Long Distance Learning Malaysia: Kelebihan & Kelemahan Yang Perlu Anda Tahu

Long distance learning Malaysia kelebihan dan kelemahan yang perlu anda tahu terutama kepada yang teringin mengikuti program tersebut. Hampir semua orang memiliki hasrat untuk melanjutkan pengajian hingga ke menara gading. Malah, bukan semua orang yang mempunyai peluang dan kesenangan untuk belajar sehingga ke peringkat diploma atau ijazah.
Cuba memohon biasiswa untuk pelajar Malaysia >> DI SINI
Tahukah anda, seseorang masih boleh memperoleh ijazah atau diploma tanpa memasuki universiti? Pernah dengan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)? Pastikan membaca artikel ini untuk mengetahui sistem pengajian ini.
Kelebihan dan kelemahan long distance learning Malaysia yang perlu anda tahu
Pendidikan jarak jauh merupakan suatu corak pendidikan di mana pengajar akan memberikan pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di lokasi yang sama. Biasanya, pengajar dan pelajar akan berkomunikasi menggunakan alat komunikasi pada masa yang sama di tempat berlainan.

Sistem PJJ sangat popular dalam kalangan golongan dewasa bekerja yang ingin memperoleh kelayakan tinggi. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus pembelajaran jarak jauh pada tahun 1970- an. Kini, banyak universiti- universiti lain seperti UPM, UM dan UKM menawarkan kursus PJJ bagi golongan yang ingin mendapatkan kelayakan tinggi sambil bekerja.

Cara-Cara Melakukan PJJ

Biasanya pensyarah akan menyalurkan bahan bacaan dalam bentuk cetakan dan bukan cetakan. Kini, sistem PJJ dijalankan dengan bantuan pelbagai aplikasi canggih dan media massa seperti skype, google classroom dan zoom. Dengan ini, pensyarah boleh mempersembakan bahan bacaan dengan mudah dan menarik.

Kelebihan Long Distance Learning

Terdapat beberapa kelebihan long distance learning Malaysia untuk peringkat diploma dan ijazah. Barikut merupakan contoh kelebihan sistem PJJ.

1. Memberi Peluang Kepada Pelajar

Sistem pendidikan ini memberikan peluang kedua kepada mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan ijazah. Melalui sistem PJJ, semua warga Malaysia yang layak boleh melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang tanpa mengira usia.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk melanjutkan pelajaran ketika usia muda, boleh mengambil peluang untuk memperoleh kelayakan yang diingini. Dengan ini, semua golongan boleh meningkatkan kelayakan dengan memperoleh ijazah atau diploma dalam bidang tertentu.

2. Melahirkan Tenaga Kerja

Tenaga kerja mahir amat diperlukan untuk memajukan pelbagai industri di negara kita. Oleh itu, menerusi sistem pendidikan jarak jauh, ramai profesional dalam sektor seperti perniagaan, teknologi dan maklumat dan sains boleh dilahirkan. Ini membantu memenuhi permintaan pasaran di sektor swasta dan awam.

3. Jimatkan Kos

Kos pengajian bagi golongan yang belajar tinggal di universiti amat tinggi berbanding dengan mereka yang melanjutkan pelajaran melalui kursus PJJ. Biasanya, pelajar tinggal di universiti perlu membayar yuran tambahan seperti yuran sewa kolej.

Manakala, pelajar yang mengikuti kursus pendidikan jarak jauh boleh belajar dari rumah sahaja. Lebih- lebih lagi, pelajar yang mengikuti kursus ini biasanya bekerja dan mampu menampung kos pembelajaran bukan seperti pelajar biasa di universiti yang jarang mempunyai masa untuk bekerja. Oleh sebab itu, kos kursus PJJ dianggap lebih menjimatkan.

4. Pembelajaran Lebih Fleksibel

Antara kelebihan menarik sistem pendidikan jarak jauh ialah pelajar mempunyai kebebasan dan kelonggaran untuk memilih waktu serta cara belajar. Oleh itu, pelajar bebas merancang pembelajaran tanpa menggangu waktu kerja atau rutin harian.

5. Menggalakan Pelajar Berfikir Kreatif Dan Kritis

Sistem PJJ membolehkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah dan rakan sekuliah. Melalui PJJ, pensyarah hanya memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dari masa ke masa.

Oleh itu, pelajar yang perlu melakukan inisiatif untuk mencari maklumat, merujuk dan mengkaji secara persendirian. Hal ini membuatkan mereka untuk berfikir lebih kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain.

Kelemahan

Berikut pula merupakan antara kelemahan melanjutkan pengajian melalui sistem long distance learning di Malaysia.

1. Interaksi Yang Terhad 

Biasanya, pensyarah hanya akan berhadap dengan pelajar pada masa tertentu. Oleh sebab itu, peranan pensyarah untuk menyampaikan pelajaran akan menjadi lebih mencabar. Sebab itu, pembelajaran menggunakan komunikasi “face to face” yang dilakukan di universiti masih dianggap lebih berkesan untuk pelajar.

Turut, pelajar melalui kursus PJJ mempunyai interaksi minimum dengan rakan sekuliah dan ia akan menyukarkan proses perkongsian idea adan maklumat antara satu sama lain. Jadi, pelajar yang perlu melakukan usaha lebih untuk mencari rakan sekuliah supaya dapat berkomunikasi dan belajar bersama.

2. Perlu Melakukan Persediaan Sendiri

Bukan mudah untuk belajar sendiri tanpa bergantung bantuan pensyarah dan rakan sekuliah. Namun, jika melanjutkan pengajian jarak jauh, pelajar harus menjadi lebih berdikari dan berdisiplin untuk melengkapkan pengajian.

Pengajar hanya akan menyalurkan bahan kuliah malah pelajar yang perlu merancang jadual belajar dan mencari maklumat lebih untuk belajar. Tanpa persediaan yang lengkap, ia agak sukar untuk pelajar menamatkan pengajian.

3. Masa

Kebanyakan pelajar memilih sistem pengajian ini biasanya sudah berkeluarga atau bekerja, dan oleh itu mereka perlu menangani urusan lain selain belajar. Ini mungkin menjadi halangan kepada mereka yang mempunyai komitmen tinggi.

Jadi, pelajar perlu merancang masa dengan teliti untuk belajar, kerja dan keluarga. Oleh sebab itu, masa untuk belajar mungkin menjadi terhad.

Semoga perkongsian mengenai kelebihan dan kelemahan long distance learning Malaysia ini bermanfaat kepada anda.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Komen

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.