Memaparkan catatan dengan label Scholarship. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scholarship. Papar semua catatan
9:27 PG

Kemudahan Biasiswa JPA Master Luar Negara Untuk Pelajar Cemerlang

Biasiswa JPA Master Luar Negara. Tahukah anda bahawa pihak JPA ada menyediakan kemudahan biasiswa untuk pelajar cemerlag melanjutkan pengajian ke luar negara. Ini termasuk juga untuk pelajar peringkat master yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Info ini mungkin bermanfaat kepada pelajar yang berniat sambung pengajian peringkat master ke luar negara.
Walau bagaimana pun kemudahan biasiswa ini hanya ditawarkan untuk kursus-kursus tertentu/terpilih sahaja. Pelajar digalakkan untuk menyambung pengajian di dalam negara jika kursus tersebut ada ditawarkan di dalam negara.

Jika anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat master di luar negara anda boleh check/semak peluang mendapatkan biasiswa dengan JPA di website rasmi mereka.

Anda juga boleh membaca maklumat/informasi mengenai biasiswa JPA PIDN untuk sambung pendidikan dalam negara melalui link di bawah.


Semoga bermanfaat 
4:04 PTG

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi:Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Program bantuan institusi pengajian tinggi dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Pelajar yang sedang menuntut di IPT dan mengalami masalah kewangan janganlah cepat putus asa kerana kerajaan Melaka ada menyediakan program Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) yang dibuka khas untuk anak-anak Melaka untuk dipohon.
Dana untuk PWPT Melaka ini diwujudkan untuk tujuan membantu pelajar IPT kelahiran Melaka yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban mereka. Pelajar yang perlu/ingin memohon boleh berbuat demikian melalui online.
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka. Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.
Untuk memohon sila memohon melalui laman portal rasmi TAPEM. Sila pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan TAPEM - PWPT dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelak berlaku kesilapan makluman dan proses.

Semoga bermanfaat
10:11 PG

Queen Elizabeth Scholarship for International Students Application Form Online

Queen Elizabeth Scholarship for International Students Application Form Online. Many students are looking for this link 'application form online' for this scholarship. Look no more, here are the link that you are looking for.
This scholarship is indeed provides great opportunity for student to further their studies under Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships offered by The Association of Commonwealth Universities (ACU).
Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships give talented students from anywhere in the Commonwealth the opportunity to gain a Master's degree, while developing new skills, experiencing life in another country, and building their global networks.
To apply for this scholarship visit the official scholarship portal online. Make sure you read the terms and conditions to apply for this scholarship before applying. Malaysian students... apply now.

Good luck!
9:56 PG

Bantuan Yayasan Pelajaran Johor Malaysia: Insentif Harapan Siswa (IHS)

Bantuan pelajaran Yayasan Johor Malaysia Insentif Harapan Siswa (IHS). Maklumat ini amat penting dan berguna kepada anak-anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di IPT sekarang ini. Tujuan bantuan pelajaran Yayasan Johor ini ialah untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar agar mereka dapat menyelesaikan pengajian mereka dengan lebih selesa.
Pelajar yang ingin membuat permohonan untuk bantuan pelajaran Yayasan Johor tahun ini boleh memohon melalui sistem permohonan online di portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Sebelum memohon bacalah syarat-syarat permohonan bantuan dengan teliti di portal yang sama di atas.

Selain itu anda boleh layari link di bawah untuk peluang-peluang bantuan pembiayaan pelajaran yang lain untuk rakyat Johor.


