Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan
2:10 PTG

Jadual Peperiksaan SPM 2019 Diawalkan - Rujuk Jadual Peperiksaan SPM Terkini

Jadual Peperiksaan SPM 2019 diawalkan. Demikian menurut pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun ini. Jika dilihat pada draft jadual peperiksaan SPM 2019 yang telah dikeluarkan, peperiksaan akan bermula pada bulan October.
Keputusan mengawalkan peperiksaan SPM tahun ini diambil untuk mengelak masalah banjir yang biasanya banyak berlaku pada penghujung tahun seperti tahun-tahun sebelumnya.

Masalah banjir sering menyebabkan banyak pusat peperiksaan SPM terpaksa ditutup dan menjejaskan perjalanan peperiksaan SPM yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar.

Akibatnya, masalah banjir ini boleh menganggu persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM kerana peperiksaan terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.

Draf jadual peperiksaan SPM 2019 telah dikeluarkan. Anda boleh download draft jadual peperiksaan SPM tersebut melalui link di bawah.

Download: Draft Jadual Peperiksaan SPM Online
Jadual peperiksaan SPM 2019 diawalkan - Dr Maszlee
PUTRAJAYA: Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenal sistem jadual peperiksaan anjal atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar.
Menurut beliau, antara jadual peperiksaan yang diawalkan itu terdiri subjek elektif yang kandungan sukatan pelajarannya bersifat kemahiran dan mengandungi kerja kursus.
“Bagaimanapun subjek teras terdiri dari bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matametik, Pendidikan Islam Dan Sejarah kekal mengikut jadual seperti biasa," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16(1) di sini.
Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Peperiksaan KPM, Adzman Talib dan Pengetua SMK Presint 16(1), Ab Aziz Mamat.
Seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM 2018 bermula hari ini sehingga 13 Disember depan.
Antara subjek elektif yang diawalkan itu terdiri dari mata pelajaran seni, pertukangan, sains komputer, bahasa bukan teras seperti Kadazan Dusun, Iban, Tasaur Islam dan seni muzik.
Maszlee berkata, peperiksaan awal itu juga dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar dalam menghadapi masa yang panjang menghadapi peperiksaan.
Katanya, selain dapat memendekkan waktu peperiksaan, ia juga dapat mengurangkan bebanan pengawas peperiksaan yang bertugas. - beritaharian.com.my
Semoga bermanfaat.
1:56 PTG

Tarikh Pembelian No PIN UPU Di BSN Tahun Ini Untuk Lepasan SPM Dan STPM

Tarikh pembelian No PIN UPU di BSN tahun ini untuk pelajar lepasan SPM dan STPM. Jika anda bercadang untuk memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan memohon melalui laman portal UPU, anda perlu buat pembelian Nombor Unik ID di BSN yang terdekat dengan anda.

Kepada anda yang tidak tahu, untuk pengetahuan anda nombor Unik ID ini lebih dikenali ramai juga  dengan nama sebagai nombor PIN UPU. Ianya amat penting kerana tanpa No PIN UPU anda tidak akan boleh menggunakan laman portal UPU untuk memohon kemasukan ke universiti atau politeknik.

Semua pelajar adalah digalakkan untuk memohon melalui laman portal UPU. Itulah sebabnya penting untuk anda mengetahui tarikh pembelian No PIN UPU di BSN untuk memudahkan anda menggunakan portal tersebut.

Jika anda gagal membelinya anda tidak akan dapat memohon secara online melalui portal khas UPU yang hanya akan dibuka untuk satu tempoh tertentu nanti. Untuk tahun ini tarikh tutup pembelian PIN UPU adalah pada 1 April 2019. Ini bermakna anda ada masa yang agak panjang untuk melakukan pembelian PIN UPU anda.

Untuk memudahkan anda kami ada membuat perkongsian mengenai cara membeli PIN UPU secara online. Sila baca perkongsian tersebut sebagai rujukan anda.

Tahun ini tarikh pembelian No PIN UPU di BSN akan dibuka pada 25 Februari hingga 1 April 2019. Pastikan anda telah berjaya membelinya sebelum tarikh tutup.

