Memaparkan catatan dengan label Rujukan SPM Bahasa Melayu (BM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rujukan SPM Bahasa Melayu (BM). Papar semua catatan
2:00 PTG

Contoh Rumusan Lengkap SPM Bahasa Melayu (BM)

Contoh rumusan lengkap SPM Bahasa Melayu (BM) sebagai panduan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan rumusan dan pemahaman petikan umum. Soalan rumusan dan pemahaman petikan umum SPM terdapat dalam soalan 1 Kertas 1103/2 Bahasa Melayu SPM.
Kebiasanya petikan umum yang diambil dan diubahsuai daripada majalah atau surat khabar mempunyai kepanjangan kira-kira 350 patah perkataan diberikan.

Daripada soalan/petikan ini pelajar wajib menjawap soalan (a) Rumusan dan soalan, (b) Pemahaman.

Soalan Rumusan

Soalan ini merupakan soalan wajib. Pelajar perlu membuat rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Soalan ini adalah wajib dan 30 markah diperuntukan untuknya.

Soalan Pemahaman Petikan Umum

Soalan ini merupakan soalan wajib, sebanyak 3 soalan pemahaman dikemukakan dan 9 markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini.

Jika dilihat banyak markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini. Ini adalah untuk menguji sejauh mana kebolehan pelajar memahami bahan/petikan yang diberikan dalam soalan. Sudah tentu anda tiada cara lain tetapi perlu menguasai kemahiran menjawab soalan ini untuk menyediakan anda menjawab soalan ini semasa peperiksaan SPM nanti.

Untuk memudahkan anda di sini kami kongsikan satu blog yang amat sesuai dijadikan rujukan untuk topik ini. Blog yang ditulis oleh cikgu Norazwira Mohd. Nawi dalam tulisan beliau bertajuk contoh menjawab soalan rumusan SPM amat mudah difahami dan lengkap.

Jika anda mempunyai sedikit masa terluang, kami juga ada membuat perkongsian/sharing mengenai panduan dan teknik menulis karangan umum SPM Bahasa Melayu (BM).


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
1:58 PTG

Teknik Dan Panduan Menulis Karangan Umum SPM

Teknik dan panduan menulis karangan umum SPM. Ramai yang menghadapi masalah dalam bab membuat karangan umum SPM nie. Sebab itu kami menerima begitu banyak email bertanyakan tips, teknik dan panduan menulis karangan SPM.

Kali ini kami kongsikan dengan anda teknik menulis karangan umum SPM sebagai panduan dan rujukan anda.
Mengapa bab menulis karangan ini digeruni oleh ramai pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM?

Tentunya kerana bahagian menulis karangan SPM ini memperuntukkan banyak markah, panjang karangan yang diperlukan mestilah melebihi 350 patah perkataan dan juga bab ini menguji kebolehan pelajar meluahkan pendapat, pandangan dan informasi dalam bentuk penulisan.

Memberi pendapat, pandangan dan informasi ramai sahaja yang pandai. Tetapi bagaimana mengolah pandangan, pendapat dan informasi tersebut dalam bentuk tulisan melebihi 350 patah perkataan dengan gaya bahasa yang betul, tersusun dan tanpa kesalahan tatabahasa? Di situlah letak masalah utamanya.

Tiada cara lain anda terpaksa membiasakan diri menulis karangan. Berita baiknya, jika anda mengikuti teknik dan panduan yang betul, tentu anda tidak akan mengadapi masalah untuk menulis karangan yang melebihi 350 patah perkataan dengan tersusun dan menarik.

Yang amat pentingnya ialah anda berlatih menulis mengikut panduan dan teknik yang dikongsikan. Di sini adalah salah satu blog Bahasa Melayu yang berguna untuk anda baca dan jadikan panduan untuk menguasai teknik dan panduan menulis karangan SPM Bahasa Melayu.

Ada banyak panduan yang lain tetapi blog yang ditulis oleh cikgu Norawira Mohd. Nawi ini adalah antara yang terbaik untuk dijadikan panduan oleh pelajar.