Semoga bermanfaat
11:42 PG

Biasiswa Pendidikan Anak Pulau Pinang Untuk Sambung Pelajaran

Program Biasiswa Pendidikan anak Pulau Pinang untuk sambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Bantuan pendidikan anak Pulau Pinang. Bantuan ini terhad kepada pelajar-pelajar yang berasal dari negeri Pulau Pinang sahaja. Berita bainya, semua layak untuk memohon, walau bagaimanapun keputusan adalah tertakhluk kepada budibicara kerajaan negeri Pulau Pinang.
Biasiswa Pendidikan Anak Pulau Pinang
Biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang ini adalah terbuka kepada semua warga Pulau Pinang, maksudnya berasal dari negeri tersebut. Syaratnya ialah anda mestilah pemegang MyKad atau Surat Beranak Pulau Pinang.

Jika anda pemegang MyKad/Surat Beranak Pulau Pinang anda dipelawa memohon bantuan ini. Program bantuan ini diberi/ditaja oleh kerajaan negeri. Jika anda tinggal di Pulau Pinang tetapi anda bukan pemegang MyKad atau Surat Beranak Pulau Pinang, anda besar kemungkinan tidak layak untuk program  ini.

Jika anda layak, bagaimana untuk memohon bantuan pendidikan ini? Teruskan membaca maklumat di bawah untuk cara atau panduan memohon bantuan pendidikan ini.

Cara Memohon Biasiswa Pendidikan Anak Pulau Pinang

Cara untuk memohon senang sahaja. Sebuah portal telah diwujudkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Anda boleh menghantar permohonan secara online. Pada zaman ini kebanyakan permohonan memang banyak yang dibuat melalui online. Menjimatkan masa, tenaga dan wang rakyat.

Anda hanya perlu memohon melalui web portal yang telah disediakan untuk tujuan ini. Permohoanan baru akan dibuka sepanjang bulan Jun dan bulan September setiap tahun.

Semakan keputusan permohonan anda boleh dibuat melalui online yang boleh juga diakses melalui telefon pintar anda.

Selain program bantuan pendidikan anak Pulau Pinang ini kerajaan negeri Pulau Pinang juga ada menyediakan pinjaman pendidikan Pulau Pinang. Jika anda gagal untuk mendapatkan biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang, anda juga boleh cuba memohon pinjaman pendidikan untuk anak Pulau Pinang.

Ini juga hanya dibuka untuk pelajar berasal dari Pulau Pinang. Layari link di bawah untuk maklumat dan memohon pinjaman pendidikan tersebut.
Semoga perkongsian mengenai biasiswa pendidikan anak Pulau Pinang ini bermanfaat. Bolehlah kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.
9:58 PG

Biasiswa Yayasan Sabah One Off Untuk Pelajar IPTA/IPTS Dari Sabah

Tawaran Biasiswa Yayasan Sabah one off untuk pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntuk di IPTA atau IPTS di seluruh negara. Bantuan ini diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Apdal sebagai satu rangka usaha membantu meringankan beban kewangan pembelajaran untuk pelajar Sabah.  Baru-baru ini ada sesi penyampaian sumbangan/tajaan biasiswa Yayasan Sabah (YS) one-off yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan permohonannya.
Biasiswa Yayasan Sabah one off ini adalah tajaan dari YS yang tidak perlu dibayar balik dan hanya akan diberikan sekali sahaja. Ini adalah sumbangan dari kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar Sabah di IPTS dan IPTA.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang cemerlang dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal, pemberian bantuan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan modal insan di negeri Sabah yang berkualiti tinggi untuk masa depan negeri Sabah pada masa akan datang.

Kita perlukan rakyat yang berpendidikan tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah ini pada masa akan datang.
Demikan seperti mana yang disiarkan di laman FB Parti Warisan Sabah.
Bantuan khas ini adalah inisiatif YAB Ketua Menteri Sabah untuk membantu golongan pelajar cemerlang dan kurang berkemampuan yang baru mendaftar memasuki kolej/universiti.
Bantuan khas ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibubapa yang kurang berkemampuan di kala anak-anak mereka memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Tingkat 7.
Pelajar-pelajar atau ibubapa hendaklah membawa salinan kad pengenalan pelajar/ibu dan bapa serta Surat Tawaran dari mana-mana kolej atau universiti.
Untuk permohonan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sabah One Off ini anda boleh hubungi pegawai-pegawai BPPYS di talian berikut 088 - 326300, 326400.

