Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2018

10:09 PG

Cara Semakan Pendaftaran Tahun 1 2019 Online

Semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online. Sudahkah anda mengetahui status keputusan permohonan anak anda untuk kemasukan ke Tahun 1 sesi 2019? Jika belum, anda boleh buat semakan secara online. Mesti ramai yang berdebar dan tertanya-tanya di mana anak anda akan memulakan persekolahan mereka untuk Tahun 1 nanti.
Perkara ini lebih membuatkan anda teruja jika ini adalah anak pertama anda yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan selepas prasekolah. Isu siapa nak hantar ke sekolah, tak menangis ke anak ditinggalkan di sekolah pada hari pertama dan seribu satu macam pertanyaan bermain di minda anda sebagai ibubapa.

Tunggu, sebelum semua persoalan itu terjawab, perkara pertama yang penting anda perlu lakukan ialah membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran Tahun 1 untuk melihat status penempatan Tahun 1 untuk anak anda.

Yang baiknya, anda boleh buat semakan online, dan portal semakan itu sebenarnya sudah dibuka. Anda hanya perlu masuk ke laman portal yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019

Untuk membuat semakan layari >>> Semakan Pendaftaran Tahun 1 Online

Nota: Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (login) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) yang sama dengan menggunakan daftar masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan atau pendaftaran sebelum ini.

Semoga perkongsian mengenai semakan pendaftaran Tahun 1 2019 online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada para ibubapa yang lain.
9:37 PG

Semakan Keputusan SPM 2018 dan STPM Online dan SMS

Cara Semakan keputusan SPM 2018 dan STPM online dan SMS mudah dan pantas - Do you know that you may check your SPM result quick and easy via online and SMS? SPM result expected to be out in March 2019. Malaysian Examinations Council (Majlis Peperiksaan Malaysia) will announce it in their webpage  that  SPM 2018 results  will be released around March 2019. The date is yet to be confirmed.

Semakan keputusan SPM 2017 sms dan online

You may check your SPM result through online or SMS. SPM candidates can check the SPM result through online or SMS  please read on for more info. Student can check their results from 12:00PM onwards. Private SPM candidates will receive results through postal mail.

Please read on for more information about how to check you SPM & STPM result through online or SMS.

STPM exam result will be out on March 2019. You may check your STPM result on the same day through SMS or visit your school directly.

To check your SPM and STPM exam result online and SMS please read the followings instructions.

Semakan Keputusan SPM dan STPM Online Dan SMS

How to check STPM results online?
Visit Malaysian Examinations Council (MEC) official website: www.mpm.edu.my

How to check STPM results using SMS or text message?

Type: STPM Result <Space> IC Number
For example: STPM Result 90012512514
Send to 15888

How to check SPM result using SMS?

Type: SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran hantar ke 15888
Click on the image to enlarge
More on Check your STPM Result HERE

Related Articles:-

a. SPMU Online Result Checking

b. Pendaftaran SPMU Online

c. How To Choose The Right Courses After SPM

d. Check STPM Result Online or SMS

e. Panduan Kerjaya Lepasan SPM

f. STPM, Matriculation or College Which Is Better?

g. Check Your SPM Result via SMS

h. Borang Permohonan UPU Online

So that is how to do Semakan Keputusan SPM dan STPM online and SMS. Student with good result should start looking for scholarship. Visit scholarship list HERE

Selasa, 28 Ogos 2018

10:30 PG

Download JADUAL Peperiksaan UPSR 2018 Online

Download Jadual peperiksaan UPSR 2018 (UPSR 2018 Timetable). Jika anda bakal menduduki peperiksaan UPSR 2018 ini, sudah tentu sekarang ini ada sudah sibuk mengatur jadual pembelajaran yang seragam dengan jadual peperiksaan UPSR tahun ini yang akan datang pada bulan September nanti. Menanti saat-saat 'countdown UPSR 2018' mesti banyak yang nervous kan. Tenangkan diri.
Jadual waktu UPSR 2018 di bawah diharapkan boleh menjadi panduan anda. Ianya sangat penting. Anda juga digalakkan untuk membaca post kami yang terdahulu mengenai jadual peperiksaan UPSR dan Tips menghadapi peperiksaan UPSR untuk maklumat lanjut.

Jadual Peperiksaan UPSR 2018
Tahun ini peperiksaan akan berlangsung dari 20 Sept 2018 (Khamis) hingga 27 Sept 2018 (Khamis) iaitu seminggu lamanya.  Sebanyak enam (6) mata pelajaran akan diuji iaitu subjek Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sila rujuk jadual waktu peperiksaan UPSR tahu ini untuk maklumat lebih terperinci.
 
Untuk maklumat yang lebih lengkap dan terkini anda boleh berhubung dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)  atau sekolah masing-masing.

