Memaparkan catatan dengan label Rujukan Grafik Komunikasi Teknikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rujukan Grafik Komunikasi Teknikal. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Februari 2018

10:22 PG

Tugasan Pentaksiran Pusat Grafik Komunikasi Teknikal SPM 2018

Projek atau tugasan pentaksiran Pusat Grafik Komunikasi Teknikal SPM 2018 (Kertas 2  (3771/2)). Tugasan ini adalah wajib diambil oleh calon-calon SPM yang mengambil subjek Grafik Komunikasi Teknikal (Tingkatan 5).


Untuk makluman anda Fasa 1 akan dilaksanakan dari 1 Februari - 28 Februari 2018 selama 1 bulan.

Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Grafik Komunikasi Teknikal mestilah melaksanakannya di sekolah semasa waktu PdPc.

Anda dinasihatkan untuk membuat tugasan ini mengikut arahan yang telah ditetapkan. Kertas bersaiz A4 mestilah digunakan untuk tugasan ini.

Harus diambil perhatian bahawa hasil projek atau tugasan pelajar mestilah hasil usaha sendiri dan bukan diambil atau ditiru dari mana-mana sumber dan dilaksanakan secara individu.

Sila download dokumen-dokumen di bawah untuk panduan anda.

a. Manual Pentaksiran Projek

b. Naskah Calon

c. Naskah Guru

Sila rujuk Pengenalan dan teknik Grafik Komunikasi Teknikal SPM dalam bentuk video pendidikan  dari Cikgu Romie untuk panduan anda.

Kepada calon-calon yang melakukan tugasa ini kami mengucapkan semoga berjaya. All the best!