Harga untuk setiap Nombor Unik ID di BSN ialah RM15.60. Anda dinasihatkan untuk tidak menghilangkan nombor unik tersebut untuk kegunaan anda mengakses portal UPU online. Sila pastikan anda tidak tersilap membeli No PIN yang lain kerana terdapat banyak No PIN dijual dalam aplikasi online di ATM BSN.
No PIN UPU di BSN
Sila rujuk gambar di atas untuk maklumat lebih terperinci mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN tahun ini. Jika anda perlukan makluman lanjut anda juga boleh layari laman website BSN mengenai perkara ini.

Harap perkongsian maklumat mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN ini bermanfaat kepada anda.
1:33 PTG

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Dibuka Sekarang

Pelajar yang berminat untuk sambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh mula mengemukan permohonan mereka secara online mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.

Anda mempunyai masa yang agak lama untuk menyempurnakan permohonan online anda untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti atau ILKA.

Permohonan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM atau yang setaraf. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut permohonan. Iklan ini adalah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan dan panduan pelajar.
Semoga bermanfaat.
1:25 PTG

eRPH Online - Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Online

Tahukah anda bahawa ada disediakan Rancangan pengajaran Harian (RPH) Online. RPH online adalah aktiviti pengajaran yang telah disusun dan ianya dapat membantu guru menyampaikan sesi pengajaran dengan mudah kepada para pelajarnya.
Melalui RPH Online, topik sepatutnya disusun daripada yang senang/mudah kepada yang lebih sukar/susah untuk membantu pelajar menguasai topik dan pengetahuan dengan lebih pantas, mudah dan senang.

Di pihak guru RPH online dapat membantu mengelakkan berlaku penyelewengan atau terkeluar dari topik atau sub-topik yang sepatutnya disampaikan/diajar kepada pelajar.

Persamaan dari segi topik dan maklumat pembelajaran dapat diwujudkan dengan adanya sistem online RPH ini. Ianya juga dapat membudayakan information sharing dalama kalangan pelajar antara sekolah yang berbeza nanti.

Diharapkan RPH online ini boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik yang lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

Kita akan update eRPH online mengikut subjek dan sekolah dari masa ke semasa diruangan ini nanti untuk menjadi sumber dan panduan anda.
5:12 PTG

Tarikh Keputusan SPM 2018 Keluar - Mac 2019

Bila keputusan SPM 2018 akan dikeluarkan atau diumumkan? Ini soalan yang paling sering keluar ketika ini dalam kalangan pelajar lepasan SPM tahun lepas. Jangan bimbang, keputusan yang anda tunggu-tunggu itu akan keluar juga.
LINK: Tarikh Keputusan SPM 2018 Diumumkan

Keputusan SPM tahun lepas dijangkan akan keluar pada bulan Mac 2019. Cuma tarikhnya belum ditentukan lagi. Tunggulah Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) akan umumkan juga nanti.

Sementara menunggu keputusan keluar apa yang perlu anda lakukan?

Ada banyak perkara anda boleh lakukan. Antaranya ialah cari peluang-peluang biasiswa. Buat senarai peluang-peluang biasiswa tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa di Malaysia di sini.

Anda juga boleh ambil kursus kemahiran jangka pendek seperti kemahiran IT dan sebagainya. Itu nanti penting semasa melanjutkan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Ambil peluang ini untuk cari kerja sementara. Simpan sikit wang untuk bayar yuran pendaftaran dan permulaan pengajian selepas keputusan keluar nanti. Dapatlah meringankan sedikit beban ibubapa anda.

Semoga bermanfaat.
9:49 PG

Keputusan SPM 2018 Keluar Bila? Akan Diumumkan Pada Mac 2019

Keputusan SPM 2018 keluar bila? Pertanyaan ini terlalu awal betul tak? Sebetulnya tidak ada yang tahu bila keputusan SPM tahun ini diumumkan. Ramai sahaja pelajar yang tak sabar hendak tahu bila keputusan SPM akan keluar tahun ini. Ini mesti kes tidak sabar-sabar hendak sambung pengajian ke tahap lebih tinggi.
tarikh keputusan SPM diumumkan
Sejak awal bulan ini kami banyak terima pertanyaan di ruangan komen dari pembaca mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila. Setakat ini belum ada apa-apa pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan anda dan menjawab soalan"keputusan SPM 2018 keluar bila?" biasanya keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada bulan March 2019 nanti. Bila harinya kita masih belum ada maklumat mengenainya.

