Memaparkan catatan dengan label Scholarship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scholarship. Papar semua catatan
9:33 PG

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah PORTAL PELAJAR Untuk Memohon Online

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar. Jika anda pelajar dari Sabah, tentu anda tahu mengenai peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Sabah. Tidak lama lagi biasiswa BKNS ini akan dibuka untuk permohonan bagi tahun ini. Kepada para pelajar yang sedang tertunggu-tungu untuk memohon biasiswa ini bolehlah memohon melalui sistem online yang telah dibangunkan oleh pihak BKNS.
biasiswa BKNS

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Untuk pelajar yang belum mengetahui mengenai BKNS anda boleh melayari laman website rasmi BKNS untuk membaca maklumat mengenainya.
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan sedang belajar di IPT tempatan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.
Layari laman website rasmi BKNS untuk maklumat terperinci mengenai peluang-peluang biasiswa untuk pelajar-pelajar Sabah.

Tahun ini ada banyak bidang pengajian peringkat diploma dan ijazah ditawarkan biasiswa. Jika anda mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan kursus yang anda hendak ambil terdapat dalam senarai BKNS anda boleh memohon.

Pertimbangan, keputusan dan kelulusan permohonan anda adalah tertakhluk kepada pertimbangan bahagian biasiswa kerajaan negeri.

Untuk pelajar yang kursusnya tidak tersenarai dalam senarai yang layak memohon biasiswa BKNS, peluang anda sebenarnya masih ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah berhubung terus dengan pihak BKNS untuk pertimbangan.

Untuk memohon, pelajar perlu menghantar permohonan mereka melalui portal yang telah disediakan khas untuk tujuan ini. Laman Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini percuma untuk menggunakannya.

Ianya bertujuan untuk memudahkan proses permohonan Biasiswa BKNS untuk pelajar-pelajar Sabah.

Senarai Bidang Dan Peringkat Pengajian Ditaja BKNS

Sebelum memohon ada baiknya anda melihat senarai bidang dan peringkat pengajian yang layak ditaja oleh BKNS. Ini kerana bidang yang tidak tersenarai mungkin tidak akan dipertimbangkan untuk ditaja.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Aktuari Sains     
Juru Ukur           
Kejuruteraan    
Kesihatan dan Perusahaan Ternak          
Pengurusan Hartanah   
Perakaunan
Pertanian
Sains Tulen
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
Aktuari Sains
Akuakultur
Ekonomi
Farmasi
Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Keusahawanan
Komunikasi
Juru Ukur
Muzik
Pelancongan dan Hospitaliti
Pendidikan
Pengajian Islam
Pengangkutan dan Logistik
Pengurusan Ladang
Pengurusan Hartanah
Pentadbiran Perniagaan
Perakaunan
Pergigian
Perhutanan
Perikanan
Pertanian
Perubatan
Perubatan Veterinar
Psikologi
Sains Alam Sekitar
Sains Biologi Marin
Sains Bioteknologi
Sains dan Teknologi Makanan
Sains Komputer
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Undang-Undang
Jika bidang yang anda ambil di IPT tersenarai dalam senarai di atas anda bolehlah memohon untuk tajaan biasiswa BKNS.

Kelayakan Akademik Pemohonan Biasiswa BKNS

Sila semak maklumat penting mengenai kelayakan memohon tajaan biasiswa BKNS di bawah sebagai panduan dan rujukan anda.

Syarat Kelayakan Akademik Pemohon
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Kursus Sarjana Muda
a. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
c. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
d. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
e. Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Kepada yang layak boleh memohon.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Portal Pelajar

Portal pelajar Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini telah dibangunkan untuk memudahkan semua urusan permohonan biasiswa untuk pelajar. Permohonan, semakan keputusan dan rayuan boleh menggunakan portal ini.

Layari portal pelajar BKNS - Portal Pelajar BKNS

Kepada yang akan memohon biasiswa ini kami ucapankan semoga berjaya!

Semoga perkongsian maklumat mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini bermanfaat.
9:32 PG

Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online Untuk Pelajar Sabah

Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk pelajar Sabah. Warganegara yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah mengikut kursus-kursus yang disenaraikan.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar Sabah sahaja
Gambar hiasan: myeidos.com
Pada kebiasaanya permohonan biasiswa ini boleh dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online yang dijangka akan dibuka pada minggu ke-3 bulan March selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.


Anda boleh membuat Semakan Keputusan SPM secara online.

Kepada yang layak dan berminat untuk memohon sentiasalah mengikuti perkembangan terkini di sini. Anda dinasihatkan untuk membaca maklumat berkenaan secara terperinci sebelum memohon menggunakan borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online.

