Memaparkan catatan dengan label Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Papar semua catatan

Selasa, 19 Jun 2018

10:23 PG

Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018.  Sila rujuk kenyataan media dari KPM ini untuk panduan dan maklumat lanjut anda.
Peperiksaan SPM tahun ini akan berlangsung dari 25 - 27 June 2018. Seramai 11,057 calon telah mendaftar tahun ini untuk menduduki SPMU di 213 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.

Pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPMU tahun ini dikehendaki merujuk kepada jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan-arahan yang berkaitan.

Semoga perkongsian Kenyataan Media: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan Tahun 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan-rakan yang lain.

Selasa, 17 April 2018

9:36 PG

UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

UPU Pocket online mobile apps untuk lepasan SPM dan STPM cari kursus. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) sedang membangunkan applikasi yang dikenali sebagai 'Pocket Online' sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA

Walau bagaimanapun 'Pocket Online' ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, UPU pocket course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications," she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. - Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi 'UPU Pocket/Pocket Online' ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app 'Pocket Online' ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai 'UPU Pocket/Pocket online' mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Ahad, 1 April 2018

8:37 PTG

Cara Pendaftaran SPM Persendirian 2018 Online

Cara Pendaftaran SPM Persendirian 2018. Cara buat pendaftaran online SPMU 2018 untuk panduan anda. Applikasi pendaftaran SPMU 2018 Online. Registration process for SPM Ulangan 2018 and daftar spm persendirian 2018 will be open soon. This year the SPMU online registration system will be activated soon.


SPMU Online registration

If you are thinking about sitting for SPMU exam this year submit you registration through:

Visit this webportal to register Pendaftaran SPM Persendirian 2018 Online

Alternatively, you may register by visiting the nearest Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) to register.

All PPD offices should have somebody to handle manual registration for SPMU and private candidates.

Please take note that late registration will not be processed.

Submit your registration before the deadline.

To check your SPMU result, you can do it online. Please read our previous post about this topic at  --> Visit here for SPMU Result Check Online

Pendaftaran SPM Persendirian 2018

What is SPMU and SPM Private Candidates

There is a different between the two. I think this answer taken from www.carigold.com is the best answer for this question
Question: Assalamualaikum...
nak tanya apakah perbezaan SPM(ulangan)dan calon persendirian untuk ambik SPM ...adakah ianya benda yang sama atau berbeza sebab tadi ada google SPM(U)ialah mengulangi subjek B.Melayu & Matematik dan Calon Persendirian ialah subjek yang selain diatas....

dan saya ingin bertanya apakah tujuan untuk ambik SPM ulangan selain dari ingin menaikan gred SPM yang rendah kepada yang lebih baik atau beleh memohon masuk universiti dengan menggunakan result ulangan tadi...

saya umur 21 dan keputusan spm dahulu bukan semua subjek dapat A hanya sedikit sahaja jadi saya terfikir untuk ambik beberapa subjek yang grednya rendah...dan apakah syarat umur untuk memohon/memasuki universiti...Terima Kasih...

Answer: Spm(u) tu maksudnya mengulang spm tak kira la ulang satu atau semua subjek. Kalo untuk paper bm dan math ada tarikh khas untuk mengulang yg biasanya org panggil july paper. Org yg amek july paper ni utk dapatkan kredit bm dan math sebab biasa untuk kerja atau smbg blaja bidang tertentu ada syarat minimum kredit bm dan math. Ada member aku subjek sains semua A tapi bm tak kredit so dia ulang satu paper bm je bulan july. Kalo untuk subjek2 yg lain kena amek waktu peperiksaan spm sebenar.

Calon persendirian maksudnya calon yg bukan dari sekolah kerajaan atau pun swasta. Katakan anda nak ulang spm tahun depan dengan blaja sendiri atau pun private/tuition, etc so anda dipanggil calon persendirian. Pusat untuk menjawab spm boleh ditentukn sendiri oleh calon di mana-mana sekolah yg berdekatan.