Semoga perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah One Off ini bermanfaat.
3:23 PTG

Scholarship for Malaysian to Study in UK - British Council Malaysia Scholarship

Scholarship for Malaysian to Study in UK ditawarkan oleh pihak British Council Malaysia untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Proses pemilihannya memang agak ketat kerana jumlah biasiswa yang ditawarkan tidaklah banyak mana tetapi jika ada peluang anda patut mencuba untuk merebutnya.


Tahun ini berberapa biasiswa ditawarkan oleh British Council untuk pelajar Malaysia pergi belajar di berberapa buah university di UK.
In order to support more Malaysian students to study in the UK, the British Council, together with five UK universities, has launched the GREAT Scholarships 2019 – Malaysia campaign. With ten taught postgraduate scholarships on offer, the total value of the scholarship scheme up to £100,000. This new scholarship scheme will offer an exciting opportunity for Malaysian students wishing to get financial support to pursue postgraduate study in the UK. Students can apply for taught postgraduate courses in subjects including law, business, art and design, biosciences, IT and more at five institutions across England, Scotland, Wales and Northern Ireland.
Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai universiti dan kursus-kursus yang ditawarkan British Council Malaysia.

Sila layari laman webportal rasmi British Council Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini.

Semoga bermanfaat.
3:05 PTG

The STAR Scholarship 2019

The STAR Scholarship 2019 kini kembali dibuka kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon tahun ini. The Star Education Fund Scholarship merupakan salah satu biasiswa yang sering ditawarkankan setiap tahun sama seperti Biasiswa Karangkraf.


Sila layari link di bawah untuk membaca lebih lanjut mengenang peluang melanjutkan pengajian dengan Biasiswa Karangkraf


Tahun ini sekali Biasiswa The STAR telah dibuka. Ini adalah salah satu usaha untuk membantu para pelajar Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan membangunkan kerjaya masa depan mereka.
The Star Education Fund scholarship is offered under the collaboration between Star Media Group with some of the best educational institutions in Malaysia to provide higher education opportunities to deserving young Malaysians. 
Pemohon bolehlah memohon melalui permohonan online di webportal rasmi The Star online.

Semoga bermanfaat.
9:33 PG

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah PORTAL PELAJAR Untuk Memohon Online

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar. Jika anda pelajar dari Sabah, tentu anda tahu mengenai peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Sabah. Tidak lama lagi biasiswa BKNS ini akan dibuka untuk permohonan bagi tahun ini. Kepada para pelajar yang sedang tertunggu-tungu untuk memohon biasiswa ini bolehlah memohon melalui sistem online yang telah dibangunkan oleh pihak BKNS.
biasiswa BKNS

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Untuk pelajar yang belum mengetahui mengenai BKNS anda boleh melayari laman website rasmi BKNS untuk membaca maklumat mengenainya.
Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan sedang belajar di IPT tempatan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.
Layari laman website rasmi BKNS untuk maklumat terperinci mengenai peluang-peluang biasiswa untuk pelajar-pelajar Sabah.

Tahun ini ada banyak bidang pengajian peringkat diploma dan ijazah ditawarkan biasiswa. Jika anda mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan kursus yang anda hendak ambil terdapat dalam senarai BKNS anda boleh memohon.

Pertimbangan, keputusan dan kelulusan permohonan anda adalah tertakhluk kepada pertimbangan bahagian biasiswa kerajaan negeri.

Untuk pelajar yang kursusnya tidak tersenarai dalam senarai yang layak memohon biasiswa BKNS, peluang anda sebenarnya masih ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah berhubung terus dengan pihak BKNS untuk pertimbangan.