Bidang Kursus/Pengajian Yang Ditaja Oleh BKNS

Sila buat semakan senarai bidang kursus di bawah yang ditaja oleh BKNS untuk pelajar.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

i. Sains Komputer
ii. Kesihatan dan Perusahaan Ternak
iii. Kejuruteraan
iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)

Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan

* Perubatan
* Pergigian
* Perubatan Veterinar
* Farmasi
* Kejuruteraan
* Ukur Bahan
* Seni Bina (Architecture)
* Sains dan Teknologi Makanan
* Sains Bioteknologi
* Akuakultur
* Sains Biologi Marin
* Sains Alam Sekitar
* Perikanan
* Perhutanan
* Undang- Undang
* Pengajian Islam
* Matematik
* Sains Tulen (Biologi/kimi/fizik)
* TESL
* Psikologi
* Sains Kompyter
* Ekonomi
* Perakaunan
* Pentadbiran Perniagaan
* Pelancongan dan Hospitaliti
* Muzik
* Performing Arts
* Pengurusan Ladang
* Pertanian

Untuk memohon memasuki UPU IPTA anda boleh memohon melalui UPU IPTA Online

Kelayakan Untuk Memohon Biasiswa BKNS

1. Had Umur

1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik

2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya grade C dlm 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperole sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3 Berkelulusan Matrikulasi mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0
2.4 Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5
2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

Cara Memohon Biasiswa BKNS

1. Permohonan dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 02 April 2012. Setiap permohon mestilah mempunyai e-mail peribadi masing-masing.2. Bagi kawasan yang mempunyai kesukaran untuk mengakses permohonan secara online, borang permohonan  disediakan dan boleh diperolehi di Pejabat Daerah seperti berikut
2.1 Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod, Pitas
2.2 Pejabat Daerah Kecil: Matunggung, Pagalungan, Sook, Tunku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
2.3. Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau
3. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah di sahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat Likas,
Beg Berkunci No. 2076
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa BKNS

Anda boleh memohon melalui online sebelum tarikh tutup. Sila pastikan anda menghantar permohonan melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online sebelum tarikh tutup.

Atau Anda boleh memohon melalui Permohonan BKNS Online


Maklumat Tambahan

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
2. Keputusan permohonan boleh disemak melalui On-Line
3. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tiak ditaja.
4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan BKNS 2018

Kepada anda yang ada memohon dan ingin membuat semakan keputusan BKNS 2018, anda boleh membuat semakan online di laman portal yang disediakan oleh pihak BKNS. 


Semakan keputusan BKNS online

Selain biasiswa BNKS and mungkin juga berminat dengan biasiswa terkini di Malaysia.

Untuk maklumat terkini dan terperinci sila berhubung dengan pihak Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara langsung.

Semoga perkongsian mengenai borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan untuk makluman dan panduan mereka.
5:06 PTG

Biasiswa Yayasan Sabah Sekolah Menengah Untuk Pelajar Sabah

Tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk pelajar Sabah dikeluarkan setiap tahun kepada pelajar-pelajar anak Sabah yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak Yayasan Sabah (YS) biasanya menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat UPSR.
biasiswa Yayasan Sabah
Ini bermakna jika anda mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang, anda berpeluang untuk dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah semasa menyambung pengajian anda ke peringkat sekolah menengah.

Biasiswa ini adalah sebagai penghargaan dan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk mencuba dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Berikut adalah apa yang dipetik dari laman websita Yayasan Sabah (YS) online:
Kumpulan Yayasan Sabah juga menawarkan biasiswa Pendidikan Sekolah Menengah kepada pelajar kurang berkemampuan tetapi memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di sekolah-sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengemukakan permohonan biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk dipertimbangkan oleh pihak bahagian biasiswa Yayasan Sabah. Sebelum menghantar permohonan biasiswa anda dinasihatkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak YS untuk mendapatkan panduan cara-cara memohon.

Jika anda was-was atau perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, anda boleh melawat pejabat YS di Menara Tun Mustapha di Teluk Likas atau menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah.

Biasiswa Yayasan Sabah
Laman : http://www.ysnet.org.my/
Alamat : Scholarship Section, Bangunan Yayasan Sabah, Peti Surat 11201, Telok Likas, 88813 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Tel : 088 422 211

Buat masa ini belum ada info terbaru mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, kami akan kemaskini bila ada informasi terbaru nanti. Anda boleh berhubung terus dengan pihak YS jika perlukan maklumat terkini dan tepat.
Selain biasiswa YS, kerajaan negeri Sabah juga ada menyediakan program biasiswa yang dinamakan sebagai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Sila layari link di atas untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa BKNS ini.

Harap perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah ini bermanfaat. 
3:10 PTG

Tawaran Biasiswa Brunei Darussalam 2019

Tawaran biasiswa Brunei 2019 untuk pelajar asing yang ingin sambung pengajian ke negara Brunei Darussalam untuk sesi pengajian bermula 2019. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar dari negara-negara angota ASEAN yang berminat dan layak.
Jika anda berminat anda boleh berhubung terus dengan committee yang menguruskan tawaran biasiswa Brunei 2019 tahun ini melalui pautan email applyPCSS2019@mfa.gov.bn atau memohon melalui sistem permohonan online mereka untuk lebih memudahkan anda.

Jika anda perlukan maklumat terkini, anda dinasihatkan untuk berhubung secara langsung dengan pihak Brunei Scholarship Committee melalui alamat email yang diberi di atas.

