Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan Malaysia News. Papar semua catatan
3:41 PTG

Cara Semak Penyata Slip Gaji (ANM) Online Dalam 2 Minit

Semak penyata gaji online 2018 dengan Akauntan Negara Malaysia untuk semakan atau cetakan slip gaji bulanan anda secara online. Kakitangan kerajaan yang berhasrat membuat semakan penyata atau slip gaji mereka boleh membuat semakan di laman portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).

Akauntan Negara Malaysia Slip Gaji Online

Anda mungkin memerlukan slip gaji atau penyata gaji anda untuk tujuan-tujuan tertentu seperti memohon pinjaman pendidikan untuk anak, pinjaman sewa beli kereta, rumah dan sebagainya.

Sebelum ini anda mungkin tidak sedar atau mengetahui bahawa Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan akan menyimpan maklumat penyata gaji bulanan anda bagi tempoh 18 bulan  dan Penyata Pendapatan Tahunan begi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Ini bermakna, selepas tempoh tersebut sistem akan secara automatik akan memadam atau mengeluarkan maklumat tersebut dari sistem simpanan.

Cara Semak Penyata Gaji Online


Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk download penyata gaji atau pendapatan tahunan anda jika perlu untuk simpanan dan kegunaan anda pada masa akan datang.

Untuk membuat semakan penyata atau cetak slip gaji online anda perlu mendaftar masuk ke Laman Portal Rasmi ANM yang disediakan.  Pengguna pertama kali perlu membuat pendaftaran dengan klik "Pertama Kali Mendaftar" untuk mendapatkan kata laluan untuk menggunakan portal tersebut.
Semak Penyata Gaji Online

Jika anda memerlukan makluman lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak ANM dengan cara  E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.
8:37 PTG

Cara Pendaftaran SPM Persendirian 2019 Online

[UPDATED - 11 Feb 2019] Cara Pendaftaran SPM Persendirian 2019. Cara buat pendaftaran online SPMU untuk panduan anda. Applikasi pendaftaran SPMU Online. Registration process for SPM Ulangan and daftar spm persendirian will be open soon. This year the SPMU online registration system will be activated soon.


SPMU Online registration

If you are thinking about sitting for SPMU exam this year submit you registration through:

Visit this webportal to register Pendaftaran SPM Persendirian 2018 Online

Alternatively, you may register by visiting the nearest Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) to register.

All PPD offices should have somebody to handle manual registration for SPMU and private candidates.

Please take note that late registration will not be processed.

Submit your registration before the deadline.

To check your SPMU result, you can do it online. Please read our previous post about this topic at  --> Visit here for SPMU Result Check Online

Pendaftaran SPM Persendirian 2018

What is SPMU and SPM Private Candidates

There is a different between the two. I think this answer taken from www.carigold.com is the best answer for this question
Question: Assalamualaikum...
nak tanya apakah perbezaan SPM(ulangan)dan calon persendirian untuk ambik SPM ...adakah ianya benda yang sama atau berbeza sebab tadi ada google SPM(U)ialah mengulangi subjek B.Melayu & Matematik dan Calon Persendirian ialah subjek yang selain diatas....

dan saya ingin bertanya apakah tujuan untuk ambik SPM ulangan selain dari ingin menaikan gred SPM yang rendah kepada yang lebih baik atau beleh memohon masuk universiti dengan menggunakan result ulangan tadi...

saya umur 21 dan keputusan spm dahulu bukan semua subjek dapat A hanya sedikit sahaja jadi saya terfikir untuk ambik beberapa subjek yang grednya rendah...dan apakah syarat umur untuk memohon/memasuki universiti...Terima Kasih...

Answer: Spm(u) tu maksudnya mengulang spm tak kira la ulang satu atau semua subjek. Kalo untuk paper bm dan math ada tarikh khas untuk mengulang yg biasanya org panggil july paper. Org yg amek july paper ni utk dapatkan kredit bm dan math sebab biasa untuk kerja atau smbg blaja bidang tertentu ada syarat minimum kredit bm dan math. Ada member aku subjek sains semua A tapi bm tak kredit so dia ulang satu paper bm je bulan july. Kalo untuk subjek2 yg lain kena amek waktu peperiksaan spm sebenar.

Calon persendirian maksudnya calon yg bukan dari sekolah kerajaan atau pun swasta. Katakan anda nak ulang spm tahun depan dengan blaja sendiri atau pun private/tuition, etc so anda dipanggil calon persendirian. Pusat untuk menjawab spm boleh ditentukn sendiri oleh calon di mana-mana sekolah yg berdekatan.

Result ulangan boleh digunakan untuk memohon masuk ke universiti. Rujuk syarat2 kemasukan univ di upu.mohe.gov.my. Cara kedua tak perlu mengulang spm, masuk program 'mengubah destini anak bangsa' di uitm. Bergantung kpd result anda boleh terus mengambil kursus pra diploma tanpa mengambil kursus sijil terlebih dahulu. Cara ketiga, dengan pengalaman kerja anda boleh memohon sambung belaja dalam bidang yg berkaitan secara sepenuh biasa atau part time. Biasa org pggil PJJ. Banyak peluang dan cara sebenarnya utk smbung belaja.
For more and up-to-date info about Pendaftaran SPM Persendirian 2018, please contact Ministry of Education (MOE) Malaysia directly. For those who are sitting for SPMU and Calon Persendirian we wish you all the best.
10:22 PG

Semakan Keputusan UPU Online IPTA (UPU Result) 2018

Semakan keputusan UPU IPTA or UPU Result check. Waiting for UPU result? UPU results for SPM or  STPM students to enter IPTA/Politeknik Premier, you can now able to check the result online. Applicants can check the status of their application through the following links.