Kita akan kemaskini artikel ini bila tarikhnya sudah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Tetapi anda boleh layari link di bawah untuk informasi lengkap mengenai bila semakan keputusan SPM 2018 boleh dibuat.
Kepada pelajar yang tidak sabar-sabar lagi tu anda tiada pilihan lain, anda kena sabar juga tunggu. Sementara tunggu apa kata anda cari kerja cari duit untuk belanja sambung pengajian nanti atau cari kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran anda. Layari artikel Panduan Kerjaya Lepasan SPM untuk panduan anda.

Keputusan SPM 2018 keluar bila ini bukanlah perkara yang anda harus risaukan atau buang masa ketika ini. Masa cuti ini adalah masa untuk bertenang dan merehatkan diri dan minda sebelum berhadapan dengan pengajian yang lebih mencabar selepas ini.

Jika anda tidak berhasrat untuk mencari kerja sementara tunggu result SPM, anda boleh cuba ambil kursus-kursus jangka pendek berkaitan IT, kemahiran bahasa asing seperti Bahasa Mandarin atau mengikuti kelas Bahasa English untuk memperbaiki penguasaan bahasan anda.

Bahasa English adalah antara kemahiran yang anda harus dapatkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan bahan rujukan dan pembelajaran di peringkat universiti adalah dalam Bahasa English.

Semoga perkongsian mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila ini bermanfaat.
9:59 PG

Persediaan Untuk penggal Persekolahan 2019

Penggal persekolahan 2019 bakal bermula malah ada negeri yang sudah bermula pun. Pastinya fasa ini banyak aktiviti dan persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar dan ibubapa. Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) ada mengeluarkan garis panduan kepada pentadbiran sekolah, guru, ibubapa dan murid.

Dokumen garis panduan ini bertujuan untuk panduan minggu persekolahan, cuti penggal persekolahan dan banyak lagi maklumat lain.

Penggal pertama sesi persekolahan 2019 bermula pada 1 Jan 2019 untuk negeri-negeri kumpulan A dan 2 Jan 2019 untuk negeri-negeri kumpulan B.

Penggal ke-2 persekolahan 2019 barmula pada 9Jun 2019 untuk sekolah di negeri-negeri kumpulan A dan 10 Jun 2019 untuk negeri-negeri kumpulan B.

Pastinya semua sekolah telah bersedia dengan sesi persekolah yang sudah bermula ini, dan ianya menjadi lebih mudah dengan adanya garis panduan persekolahan sesi 2019 tersebut.

Pihak sekolah, guru, ibubapa dan murid dinasihatkan sentiasa merujuk kepada dokumen panduan persediaan penggal persekolahan 2019 ini.

Anda boleh download dokumen tersebut melalui link di bawah




Diharapkan perkongsian maklumat ini bermanfaat kepada anda.

Jangan lupa share info ini di whatsapp dan facebook anda untuk membantu rakan-rakan anda yang lain. Sama-sama kita saling membantu antara satu sama lain.
1:48 PTG

Sistem Semakan Keputusan PT3 Online (Semak Keputusan PT3 Anda Di Sini)

[UPDATED - 4 DEC 2018] Sila semak keputusan PT3 anda di sini. Sistem semakan keputusan PT3 online untuk pelajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 tahun ini. Semak Keputusan PT3 secara online ini boleh dilakukan dengan mudah dan pantas. Bila anda boleh membuat semakan keputusan PT3 untuk sesi persekolahan? Pelajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 dijangka boleh menbuat semakan keputusan pada bulan December.

Semak Keputusan PT3 Online

Keputusan peperiksaan PT3 tahun ini akan diumumkan pada 13 Dec 2018 (Khamis). Pelajar boleh pergi ke sekolah masing-masih untuk mendapatkan keputusan PT3 masing-masing atau kepada yang belum berkesempatan berbuat demikian pada hari tersebut anda boleh juga menggunakan sistem semakan online untuk mengetahui keputusan anda.

Note: Maklumat ini diperolehi dari FB SMKA Tun Perak

semak keputusan PT3
Bagaimana Semak Keputusan PT3 Online

Kembali kepada topik cara membuat semakan keputusan PT3 online, pelajar boleh membuat semakan melalui sistem portal yang telah disediakan di bawah.

Portal-portal ini akan dibuka pada masa hari keputusan PT3 nanti. Anda boleh layari laman website rasmi tersebut.