Layari link di bawah untuk maklumat lebih terperinci mengenai tawaran biasiswa Brunei Darussalam 2019


Semoga bermanfaat
2:48 PTG

Tawaran Biasiswa JPA Diploma Politeknik

Biasiswa JPA diploma Politeknik. Ramai yang nak tahu informasi tentang topik ini. Kami menerima banyak pertanyaan berkisar/berkaitan peluang mendapatkan biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar yang sambung pengajian di Politeknik. Biasanya biasiswa JPA memang ditawarkan kepada pelajar di Politeknik, cuma buat masa ini belum ada maklumat terbaru.
Ramai pelajar Politeknik yang sambung pengajian di politeknik berminat memohon biasiswa ini kerana ianya adalah biasiswa kerajaaan dan pelajar yang berjaya mendapat tawaran biasiswa JPA diploma di Politeknik berpeluang dapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh tertentu.
Kalau merujuk kepada gambar di atas siapa tak nak kerja dengan kerajaan ya tak? Kerjaya terjamin untuk masa depan.

Buat masa ini kami belum mendapat info terbaru mengenai biasiswa JPA diploma Politeknik. Jika ada nanti kami akan kemaskini di ruangan ini untuk anda.

Anda juga boleh layari link di bawah untuk informasi mengenai syarat permohonan biasiswa JPA.


Tunggu kemaskini akan datang.
8:06 PTG

Quantity Surveying Scholarship Malaysia - Gamuda Scholarship Awards

Quantity Surveying scholarship di Malaysia (Biasiswa Ukur Bahan). Adakah anda berminat untuk sambung pengajian anda dalam bidang ukur bahan? Jika anda belum menyedari, bahawa prospek kerjaya kepada pelajar/individu yang mempunyai Diploma/Degree atau Master dalam bidang ukur bahan sangat luas dan tinggi di pasaran.
Proses pembangunan negara yang semakin pesat tentunya perlukan profesional dalam bidang ukur bahan. Ini adalah kemahiran yang sangat penting.

Apakah itu ukur bahan / Quantity Surveying?
A quantity surveyor (QS)/Ukur Bahan is a construction industry professional with expert knowledge on construction costs and contracts. They are not to be confused with land surveyors. Services provided by a quantity surveyor may include: Cost consulting, cost estimating.
Maka kerjaya ukur bahan ini bukan sahaja sangat penting untuk kerja dengan kerajaan tetapi juga dicari/sangat laris dalam pasaran kerja untuk syarikat-syarikat pembinaan.

Gajinya tentulah sangat lumayan kerana Malaysia tidak memilik banyak profesional dalam bidang ini.

Jika anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang quantity surveying ada terdapat peluang biasiswa untuk pelajar yang layak.

Salah satu peluang biasiswa untuk para pelajar yang mengambil jurusan/bidang ukur bahan ialah Biasiswa Gamuda (Gamuda Scholarship). Untuk maklumat terperinci mengenai biasiswa ini layari link di bawah.
Gamuda adalah sebuah syarikat pembinaan infrastruktur yang terbesar di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia tetapi mempunyai portfolio pelaburan di banyak negara di Asia Tenggara.
Gamuda Berhad is an engineering, property and infrastructure company based Malaysia. It is one of the largest Malaysian infrastructure companies and has undertaken various projects, both locally and overseas, like the construction of Klang Valley MRT lines, highways, airport runways, railways, tunnels, water treatment plants, dams, infrastructure concessions and the development of new townships.
Sudah tentu mereka banyak memerlukan tenaga pakar dalam bidang ukur bahan. Pelajar di bawah tajaan mereka akan berpeluang/diwajibkan berkerja dengan Gamuda selepas menamatkan pengajian anda.

Tahun ini Biasiswa Gamuda akan ditawarkan sekali lagi sekitar bulan April nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
4:55 PTG

SUNWAY Scholarship Interview Questions And Answers

Sunway scholarship interview questions and answers. Jika anda ada memohon biasiswa Sunway dan termasuk dalam senarai pendek (short-listed), besar kemungkinan anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut, sebaiknya anda membaca perkongsian mengenai Sunway scholarship interview questions and answers supaya anda mempunyai gambaran yang jelas soalan-soalan yang bakal ditanyakan kepada anda nanti.

Kali ini kami kongsikan berberapa blog yang ditulis oleh pelajar yang pernah menghadiri sesi temuduga (scholarship interview) dengan Sunway.

Sebelum itu ada baiknya anda membaca maklumat mengenai biasiswa Sunway University melalui link di bawah.


Salah satu blog yang anda boleh baca dan rujuk ialah blog yang ditulis oleh Fyonce yang bertajuk Sunway Special Scholarship Interview. Beliau membuat perkongsian mengenai pengalaman beliau menghadiri sesi temuduga biasiswa dengan Sunway dan soalan-soalan temuduga yang beliau hadapi/ditanya.

Blog My World oleh Bryan Tan juga ada membuat sedikit perkongsian mengenai pengalaman beliau menghadiri Sunway scholarship interview dalam entrynya bertajuk A-Level Scholarship Interview.

