Memaparkan catatan dengan label Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Papar semua catatan

Senarai Bidang Kursus yang Ditawarkan Di UiTM Perlis

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis. Seperti yang anda tahu bahawa UiTM adalah salah satu universiti awam (IPTA) yang terbesar di Malaysia.

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis

UiTM memiliki kampus cawangan di setiap negeri dan kampus UiTM yang terbesar terletak diShah Alam, Selangor. Anda boleh semak kursus-kursus terkini yang ditawarkan di UiTM Shah Alam untuk rujukan anda.

Perlis juga mempunyai kampus UiTM yang terletak di Arau Perlis. Kampus UiTM cawangan Perlis di Arau ini menawarkan 6 fakulti, yang menawarkan lebih kurang 25 jenis kursus di peringkat diploma dan ijazah.

Berikut ialah senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis untuk panduan anda memohon kemasukan ke UiTM Perlis. Jika kursus yang anda minati tidak tersenarai di sini, anda boleh semak di kampus-kampus UiTM di negeri lain.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Perlis


A. Fakulti Sains Gunaan


Diploma Sains
Diploma Teknologi Polimer
Siploma kimia Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Marin)

B. Fakulti Perakaunan


Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Diploma Sistem maklumat Perakaunan

C. Fakulti Pengurusan Perniagaan


Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)

D. Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur


Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

E. Fakulti Sains Komputer & Matematik


Diploma Sains Komputer
Diploma Sains (Matematik)
Ijazah Sarjana Muda teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Komunikasi data & Rangkaian)

F. Fakulti Perladangan & Agroteknologi


Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Read also: Syarat kemasukan ke UiTM lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan maklumat senarai program UiTM mengikut kampus ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.
Read more

UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) sedang membangunkan applikasi yang dikenali sebagai 'Pocket Online' sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA

Walau bagaimanapun 'Pocket Online' ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications," she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. - Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi 'Pocket Online' ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app 'Pocket Online' ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai 'Pocket online' mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Read more

Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS

Tarikh dan semakan keputusan SPM 2017 Online atau SMS. Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 boleh buat semakan dan mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka sekitar bulan Mac 2018 nanti. Biasanya pada minggu ke-2, sekitar jam 10 pagi dalam bulan Mac nanti.

Tarikh keputusan SPM 2017 akan diumumkan nanti dan pihak PendidikanMalaysia.com akan kemaskini maklumat di sini bila tarikhnya diketahui kelak. Pastikan anda bookmark page ini untuk kegunaan pada masa akan datang.

Pada kebiasaanya sepertimana tahun-tahun sebelumnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh tertentu dalam bulan Mac untuk pengumuman keputusan peperiksaan SPM.

Tarikh Dan Semakan Keputusan SPM 2017 Online Dan SMS


Terdapat berberapa cara untuk anda membuat semakan keputusan peperiksaan SPM iaitu melalui online dan juga melalui applikasi SMS.

Secara Manual Melalui Sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri

Kebiasaannya pelajar akan mendapatkan keputusan SPM mereka secara manual iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah asal anda (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri). Cara ini biasanya digemari oleh pelajar kerana mereka boleh bertemu semula dengan guru-guru lama dan rakan-rakan lama.

Pelajar boleh bertanya/berhubung terus untuk mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada guru-guru lama semasa / selepas mendapatkan keputusan SPM masing-masing kelak.

Semakan Keputusan SPM Online


Cara kedua (2) yang iaitu semakan keputusan SPM secara online. Cara ini lebih digemari para pelajar kerana ianya cepat dan pantas. Pelajar boleh membuat semakan menggunakan komputer atau telefon pintar bila-bila masa dan di mana-mana anda berada.

Untuk membuat semakan anda boleh layari Sistem Aplikasi SPPAT - Semakan Keputusan SPM 2017 Online.

Mengikut pemerhatian kami, pelajar biasanya membuat semakan online keputusan SPM sebelum pergi mengambilnya di sekolah asal mereka.

Semakan Keputusan SPM Melalui SMS


Semakan keputusan SPM melalui SMS adalah antara yang paling popular dan mudah dalam kalangan pelajar. Ada boleh mendapatkan keputusan SPM anda menggunakan applikasi SMS. Keputusan SPM anda akan di SMS terus ke telefon pintar anda.

Sila lihat gambarajah di bawah untuk cara-cara membuat semakan keputusan SPM melalui applikasi SMS.

tarikh semakan keputusan spm online dan SMS

Semua sistem semakan keputusan SPM 2017 ini akan diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2017.

Perlu diambil perhatian bahawa semakan secara online dan SMS akan memaparkan ringkasan keputusan SPM sahaja. Untuk mendapatkan keputusan penuh anda boleh pergi terus ke sekolah asal anda atau JPN yang terdekat.

Keputusan Penuh SPM 2017


Semakan keputusan penuh terbahagi kepada 2 kategori iaitu (a) Calon Sekolah dan (b) Calon Persendirian.

A. Calon Sekolah


Untuk calon sekolah, anda boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM anda melalui sekolah asal masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

B. Calon Persendirian


Untuk calon SPM Persendirian, anda akan dimaklumakan melalui POS atau anda boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk calon SPM persendirian.

Read also: Sistem Permohonan UPU Online

Semoga perkongsian mengenai tarikh dan semakan keputusan SPM 2017 online dan SMS ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.
Read more

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan Dan Tawau Sabah

Senarai bidang/kursus yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan dan Sabah. Mungkin ada yang belum mendapat informasi bahawa politeknik memilik 3 kampus di Sabah yang terletak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau  Sabah. Rasanya pelajar-pelajar lepasan SPM amat perlukan maklumat penting ini.