Since our previous post about UPU Result For IPTA was so popular and recieved a very positive feedback, we decided to do some updates here for your further information.

We have updated this article with the followings new items:
  • Semakan Online Keputusan UPU IPTA
  • Semakan UPU Melalui SMS
  • UPU e-Appeal Application System
Semakan keputusan UPU IPTA can be done through online or SMS system. Visit the links below to check your UPU Result IPTA. Alternatively you can also check your UPU result through SMS system.

Check your UPU Result online or SMS application system. It is easy and quick
UPU Result Online
Semakan Keputusan UPU IPTA Online

Check your result and print your offer letter through the links below:
  1. Universiti Malaya (UM): http://kemasukan.um.edu.my
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran
  3. Universiti Putra Malaysia (UPM): http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM): https://jpt.utm.my
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): http:www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran.html
  6. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas): http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran
  7. Universiti Malaysia Sabah (UMS): http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
  8. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran
  9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): http://etasjil.usim.edu.my
  10. Universiti Teknologi Mara (UiTM): http://www.online.uitm.edu.my/
  11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT): http://intake.umt.edu.my/tawaran
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): http://www.utem.edu.my/kemasukan
  14. Universiti Malaysia Pahang (UMP): http://www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran
  15. Universiti Malaysia Perlis: http://offer.unimap.edu.my
  16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): http://www.unisza.edu.my/tawaran
  17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM): http://upnm.edu.my/kemasukan/tawaran
  18. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP): http://www.politeknik.edu.my
All successful applicants are required to confirm acceptance of the offer by the UA or Premier Polytechnic on or before May 15 , and it can be made through the official website of the UA or JPP as above .
You may also check your result through SMS. Below is how you do it.

READ ALSO: Panduan Beli No PIN UPU

Check your result through SMS

You can check your results from 12.00 noon on UPU website or SMS- UPU<space>RESULT<space>IC Number to 15888 (for example – UPU RESULT 960321086413)

-----------update end-----------------
Recently UPU has announced that appeal offer is subject to availability after the registration of new students at the beginning of September 2013. Students may submit their UPU appeal application before the deadline specified above.

You can make 2 options new appeal application or the same as in the first application. The appeal decision will be announced in the second week of September 2013.
For applicants diploma / equivalent categories, be sure to send the documents as requested in the application form to the selection IPTA before August 1, 2013.

Semakan Keputusan UPU IPTA (UPU Result)

Forgot password / system problems – please contact the UPU at 03-8870 6777/6767 for further assistance or email at upu@mohe.gov.my 

You can  check your UPU result today. You can check the status of your application into public universities for the 2011/2012 academic session starting today noon. All the best and good luck.

Public Universities Intake Results Out Tomorrow

KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) leavers, or students with equivalent qualifications, can check the status of their application into public universities for the 2011/2012 academic session starting noon Tomorrow (May 6).

Results can be obtained through the Higher Education Ministry's hotline at 03-88835858, helpline at 03-88835848 and general line at 03-88835801/5802, said a statement from the ministry here Thursday.

Candidates can also visit the websites http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my
or get the information using the short-messaging service (SMS) by typing UPU RESULT (identification card number) and send to 15888.

If no offer is received from the public universities, your application is considered failed.

UPU E-appeal Application

E-appeal then be offered to those candidates who did not received any offer. UPU follows their One-Offer Policy, whereby those who received an offer and not eligible to make appeals for reconsideration.

Successful candidates can print their offer letters starting Saturday through the websites of the respective universities and confirm their acceptance within seven working days, before or on May 14.

According to the statement, the ministry has agreed to implement an open offer policy, whereby many excellent SPM 2010 candidates will receive more than one offer.

"Successful applicants are advised to choose their preferred programme wisely and register on the day and time stated," it said.

The ministry urged unsuccessful applicants to consider other programmes such as Form Six, Technical Education and Vocational Training Institutions (TEVT), Skills Training Institutes (ILKA), polytechnics, community colleges and others.

The statement added that appeals can be made through the e-Rayuan application within 10 working days the official application results were announced through http://upu.mohe.gov.my.

The closing date for appeals is May 16, whereby results will be announced the second week of June and those who do not receive any offer four weeks after registration should consider their appeal unsuccessful.--Bernama.

READ ALSO: UPU E-appeal Application Online 

IMPORTANT! UPU Practices One Offer Policy

What happen if you reject the offer from UPU? This is a very important question. This is something you must read carefully and to think about. Do you know that UPU practices one offer policy? The answer is YES! UPU practices one offer policy.  According to the Pengarah UPU, En. Jamalulail Abu Bakar "If applicants reject the offer from one university they will NOT get any offer from other university as we have one offer policy. They will not be entertained for appeal. Appeal process is ONLY applicable for those  who are not offered placement in IPTA"

The statement from the Pengarah UPU, if you get the offer from UPU and you reject it then you will not be give a second chances. Remember about this UPU One Offer Policy

Second Chance for Students who failed to secure places at public universities at private institutions

The Malaysian Education Ministry is currently looking for a solution to help students who were left with no offer through a working solution with private education institutes and the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).
It is expected that a list of private college and universities (IPTS) will have places available to accomodate the students is in progress. The students will then recieved assistances from PTPTN and their loans are convertible to scholarship if the student obtain 1st class honours.