Selain ini mungkin anda juga boleh membaca blog milik Han Yang Gan yang bertajuk Jeffrey Cheah Foundation - Sunway Scholarship. Beliau menjelaskan dengan terperinci Sunway scholarship interview questions and answers yang beliau telah hadapi.

Semoga perkongsian-perkongsian mengenai topik ini bermanfaat kepada anda.


Kepada yang memohon biasiswa Sunway University kami ucapkan all the best!
9:42 PG

Fair & Lovely Scholarship Application Form Online

Borang permohonan biasiswa Fair & Lovely online (Fair and Lovely Scholarship Apply Online). Tahun ini Fair & Lovely kembali lagi dengan jumlah tawaran biasiswa sehingga RM200,000*. Bukankah ini sesuatu yang menarik? Jika anda layak dan berminat, anda boleh download borang permohonan biasiswa ini secara online.

Apa yang perlu anda buat ialah layari laman website rasmi Fair & Lovely untuk download application formnya.

Anda isikan lengkap-lengkap borang tersebut dan hantar semula kepada pihak Fair & Lovely sebelum tarikh tutup iaitu 30 April 2019.

Kami ucapkan semoga berjaya kepada yang akan memohon biasiswa Fair & Lovely tahun ini.

Harap bermanfaat
9:28 PG

Biasiswa Karangkraf Permohonan Online Terkini

Permohonan online Biasiswa Karangkraf tahun ini dibuka semula untuk para pelajar membuat permohonan. Biasiswa ini amat popular dalam kalangan pelajar bumiputera dan sesi penapisan juga tidaklah begitu ketat jika dibandingkan dengan biasiswa Shell, biasiswa Petronas atau biasiswa CIMB Asean.

Sebelum memohon anda dinasihatkan membaca info/details mengenai biasiswa Karangkraf ini untuk mendapatkan pemahaman/maklumat yang lebih terperinci.


Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar yang menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dan ijazah di IPTS. Peluang agak cerah.

Sejak biasiswa ini ditubuhkan oleh Media Group Karangkraf, beribu-ribu pelajar telah mendapat manfaatnya. Apa kata kali ini anda cuba, mungkin reziki anda di sini.

Semoga maklumat ini bermanfaat.

9:12 PG

Sunway Scholarship Registration Dibuka Sekarang!

Sunway scholarship registration kini dibuka kembali untuk sesi tahun ini. Pelajar yang berminat sambung pengajian mereka ke Sunway University dan mempunyai kelayakan akademik yang baik boleh mencuba memohon biasiswa ini.
Sebelum memohon lebih baik anda membaca keterangan terperinci Biasiswa Sunway.


Tarikh tutup untuk memohon biasiswa Sunway ialah pada 28 February 2019. Pastikan anda menghantar permohonan anda sebelum tarikh tersebut.

Sila ambil maklum bahawa biasiswa ini terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja dan pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik yang cemerlang untuk dipertimbangkan.

Maklumat perhubungan

Address:
SUNWAY UNIVERSITY
DU 025 (B)
No. 5, Jalan Universiti,
Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Phone:
60374918622
Email:
info@sunway.edu.my

Anda juga mungkin berminat dengan biasiswa lain yang ditawarkan oleh pihak Sunway University. Layari link di bawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
9:09 PG

Program Tajaan Penuh Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening Untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk Pelajar Malaysia pergi belajar di United Kingdom (UK) sesi tahun 2019/2020. Siapa yang tidak berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bukan? Masalahnya ialah belajar di luar negara terutamanya di UK amat mahal kosnya kerana perbezaan matawang UK dan Ringgit Malaysia.
Berita baiknya tahun ini ada program tajaan penuh biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan memilik daya/kualiti kepimpinan yang tinggi.


Jika anda mempunyai kedua-dua kriteria di atas bolehlah anda memohon untuk dipertimbangkan mendapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Khazanah-Chevening ini.

Biasanya setiap tahun biasiswa ini ditawarkan. Biasiswa Chevening-Khazanah adalah program biasiswa global kerajaan Inggeris yang dibiayai oleh Pejabat Luar dan Komanwel ("FCO) dan Yayasan Khazanah.

Jika anda berhasrat untuk memohon biasiswa ini dan inginkan penjelasan lanjut anda boleh menghubungi Yayasan Khazanah:

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
(T) +603 - 2272 6300 / (F) +603 - 2272 6311
yk@yayasankhazanah.com.my

Atau layari laman website rasmi Chevening scholarship di Malaysia.


Harap maklumat ini bermanfaat.
5:39 PTG

Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah - Yayasan Pahang

Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Dari Yayasan Pahang. Berita baik! Pelajar yang berminat boleh apply/memohon geran ini. Syaratnya anda mestilah orang Pahang, maksudnya lahir dan menetap di Pahang.
Tahun ini geran ini dibuka. Pemohon/pelajar yang berminat untuk memohon bolehlah melayari laman rasmi Yayasan Pahang untuk membuat permohonan.