Untuk memohon, pelajar perlu menghantar permohonan mereka melalui portal yang telah disediakan khas untuk tujuan ini. Laman Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini percuma untuk menggunakannya.

Ianya bertujuan untuk memudahkan proses permohonan Biasiswa BKNS untuk pelajar-pelajar Sabah.

Senarai Bidang Dan Peringkat Pengajian Ditaja BKNS

Sebelum memohon ada baiknya anda melihat senarai bidang dan peringkat pengajian yang layak ditaja oleh BKNS. Ini kerana bidang yang tidak tersenarai mungkin tidak akan dipertimbangkan untuk ditaja.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Aktuari Sains     
Juru Ukur           
Kejuruteraan    
Kesihatan dan Perusahaan Ternak          
Pengurusan Hartanah   
Perakaunan
Pertanian
Sains Tulen
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
Aktuari Sains
Akuakultur
Ekonomi
Farmasi
Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Keusahawanan
Komunikasi
Juru Ukur
Muzik
Pelancongan dan Hospitaliti
Pendidikan
Pengajian Islam
Pengangkutan dan Logistik
Pengurusan Ladang
Pengurusan Hartanah
Pentadbiran Perniagaan
Perakaunan
Pergigian
Perhutanan
Perikanan
Pertanian
Perubatan
Perubatan Veterinar
Psikologi
Sains Alam Sekitar
Sains Biologi Marin
Sains Bioteknologi
Sains dan Teknologi Makanan
Sains Komputer
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Undang-Undang
Jika bidang yang anda ambil di IPT tersenarai dalam senarai di atas anda bolehlah memohon untuk tajaan biasiswa BKNS.

Kelayakan Akademik Pemohonan Biasiswa BKNS

Sila semak maklumat penting mengenai kelayakan memohon tajaan biasiswa BKNS di bawah sebagai panduan dan rujukan anda.

Syarat Kelayakan Akademik Pemohon
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Kursus Sarjana Muda
a. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
c. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
d. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
e. Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Kepada yang layak boleh memohon.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Portal Pelajar

Portal pelajar Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini telah dibangunkan untuk memudahkan semua urusan permohonan biasiswa untuk pelajar. Permohonan, semakan keputusan dan rayuan boleh menggunakan portal ini.

Layari portal pelajar BKNS - Portal Pelajar BKNS

Kepada yang akan memohon biasiswa ini kami ucapankan semoga berjaya!

Semoga perkongsian maklumat mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini bermanfaat.
9:32 PG

Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Online Untuk Pelajar Sabah

Borang Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk pelajar Sabah. Warganegara yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah mengikut kursus-kursus yang disenaraikan.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar Sabah sahaja
Gambar hiasan: myeidos.com
Pada kebiasaanya permohonan biasiswa ini boleh dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online yang dijangka akan dibuka pada minggu ke-3 bulan March selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.


Anda boleh membuat Semakan Keputusan SPM secara online.

Kepada yang layak dan berminat untuk memohon sentiasalah mengikuti perkembangan terkini di sini. Anda dinasihatkan untuk membaca maklumat berkenaan secara terperinci sebelum memohon menggunakan borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online.

Bidang Kursus/Pengajian Yang Ditaja Oleh BKNS

Sila buat semakan senarai bidang kursus di bawah yang ditaja oleh BKNS untuk pelajar.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

i. Sains Komputer
ii. Kesihatan dan Perusahaan Ternak
iii. Kejuruteraan
iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)

Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan

* Perubatan
* Pergigian
* Perubatan Veterinar
* Farmasi
* Kejuruteraan
* Ukur Bahan
* Seni Bina (Architecture)
* Sains dan Teknologi Makanan
* Sains Bioteknologi
* Akuakultur
* Sains Biologi Marin
* Sains Alam Sekitar
* Perikanan
* Perhutanan
* Undang- Undang
* Pengajian Islam
* Matematik
* Sains Tulen (Biologi/kimi/fizik)
* TESL
* Psikologi
* Sains Kompyter
* Ekonomi
* Perakaunan
* Pentadbiran Perniagaan
* Pelancongan dan Hospitaliti
* Muzik
* Performing Arts
* Pengurusan Ladang
* Pertanian