 If you want to  know more details about how to apply UPU online, we suggest that you read this UPU blog for more information.

Note: For more and up-to-date information on UPU result, visit UPU website or contact them directly.
10:27 PTG

Sistem SEMAKAN Status KADS1M Online MUDAH Dan PANTAS

Tarikh Tutup Permohonan Baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2018.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BAHARU

KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)/ BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) TAHUN 2018 [dikenali juga sebagai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)]

Boleh dilaksanakan melalui pautan : http://www.bankrakyat.com.my/bppt

Tarikh tutup permohonan baharu secara atas talian di Portal Bank Rakyat adalah pada 31 Julai 2018 (Selasa).

Semakan status permohonan KADS1M 2018 online. Jika anda ada memohon KADS1M, tentu anda perlu mengetahui status permohonan online anda bukan?  Bagaimana buat Semakan Status KADS1M (Kad Diskaun Siswa 1Malaysia) online?  Anda boleh membuat semakan status KADS1M anda atas talian (online) dengan mudah dan pantas.

Cara membuat semakan permohonan KADS1M online

Menurut maklumat yang di siarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, Bank Rakyat akan melancarkan sistem semakan status KADS1M bermula 1 June 2017

Sistem Semakan Status permohonan KADS1M online

Pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M boleh membuat semakan status permohonan KADS1M mereka melalui sistem semakan online yang telah disediakan ini.

Biasanya anda akan mendapat email makluman dari Bank Rakyat. Walau bagaimanapun jika anda tidak menerima email dari Bank Rakyat, anda boleh membuat semakan status KADS1M anda terus secara online.

Semakan secara online ini lebih mudah dan pantas.

Semakan Status KADS1M secara online

Semakan KADS1M di Bank Rakyat boleh dibuat secara online melalui laman portal yang telah disediakan oleh pihak Bank Rakyat. Anda boleh membuat semakan secara online dengan cara seperti di bawah:

1. Layari applikasi semakan KADS1M online : https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
3. Klik ‘Semak’

Sila rujuk gambar di bawah.
Cara semakan status KADS1M secara online
Semakan Status KADS1M Melalui Talian Hotline.

1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
2. Pilih Bahasa
3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan.

Semoga perkongsian mengenai semakan status permohonan KADS1M online ini memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada kawan-kawan yang lain maklumat ini untuk rujukan dan panduan mereka. Kepada yang berjaya kamu ucapkan TAHNIAH! Gunakan kemudahan tersebut dengan sebaik-baiknya sebagai pelajar. 
6:13 PTG

Tawaran KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME (KOMTEP) 2018

Tawaran mengikuti Korea-Malaysia teacher Exchange Programme (KOMTEP) di bawah program Asia-Pacific Teacher Exchange for Global Education (APTE), Republic Korea tahun 2018. Siapa teringin nak ke Korea ini adalah peluang baik untuk para guru.

Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2018

Sila baca kenyataan iklan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2018.

Permohonan yang lengkap perlu mendapat sokongan/ ulasan daripada Pengarah Bahagian atau JPN. Bagi permohonan PPP dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak boleh mendapat sokongan/ ulasan daripada Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing. Tarikh tutup permohonan bagi penyertaan program ini adalah pada 02 April 2018 (Isnin) dan permohonan yang lengkap berserta sokongan/ ulasan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tersebut jam 5:00 petang kepada:
                       
Pengambilan KOMTEP2018,
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Objektif Program

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan jalinan kerjasama pintar peringkat antarabangsa antara guru sekolah Republik Korea dan Malaysia serta memberi peluang kepada guru Malaysia mempertingkatkan kompetensi melalui pendedahan sebenar dan menimba pengalaman baru secara amali berkaitan amalan terbaik proses pengajaran dan pembelajaran di Republik Korea.

Sila muat turun surat tawaran dan dokumen lain yang berkaitan untuk maklumat lanjut. Ada 8 dokumen keseluruhan.

1. Iklan Tawaran
2. Borang Permohonan
3. Borang Pemeriksaan Kesihatan
4. Borang Kebenaran Pasangan
5. Lampiran A1
6. Lampiran D
7. Project Plan
8. Sample Lesson Plan

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai tawaran mengikuti Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) ini bermanfaat kepada anda. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan guru yang lain.
2:34 PTG

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (DRAFT) Untuk Rujukan Pelajar

Jadual peperiksaan SPMU 2018 dalam bentuk draf (belum muktamad) telah dikeluarkan. SPMU adalah singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan atau lebih dikenali ramai sebagai SPMU.

Rasanya maklumat ini penting kepada para pelajar yang telah mendaftar peperiksaan SPMU 2018 untuk menjadi panduan mereka.