Jika anda berminat anda juga boleh membaca dan download soalan percubaan Bahasa Melayu (BM) SPM untuk tujuan latih tubi anda. Layari link yang diberikan di bawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila like dan share tips ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
1:15 PTG

Contoh Soalan Komsas SPM Bahasa Melayu (BM)

Contoh-contoh soalan Komsas SPM. Topik Komsas setakat ini antara yang paling susah untuk dikuasai oleh para pelajar. Tetapi jangan risau sebab dengan banyak membuat latih tubi menjawab contoh-contoh soalan Komsas SPM tentu anda tidak akan menhadapi masalah bila berdepan dengan soalan ini kelak.

Ada banyak contoh-contoh soalan Komsas SPM yang anda boleh cuba menjawabnya.

Selepas menjawab contoh soalan Komsas tahun-tahun lepas ini, anda boleh berjumpa dengan guru Bahasa Melayu (BM) anda untuk mendapatkan pandangan beliau.

Salah satu blog yang sering menjadi rujukan pelajar ialah blog yang ditulis oleh cikgu Mohd. Ramsul Abd. Rahiman dalam blog beliau bertajuk Pemahaman Komsas Antologi Tingkatan 4 dan 5 (Format Soalan Komsas) yang mana beliau memberikan banyak contoh-contoh soalan Komsas Tingkatan 4 dan 5 untuk panduan pelajar.

Jika anda ingin berjaya dan menguasai subjek ini contoh soalan-soalan Komsas Tingkatan 4 dan 5 ini wajib anda baca.


Semoga bermanfaat.
9:55 PG

Download Contoh Soalan Karangan Rangsangan SPM Bahasa Melayu

Download contoh soalan karangan rangsangan SPM Bahasa Melayu (BM). Disebabkan topik ini ialah topik yang sangat penting untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM maka kami akan membuat berberapa perkongsian lagi sebagai bahan rujukan dan panduan anda menghadapi soalan karangan rangsangan SPM.
Kali ini kami berikan anda contoh-contoh soalan karangan rangsangan SPM yang anda boleh cuba berlatih menjawabnya. Selepas menjawab soalan-soalan yang dikongsikan, anda digalakkan untuk berbincang dengan guru Bahasa Melayu (BM) anda supaya anda boleh mengetahui kelemahan-kelemahan dalam cara anda menjawab soalan berbentuk karangan rangsangan BM.

Sebelum ini anda digalakkan untuk membaca perkongsian kami yang terdahulu mengenai soalan karangan rangsangan BM. Layari link di bawah:


Dalam perkongsian kami terdahulu kami hanya berkongsi mengenai cara/panduan menjawab. Anda boleh gunakan teknik-teknik tersebut untuk menjawab contoh-contoh soalan karangan rangsangan SPM di sini.

Sila download contoh soalan karangan rangsangan BM di sini.

Sekali lagi kami tegaskan, contoh soalan karangan rangsangan yang kami kongsikan ini hanyalah untuk tujuan latih tubi. Soalan karangan rangsangan SPM yang sebenar mungkin berlainan topik/tidak sama.


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda.
2:31 PTG

Cara Menulis Karangan Rangsangan SPM Sebagai Panduan Pelajar

Panduan cara menulis karangan rangsangan SPM untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Karangan berpandukan bahan rangsangan adalah soalan bahagian A dalam Kertas 1103/1 Bahasa Melayu SPM. Apa yang menarik dan sangat penting ialah kerana bahagian ini terdiri daripada soalan wajib dijawap oleh para pelajar.
Bahan karangan rangsangan ini boleh terdiri daripada (a) gambarfoto (b) Gambarajah (c) illustrasi kartun (d) iklan (e) isi-isi utama (f) pelan (g) petikan dan mungkin juga berbentuk (h) catatan

Soalan karangan rangsangan boleh keluar dari mana-mana bentuk bahan di atas. Pelajar kemudiannya akan dikehendaki membuat huraian berdasarkan kehendan soalan yang di utarakan.

Pelajar dikehendaki menulis karangan antara 200 - 250 patah perkataan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

Biasanya sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk soalan ini dan masa yang dicadangkan ialah 45 minit. Jika anda mahir dalam menjawab soalan karangan ransangan ini anda sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan karangan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Itulah sebabnya pelajar kena pakar dan rajin berlatih untuk menguasai cara menulis karangan Rangsangan SPM untuk membiasankan diri dengan soalan sebenar nanti.