Geran ini sebenarnya adalah bantuan berbentuk ONE-OFF, maksudnya diberikan sekali sahaja. Sila baca dengan teliti kelayakan syarat untuk memohon geran pra siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang ini untuk mengelak anda buang masa memohon.

Kepada yang memohon kami ucapkan semoga berjaya.

Semoga bermanfaat
10:23 PG

CIMB Bank Regional Scholarship For Students With Excellent Academic Background

CIMB Bank Regional Scholarship. CIMB Bank Regional Scholarship is once again available this year and still open for qualified and interested student to apply.  Qualified and interested student are encouraged to apply for this scholarship. Please read the information below to apply for CIMB Bank Regional Scholarship.

CIMB Bank Scholarship 2018 application form online

You probably be interested to check out our previous post about CIMB Bank Scholarship Awards which was very popular.

Please submit your CIMB Scholarship application before the above-mentioned deadline. You can submit your application online at CIMB Regional Scholarship Application Online

For more information about this scholarship offer visit HERE

CIMB Bank Scholarship is one of the best scholarship from bank in Malaysia. The beauty of this scholarship offer is, upon graduation normally you will be offered a job placement with CIMB Bank.  Deadline is approaching, act now!

CIMB Scholarship details

Organisation Type: Private Sector / Organisation
Fund Type: Scholarship
Sponsored By: CIMB Group
Email: regionalscholarship@cimb.com
Website: http://www.cimb.com/index.php
    
OVERVIEW

In line with their vision to be The Leading ASEAN Franchise, CIMB Group is committed towards building the region's intellectual properties and capabilities. With this in mind, CIMB Group has established the CIMB Regional Scholarship offer, which aims to provide outstanding individuals from all ASEAN countries a chance to pursue full-time postgraduate degree programmes at top graduate schools throughout the world.

For this purpose, CIMB Group seeks highly talented individuals who have attained an impressive track record of academic and personal achievements and can see themselves playing a significant role in the development of the ASEAN region.
This year, they are seeking to award five scholarships offer to deserving individuals in two areas: Genetics and Nutrition studies.

HOW TO APPLY

i. Download the application form and complete all sections of it.
ii. Email the completed form to regionalscholarship@cimb.com.

Important information regarding submission of your application

a.We do not allow the application form to be modified in any manner. Application forms which are modified will not be accepted.
b. Do not attach any documents to the email other than the completed application form. We do not require certifications, commendation letters or other documents at this stage.
c. Please submit your application only once.
d. Please browse through the sample completed application form before you submit your application.

ELIGIBILITY & SCHOLARSHIP COVERAGE

To apply for the CIMB Regional Scholarship, you must:

a. Be a citizen of any ASEAN country.
b. Have gained unconditional acceptance at a top graduate school to pursue a postgraduate degree programme in genetics or nutrition. The offer must remain valid when the CIMB Regional Scholarship is awarded.
c. Hold a Bachelor's Degree with minimum CGPA of 3.00/4.00 or equivalent (for Master's Degree applicants), or a Master's Degree with a good examiner's report or equivalent (for Doctoral Degree applicants) that is relevant to the course or field applied.
d. Not hold any other scholarships, awards or grants that come with any contractual obligation on your part.

Relevant work experience, where applicable, is an added advantage.

The CIMB Regional Scholarship is a full scholarship award covering all academic fees including registration, tuition and examination fees, a book allowance, as well as other expenses such as accommodation, airfare, travel documents and other related expenses.

FIELDS OF STUDY

Genetics
DNA is the hereditary molecule that is found in all living cells. It is the simplest building block of life that is responsible for the observable diversity across and between all species. Ever since the double helix was discovered by Watson and Crick, research into genetics has increased exponentially. The implications of genetic research have been paramount to advances in many fields such as medicine and agriculture.

If your passion lies in the following areas, we would like to support you in the quest for another breakthrough in the area of genetic research.

* Genomics
* Ecological Genetics / Conservation Genetics
* Behavioural Genetics / Psychiatric Genetics
* Genetic Engineering
* Genetic Medicine / Clinical Genetics

Nutrition

In terms of nutritional science, studies on the responses of the human body to diet and nutrients are essential for the continued well-being of ASEAN communities. This is particularly important in combating malnutrition, obesity and other health issues. In addition, given the significance of agriculture to the region's economy and food self-sufficiency, plant nutrition and animal nutrition in relation to livestock are also key areas of research.

If you are passionate about making a difference through the following areas of nutrition, we would like to bring you a step closer towards realising your dreams:
* Human Nutrition
* Animal Nutrition
* Plant Nutrition

SELECTION PROCESS

The assessment process comprises three stages as follows:

Stage 1

We screen all applicants to ensure that they meet all eligibility criteria, and will shortlist applicants based on the following pre-selection criteria:

a. Academic or career and other relevant achievements
b. Proposed postgraduate programme and whether the knowledge gained will significantly benefit the ASEAN region
c. Proposed graduate school and whether it is one of the top graduate schools in the world for the field of study
d. Applicant's personal statement on contribution to the ASEAN region after completion of studies

The above list is not exhaustive and CIMB Group reserves the right to amend the criteria from time to time.