Mungkin anda gagal berberapa subjek utama seperti subjek Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu semasa peperiksaan SPM yang lepas dan berhajat untuk memperbaiki keputusan SPM anda? SPMU adalah peluang untuk anda.
Jadual waktu peperiksaan SPMU untuk panduan pelajar

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan draf jadual peperiksaan SPMU tahun 2018. Walaupun ianya hanya draft tetapi kita tidak menjangkakan akan berlaku perubahan yang besar dari draft ini.

Kita akan kemaskini di blog ini bila jadual SPMu 2018 yang muktamad telah dikeluarkan kelak.

Menurut jadual (draf) peperiksaan SPMu ini tarikh peperiksaan SPMU 2018 akan berlangsung pada bulan Jun 2018 iaitu 25 hingga 27 Jun 2018.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan ialah:

1. Matematik Kertas 1 (aneka pilihan)
2. Matematik Kertas 2
3. Sejarah Kertas 1 (aneka pilihan)
4. Sejarah Kertas 2
5. Sejarah Kertas 3
6. Bahasa Melayu Kertas 1
7. Bahasa Melayu Kertas 2
8. Bahasa Melayu Kertas 3- Ujian Lisan untuk calon persendirian

Nota:

Tarikh dan masa untuk Bahasa Melayu Kertas 3 akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Anda boleh download jadual peperiksaan SPMU 2018 ini di >>> Download Jadual SPMU 2018

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU pula anda boleh layari >>> Semakan Keputusan SPMU

Semoga perkonsian mengenai jadual peperiksaan SPMU 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain
2:04 PTG

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017 - Kenyataan Media KPM

Baru-baru ini ada khabar angin mengenai seramai 17,000 pelajar SPM 2017 telah gagal dalam subjek Sejarah. Jika ini benar maka ini tentu jumlah yang agak membimbangkan apatah lagi subjek sejarah adalah subjek yang wajib lulus di peringkat SPM.

Semakan keputusan SPM 2017 online dan SMS

Berita baiknya, khabar itu adalah tidak benar. Berikut kenyataan media yang disiarkan di laman portal rasmi pihak KPM.

Menurut pihak KPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) belum membuat pengumuman rasmi mengenai keputusan peperiksaan SPM 2017 seterusnya berita mengenai 17,000 pelajar gagal subjek Sejarah itu adalah palsu.
Kenyataan akhbar pihak KPM mengenai keputusan SPM

Pihak KPM menasihatkan orang ramai agai tidak terpengaruh dan mempercayai khabar agin tersebut. Pemberitahuan rasmi akan dibuat selepas pihak LPM mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2017.

Sejumhal 443,883 pelajar telah menduduki peperiksaan tahun lepas di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Sekiranya orang ramai mempunyai keraguan atau perlukan penjelasan lanjut, mereka boleh berhubung terus dengan pihak KPM untuk maklumat yang tepat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada kita semua.
9:45 PG

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Untuk Panduan Pelajar (DRAFT)

Draft Jadual peperiksaan SPM 2018 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berpandukan apa yang ada di draf jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan, peperiksaan SPM tahun 2018 akan bermula dari 13 November 2018 hingga 13 Desimber 2018.

Lebih kurang satu bulan masa peperiksaan itu dilaksanakan.

Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan anda. Download draf jadual peperiksaan SPM 2018 ini melalui pautan (link) yang diberikan untuk memudahkan anda mencetak maklumat ini.






Download: Jadual Peperiksaan SPM 2018 (draf)

Sila ambil maklum bahawa ini adalah DRAFT/DRAF sahaja dan belum MUKTAMAD/FINAL. Versi yang muktamad/final akan dikemaskini selepas pihak KPM mengeluarkannya nanti. Kita menjangkakan tidak banyak perubahan pada versi yang muktamad nanti.

Diharapkan informasi ini dapat membantu pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2018 merancang pembelajaran dan persedian mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jadual peperiksaan SPM 2018 (draft) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda untuk panduan mereka.
11:09 PG

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2019 Online

Permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 Online. Ibubapa yang mempunyai anak dan  akan memasuki prasekolah untuk sesi persekolahan 2019 bolehlah mendaftarkan anak mereka secara atas talian.

Ibubapa boleh mula mendaftarkan anak mereka bermula 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 melalui laman portal yang disediakan oleh pihak KPM di https://eprasekolah.moe.gov.my/

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Secara Manual

Selain daripada portal yang disediakan pihak ibubapa juga boleh mendaftarkan anak mereka secara manual melalui sekolah dimohon dari 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

Sila rujuk kenyataan akhbar dari pihak KPM di bawah untuk rujukan anda.


Berikut adalah syarat kelayakan memohon ke Prasekolah KPM

a. Kanak-kanak mestilah warganegara Malaysia
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja layak untuk memohon.

Read also: Tips Cari Sekolah Prasekolah Untuk Anak Anda

Diharapkan perkongsian mengenai permohonan pendaftaran ke Prasekolah KPM tahun 2019 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada para ibubapa yang lain.
4:25 PTG

Jadual Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) SPM 2018

Jadual kerja kursus PSV 2018 (Kertas 3 - 2611/3) ialah sepanjang bulan Februari 2018 hingga Julai 2018. Calon-calon yang mengambil subjek ini boleh berhubung dengan guru subjek ini di sekolah masing-masing untuk keterangan lanjut.