Untuk memohon memasuki UPU IPTA anda boleh memohon melalui UPU IPTA Online

Kelayakan Untuk Memohon Biasiswa BKNS

1. Had Umur

1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik

2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya grade C dlm 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperole sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3 Berkelulusan Matrikulasi mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0
2.4 Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5
2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

Cara Memohon Biasiswa BKNS

1. Permohonan dibuat melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 02 April 2012. Setiap permohon mestilah mempunyai e-mail peribadi masing-masing.2. Bagi kawasan yang mempunyai kesukaran untuk mengakses permohonan secara online, borang permohonan  disediakan dan boleh diperolehi di Pejabat Daerah seperti berikut
2.1 Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod, Pitas
2.2 Pejabat Daerah Kecil: Matunggung, Pagalungan, Sook, Tunku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
2.3. Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau
3. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah di sahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat Likas,
Beg Berkunci No. 2076
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa BKNS

Anda boleh memohon melalui online sebelum tarikh tutup. Sila pastikan anda menghantar permohonan melalui borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online sebelum tarikh tutup.

Atau Anda boleh memohon melalui Permohonan BKNS Online


Maklumat Tambahan

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
2. Keputusan permohonan boleh disemak melalui On-Line
3. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tiak ditaja.
4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan BKNS 2018

Kepada anda yang ada memohon dan ingin membuat semakan keputusan BKNS 2018, anda boleh membuat semakan online di laman portal yang disediakan oleh pihak BKNS. 


Semakan keputusan BKNS online

Selain biasiswa BNKS and mungkin juga berminat dengan biasiswa terkini di Malaysia.

Untuk maklumat terkini dan terperinci sila berhubung dengan pihak Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara langsung.

Semoga perkongsian mengenai borang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan untuk makluman dan panduan mereka.
5:06 PTG

Biasiswa Yayasan Sabah Sekolah Menengah Untuk Pelajar Sabah

Tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk pelajar Sabah dikeluarkan setiap tahun kepada pelajar-pelajar anak Sabah yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak Yayasan Sabah (YS) biasanya menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat UPSR.
biasiswa Yayasan Sabah
Ini bermakna jika anda mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang, anda berpeluang untuk dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah semasa menyambung pengajian anda ke peringkat sekolah menengah.

Biasiswa ini adalah sebagai penghargaan dan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk mencuba dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Berikut adalah apa yang dipetik dari laman websita Yayasan Sabah (YS) online:
Kumpulan Yayasan Sabah juga menawarkan biasiswa Pendidikan Sekolah Menengah kepada pelajar kurang berkemampuan tetapi memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di sekolah-sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengemukakan permohonan biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk dipertimbangkan oleh pihak bahagian biasiswa Yayasan Sabah. Sebelum menghantar permohonan biasiswa anda dinasihatkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak YS untuk mendapatkan panduan cara-cara memohon.

Jika anda was-was atau perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, anda boleh melawat pejabat YS di Menara Tun Mustapha di Teluk Likas atau menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah.

Biasiswa Yayasan Sabah
Laman : http://www.ysnet.org.my/
Alamat : Scholarship Section, Bangunan Yayasan Sabah, Peti Surat 11201, Telok Likas, 88813 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Tel : 088 422 211

Buat masa ini belum ada info terbaru mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, kami akan kemaskini bila ada informasi terbaru nanti. Anda boleh berhubung terus dengan pihak YS jika perlukan maklumat terkini dan tepat.
Selain biasiswa YS, kerajaan negeri Sabah juga ada menyediakan program biasiswa yang dinamakan sebagai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Sila layari link di atas untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa BKNS ini.

