Semakan Bayaran Balik PTPTN Online

Semakan bayaran balik PTPTN online. Banyak yang mempunyai baki pinjam PTPTN bukan? Sekarang ini kebanyakan graduan tamat sahaja pengajian perkara pertama yang muncul dalam kotak fikiran ialah cari kerja dan mula bayar pinjaman pendidikan PTPTN.

Cara buat semakan bayaran balik PTPTN melalui online

Selepas membuat bayaran berberapa tahun, mungkin kita tertanya-tanya berapa baki pinjaman PTPTN yang masih kita perlu bayar?

Penting untuk membuat semakan kerana  ianya memudahkan kita membuat perancangan kewangan sekarang dan masa depan. Selagi hutang PTPTN itu masih ada tentu ianya sedikit sebanyak buat kita rasa tidak senang duduk.

Berita baiknya pihak PTPTN ada menyediakan applikasi online untuk memudahkan para peminjam membuat semakan bayaran balik PTPTN mereka secara online.

Untuk membuat semakan anda boleh baca secara terperinci di artikel kami terdahulu mengenai Applikasi Online PTPTN.

Di sana kami ada terangkan secara terperinci cara-cara membuat semakan secara online. Sebenarnya anda juga boleh berhubung terus dengan pihak PTPTN untu maklumat lebih terperinci.

Layari laman website rasmi PTPTN atau hubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Khidmat Pelanggan: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Kepada yang ada membuat penjiman PTPTN penting untuk membayarnya kerana wang tersebut boleh digunakan untuk pelajar seterusnya untuk membiayaai pengajian mereka.

Salah satu masalah lagi ialah nama anda akan masuk dalam black list imigresen Malaysia dan juga di CCRIS. Kalau ianya berlaku anda akan menghadapi kesukaran keluar negara untuk mencari/urusan kerja atau melancong. Jika anda tersenari dalam CCRIS ianya akan menyukarkan anda membuat pinjaman dengan institusi kewangan untuk tujuan peribadi atau perniagaan pada masa akan datang.

Baca juga: Cara buat semakan blacklist imigresen online

Semoga perkongsian mengenai cara buat semakan bayaran balik PTPTN ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.