Result ulangan boleh digunakan untuk memohon masuk ke universiti. Rujuk syarat2 kemasukan univ di upu.mohe.gov.my. Cara kedua tak perlu mengulang spm, masuk program 'mengubah destini anak bangsa' di uitm. Bergantung kpd result anda boleh terus mengambil kursus pra diploma tanpa mengambil kursus sijil terlebih dahulu. Cara ketiga, dengan pengalaman kerja anda boleh memohon sambung belaja dalam bidang yg berkaitan secara sepenuh biasa atau part time. Biasa org pggil PJJ. Banyak peluang dan cara sebenarnya utk smbung belaja.
For more and up-to-date info about Pendaftaran SPM Persendirian 2018, please contact Ministry of Education (MOE) Malaysia directly. For those who are sitting for SPMU and Calon Persendirian we wish you all the best.

Isnin, 26 Februari 2018

10:38 PG

12 Tips Cara Memohon UPU Online

Detik dan saat menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 diumumkan merupakan masa yang amat mendebarkan bagi ramai pelajar lepasan SPM. Biasanya keputusan SPM akan diumumkan pada bulan Mac setiap tahun yang mana akan tiba tidak lama lagi.

Borang permohonan UPU online

Semetara menunggu keputusan SPM diumumkan apakah perancangan anda? Atau adakah anda telah membuat apa-apa perancangan masa depan apa yang perlu dibuat selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan? Ini persoalan yang memerlukan jawapan dari diri anda sendiri.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan, tentu ramai yang telah mengambil kesempatan untuk memohon UPU online. Adakah permohonan anda telah dibuat dengan cara yang betul dan lengkap?

Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat ke IPTA melalui UPU hanya disebabkan kecuaian mereka semasa membuat permohonan di UPU online. Tahun lepas sahaja ramai yang tidak sedar bahawa kegagalan mereka memasuki IPTA kerana tidak 'double check' apakah permohonan mereka telah dihantar/submit online atau tidak.

Dalam perkongsian kali ini kami menyenaraikan tips atau lebih dalam bentuk senarai semak perkara-perkara yang perlu anda teliti semasa membuat permohonan di UPU online. Senarai semak (tips) ini amat mustahak untuk membantu mengurangkan kesilapan semasa memohon di UPU online.

Tips / Senarai Semak Permohonan UPU Online

1. Beli No Unik ID Di BSN berharga RM15.64 termasuk GST

Cara membeli No. PIN UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2. Pastikan kategori anda SPM setaraf atau  STPM setaraf
3. Buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my
4. Langkah seterusnya semak syarat e-panduan dengan teliti
5. Isi Permohonan Online
6. Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda STAR*dengan lengkap
7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
8. Isi sampai habis
9. Klik “Sah & Hantar”
10. Cetak Slip Permohonan
11. Simpan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
12. Semakan dan Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan

Diharapkan perkongsian mengenai tips dan senarai semak permohonan UPU online ini bermanfaat kepada anda terutama para pelajar lepasan SPM. Sila kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang ada memohon UPU online tahun ini.

Jumaat, 23 Februari 2018

2:34 PTG

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (DRAFT) Untuk Rujukan Pelajar

Jadual peperiksaan SPMU 2018 dalam bentuk draf (belum muktamad) telah dikeluarkan. SPMU adalah singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan atau lebih dikenali ramai sebagai SPMU.

Rasanya maklumat ini penting kepada para pelajar yang telah mendaftar peperiksaan SPMU 2018 untuk menjadi panduan mereka.

Mungkin anda gagal berberapa subjek utama seperti subjek Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu semasa peperiksaan SPM yang lepas dan berhajat untuk memperbaiki keputusan SPM anda? SPMU adalah peluang untuk anda.
Jadual waktu peperiksaan SPMU untuk panduan pelajar

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan draf jadual peperiksaan SPMU tahun 2018. Walaupun ianya hanya draft tetapi kita tidak menjangkakan akan berlaku perubahan yang besar dari draft ini.

Kita akan kemaskini di blog ini bila jadual SPMu 2018 yang muktamad telah dikeluarkan kelak.

Menurut jadual (draf) peperiksaan SPMu ini tarikh peperiksaan SPMU 2018 akan berlangsung pada bulan Jun 2018 iaitu 25 hingga 27 Jun 2018.

