Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
2:29 PTG

Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM Online

Permohonan rayuan UPU lepasan STPM secara online. Jika anda ada membuat permohonan ke UA melalui UPU online dan tidak berjaya, anda masih boleh mengemukakan rayuan untuk pertimbangan semula.
Cara membuat rayuan kemasukan ke UPU
Sebelum mengemukakan permohonan rayuan anda perlu buat semakan keputusan UPU terlebih dahulu. Untuk buat semakan sila layari website UPU di sini.

Kali ini kami kongsikan dengan anda cara membuat permohonan rayuan UPU secara online untuk lepasan SPM.

Sebelum membuat permohonan, sila rujuk gambar ilustrasi di bawah untuk panduan dan rujukan anda. Terdapat 5 langkah penting yang perlu anda ikuti untuk membuat permohonan rayuan UPU.

Berikut adalah 5 langkah yang penting untuk mengemukakan permohonan;

#Langkah 1 – Layari Portal UPUOnline. Klik link UPUOnline yang diberi di atas.
#Langkah 2 – Login ID. Gunakan No.Kad Pengenalan
#Langkah 3 – Pilih hanya 4 pilihan program sahaja dibenarkan
#Langkah 4 – Klik ‘SAH & HANTAR’
#Langkah 5 – Cetak slip permohonan

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan online anda. Untuk berbuat demikian layari link di bawah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila like and share info ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
11:16 PG

Peperiksaan Tahun 1,2 dan 3 Dimansuhkan Tahun 2019 - Menteri Pendidikan Malaysia

Peperiksaan Tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan bermula tahun depan tahun 2019. Demikian menurut kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik. Peperiksaan yang melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan dimansuhkan bermula Januari 2019
Gambar Hiasan - Utusan Malaysia
Peperiksaan ini akan digantikan dengan sistem pentaksiran baru yang lebih objektif pada tahun 2019.

Demikian menurut sumber di akaun Twitter Dr. Maszlee Malik

Kenyataan tersebut menerima lebih 1300 perkongsian dengan pandangan dan pendapat yang bercampur (ada yang menyokong dan ada yang tidak bersetuju). Apa pun kita percaya Kementerian Pendidikan akan mengkaji perkara ini dengan lebih lanjut.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peperiksaan-tahap-1-dimansuhkan-bermula-tahun-depan-8211-maszlee-1.778519#ixzz5VTxZnro4
7:17 PTG

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kedah: Alamat & Maklumat Hubungan

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kedah alamat dan maklumat perhubungan untuk panduan dan rujukan anda. Sebanyak 7 PPD yang ada di seluruh negeri Kedah pada ketika ini. Jika anda mempunyai urusan anda boleh menghubungi PPD yang terdekat dengan anda.

Antara perkara yang anda boleh berhubung terus dengan pihak PPD ialah urusan mengenai pendaftaran SPM persendirian, mengambil keputusan SPM dan STPM persendirian, permohonan guru ganti dan apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan.

Pusat dan lokasi PPD di negeri Kedah terletak di Kuala Muda Yan, Balingsik, Padang Terap Pendang, Kota Setar, Kulim Bandar Baru, Langkawi dan di Kubang Pasu.

Berikut ialah senarai alamat perhubungan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Negeri Kedah.

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) KEDAH
Semoga perkongsian mengenai senari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri Kedah ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
12:29 PTG

Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) Online Rakyat Malaysia

Semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) online. Kerajaan telah mengumumkan dalam pembentangan belanjawan bahawa BR1M akan diteruskan pada tahun 2019 tetapi namanya ditukar menjadi Bantuan Sara Hidup Rakyat atau lebih juga dikenali dengan singkatan sebagai BSHR. Seperti saya, anda mungkin sedang tercari-cari panduan semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat online.

Dalam pembentangan Belanjawan Negara baru-baru ini ada mengumumkan bahawa bantuan BSHR akan diteruskan tahun 2019. Sila semak jadual dan tarikh pembayaran BSH untuk panduan anda.

