Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) MARA

 Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP) tajaan MARA. Pelajar yang berhasrat untuk sambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah pertama dalam negara tetapi menghadapi masalah kewangan boleh cuba mohon program ini.

Program ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia berstatus bumiputera dan yang paling penting ibubapa atau penjaga kepada pemohon tidak pernah disenarai hitam oleh MARA.

Jika anda belum menerima apa-apa tajaan atau education sponsorship dari mana-mana pihak bolehlah mohon.

Pastikan anda membaca dengan teliti syarat permohonan program TESP anjuran MARA ini sebelum memohon untuk mengurangkan kesilapan semasa mengemukanan permohonan anda.

Jika anda berminat untuk memohon, layari laman website rasmi program ini melalui link di bawah.

LINK: Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP)

Anda juga boleh baca senarai biasiswa terkini di Malaysia, manalah tahu ada yang bersesuaian dengan kursus dan kelayakan anda.

Kepada yang memohon, kami ucapan All the best!