Antara subjek-subjek yang ditawarkan ialah:

1. Matematik Kertas 1 (aneka pilihan)
2. Matematik Kertas 2
3. Sejarah Kertas 1 (aneka pilihan)
4. Sejarah Kertas 2
5. Sejarah Kertas 3
6. Bahasa Melayu Kertas 1
7. Bahasa Melayu Kertas 2
8. Bahasa Melayu Kertas 3- Ujian Lisan untuk calon persendirian

Nota:

Tarikh dan masa untuk Bahasa Melayu Kertas 3 akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Anda boleh download jadual peperiksaan SPMU 2018 ini di >>> Download Jadual SPMU 2018

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU pula anda boleh layari >>> Semakan Keputusan SPMU

Semoga perkonsian mengenai jadual peperiksaan SPMU 2018 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain

Rabu, 21 Februari 2018

9:45 PG

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Untuk Panduan Pelajar (DRAFT)

Draft Jadual peperiksaan SPM 2018 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berpandukan apa yang ada di draf jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan, peperiksaan SPM tahun 2018 akan bermula dari 13 November 2018 hingga 13 Desimber 2018.

Lebih kurang satu bulan masa peperiksaan itu dilaksanakan.

Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan anda. Download draf jadual peperiksaan SPM 2018 ini melalui pautan (link) yang diberikan untuk memudahkan anda mencetak maklumat ini.






Download: Jadual Peperiksaan SPM 2018 (draf)

Sila ambil maklum bahawa ini adalah DRAFT/DRAF sahaja dan belum MUKTAMAD/FINAL. Versi yang muktamad/final akan dikemaskini selepas pihak KPM mengeluarkannya nanti. Kita menjangkakan tidak banyak perubahan pada versi yang muktamad nanti.

Diharapkan informasi ini dapat membantu pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2018 merancang pembelajaran dan persedian mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jadual peperiksaan SPM 2018 (draft) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda untuk panduan mereka.

Isnin, 19 Februari 2018

9:19 PTG

KemasKini Maklumat Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2018/2019 Online

Sesi kemas kini maklumat permohonan program matrikulasi sesi 2018/2019 untuk pelajar yang telah memohon kemasukan ke matrikulasi. Sila ambil perhatian bahawa anda adalah penting untuk anda mengemas kini permohonan anda dengan maklumat terbaru atau terkini.

Kegagalan anda berbuat demikian akan menjejaskan peluang permohonan anda ke program matrikulasi sesi 2018/2019. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mereka dapat membuat tindakan lanjut untuk mengemas kini permohonan mereka ke matrikulasi.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kenyataan akhbar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah.
Kemaskini permohonan matrikulasi 2018/2019 online

Sesi mengemaskini maklumat permohonan ini akan dibuka dari 19 Februari 2018 hingga 18 mac 2018 dan terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 sahaja.

Untuk makluman anda, Nombor Pengenalan Individu (NPI) boleh mula dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan harga RM10.06 termasuk Govt. Services Tax (GST).

Untuk membeli NPI anda boleh menggunakan No. Kad Pengenalan anda atau dokumen pengenalan yang digunakan semasa peperiksaan SPM tahun 2017 dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

PIN NPI ini boleh mula dibeli pada 19 Februari 2018 hingga 18 Mac 2018. Anda masih ada lebih kurang 30 hari untuk bertindak.

Pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang telah membuat permohonan sebelum 24 Desimber 2017 perlu mengemas kini permohonan mereka melalui laman portal yang disediakan oleh pihak KPM di www.moe.gov.my

Untuk proses kemaskini anda hanya perlu memasuki laman portal tersebut melalui e-PERKHIDMATAN dan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan ANGKA GILIRAN SPM anda sahaja.

Semakan keputusan permohonan program matrikulasi akan dikeluarkan melalui laman portal KPM di www.moe.gov.my. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM anda ke bahagian Matrikulasi KPM. Ini kerana keputusan SPM pemohon akan diambil terus dari pihak LPM selepas keputusan rasmi SPM diumumkan.

Pelajar yang berjaya mendapat tempat ke program matrikulasi sesi 2018/2019 KPM perlu mencetak surat tawaran dari sistem aplikasi semakan keputusan program matrikulasi KPM.

Diharapkan perkongsian mengenai kemaskini permohonan matrikulasi 2018/2019 ini bermanfaat kepada anda. Kami mengucapkan semoga berjaya!