Jika ini bukan khabar gembira, tidak tahu apa khabar yang boleh mengembirakan anda..:)

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat permohonan, semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat maklumat BSHR  anda melalui online melalui laman portal rasmi BSHR di e-BSHR? Anda boleh membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui online. Anda boleh membuat Anda boleh berbuat demikian dengan melayari https://bsh.hasil.gov.my/

Permohonan BSH 2019

Jika anda ingin memohon BSHR anda boleh berbuat demikin melalui aplikasi online di portal https://bsh.hasil.gov.my/. Permohonan adalah percuma dan anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran. 

Kepada yang belum memohon anda boleh mengemukakan permohonan baru anda. Begitu juga kepada  pemohon yang gagal dalam permohonan terdahulu/sebelum ini jika anda telah menepati kriteria dan syarat, anda boleh mengemukakan permohonan baru anda.

Untuk membuat permohonan sila teliti maklumat-maklumat di bawah.

A. Permohonan BSH Secara Online

Anda boleh membuat permohonan menggunakan aplikasi e-BSH. Permohonan haruslah dibuat menggunakan komputer kerana portal E-BSH tidak disediakan untuk peranti mudah alih.

Selepas membuat permohonan anda disarankan untuk mencetak maklumat permohonan anda untuk rujukan anda kelak.

Peringatan! Anda adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan melalui salah satu kaedah sahaja iaitu melalui a. Permohonan BSH secara online ATAU, b. Permohonan BSH secara manual (borang) untuk mengelakkan pertindihan maklumat dan ini boleh memjejaskan status permohonan anda kelak.

B. Permohonan BSH melalui manual (borang)

Jika anda mempunyai kesukaran untuk membuat permohonan secara online, anda boleh membuat permohonan secara manual dengan mengisi borang permohonan manual.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan dari agensi-agensi berikut:

1. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri yanf terdekat dengan anda
2. Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara yang terdekat dengan anda
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan
6. Cetak dari laman portal www.hasil.gov.my

Selepas mendapatkan borang permohonan BSH, anda hendaklah melengkapkannya dengan sempurna. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke cawangan yang diberi tanggungjawab menguruskannya seperti Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri yang terdekat dengan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk jadual pembukaan kaunter BSH di mana-mana cawangan LHDNM yang terdekat dengan anda. Penerima BSH Terdahulu, Adakah Perlu Memohon Semula?

Ramai yang tertanya-tanya perkara ini. Sebenarnya penerima BSH yang sedia ada tidak perlu memohon lagi. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengemaskini maklumat peribadi anda terutamanya perkara-perkara berikut:

a. Alamat terkini
b. Maklumat anggota keluarga
c. Akaun Bank
d. Lain-lain maklumat berkaitan

Adalah penting untuk mengemaskini maklumat anda untuk memudahkan proses melaksanakan dan menyalurkan bantuan kepada penerima yang layak dan diluluskan.

Penerima BSH yang belum mengemukakan maklumat perbankan digalakkan mengemaskini maklumat tersebut untuk menerima pembayaran bantuan BSH.

Makluman Penting

Pemohon baru dan penerima BSH dinasihatkan yang belum mengemaskini maklumat bank diwajibkan untuk membuka akaun simpanan bank di mana-mana cawangan bank yang berdekatan dengan anda. Selepas membuat kemaskini anda bolehlah buat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat anda dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa BSH hanya disalurkan menerusi bank-bank yang terpilih sahaja.

Ini akan memudahkan anda nanti kerana bantuan BSH tersebut akan disalurkan terus ke dalam akan bank anda mengikut peringkat pembayaran nanti. Anda boleh membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat secara online di portal yang disediakan sama ada pembayaran telah dibuat atau tidak

Pemohon atau penerima BSH yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi boleh pihak pengurusan BSH melalui talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) atau hantar email ke br1m@treasury.gov.my

Anda juga boleh datang/kunjungi mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Maklumat Tambahan

Untuk setiap permohonan yang berjaya pembayaran BSH akan dibuat secara berperingkat mengikut tarikh jadual pembayaran BSH yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) nanti.

Maklumat panduan permohonan BSH ini hanyalah untuk panduan secara am sebagai rujukan anda. Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan BSH  jika anda memerlukan maklumat lengkat dan terkini.

Pihak kami akan cuba paparkan di ruangan ini jika terdapat maklumat terkini yang sesuai untuk dikongsikan dengan anda. Semoga perkongsian mengenai semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat ini bermanfaat.