Stage 2

Applicants will go through several online assessments.

Stage 3

Applicants will be interviewed by a panel of interviewers.

Important information regarding the selection process:

We will notify only shortlisted candidates for Stages 2 and 3. To facilitate the notification process, applicants must ensure that all contact details provided in the application form are accurate and updated. If you are shortlisted, we will get in touch with you via email. Therefore, please check your email from time to time.

READ ALSO: Bank Rakyat Scholarship Awards

SELECTION CRITERIA

We will select candidates for the CIMB Regional Scholarship based primarily on the following criteria:

a. A track record of outstanding achievements that are relevant to the proposed field of study
b. Demonstrate the potential to contribute significantly to the region through the proposed field of study
c. Active involvement in extra-curricular activities
d. Leadership qualities, interpersonal skills, energy levels and other personal attributes

The list of criteria is not exhaustive and CIMB Group reserves the right to amend the criteria from time to time.

Should you need latest and more information about CIMB Bank Regional Scholarship please contact the scholarship provider directly or visit their official scholarship website.
10:20 PG

CIMB Scholarship Experience - Pelajar Tajaan Biasiswa CIMB

CIMB Scholarship experiences. Setiap kali CIMB membuka peluang untuk pelajar cemerlang dari negara-negara ASEAN untuk memohon biasiswa CIMB permohonan mencurah-curah masuk. Bayangkan ada begitu banyak pelajar menghantar permohonan, tentu saingan amat sengit.
Disebabkan saingan yang sengit ini, tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai pengalaman mereka-mereka yang pernah memohon biasiswa CIMB (CIMB scholarship experience) ini.

Sebelum itu anda digalakkan membaca (wajib!) perkongsian kami yang terdahulu mengenai topik di bawah. Ini untuk memberi anda gambaran mengenai cara-cara bagaimana CIMB scholarship interview dijalankan dan soalan-soalan yang mungkin bakal di tanya. Layari link di bawah.


Ok, berbalik kepada topik kita hari ini, ada berberapa perkongsian mengenai CIMB scholarship experience ini yang mungkin berguna untuk anda baca.

Perkongsian pertama ialah yang ditulis dalam blog Alia Ishak mengenai pengalaman beliau menyertai CIMB ASEAN Scholarship Boot Camp. Menurut beliau perkara-perkara penting yang akan dinilai bukan sahaja kecemerlangan akademik tetapi juga kriteria lain seperti kelebihan peribadi dan cita-cita masa depan pelajar-pelajar yang ada memohon biasiswa tercebut.

Salah satu blog lagi yang mambuat perkongsian yang agak baik untuk dibaca dan dibuat rujukan ialah blog Cambodian Girl's Journey in Canada yang ditulis oleh Neath yang berasal dari Cambodia. Beliau menceritakan pengalamannya belajar di bawah tajaan CIMB Asean Scholarship

Kepada yang belum memohon biasiswa CIMB anda boleh layari link di bawah.


Semoga bermanfaat.
5:46 PTG

CIMB Scholarship Interview Tips - MUST Read!

CIMB Bank scholarship interview tips. Ramai pelajar yang memohon biasiswa CIMB Bank mengirim email kepada kami bertanyakan mengenai tips untuk menghadiri interview biasiswa CIMB. Pemohon yang disenarai pendek (short-listed) akan dipanggil/dikehendaki untuk menghadiri sesi CIMB scholarship interview (sesi temuduga) yang mana jika anda tidak cukup persediaan di peringkat ini anda mungkin akan gagal.
LINK: Permohonan Biasiswa CIMB Online

Kali ini kami akan kongsikan dengan anda pengalaman-pengalaman pelajar yang pernah menghadapi sesi interview (temuduga) biasiswa CIMB Bank.

Sebenarnya ada banyak perkongsian dari di luar sana, cuma kali ini kami hanya akan kongsikan CIMB scholarship interview experience dan tips yang paling lengkap.

Antara perkongsian pengalaman menghadiri temuduga biasiswa CIMB yang paling lengkap dan  sesuai dijadikan rujukan ialah dari blog 'Everything Happens For A Reason' yang ditulis oleh bekas penerima biasiswa CIMB Asean iaitu Joannenie.

Beliau menceritakan dengan details soalan-soalan yang terpaksa dihadapi dan dijawap semasa sesi CIMB scholarship interview yang beliau hadiri.

Selain itu blog yang ditulis oleh Hazwan Mohamad dalam blog beliau Tips Temuduga Biasiswa juga merupakan satu sumber yang baik untuk anda.


Peluang mendapatkan CIMB Regional Scholarship memang sengit kerana permohonan dibuka kepada semua pelajar yang layak dan berminat yang berasal dari negara-negara ASEAN.

Adalah penting untuk anda banyak membuat rujukan dan membaca pengalaman-pengalaman pelajar terdahulu dalam menghadapi CIMB scholarship interview ini.

