Semakan Penyata PTPTN Online & SMS

Semakan penyata PTPTN online untuk tujuan bayaran balik pinjaman anda. Jika anda peminjam PTPTN dan telah menamatkan pengajian janganlah lupakan kewajipan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman yang telah anda buat.

Itu adalah tanggungjawab kita. Kalau tidak membayarnya balik, generasi akan datang tidak ada peruntukan kewangan untuk dipinjam buat membolehkan mereka melanjutkan pengajian mereka.

Dalam erti kata lain anda telah menutup peluang dan masa depan orang lain. Tidakkah itu satu dosa besar? Dalam mana-mana kepercayaanpun membayar hutang itu wajib apatah lagi jika ianya bakal menyebabkan orang lain mendapat susah kerana sikap penting diri sendiri kita.

So, kepada yang berhasrat untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka, kami hendak kongsikan sedikit info cara untuk membuat semakan penyata PTPTN anda.

Membuat semakan ini adalah langkah pertama. Ia bermaksud kita akan beroleh maklumat jumlah hutang kita secara keseluruhannya dan berapa jumlah bayaran bulanan yang terpaksa dibuat. Ianya boleh membantu kita merancang kewangan setiap bulan.

Bagaimana cara buat semakan penyata pinjaman PTPTN?

Sebenarnya boleh buat secara online. Kami ada buat perkongsian secara terperinci mengenai topik ini berberapa tahun dulu. Sejak itu rasanya tidak banyak perubahan, portal khas PTPTN untuk tujuan itu masih wujud sehingga kini.

Sila rujuk dan baca dengan teliti cara membuat semakan penyata PTPTN di sini.

Rujuk juga gambar di bawah untuk maklumat tambahan.
Cara mudah buat semakan penyata PTPTN online

Selain secara online sebenarnya kita juga boleh membuat semakan secara SMS. Cara ini lebih laju dan mudah.

Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu rujuk gambar di bawah dan buat semakan anda hari ini juga.
Cara buat semakan penyata PTPTN SMS

Kalau masih tidak faham layari lama website rasmi PTPTN di SINI.

Rasanya catatan ini sudah panjang. Takut anda boring pula membacanya. Jangan lupa mohon like dan share info semakan penyata pinjaman PTPTN ini kepada kawan-kawan anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.