Untuk membuat semakan anda boleh melayari http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

Semoga perkongsian maklumat mengenai sistem semakan keputusan PT3 online ini bermanfaat kepada anda. Kepada anda yang telah menduduki peperiksaan PT3, kami mengucapkan semoga berjaya!
10:56 PG

Tarikh Permohonan & Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2019

[UPDATED - 3 Feb 2019] Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan atau lebih dikenali juga dengan singkatan BKP untuk pelajar sekolah menengah tahun ini. Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) tahun ini oleh Pihak Sekolah Bagi Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas akan dibuka nanti. Kami akan update artikel ini bila ada info baru.

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan oleh pihak sekolah untuk Tingkatan 1 hingga 5 dan 6 atas akan dibuka mulai Februari - Mac setiap tahun. Oleh itu pelajar yang berminat, memerlukan dan layak boleh merujuk kepada pihak sekolah masing-masing untuk permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan 2019.

Sila rujuk iklan hebahan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk maklumat lanjut.
semakan biasiswa kecil persekutuan
Untuk membuat permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan anda boleh layari pautan (link) di bawah. Sebelum membuat permohonan sebaiknya anda membaca artikel kami terdahulu mengenai syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon BKP.

Anda juga boleh merujuk kepada perkongsian maklumat mengenai nilai jumlah tajaan biasiswa BKP mengikut  aliran kursus e.g Aliran Sastera ATAU Aliran Sains.

Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.
permohonan biasiswa kecil persekutuan BKP
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan - https://sps1.moe.gov.my

Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan juga boleh dibuat menggunakan link yang diberikan di atas. Selepas membuat permohonan secara online, pelajar dari masa ke semasa boleh membuat status semakan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP mereka. Semakan status ini penting untuk mengetahui adakah permohonan anda berjaya atau tiada berjaya.

Setakat ini kami belum mempunyai jadual tarikh kemasukan BKP setiap bulan. Bila kami memiliki info tersebut page ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Anda dinasihatkan untuk bookmark page ini untuk memudahkan anda membuat semakan perkembangan terkini berkenaan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dan juga semakan Biasiswa Kecil Persekutuan.

Read Also: Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

Diharapkan perkongsian maklumat tarikh permohonan dan semakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) ini bermanfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan (share) maklumat ini kepada rakan-rakan untuk infomasi mereka.
9:16 PTG

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

[UPDATED: 21 Nov 2018]Semakan Keputusan UPSR (UPSR Result) 2018 online dan SMS boleh diketahui dan disemak tidak lama selepas peperiksaan UPSR tamat. Tarikh Peperiksaan UPSR 2018 tahun ini akan berlangsung dalam September 2018. Selepas itu pelajar sudah mula rasa berdebar menantikan tarikh keputusan UPSR 2018 yang akan diumumkan. Check Result UPSR Online SMS. Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018 akan memperolehi keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November 2018 (KHAMIS).

UPSR result online boleh disemak pada hari ianya diumumkan.

Biasanya tarikh keputusan UPSR akan diumumkan dalam bulan November setiap tahun. Apa pun kita tunggu  pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia kelak.

Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat anda boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Semakan Keputusan UPSR Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 secara online (Result UPSR online) dan SMS. Sila layari  https://sppat.moe.gov.my/semakan/

Kedua-dua kaedah semakan ini boleh dibuat serta-merta tanpa perlu pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan UPSR anda.

Anda Kini boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut.
UPSR.

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888



SEE ALSO: Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 dijangka akan keluar pada 29 November 2018. Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2018.

Peperiksaan UPSR ini penting kerana bakal menentukan samaada mereka layak masuk ke sekolah MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kita akan muatnaik dalam laman ini sebaik sahaja kita mendapat informasi terkini mengenai tarikh sebenar keputusan UPSR 2018 diumumkan kelak.

Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

Selepas anda membuat semakan keputusan UPSR anda dan anda kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR anda, sebenarnya anda boleh mengemukakan permohonan untuk semakan semula.