Jadual kerja kursus PSV 2018

Perlu diambil perhatian bahawa calon-calong yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib melaksanakan kerja khusus seni 2018 ini.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dianggap tidak hadir bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

Semua hasil rekaan seni visual mestilah dilaksanakan oleh calon atau pelajar itu sendiri sepanjang bulan Februari 2018 hingga Julai 2018.

Semua dokumentasi dan catatan bukti kajian perlu ditulis tangan, anda juga dibenarkan menggunakan cetakan komputer.

Pelajar mestilah menghasilkan kajian, lakaran dan hasil rekaan sendiri dan asli dan bukan ditiru dari mana-mana sumber yang ada.

Berikut adalah panduan untuk kerja kursus Pendidikan Seni Visual untuk rujukan anda. Anda boleh download dan baca atau cetak untuk panduan anda.

Download: Pendidikan Seni Visual 2611/3

Diharapkan perkonsian mengenai jadual kerja kursus PSV 2018 ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang akan mengambil subjek PSV ini.
10:27 PG

Permohonan Pertukaran Guru 2018 (e-GTukar) Antara Daerah Dan Negeri

Permohonan pertukaran guru 2018 (e-GTukar) antara daerah, dalam daerah dan negeri akan dibuka bulan ini pada 18 Februari 2018. Guru yang bercadang untuk bertukar ke daerah lain atau negeri lain atas sebab-sebab tertentu bolehlah mengemukakan permohonan menggunakan portal yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Untuk memohon anda hendaklah menggunakan portal online yang disediakan. Pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar akaun pengguna di portal yang disediakan.

Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat tambahan.

applikasi online permohonan pertukaran guru antara daerah dan negeri

Permohonan pertukaran guru 2018 pada bulan Februari  ini adalah yang pertama bagi tahun ini yang mana biasanya permohonan akan dibuka sekali sahaja.

Keputusan permohonan pula akan dikeluarkan sebanyak 3 kali seperti tahun-tahun yang lepas kecuali terdapat perubahan dan itu bergantung kepada budibicara pihak KPM.

Guru yang berhasrat  untuk bertukar bolehlah mengemukakan permohonan pada bulan Februari 2018 ini menggunakan applikasi e-GTukar online.

Read also: Permohonan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Diharapkan maklumat permohonan pertukaran guru 2018 ini bermanfaat. Sila sebarkan kepada rakan-rakan yang lain untuk memanfaatkan kemudahan ini.
11:46 PTG

Cara Tonton Liga Malaysia Live Di Iflix - Panduan Lengkap

Cara tonton Liga Malaysia live di Iflix streaming online. Baru-baru ini Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) telah menandatangai kerjasama dengan pihak Iflix menyiarkan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia secara live streaming online di aplikasi Iflix.

Dengan adanya perjanjian ini peminat bola sepak negara boleh menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan juga Piala Malaysia secara live melalui streaming online. Ini tentu lebih memudahkan peminat bola sepak tempatan mengikuti perkembangan dan perlawanan bola sepak di Malaysia.

Perjanjian antara FAM dan pihak Iflix ini tentunya akan memberi lonjakan besar dalam perkembangan bola sepak Malaysia.

Selain hak eklusif penyiaran perlawanan bola sepak di Malaysia, Iflix juga menyiarkan perlawanan bola sepak Liga 1 Indonesia, eSport untuk DOTA2 dan juga Kriket T10 Bangladesh. Pilihan live streaming online agak luas melalui applikasi Iflix.

Sepanjang tahun 2018 ini dianggarkan sebanyak 138 perlawanan bola sepak boleh ditonton secara live online melalui TV, Tablet, Komputer dan juga telefon pintar dengan kualiti siaran yang bertaraf (HD). Melalui applikasi Iflix, perlawanan ulangan Liga Malaysia juga boleh di saksikan.

Pada masa yang lalu, peminat bola sepak Liga Malaysia dapat mengikuti perlawanan bola sepak melalui siaran di rangkaian TV RTM (TV1, TV2 & TVi), Media Prima (TV3 dan TV9) Unifi TV dan Iflix.

Maklumat Ringkas Menonton Liga Malaysia Live Streaming Online Di Iflix


Untuk pengetahuan anda terdapat siaran-siaran langsung yang disiarkan hanya di Iflix dan tidak terdapat di mana-mana saluran TV lain.

1. Iflix memberi anda 1 bulan akses tanpa had
2. Ribuan rancangan TV, filem dan banyak lagi ditawarkan di Iflix
3. Anda boleh menyaksikan di telefon pintar, laptop, tablet dan TV
4. Jika tidak saksikan secara live, anda boleh download dan menontonya kemudian.
5. Anda hanya perlu membayar langganan bulanan sebanyak RM10 sahaja.

Cara menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia secara live di Iflix


Bagaimana untuk menonton siaran live (siaran langsung) perlawanan bola sepak Liga Malaysia di Iflix? Berikut adalah ringkasan cara dan prosesnya supaya anda boleh menonton perlawanan bola pasukan kegemaran anda di Iflix.