Harap perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah ini bermanfaat. 
3:10 PTG

Tawaran Biasiswa Brunei Darussalam 2019

Tawaran biasiswa Brunei 2019 untuk pelajar asing yang ingin sambung pengajian ke negara Brunei Darussalam untuk sesi pengajian bermula 2019. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar dari negara-negara angota ASEAN yang berminat dan layak.
Jika anda berminat anda boleh berhubung terus dengan committee yang menguruskan tawaran biasiswa Brunei 2019 tahun ini melalui pautan email applyPCSS2019@mfa.gov.bn atau memohon melalui sistem permohonan online mereka untuk lebih memudahkan anda.

Jika anda perlukan maklumat terkini, anda dinasihatkan untuk berhubung secara langsung dengan pihak Brunei Scholarship Committee melalui alamat email yang diberi di atas.

Layari link di bawah untuk maklumat lebih terperinci mengenai tawaran biasiswa Brunei Darussalam 2019


Semoga bermanfaat
2:48 PTG

Tawaran Biasiswa JPA Diploma Politeknik

Biasiswa JPA diploma Politeknik. Ramai yang nak tahu informasi tentang topik ini. Kami menerima banyak pertanyaan berkisar/berkaitan peluang mendapatkan biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar yang sambung pengajian di Politeknik. Biasanya biasiswa JPA memang ditawarkan kepada pelajar di Politeknik, cuma buat masa ini belum ada maklumat terbaru.
Ramai pelajar Politeknik yang sambung pengajian di politeknik berminat memohon biasiswa ini kerana ianya adalah biasiswa kerajaaan dan pelajar yang berjaya mendapat tawaran biasiswa JPA diploma di Politeknik berpeluang dapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh tertentu.
Kalau merujuk kepada gambar di atas siapa tak nak kerja dengan kerajaan ya tak? Kerjaya terjamin untuk masa depan.

Buat masa ini kami belum mendapat info terbaru mengenai biasiswa JPA diploma Politeknik. Jika ada nanti kami akan kemaskini di ruangan ini untuk anda.

Anda juga boleh layari link di bawah untuk informasi mengenai syarat permohonan biasiswa JPA.


Tunggu kemaskini akan datang.
8:06 PTG

Quantity Surveying Scholarship Malaysia - Gamuda Scholarship Awards

Quantity Surveying scholarship di Malaysia (Biasiswa Ukur Bahan). Adakah anda berminat untuk sambung pengajian anda dalam bidang ukur bahan? Jika anda belum menyedari, bahawa prospek kerjaya kepada pelajar/individu yang mempunyai Diploma/Degree atau Master dalam bidang ukur bahan sangat luas dan tinggi di pasaran.
Proses pembangunan negara yang semakin pesat tentunya perlukan profesional dalam bidang ukur bahan. Ini adalah kemahiran yang sangat penting.

Apakah itu ukur bahan / Quantity Surveying?
A quantity surveyor (QS)/Ukur Bahan is a construction industry professional with expert knowledge on construction costs and contracts. They are not to be confused with land surveyors. Services provided by a quantity surveyor may include: Cost consulting, cost estimating.
Maka kerjaya ukur bahan ini bukan sahaja sangat penting untuk kerja dengan kerajaan tetapi juga dicari/sangat laris dalam pasaran kerja untuk syarikat-syarikat pembinaan.

Gajinya tentulah sangat lumayan kerana Malaysia tidak memilik banyak profesional dalam bidang ini.

Jika anda berminat untuk sambung pengajian dalam bidang quantity surveying ada terdapat peluang biasiswa untuk pelajar yang layak.