Anda boleh mengemukakan permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan UPSR diumumkan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A)

Borang permohonan Semak Semula/Kes T boleh diperolehi dari sekolah Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2018
10:09 PG

Cara Semakan Pendaftaran Tahun 1 2019 Online

Semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online. Sudahkah anda mengetahui status keputusan permohonan anak anda untuk kemasukan ke Tahun 1 sesi 2019? Jika belum, anda boleh buat semakan secara online. Mesti ramai yang berdebar dan tertanya-tanya di mana anak anda akan memulakan persekolahan mereka untuk Tahun 1 nanti.
Perkara ini lebih membuatkan anda teruja jika ini adalah anak pertama anda yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan selepas prasekolah. Isu siapa nak hantar ke sekolah, tak menangis ke anak ditinggalkan di sekolah pada hari pertama dan seribu satu macam pertanyaan bermain di minda anda sebagai ibubapa.

Tunggu, sebelum semua persoalan itu terjawab, perkara pertama yang penting anda perlu lakukan ialah membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran Tahun 1 untuk melihat status penempatan Tahun 1 untuk anak anda.

Yang baiknya, anda boleh buat semakan online, dan portal semakan itu sebenarnya sudah dibuka. Anda hanya perlu masuk ke laman portal yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019

Untuk membuat semakan layari >>> Semakan Pendaftaran Tahun 1 Online

Nota: Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (login) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) yang sama dengan menggunakan daftar masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan atau pendaftaran sebelum ini.

Semoga perkongsian mengenai semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada para ibubapa yang lain.
9:37 PG

Semakan Keputusan SPM 2018 Online & SMS Di Sini (Check SPM Result)

Semakan keputusan SPM 2018 online dan SMS di sini sekarang - Check your SPM result here now. Do you know that you can check your SPM result quick and easy via online and SMS? SPM result is out on 14 March 2019 - Khamis. Malaysian Examinations Council (Majlis Peperiksaan Malaysia) will announce it in their webpage  that  SPM 2018 results  will be released around March 2019.
semakan keputusan SPM 2018 online
You may check your SPM result through online or SMS. SPM candidates can check the SPM result through online or SMS  please read on for more info. Student can check their results from 12:00PM onwards. Private SPM candidates will receive results through postal mail.

Please read on for more information about how to check you SPM result through online or SMS.

SPM exam result will be out on 14 March 2019. You may check your SPM result on the same day through SMS or visit your school directly.

To check your SPM and STPM exam result online and SMS please read the followings instructions.

Semakan Keputusan SPM 2018 Online Dan SMS

How to check STPM results online?

Visit Malaysian Examinations Council (MEC) official website: www.mpm.edu.my

How to check STPM results using SMS or text message?

Type: STPM Result <Space> IC Number
For example: STPM Result 90012512514
Send to 15888

How to check SPM result using SMS?

Type: SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran hantar ke 15888
Click on the image to enlarge
More on Check your STPM Result HERE

Related Articles:-

a. SPMU Online Result Checking

b. Pendaftaran SPMU Online

c. How To Choose The Right Courses After SPM

d. Check STPM Result Online or SMS

e. Panduan Kerjaya Lepasan SPM

f. STPM, Matriculation or College Which Is Better?

g. Check Your SPM Result via SMS

h. Borang Permohonan UPU Online

So that is how to do Semakan Keputusan SPM 2018 online and SMS. Student with good result should start looking for scholarship. Visit scholarship list visit Senarai Biasiswa Di Malaysia.
10:30 PG

Download JADUAL Peperiksaan UPSR 2018 Online

Download Jadual peperiksaan UPSR 2018 (UPSR 2018 Timetable). Jika anda bakal menduduki peperiksaan UPSR 2018 ini, sudah tentu sekarang ini ada sudah sibuk mengatur jadual pembelajaran yang seragam dengan jadual peperiksaan UPSR tahun ini yang akan datang pada bulan September nanti. Menanti saat-saat 'countdown UPSR 2018' mesti banyak yang nervous kan. Tenangkan diri.
Jadual waktu UPSR 2018 di bawah diharapkan boleh menjadi panduan anda. Ianya sangat penting. Anda juga digalakkan untuk membaca post kami yang terdahulu mengenai jadual peperiksaan UPSR dan Tips menghadapi peperiksaan UPSR untuk maklumat lanjut.

Jadual Peperiksaan UPSR 2018
Tahun ini peperiksaan akan berlangsung dari 20 Sept 2018 (Khamis) hingga 27 Sept 2018 (Khamis) iaitu seminggu lamanya.  Sebanyak enam (6) mata pelajaran akan diuji iaitu subjek Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sila rujuk jadual waktu peperiksaan UPSR tahu ini untuk maklumat lebih terperinci.
 