Senarai kursus yang ditawarkan di politeknik Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau Sabah

Kampus-kampus cawangan politeknik ini dibina untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelajar yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Kampus politeknik di Kota Kinabalu adalah yang terbesar di Sabah, manakala kampus politeknik di Sandakan dan Tawau adalah kampus baru.

Untuk memudahkan anda berikut adalah senarai kursus atau bidang yang ditawarkan di kampus-kampus politeknik di Sabah untuk panduan dan rujukan anda memohon kemasukan ke politeknik.

A. Kursus Yang Ditawarkan Di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah

   
Program yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah adalah sebanyak 17 kursus seperti berikut:

1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
3. Diploma Ukur Bahan
4. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
5. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
6. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan
9. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
10. Diploma Akauntansi
11. Diploma Pemasaran
12. Diploma Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan
13. Pra Diploma Perdagangan
14. Pra Diploma Sains
15. Diploma Pengurusan Hotel
16. Sijil Kemahiran Hotel & Katering
17. Diploma Pengurusan Resort (DHR)

Politeknik Kota Kinabalu
No. 4, Jalan Politeknik, Kkip Barat, Kota Kinabalu Industrial Park,
88460 Kota Kinabalu
Sabah
088-401816 / 088-401800
http://www.polikk.edu.my

B. Kursus Yang Ditawarkan Di Politeknik Sandakan (PSS), Sabah

   
Pada masa ini ada 2 kursus atau Program yang ditawarkan Di Politeknik Sandakan Sabah.
    
1. Diploma Agroteknologi
2. Diploma Akuakultur

Politeknik Sandakan
Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,
90000 Sandakan
Sabah
089-228351
http://www.pss.edu.my

C. Kursus Yang Ditawarkan Di Politeknik Tawau (PMTS), Sabah


Ada 1 kursus atau Program yang ditawarkan Politeknik Tawau Sabah. Ini kerana politeknik cawangan Tawau adalah kampus baru. Kursus ini mungkin akan bertambah pada masa akan datang.    

1. Diploma Pengurusan Pelancongan

Politeknik Tawau
D/A Politeknik Sandakan
education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang,
90000 Sandakan
Sabah
089-228351
http://www.pss.edu.my

Read also: Syarat Kemasukan Ke Politeknik

Perkongsian senarai kursus yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau Sabah ini diharapkan boleh dijadikan panduan kepada para pelajar dalam merancang permohonan pengajian melalui applikasi UPU online kelak. Pelajar juga boleh terus berhubung dengan pihak Politeknik dengan melayari portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik untuk memohon atau mendapatkan maklumat terperinci. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan lepasan SPM yang lain untuk panduan mereka.
Read more

Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM Untuk Rujukan Anda

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM untuk Lepasan SPM sebagai panduan anda. Tarikh untuk keputusan SPM akan diumumkan sekitar bulan Mac tahun ini. Tentu ramai yang sedang merancang untuk menyambung pengajian ke UiTM tahun ini.

Cara memohon ke UiTM untuk pelajar lepasan SPM

Kepada yang berhasrat berbuat demikian ada baiknya anda tahu mengenai syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan SPM. Jika apa yang dipaparkan di laman web portal rasmi UiTM di bawah masih berkuatkuasa anda boleh cuba memohon.

Berikut ialah syarat kelayakan untuk kemasukan ke UiTM lepasan SPM. Maklumat ini berdasarkan apa yang ada di laman portal UiTM.

Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM

a. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM lepasan SPM untuk rujukan pelajar

Kepujian 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu rasanya tidak terlalu berat dan ramai yang layak. Apapun keputusan bergantung kepada budibicara pihak UiTM dan berdasarkan kekosongan tempat.

Read also: Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan STPM

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus berhubung dengan pihak UiTM. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan lepasan SPM anda yang lain. All the best!
Read more

Tugasan Pentaksiran Pusat Grafik Komunikasi Teknikal SPM 2018

Projek atau tugasan pentaksiran Pusat Grafik Komunikasi Teknikal SPM 2018 (Kertas 2  (3771/2)). Tugasan ini adalah wajib diambil oleh calon-calon SPM yang mengambil subjek Grafik Komunikasi Teknikal (Tingkatan 5).


Untuk makluman anda Fasa 1 akan dilaksanakan dari 1 Februari - 28 Februari 2018 selama 1 bulan.

Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Grafik Komunikasi Teknikal mestilah melaksanakannya di sekolah semasa waktu PdPc.

Anda dinasihatkan untuk membuat tugasan ini mengikut arahan yang telah ditetapkan. Kertas bersaiz A4 mestilah digunakan untuk tugasan ini.

Harus diambil perhatian bahawa hasil projek atau tugasan pelajar mestilah hasil usaha sendiri dan bukan diambil atau ditiru dari mana-mana sumber dan dilaksanakan secara individu.

Sila download dokumen-dokumen di bawah untuk panduan anda.

a. Manual Pentaksiran Projek

b. Naskah Calon

c. Naskah Guru

Sila rujuk Pengenalan dan teknik Grafik Komunikasi Teknikal SPM dalam bentuk video pendidikan  dari Cikgu Romie untuk panduan anda.

Kepada calon-calon yang melakukan tugasa ini kami mengucapkan semoga berjaya. All the best!
Read more

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Lengkap Dan Terkini

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 - Adakah anda tercari-cari dan memerlukan nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1. Untuk pengetahuan anda, subjek Sejarah adalah subjek yang wajib lulus untuk anda lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar yang gagal subjek Sejarah akan dikira gagal walaupun subjek yang lain mendapat keputusan yang baik. Berikut ialah nota Sejarah Tingkatan 5 bab 1 yang paling lengkap untuk kegunaan anda.
Read more
DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.