-education/diploma-in-early-childhood-education/
  • Methodist College Kuala Lumpur – http://www.mckl.edu.my/courses/early-childhood-studies
  • UNITAR International University – http://www.unitar.my/university/faculty-education-humanities/diploma-early-childhood-education
  • Open University Malaysia – http://www.oum.edu.my/pages/faculties/FEL/dip-earlyChildhood.php
  • Alfa International College – https://www.easyuni.com/malaysia/alfa-international-college-10213/diploma-in-early-childhood-education-243182/
  • Management & Science University (MSU) – http://www.msu.edu.my/school-education-social-sciences/diploma-early-childhood-education.php
Harap-harap senarai ini memadailah untuk anda membuat pilihan. Kalau nak belajar kursus ini di IPTA boleh cuba memohon di UPSI. Persaingan memang tinggi tetapi kalau reziki anda tentu akan dapat juga.
Yang tidak berjaya masuk IPTA bolehlah cuba memohon dengan IPTS. Sebenarnya IPTS juga bagus. Yang selebihnya terpulang kepada diri anda sendiri dan bukan ditentukan di mana anda belajar.
Akhir sekali, jika kami ada info terkini mengenai kursus pendidikan awal kanak kanak UiTM kami akan update di page ini. Sentiasalah semak artikel ini untuk maklumat terkini.