1. Download applikasi Iflix atau layari laman portal iflix.com
2. Daftarkan akaun anda dengan klik "sign up" masukkan maklumat pendaftaran yang dikehendaki.
3. Di button Menu > Preference > Football Malaysia
4. Kembali ke home screen Iflix - Channel Football Malaysia akan terpapar kesemua perlawanan  yang akan berlangsung.
5. Pilih perlawanan bola sepak yang anda ingin tonton.


Maklumat Tambahan Football Malaysia on Iflix


1. Pengguna boleh memuat turun aplikasi iFlix di App Store atau Google Play. Untuk pengguna laptop atau komputer, anda perlu melayari laman web di pautan www.iflix.com.
2. Sign up akaun boleh menggunakan akaun Facebook atau Google
3. Simpan 'Username' dan 'Password' yang telah didaftarkan
4. Pengguna Unifi, Maxis HomeOne Home dan Digi ada promosi free subscription. Pembayaran boleh menggunakan credit/ debit card, online banking dan pembelian topup di 7Eleven
5. Mereka yang ingin menonton perlawanan di TV perlu mencucuk Chromecast pada HDMI TV. Tekan icon empat segi ‘Connect to Device’. Kemudian, pilih chromecast.

Semoga perkongsian maklumat mengenai Cara Tonton Liga Malaysia Live Di Iflix ini bermanfaat anda dapat membantu anda sedikit sebanyak. Mari kita sokong perkembangan bola sepak tanah air.
12:40 PTG

MQA Akan Nilai Diploma 400 Kolej Seluruh Negara Tahun Ini

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bercadang untuk menilai 400 permohonan dari kolej vokasional pada tahun ini untuk memastikan program yang ditawarkan menepati dan memenuhi standard yang ditetapkan.


Berikut menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Dr. Rahmah Mohamed. Menurut beliau pernilaian itu akan dijalankan dan dijangka akan mengambil masa selama 7 bulan. Pernilaian ini akan menggunakan kaedah dan pentaksiran baru untuk meningkatkan kemahiran guru dan mengukuhkan kerjasama dengan industri.

“Pengiktirafan penuh daripada MQA adalah amat penting bagi memastikan pelajar lepasan kolej vokasional diberi peluang me­lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kita bertindak sebagai pemudah cara dan penilaian meliputi pelbagai aspek.

“Semua aspek perlu diberikan perhatian kerana kita mahu kan­dungan pengajian berkualiti ke­rana mahu kolej vokasional melahirkan graduan dan modal insan yang holistik serta mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri,” - Datuk Dr. Rahmah Mohamed

Demikan menurut amanatnya yang disampaikan semasa Amanat Tahun Baru MQA 2018 baru-baru ini.

Read also: Rujuk MQA Untuk Akreditasi Kursus

Diharapkan pelajar akan sentiasa beringat sebelum memohon dimana-mana pusat pengajian tinggi agar sentiasa membuat semakan dengan MQA sama ada diploma yang ditawarkan itu adalah diiktiraf oleh MQA atau sebaliknya. Rujuk beritah penuh di SINI.
11:17 PG

Soal Selidik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Untuk Orang Ramai

Soal Selidik Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Untuk Orang Ramai. Soal Selidik SAPS Bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Sudah tentu apa-apa system yang dibangunkan pasti ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki. Dengan adanya soalselidik ini kelemahan-kelemahan yang mungkin timbul dapat dikenalpasti dan diselesaikan seterusnya diperbaiki dari masa ke semasa.

Berikut adalah 2 tujuan utama soal selidik SAPS ini.

* Segala maklumbalas penting dan akan digunakan bagi meningkatkan serta memperbaiki mutu perkhidmatan.

* Segala maklumat yang diberi bagi tujuan soal selidik ini adalah rahsia.

Read also: Panduan Menggunakan SAPS Ibubapa

Oleh yang demikian orang ramai terutama pengguna SAPS dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawap soalan-soalan soal selidik ini.

Sila layari link ini untuk ke laman - Soal Selidik SAPS KPM

Kerjasama anda dalam menjawab dan melengkapkan soal selidik ini amatlah dihargai.
4:18 PTG

Permohonan Peluang Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Jordan dan Mesir) Sesi 2019

[UPDATED - 29 Jan 2019] Permohonan Melanjutkan Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi di Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi Sesi Kemasukan 2019. Pelajar yang berminat dan layak dipelawa untuk memohon peluang untuk melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir.


Permohonan boleh dikemukan secara online di laman portal yang disediakan khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika anda berminat untuk memohon sila baca dan fahami arahan di bawah dengan jelas untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853.
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Fb : Education Malaysia Division

Read also: Permohonan Online Pengambilan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah (Isti Dadi) Ambilan Tahun 2018

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian ke Timur Tengah anda boleh terus berhubung dengan pigak Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Negara menggunakan alamat perhubungan yang tertera di atas.
10:08 PG

Senarai Kosmetik Yang Tidak Selamat Dan Tiada Kelulusan KKM

Senarai terbaru kosmetik yang tidak selamat. Baru-baru ini terdapat kenyataan Akhbar KPK mengenai produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Produk-produk yang disenaraikan ini dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.


Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak KPK notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah ditarik bali dan dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi. KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual yang telah dikesan di dalam produk kosmetik terlibat.