Salah satu peluang biasiswa untuk para pelajar yang mengambil jurusan/bidang ukur bahan ialah Biasiswa Gamuda (Gamuda Scholarship). Untuk maklumat terperinci mengenai biasiswa ini layari link di bawah.
Gamuda adalah sebuah syarikat pembinaan infrastruktur yang terbesar di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia tetapi mempunyai portfolio pelaburan di banyak negara di Asia Tenggara.
Gamuda Berhad is an engineering, property and infrastructure company based Malaysia. It is one of the largest Malaysian infrastructure companies and has undertaken various projects, both locally and overseas, like the construction of Klang Valley MRT lines, highways, airport runways, railways, tunnels, water treatment plants, dams, infrastructure concessions and the development of new townships.
Sudah tentu mereka banyak memerlukan tenaga pakar dalam bidang ukur bahan. Pelajar di bawah tajaan mereka akan berpeluang/diwajibkan berkerja dengan Gamuda selepas menamatkan pengajian anda.

Tahun ini Biasiswa Gamuda akan ditawarkan sekali lagi sekitar bulan April nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
4:55 PTG

SUNWAY Scholarship Interview Questions And Answers

Sunway scholarship interview questions and answers. Jika anda ada memohon biasiswa Sunway dan termasuk dalam senarai pendek (short-listed), besar kemungkinan anda akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut, sebaiknya anda membaca perkongsian mengenai Sunway scholarship interview questions and answers supaya anda mempunyai gambaran yang jelas soalan-soalan yang bakal ditanyakan kepada anda nanti.

Kali ini kami kongsikan berberapa blog yang ditulis oleh pelajar yang pernah menghadiri sesi temuduga (scholarship interview) dengan Sunway.

Sebelum itu ada baiknya anda membaca maklumat mengenai biasiswa Sunway University melalui link di bawah.


Salah satu blog yang anda boleh baca dan rujuk ialah blog yang ditulis oleh Fyonce yang bertajuk Sunway Special Scholarship Interview. Beliau membuat perkongsian mengenai pengalaman beliau menghadiri sesi temuduga biasiswa dengan Sunway dan soalan-soalan temuduga yang beliau hadapi/ditanya.

Blog My World oleh Bryan Tan juga ada membuat sedikit perkongsian mengenai pengalaman beliau menghadiri Sunway scholarship interview dalam entrynya bertajuk A-Level Scholarship Interview.

Selain ini mungkin anda juga boleh membaca blog milik Han Yang Gan yang bertajuk Jeffrey Cheah Foundation - Sunway Scholarship. Beliau menjelaskan dengan terperinci Sunway scholarship interview questions and answers yang beliau telah hadapi.

Semoga perkongsian-perkongsian mengenai topik ini bermanfaat kepada anda.


Kepada yang memohon biasiswa Sunway University kami ucapkan all the best!
9:42 PG

Fair & Lovely Scholarship Application Form Online

Borang permohonan biasiswa Fair & Lovely online (Fair and Lovely Scholarship Apply Online). Tahun ini Fair & Lovely kembali lagi dengan jumlah tawaran biasiswa sehingga RM200,000*. Bukankah ini sesuatu yang menarik? Jika anda layak dan berminat, anda boleh download borang permohonan biasiswa ini secara online.

Apa yang perlu anda buat ialah layari laman website rasmi Fair & Lovely untuk download application formnya.

Anda isikan lengkap-lengkap borang tersebut dan hantar semula kepada pihak Fair & Lovely sebelum tarikh tutup iaitu 30 April 2019.

Kami ucapkan semoga berjaya kepada yang akan memohon biasiswa Fair & Lovely tahun ini.

Harap bermanfaat
9:28 PG

Biasiswa Karangkraf Permohonan Online Terkini

Permohonan online Biasiswa Karangkraf tahun ini dibuka semula untuk para pelajar membuat permohonan. Biasiswa ini amat popular dalam kalangan pelajar bumiputera dan sesi penapisan juga tidaklah begitu ketat jika dibandingkan dengan biasiswa Shell, biasiswa Petronas atau biasiswa CIMB Asean.