Semoga bermanfaat
3:19 PTG

Shell Malaysia Scholarship Experience

Shell Malaysia scholarship experience. Adakah anda berminat untuk memohon biasiswa yang paling berprestig di Malaysia ini selain biasiswa Petronas? Tentu ada sebab-sebab tertentu mengapa pelajar berlumba-lumba ingin mendapatkan biasiswa ini.
LINK: Apply Shell Scholarship Online

Mari lihat mengapa Shell Scholarship ini amat digemari oleh para pelajar.

Antara sebabnya...

a. Biasiswa ini akan membiayaai kos keseluruhan pengajian pelajar untuk mereka yang berjaya mendapatkan biasiswa ini. Siapa yang tidak mahu pengajiannya ditanggung secara percuma bukan?

b. Biasiswa Shell Malaysia adalah ditawarkan oleh Shell, sebuah syarikat oil & gas yang terbesar di dunia. Siapa tidak kenal Shell? Ini bermakna pelajar yang mendapat biasiswa ini tentulah bukan calang-calang orangnya. Shell adalah sebuah jenama dunia yang semua orang pun kenal.

c. Penerima biasiswa Shell akan dijamin mendapatkan pekerjaan sebaik tamat pengajian. Shell hanya akan menaja pelajar yang mereka rasa berpotensi dan berkebolehan menyumbang kepada syarikatnya. Ini bermakna penerima biasiswa Shell akan ditawarkan kerja dengan Shell di mana-mana cawangan syarikat ini di seluruh dunia. Anda tidak perlu risau dengan kerja, yang perlu anda risaukan ialah belajar kuat dan sebaik mungkin.

Shell Malaysia Scholarship Experience

Ok berbalik kepada tajuk asal,  mungkin masih ada yang ragu-ragu dan ingin melihat/membaca sendiri pengalaman-pengalaman mereka yang pernah ditaja oleh Shell Malaysia. Di laman web rasmi Shell ada banyak testimonials/perkongsian pengalaman mereka sebagai pelajar tajaan Shell.

Layari >>> Shell Malaysia Scholarship Student Testimonials

Di sana anda akan melihat betapa para pelajar di bawah tajaan Shell ini amat beruntung kerana mereka bukan sahaja dapat mencapai cita-cita mereka tetapi juga ada begitu banyak peluang yang terbuka luas kepada mereka selepas menamatkan pengajian.

Semoga bermanfaat
9:40 PG

Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT/Bantuan Persedian IPT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Permohonan bantuan Am pelajaran IPT/Bantuan persediaan IPT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah dibuka tahun ini untuk pelar/keluarga yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana IPT di Malaysia.
LINK: Permohonan Bantuan Zakat Bank Rakyat Online

Bantuan ini hanya dibuka kepada anak-anak kelahiran/bermastautin di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan W.P Labuan sahaja.

Bantuan zakat ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan melanjutkan pengajian seterusnya membantu keluarga menaikkan taraf hidup mereka kelak pada masa akan datang.

Satu lagi, bantuan ini hanya terbuka untuk permohonan kepada yang beragama Islam sahaja.

Anda boleh membuat semakan kelayakan untuk memohon bantuan ini secara online melalui laman web rasmi MAIWP.

Jika anda mahu memohon, bolehlah berhubung terus dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menggunakan alamat dan nombor telefon di bawah.

Mereka akan memaklumkan cara memohon dan jenis-jenis dokumen yang diperlukan nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G,1,7,8,9,10,11,19,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR,
No. Tel : 03- 4047 9444
No. Faks : 03- 4044 9444


Permohonan yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar terus ke alamat yang tertera di atas. Cepat-cepatlah memohon sementara ianya belum ditutup.

Semoga bermanfaat
3:24 PTG

Biasiswa PETRONAS 2019 – Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP)

Panduan dan cara memohon Petronas Scholarship 2019. Syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan online. Petronas Scholarship Programme (Biasiswa Petronas).  Petronas scholarship for SPM students who are looking scholarship to further studies,  is now open for interested and qualified students to apply. You may submit your scholarship application online at Borang Permohonan Biasiswa Petronas Online.

Since our previous post on Petronas Scholarship Awards for Malaysian students was so popular, so we decided to write this additional information here.

Read on for more information about Petronas scholarship awards and Petronas Education Sponsorship Programme (PESP) for UTP or for overseas universities

This year, Petronas once again is offering university level study sponsorship to SPM candidates in specific areas related to oil and gas industry in Universiti Teknologi PETRONAS and universities abroad. This could be the best opportunity for students who are looking for job in oil and gas industry.

Petronas scholarship 2018 application form online
Click to enlarge
You probably already know that job in oil and gas companies offer a very high salary. Upon graduation, you will be given the opportunity to be give a job placement in Petronas an oil and gas company in Malaysia.

Applications are invited from candidates who have excellent academic background in addition to having a proven leadership skills through active participation in co-curricular activities, social services and volunteerism.

I think this is a very good opportunity and normally (in some cases) the recipient of Petronas Scholarship fund will be offered to work with Petronas upon completion of your studies.