Untuk maklumat yang lebih lengkap dan terkini anda boleh berhubung dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)  atau sekolah masing-masing.

Untuk mendapatkan versi lengkap hebahan ini layari >>> Jadual Peperiksaan UPSR

Semakan Keputusan UPSR Secara Online dan SMS

Selepas menduduki peperiksaan UPSR anda tentu mula rasa berdebar-debar untuk menunggu pengumuman keputusan peperiksaan. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR anda boleh membuat semakan secara online dan SMS.

Semakan keputusan secara online dan SMS ini lebih mudah dan pantas.

Semoga perkongsian mengenai Jadual Peperiksaan UPSR 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
11:54 PG

Check UPSR Result Online & SMS

Check your UPSR exam result online & SMS. For those who sat for UPSR exam this year this will be the most awaited moment for you.

The UPSR results can be obtained from students’ respective schools after 10AM on that day. Visit your respective school on that day to get your UPSR exam result.

You may also review your results using the mySMS short message service at 15888.  Service will be available from 10AM onwards.

It was reported that this year, 478,848 students registered for the UPSR at 8,268 centres nationwide.

To check your UPSR result visit >>> UPSR Result Online

Good luck!
1:05 PTG

Permohonan Kemasukan ILJTM Online - Pengambilan Tambahan Julai 2018

Permohonan kemasukan ke ILJTM online - pengambilan tambahan Julai 2018. Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. Permohonan sudah boleh dibuat sekarang. Hantar permohonan anda dengan segera.  Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Pusat-Pusat ILJTM

1. 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
2. 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
3. Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

i. Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
ii. Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau
iii. Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan Program Sijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

a. Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
b. Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
c. Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

i. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
ii. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

    Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

Tarikh tutup untuk pengambilan tambahan ILJTM Julai 2018 ini akan ditutup pada 31 Julai 2018

Semoga perkongsian mengenai kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain.
11:23 PG

SAPS NKRA Modul Ibubapa Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat

SAPS NKRA Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat. Ini adalah maklumat terkini untuk makluman anda. Ini berikutan pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik baru-baru ini berikutan ada kebimbangan berikutan dakwaan kebocoran maklumat dalam sistem tersebut.
Baru-baru ini terdapat dakwaan berlaku serangan terhadap sistem itu dan maklumat orang ramai telah bocor. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan oleh ibubapa yang ingin menbuat semakan perkembangan dan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.

“Pihak kementerian sedang menganalisis dakwaan yang dihantar ke kami dan saya telah arahkan penutupan sementara sistem SAPS dan mengenal pasti kelemahan sistem tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi jangka panjang, katanya, kementerian akan mengemaskini pengurusan projeknya dan proses pengurusan risiko bagi semua projeknya oleh kerana masalah seperti itu tidak boleh terus berlaku.

“Dalam tempoh ini, sistem lain termasuk laman web dan aplikasi akan berjalan seperti biasa. Saya sangat menghargai maklum balas yang diberikan atas isu ini.

“Kami memerlukan pandangan daripada semua orang untuk melakukan pembaharuan dalam kementerian ini.” katanya.

Sebelum keputusan penutupan sementara SAPS dibuat, terdapat e-mail tidak bernama telah tersebar luas yang mendakwa sistem SAPS telah terdedah kepada serangan yang dipanggil suntikan SQL.

Daripada e-mail yang tersebar luas tersebut, dilaporkan bahawa maklumat peribadi 4.9 juta pelajar bersama nombor MyKAD ibubapa pelajar telah bocor dan terdedah kepada salah guna.

SAPS adalah sistem online di mana guru-guru diwajibkan memasukkan keputusan peperiksaan dan ujian pelajar ke dalam pangkalan data dan data tersebut boleh diakses oleh ibubapa untuk mengikuti perkembangan prestasi anak-anak mereka.
11:02 PG

Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan: Status Projek Pembinaan SJKC

Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan: Status Projek Pembinaan SJKC. Baru-baru ini ada timbul isu berkenaan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baru dan juga berkenaan perpindahan enam SJKC yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Sehubungan dengan isu itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media untuk rujukan orang awam mengenai status terbaru isu tersebut dan keputusan yang telah diambil oleh pihak kerajaan.