Sebelum memohon anda dinasihatkan membaca info/details mengenai biasiswa Karangkraf ini untuk mendapatkan pemahaman/maklumat yang lebih terperinci.


Biasiswa ini ditawarkan untuk pelajar yang menyambung pengajian mereka di peringkat diploma dan ijazah di IPTS. Peluang agak cerah.

Sejak biasiswa ini ditubuhkan oleh Media Group Karangkraf, beribu-ribu pelajar telah mendapat manfaatnya. Apa kata kali ini anda cuba, mungkin reziki anda di sini.

Semoga maklumat ini bermanfaat.

9:12 PG

Sunway Scholarship Registration Dibuka Sekarang!

Sunway scholarship registration kini dibuka kembali untuk sesi tahun ini. Pelajar yang berminat sambung pengajian mereka ke Sunway University dan mempunyai kelayakan akademik yang baik boleh mencuba memohon biasiswa ini.
Sebelum memohon lebih baik anda membaca keterangan terperinci Biasiswa Sunway.


Tarikh tutup untuk memohon biasiswa Sunway ialah pada 28 February 2019. Pastikan anda menghantar permohonan anda sebelum tarikh tersebut.

Sila ambil maklum bahawa biasiswa ini terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja dan pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik yang cemerlang untuk dipertimbangkan.

Maklumat perhubungan

Address:
SUNWAY UNIVERSITY
DU 025 (B)
No. 5, Jalan Universiti,
Bandar Sunway,
47500 Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Phone:
60374918622
Email:
info@sunway.edu.my

Anda juga mungkin berminat dengan biasiswa lain yang ditawarkan oleh pihak Sunway University. Layari link di bawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
9:09 PG

Program Tajaan Penuh Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening Untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk Pelajar Malaysia pergi belajar di United Kingdom (UK) sesi tahun 2019/2020. Siapa yang tidak berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bukan? Masalahnya ialah belajar di luar negara terutamanya di UK amat mahal kosnya kerana perbezaan matawang UK dan Ringgit Malaysia.
Berita baiknya tahun ini ada program tajaan penuh biasiswa Yayasan Khazanah-Chevening untuk pelajar yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan memilik daya/kualiti kepimpinan yang tinggi.


Jika anda mempunyai kedua-dua kriteria di atas bolehlah anda memohon untuk dipertimbangkan mendapat tajaan biasiswa penuh Yayasan Khazanah-Chevening ini.

Biasanya setiap tahun biasiswa ini ditawarkan. Biasiswa Chevening-Khazanah adalah program biasiswa global kerajaan Inggeris yang dibiayai oleh Pejabat Luar dan Komanwel ("FCO) dan Yayasan Khazanah.

Jika anda berhasrat untuk memohon biasiswa ini dan inginkan penjelasan lanjut anda boleh menghubungi Yayasan Khazanah:

Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
(T) +603 - 2272 6300 / (F) +603 - 2272 6311
yk@yayasankhazanah.com.my

Atau layari laman website rasmi Chevening scholarship di Malaysia.


Harap maklumat ini bermanfaat.
5:39 PTG

Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah - Yayasan Pahang

Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Dari Yayasan Pahang. Berita baik! Pelajar yang berminat boleh apply/memohon geran ini. Syaratnya anda mestilah orang Pahang, maksudnya lahir dan menetap di Pahang.
Tahun ini geran ini dibuka. Pemohon/pelajar yang berminat untuk memohon bolehlah melayari laman rasmi Yayasan Pahang untuk membuat permohonan.

Geran ini sebenarnya adalah bantuan berbentuk ONE-OFF, maksudnya diberikan sekali sahaja. Sila baca dengan teliti kelayakan syarat untuk memohon geran pra siswazah dan Pasca Siswazah Yayasan Pahang ini untuk mengelak anda buang masa memohon.

Kepada yang memohon kami ucapkan semoga berjaya.

Semoga bermanfaat