Terdapat 4 produk kosmetik yang disenaraikan dalam kenyataan akhbar KPK tersebut. Sila rujuk terus Kenyataan Akhbar KPK bertarikh 24 Januari 2018 bertajuk: Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan mengandungi Racun Berjadual di laman portal rasmi KPK.


Kenyataan akhbar KPK ini juga turut menyeru orang ramai untuk berhati-hati ketika membeli produk kosmetik dan orang ramai dinasihatkan untuk merujuk atau menyemak dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk kosmetik yang ada dipasaran ketika ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

Rujuk: Kenyataan Akhbar KPK

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenai isu senarai kosmetik yang selamat atau tidak selamat yang ada di pasaran sekarang ini.
9:44 PG

Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

Semakan Keputusan Permohonan Ke MRSM 2018 Tingkatan 1 Online telah dibuka. Pelajar yang ada memohon untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 tahun ini bolehlah membuat semakan bermula 22 Januari 2018.

Rujuk juga blog post terdahulu kami Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 4

Pengumuman telah dibuat dan ianya disiarkan di laman portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan www.mara.gov.my.


Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online


Kepada pelajar yang ingin membuat semakan anda boleh membuat semakan melalui online seperti berikut:

a. Semakan keputusan boleh dibuat bermula 22 Januari 2018 (Isnin)
b. Sila ambil maklum bahawa pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM akan menerima SMS pemberitahuan.
c. Surat Tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak melalui aplikasi online semakan permohonan MRSM Online
d. Manakala pemohon yang tidak berjaya dan berniat untuk membuat rayuan boleh berbuat demikian di applikasi online yang sama.
e. Adalah penting untuk pemohon yang berjaya supaya membuat PENGESAHAN PENERIMAAN tawaran atau menolak tawaran dalam tempoh 7 hari. calon yang tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh 7 hari akan dianggap telah menolak tawaran
f. Untuk membuat semakan sila layari link  Tingkatan 1 https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp

Semakan Permohonan MRSM 2018 SMS


Selain melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak MARA, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan melalui applikasi SMS

Untuk membuat semakan melalui applikasi SMS sila ikut seperti berikut di bawah:

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Sistem e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online


Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan melalui applikasi online. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas hari pendaftaran pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM 2018.

Pemohon yang gagal dalam permohonan pengambilan pertama diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online. walau bagaimanapun keputusan ke atas rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas pelajar-pelajar yang mendapat tawaran melapor diri.

Jika dalam kes-kes tertentu, button link rayuan online tidak muncul selepas pemohon membuat semakan permohonan MRSM, pemohon boleh membuat rayuan dengan cara menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Sila rujuk pautan-pautan berikut untuk membuat rayuan kemasukan ke MRSM:

- Rujuk maklumat lanjut Panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar
- Rujuk juga Tips Interview Biasiswa MARA

Proses ini berjalan sehingga semua tempat yang ada ditawarkan di MRSM dipenuhi.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766.

Semoga perkongsian maklumat Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 online ini bermanfaat kepada anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk makluman mereka.
11:10 PG

Waktu Operasi Kaunter BR1M Di LHDN Seluruh Negara

Jadual waktu operasi kaunter khas BR1M di cawangan LHDNM yang terdekat dengan anda. Pembayaran pertama BR1M 2018 akan tiba tidak lama lagi. Kepada anda yang hendak berurusan terus di kaunter BR1M di LHDN maklumat jadual waktu ini penting untuk anda.

Waktu operasi kaunter BR1M/BRIM di LHDN

Kepada anda yang belum mengemaskini maklumat BR1M anda sila baca kemaskini BR1M 2018 untuk maklumat lanjut.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan atau kemaskini maklumat BRIM secara manual di kaunter BR1M di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sila rujuk jadual waktu operasi kaunter BRIM di LHDN untuk panduan anda.

Sila maklum bahawa Kementerian Kewangan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa tempoh pendaftaran baru BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Ini bermakna mereka yang belum mendaftar masih berpeluang untuk berbuat demikian.

Maklumat jadual waktu operasi kaunter BR1M di LHDN

Ringkasan Jadual Operasi Kaunter BR1M Di LHDN Seluruh Negara


Maklumat di bawah adalah waktu operasi kaunter BRIM cawangan-cawangan LHDN di seluruh negara.

1. Hari Berkerja
- Cawangan LHDN Semenanjung Malaysia: 9 Pagi hingga 5.00 petang
- Cawangan LHDN Sabah/Sarawak: 8 Pagi hingga 4.00 petang

2. Cuti Hujung Minggu
- 29 Dec 2017 / 30 Dec 2017 / 31 Dec 2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad): 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Maklumat Tambahan Waktu Operasi Kaunter BR1M


Sila ambil maklum perkara-perkara berikut:

a. Perlu diingat bahawa masa kaunter beroperasi adalah tertakhluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak LHDN
b. Semasa cuti umum peringkat negeri dan persekutuan semua kaunter BR1M LHDN adalah tutup.
c.Kaunter BR1M LHDN di negeri-negeri yang berkerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu buka kaunter BR1M di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformasi Centre (UTC-LHDN) pada hari Khamis ialah sehingga 3.30 petang sahaja.