Di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM  mengenai isu tersebut.
Semoga perkongsian maklumat mengenai Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan: Status Projek Pembinaan SJKC ini bermanfaat kepada anda.
11:13 PG

Semakan Daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia

Semakan dan daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia. Tahukah anda bahawa penerima-penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti digalakkan dan dikehendaki mendaftarkan nama mereka di dalam portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ini mungkin dibuat untuk memudahkan mengesan pakar-pakar mengikut bidang-bidang tertentu dan juga bagi tujuan rujukan dan semakan umum. Senarai penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran ini boleh digunakan untuk rujukan maklumat.

Daftar nama ini disediakan bagi kemudahan orang awam untuk mendapatkan maklumat berkenaan Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaysia.

Jika anda belum mendaftarkan nama anda sila berbuat demikian melalui portal pendaftaran online yang disediakan oleh pihak KPT.
Untuk mendaftar/semakan nama anda sila layari >>> https://dohe.mohe.gov.my/award/tables.php

Semoga perkongsian maklumat mengenai  Semakan Daftar Nama Penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran Universiti di Malaysia ini bermanfaat untuk anda.
9:56 PG

Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018 Terkini

Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018. Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya akan berlangsung acara sukan MSSM. Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan jadual sukan MSSM untuk tahun ini.

Pada tahun ini sukan MSSM akan berlangsung  dari 10 Mac 2018 hingga 27 April 2018 dan akan bersambung lagi untuk acara berikutnya pada 5 Ogos 2018 hingga 10 Ogos 2018.

Sebanyak 24 acara akan dipertandingkan iaitu sukan Merentas Desa, Akuatik, Skuasy, Badminton, Sofbol, Bola Keranjang, Sepak Takraw, Gimnastik Artistik, Ragbi, Bola Baling, Gimnastik Berirama, Ping Pong, Golf, Pelayaran, Olahraga, Bola Tampar, Hoki, Bola Jaring, Catur, Bola Sepak, Bola Tenpin, Memanah, Kriket dan Tenis.

Negeri-negeri yang terlibat sebagai venue acara sukan MSSM tahun ini ialah Perak, Melaka, N. Sembilan, Johor, Pahang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Jadual Sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM 2018


Untuk maklumat lanjut sila rujuk Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2018 di bawah. Atau download Jadual MSSM 2018 ini untuk rujukan lanjut anda.

Jadual MSSM 2018 Takwim MSSM Tahun 2018 untuk rujukan anda

Semoga perkongsian mengenai MSSM 2018 ini bermanfaat kepada anda. Kepada para peserta yang akan mengambil bahagian dan bertanding nanti kami ucapkan semoga berjaya.
9:36 PG

UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

UPU Pocket online mobile apps untuk lepasan SPM dan STPM cari kursus. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) telah membangunkan applikasi yang dikenali sebagai 'Pocket Online' sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. UPU Pocket online ini boleh di download melalui UPU Pocket app store.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Walau bagaimanapun 'Pocket Online' ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, UPU pocket course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications," she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. - Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi 'UPU Pocket/Pocket Online' ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app 'Pocket Online' ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Cara Download Dan Install UPU Pocket

Untuk download applikasi UPU Pocket ke mobile phone anda, anda boleh layar 'Google Play' di mobile phone anda dan type keyword 'UPU Pocket'.

Selepas itu akan ada pilihan dalam senarai hasil carian Google Play. Anda boleh pilih dari senarai tersebut. Sila rujuk gambar di bawah.
Cari nama aplikasi 'UPUPocket Government of Malaysia'. Click sahaja link itu dan install ke dalam mobile phone anda.

Selepas anda install aplikasi tersebut anda bolehlah menggunakannya untuk apa-apa urusan dengan pihak UPU untuk sambung pengajian anda kelak.

Senarai Fungsi/Kemudahan UPU Pocket

Sila rujuk senarai di bawah untuk maklumat mengenai senarai fungsi atau kemudahan yang disediakan oleh UPU Pocket.

SENARAI MENU UPUPOCKET
Semakan Status UPU
Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
e-Panduan
e-Guide menyediakan syarat kemasukan ke universiti awam, TVET dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Kalendar Akademik (Takwim)
Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
Aduan
Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai status mereka melalui ciri ‘Aduan’ yang dibina di dalam aplikasi.
Alamat UA
Pertanyaan lanjut berkaitan program yang ditawarkan
Hubungi BPKP
Pertanyaan lanjut berkenaan permohonan UPU online


Diharapkan perkongsian maklumat mengenai 'UPU Pocket/Pocket online' mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.