Untuk mendapatkan versi lengkap hebahan ini layari >>> Jadual Peperiksaan UPSR

Semakan Keputusan UPSR Secara Online dan SMS

Selepas menduduki peperiksaan UPSR anda tentu mula rasa berdebar-debar untuk menunggu pengumuman keputusan peperiksaan. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR anda boleh membuat semakan secara online dan SMS.

Semakan keputusan secara online dan SMS ini lebih mudah dan pantas.

Semoga perkongsian mengenai Jadual Peperiksaan UPSR 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Sabtu, 4 Ogos 2018

10:35 PG

Sistem Semakan Keputusan PT3 Online

Semakan Keputusan PT3. Bila anda boleh membuat semakan keputusan PT3 untuk sesi persekolahan? Pelajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 dijangka boleh menbuat semakan keputusan pada bulan December.
Pelajar-palajar yang telah menduduki peperiksaan PT3 tahun  adalah kumpulan kedua selepas peperiksaan PT3 ini diperkenalkan dan dilaksanakan  untuk mengantikan peperiksaan PMR.

Tarikh rasmi akan kami umumkan menerusi website ini bila ianya telah tetapkan kelak.

Bagaimana membuat semakan keputusan PT3

Untuk membuat semakan anda boleh melayari http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

Kepada anda yang telah menduduki peperiksaan PT3, kami mengucapkan semoga berjaya!

Khamis, 26 Julai 2018

11:54 PG

Check UPSR Result Online & SMS

Check your UPSR exam result online & SMS. For those who sat for UPSR exam this year this will be the most awaited moment for you.

The UPSR results can be obtained from students’ respective schools after 10AM on that day. Visit your respective school on that day to get your UPSR exam result.

You may also review your results using the mySMS short message service at 15888.  Service will be available from 10AM onwards.

It was reported that this year, 478,848 students registered for the UPSR at 8,268 centres nationwide.

To check your UPSR result visit >>> UPSR Result Online

Good luck!

Khamis, 19 Julai 2018

1:05 PTG

Permohonan Kemasukan ILJTM Online - Pengambilan Tambahan Julai 2018

Permohonan kemasukan ke ILJTM online - pengambilan tambahan Julai 2018. Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. Permohonan sudah boleh dibuat sekarang. Hantar permohonan anda dengan segera.  Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Pusat-Pusat ILJTM

1. 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
2. 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
3. Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

i. Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
ii. Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau
iii. Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan Program Sijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

a. Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
b. Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
c. Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

i. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
ii. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

    Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

Tarikh tutup untuk pengambilan tambahan ILJTM Julai 2018 ini akan ditutup pada 31 Julai 2018

Semoga perkongsian mengenai kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain.

Selasa, 3 Julai 2018

11:23 PG

SAPS NKRA Modul Ibubapa Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat

SAPS NKRA Ditutup Sementara Kerana Kebocoran Maklumat. Ini adalah maklumat terkini untuk makluman anda. Ini berikutan pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik baru-baru ini berikutan ada kebimbangan berikutan dakwaan kebocoran maklumat dalam sistem tersebut.
Baru-baru ini terdapat dakwaan berlaku serangan terhadap sistem itu dan maklumat orang ramai telah bocor. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) digunakan oleh ibubapa yang ingin menbuat semakan perkembangan dan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.

“Pihak kementerian sedang menganalisis dakwaan yang dihantar ke kami dan saya telah arahkan penutupan sementara sistem SAPS dan mengenal pasti kelemahan sistem tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi jangka panjang, katanya, kementerian akan mengemaskini pengurusan projeknya dan proses pengurusan risiko bagi semua projeknya oleh kerana masalah seperti itu tidak boleh terus berlaku.

“Dalam tempoh ini, sistem lain termasuk laman web dan aplikasi akan berjalan seperti biasa. Saya sangat menghargai maklum balas yang diberikan atas isu ini.

“Kami memerlukan pandangan daripada semua orang untuk melakukan pembaharuan dalam kementerian ini.” katanya.

Sebelum keputusan penutupan sementara SAPS dibuat, terdapat e-mail tidak bernama telah tersebar luas yang mendakwa sistem SAPS telah terdedah kepada serangan yang dipanggil suntikan SQL.

Daripada e-mail yang tersebar luas tersebut, dilaporkan bahawa maklumat peribadi 4.9 juta pelajar bersama nombor MyKAD ibubapa pelajar telah bocor dan terdedah kepada salah guna.

SAPS adalah sistem online di mana guru-guru diwajibkan memasukkan keputusan peperiksaan dan ujian pelajar ke dalam pangkalan data dan data tersebut boleh diakses oleh ibubapa untuk mengikuti perkembangan prestasi anak-anak mereka.