Petronas Scholarship Requirement


Please read the following requirement before submitting your application online.

a. Malaysian citizens aged between 17 - 19 years old.
b. Possess strong leadership skills and active participation (demonstrable) in extra-curricular activities

Petronas Scholarship Result And Interview

You must submit your application before the deadline as mentioned on Petronas scholarship official webpage. This is very important

Shortlist candidates will be notified to go for special Petronas scholarship interview.

Important link: Permohonan Kemasukan INSTEP Online

How to Apply


Apply first into the UTP website http://www.utp.edu.my
Next, apply Petronas Education Sponsorship at Borang Permohonan Biasiswa Petronas
Contact Petronas Scholarship helpdesk at 03-23312277 for more details.
Borang permohonan Biasiswa Petronas online.
READ ALSO: Shell Malaysia Scholarship Awards



Petronas Scholarship Interview


Petronas scholarship interview is one of the most important thing you should get yourself prepared. If you are shortlisted, get ready!

The followings are some info about how Petronas scholarship interview will be conducted. It may change from time-to-time. Thanks to Syahirah Omar Blog for sharing this tips and info.

Here is the most important things she mentioned in her site.
The online assessment.

We were brought to KDU computer lab and started the test. Personality test was to measure yourself whether you are able to work as a team and whether you are a suitable kind of person to work for petronas, so the questions are somehow like ' I am an ambitious person' so you just have to choose 'most likely' or 'less likely'. Very simple hahaha

The thinking skills are quite challenging because the questions are given to see how do you come up with a calculation or a method to find the accurate answer. They were not SPM-kind of questions and you can answer any way you know as long as the answer is right. I cant remember of one question to give as an example. Sorryy!!

But overall, they were easy although there were some questions that I was unable to contemplate. Khazanah questions were much much tougher.

For the group assessment, we were sort to groups consisting of five people and we were given a study case. This time, the topic was initiatives we would propose to make more people come to petronas petrol station and the Mesra mart. We were given 15 minutes to brainstorm individually, 5 minutes to voice out our personal proposal to our group and the rest 30 minutes to discuss with our group on the final proposal because only one idea will be taken. We tried to take all of the members' ideas under one bigger scope of idea but toleration was the key as well so some of the ideas were not accepted.

Other than that, the revenue and the expenditure are discussed too besides the strategic place for the petrol station (maybe at cities or by the highway where there are many cars)

Then, one of us had to present it to the assessors followed by q&a  and finished with the assessment!

The assessment was quite simple compared to other interviews that I've been to. My mom told me that Petronas selection are based on academic result, coco achievements, TSA and personality test, group work performance and family background (income and social status).
There are many more tips about Petronas scholarship interview out there. Take your time to look for them to properly equip yourself to go for the interview.

For further and up-to-date info visit Petronas Scholarship portal or contact the scholarship provider directly or visit their official website
3:22 PTG

Alamat Biasiswa Petronas Malaysia

Alamat Biasiswa Petronas Malaysia. Tidak tahu mengapa begitu ramai yang menghantar e-mail kepada kami bertanyakan mengenai alamat Biasiswa Petronas. Ini mungkin kerana mereka nak guna alamat itu hantar dokumen/surat untuk memohon biasiswa.
LINK: Edu Blog Malaysia

Untuk makluman anda, anda tidak perlu menulis surat untuk memohon biasiswa ini. Ini kerana pihak Petronas Malaysia akan aktifkan laman website permohonan online Biasiswa Petronas bila sampai masanya ianya dibuka untuk pelajar.

Pelajar yang layak boleh menghantar permohonan secara online. Selepas semakan dan tapisan, pelajar yang namanya tersenari pendek (short-listed) akan dihubungi untuk proses yang seterusnya.

Oleh itu berbanding sebelum ini, anda kini tidak perlu lagi memohon dengan menghantar dokumen (hard copies) kepada pihak Petronas.

Untuk kegunaan anda, kami sertakan di bawah alamat e-mail dan no telefon Biasiswa Petronas untuk membantu anda.

Alamat:
Sebarang pertanyaan boleh emel kepada :  edu_sponsorship@petronas.com.my
Nombor Telefon: 03-23312277

Sumber: Permohonan Biasiswa Petronas Online

Semoga bermanfaat.

Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Share maklumat ini di whatsapp dan Facebook kepada rakan anda. Marilah kita saling bantu membantu antara satu sama lain
9:56 PG

Semakan Keputusan Biasiswa JPA Online

Semakan keputusan permohonanan biasiswa JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam secara online. Jika anda berhasrat untuk memohon atau telah memohon biasiswa JPA tahun ini adalah penting untuk anda tahu cara membuat semakan secara online.

Berita baiknya ialah, JPA memang ada mewujudkan portal khas di mana anda boleh berbuat demikian.

Anda hanya perlu layari laman website rasmi biasiswa JPA. Sebelum itu anda kena daftar akaun pengguna di website tersebut.

Sila lihat gambar di bawah.

LINK: Permohonan Biasiswa JPA Online

Semoga bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda melalui Whatsapp dan Facebook. Marilah kita saling bantu membantu antara satu sama lain.