Senarai Bank Pembayaran BR1M 2018


Jadual Pembayaran BR1M 2018 akan dibuat secara berperingkat sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2018. Pembayaran akan dibuat teruk ke bank-bank pemohon yang diluluskan. Berikut ialah senarai bank-bank yang boleh anda gunakan dalam permohonan BR1M anda untuk tujuan menyalurkan pembayaran BRIM 2018.

1. AFFIN BANK
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. CIMB BANK BERHAD
9. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
10. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14. MAYBANK
15. OCBC BANK
16. PUBLIC BANK BERHAD
17. RHB BANK BERHAD
18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Maklumat Perhubungan BR1M


Untuk sebarang pertanyaan berkaitan bantuan BR1M 2018, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716 Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian maklumat mengenai waktu operasi kaunter BR1M LHDN ini bermanfaat dan dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk urusan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) anda.
9:53 PTG

Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online

Semakan Keputusan Permohonan Ke MRSM 2018 Tingkatan 4 Online telah dibuka hari ini. Pelajar yang ada memohon untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 4 bolehlah membuat semakan bermula 22 Januari 2018.

Semakan permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online

Rujuk juga blog post terdahulu kami Semakan Tawaran MRSM Tingkatan 1

Pengumuman telah dibuat dan ianya disiarkan di laman portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan www.mara.gov.my.

Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online


Kepada pelajar yang ingin membuat semakan anda boleh membuat semakan melalui online seperti berikut:

a. Semakan keputusan boleh dibuat bermula 22 Januari 2018 (Isnin)
b. Sila ambil maklum bahawa pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM akan menerima SMS pemberitahuan.
c. Surat Tawaran kemasukan ke MRSM boleh dicetak melalui aplikasi online semakan permohonan MRSM Online
d. Manakala pemohon yang tidak berjaya dan berniat untuk membuat rayuan boleh berbuat demikian di applikasi online yang sama.
e. Adalah penting untuk pemohon yang berjaya supaya membuat PENGESAHAN PENERIMAAN tawaran atau menolak tawaran dalam tempoh 7 hari. calon yang tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh 7 hari akan dianggap telah menolak tawaran
f. Untuk membuat semakan sila layari link  Tingkatan 4 https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

Semakan Permohonan MRSM 2018 SMS


Selain melalui applikasi online yang disediakan oleh pihak MARA, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan melalui applikasi SMS

Untuk membuat semakan melalui applikasi SMS sila ikut seperti berikut di bawah:

mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Sistem e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online


Pemohon yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan melalui applikasi online. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas hari pendaftaran pelajar yang berjaya mendapat tempat ke MRSM 2018.

Pemohon yang gagal dalam permohonan pengambilan pertama diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online. walau bagaimanapun keputusan ke atas rayuan anda adalah bergantung kepada jumlah kekosongan yang ada selepas pelajar-pelajar yang mendapat tawaran melapor diri.

Jika dalam kes-kes tertentu, button link rayuan online tidak muncul selepas pemohon membuat semakan permohonan MRSM, pemohon boleh membuat rayuan dengan cara menulis surat rayuan rasmi kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Sila rujuk pautan-pautan berikut untuk membuat rayuan kemasukan ke MRSM:

- Rujuk maklumat lanjut Panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar
- Rujuk juga Tips Interview Biasiswa MARA

Proses ini berjalan sehingga semua tempat yang ada ditawarkan di MRSM dipenuhi.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2691 5111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766.

Semoga perkongsian maklumat Semakan Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 online ini bermanfaat kepada anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain untuk makluman mereka.
8:29 PG

Cuti Perayaan KPM 2019 Cuti Penggal Persekolahan Dan Perayaan Di Malaysia

[UPDATED - 31 Dec 2018] Cuti Perayaan KPM 2019 Cuti Penggal Persekolahan Dan Perayaan Di Malaysia. Maklumat ini penting kerana ianya boleh menjadi panduan anda untuk merancang aktiviti keluarga bersama anak-anak semasa cuti.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah keluarkan takwim Cuti Perayaan KPM 2019 untuk panduan orang awam

Berikut ialah senarai negeri-negeri yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.

A. Kumpulan A - Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
B. Kumpulan B - Negeri selain dari yang tersenarai di Kumpulan A

Takwim Cuti Penggal Persekolahan 2019 Yang Di Keluarkan Oleh KPM


Sebelum anda merujuk kepada cuti perayaan 2019 KPM di bawah, adalah penting untuk anda menbuat semakan/teliti takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM sebagai rujukan anda

Cuti Perayaan 2019 KPM


Di Malaysia ada 7 perayaan utama yang di sambut oleh rakyat Malaysia. Ini bermakna pada perayaan-perayaan ini akan ada cuti umum. Berikut adalah senarai perayaan utama di Malaysia

1. Hari Raya Aidilfitri
2. Hari Raya Aidiladha
3. Tahun Baru Cina
4. Hari Deepavali
5. Hari Krismas
6. Hari Kaamaatan
7. Hari Gawai Dayak

Jika ada perubahan, ianya tertakhluk kepada pihak KPM yang akan menentukannya.

Anda juga boleh semak cuti-cuti umum yang lain dari Kalendar Kuda 2019 Cuti Sekolah Malaysia untuk maklumat terperinci.

Semoga maklumat ini boleh membantu anda dan pihak sekolah untuk membuat perancangan aktiviti sekolah dan juga aktiviti keluarga untuk anda.