Jika dilihat dari peruntukan markah yang diberikan, 30 markah adalah agak banyak dan anda perlu betul-betul menyediakan diri menghadapi soalan karangan rangsangan ini dengan baik. Jika tidak anda akan kehilangan banyak markah di bahagian ini.

Anda juga boleh download soalan-soalan Bahasa Melayu SPM tahun-tahun lepas mengenai karangan rangsangan BM SPM untuk rujukan anda sebelum teruskan pembacaan anda.


Untuk membantu anda sedikit sebanyak kami kongsikan 2 blog yang memberikan panduan cara menulis karangan rangsangan SPM.

Salah satu blog yang menghuraikan secara terperinci cara menulis karangan rangsangan BM SPM ialah blog Laman bahasa Cikgu Q. Beliau memberi contoh bahan karangan dan cara mengolah karangan rangsangan berdasarkan bahan yang diberi.

Cara dan teknik yang beliau tunjukkan ini boleh digunakan apa-apa bentuk bahan karangan rangsangan SPM nanti semasa menjawab soalan ini.

Blog kedua yang anda perlu layari ialah blog RetiBahasa yang ditulis oleh Jamaliah Malia. Panduan dan teknik yang beliau huraikan tentang cara menulis karangan rangsangan SPM boleh dijadikan panduan dan rujukan anda.

Selain panduan cara menulis karangan ransangan SPM ini, anda juga boleh membaca artikel-artikel kami terdahulu tentang pelbagai topik Bahasa Melayu SPM. Layari link di bawah untuk membaca rujukan SPM Bahasa Melayu.
Semoga bermanfaat
9:22 PG

Nota KOMSAS Tingkatan 4 - Cerpen Munsyi

Nota lengkap Komsas Tingkatan 4 cerpen Munsyi. Komsas wajib untuk anda kuasai dalam subjek Bahasa Melayu SPM, anda tahu itu bukan. Kami akan kongsikan nota-nota lengkap Komsas di blog ini dari masa ke semasa.
LINK: Rujukan SPM Bahasa Melayu

Kali ini kami akan kongsikan nota Komsas Tingkatan 4 cerpen bertajuk Munsyi. Ramai pelajar menghadapi masalah memahami intipati cerpen ini. Adalah pentin untuk anda menjadikan nota ini sebagai panduan anda untuk subjek ini.

Pelajar yang akan menduduki SPM tahun ini boleh menjadikan ini sebagai rujukan anda.

Terdapat dua nota yang kami kira amat lengkap dengan penerangan yang jelas yang anda boleh baca. Kedua-dua nota lengkap mengenai cerpen Munysi ini ditulis oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar subjek ini.

Sila layari link di bawah untuk membaca nota Komsas Tingkatan 4 Munsyi:


Semoga bermanfaat.
10:28 PG

Download Soalan Peperiksaan BAHASA MELAYU Percubaan SPM 2018 Selangor

Download soalan peperiksaan Bahasa Melayu (BM) percubaan SPM 2018 dari negeri Selangor. Menjawap soalan peperiksaan BM tahun-tahun lepas penting untuk membolehkan anda memahirkan diri menjawap soalan sebenar BM semasa peperiksaan yang sebenar nanti. Di sini kami kongsikan soalan peperiksaan percubaan BM untuk SPM 2018 dari negeri Selangor untuk anda download dan buat latih tubi.
Tiada cara yang lebih baik berbanding membuat latih tubi jika anda ingin mahir dalam subjek ini. Anda tentu sudah maklum bahawa untuk mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat SPM anda perlu pastikan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah anda wajib sekurang-kurangnya lulus.

Sila download soalan peperiksaan Bahasa Melayu percubaan SPM 2018 dari negeri Selangor di bawah:


SPM Bahasa Melayu Negeri Lain:


Sumber:


Semoga perkongsian mengenai soalan peperiksaan SPM Bahasa Melayu Percubaan 2018 dari negeri Selangor ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.