Memaparkan catatan dengan label Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Papar semua catatan

Selasa, 12 Jun 2018

2:57 PTG

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2018 Online

Semakan Keputusan Rayuan Atas Talian ke Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2018. Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Keputusan Rayuan Atas Talian ke Tingkatan Enam Semester Satu Tahun 2018 boleh dilakukan mulai 11 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018.

Pelajar yang ada membuat permohonan untuk memasuki Tingkatan 6 tahun 2018 tetapi telah ditolak dan telah membuat rayuan untuk memasuki Tingkatan 6 bolehlah membuat semakan keputusan rayuan mereka.

Semua proses dan maklumat boleh diperolehi online melalui sistem online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk membuat semakan sila layari >>> https://sst6.moe.gov.my/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan pihak Pengurusan Sekolah KPM menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Alamat BPSH & No Telefon :

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671

Semoga perkongsian mengenai semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2018 online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan anda.

Selasa, 17 April 2018

9:36 PG

UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

UPU Pocket online mobile apps untuk lepasan SPM dan STPM cari kursus. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) sedang membangunkan applikasi yang dikenali sebagai 'Pocket Online' sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA

Walau bagaimanapun 'Pocket Online' ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, UPU pocket course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications," she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. - Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi 'UPU Pocket/Pocket Online' ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app 'Pocket Online' ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai 'UPU Pocket/Pocket online' mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Khamis, 15 Februari 2018

9:15 PG

Senarai Bidang Kursus yang Ditawarkan Di UiTM Perlis

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis. Seperti yang anda tahu bahawa UiTM adalah salah satu universiti awam (IPTA) yang terbesar di Malaysia.

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis

UiTM memiliki kampus cawangan di setiap negeri dan kampus UiTM yang terbesar terletak diShah Alam, Selangor. Anda boleh semak kursus-kursus terkini yang ditawarkan di UiTM Shah Alam untuk rujukan anda.

Perlis juga mempunyai kampus UiTM yang terletak di Arau Perlis. Kampus UiTM cawangan Perlis di Arau ini menawarkan 6 fakulti, yang menawarkan lebih kurang 25 jenis kursus di peringkat diploma dan ijazah.

Berikut ialah senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis untuk panduan anda memohon kemasukan ke UiTM Perlis. Jika kursus yang anda minati tidak tersenarai di sini, anda boleh semak di kampus-kampus UiTM di negeri lain.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Perlis

A. Fakulti Sains Gunaan

Diploma Sains
Diploma Teknologi Polimer
Siploma kimia Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Marin)

B. Fakulti Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Diploma Sistem maklumat Perakaunan

C. Fakulti Pengurusan Perniagaan

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)

D. Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur

Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

E. Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Sains Komputer
Diploma Sains (Matematik)
Ijazah Sarjana Muda teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Komunikasi data & Rangkaian)

F. Fakulti Perladangan & Agroteknologi

Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Read also: Syarat kemasukan ke UiTM lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan maklumat senarai program UiTM mengikut kampus ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.

Selasa, 6 Februari 2018

12:04 PTG

Permohonan Dan Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan STPM

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM lepasan STPM. Tak lama lagi keputusan peperiksaan STPM akan diumumkan. Tentu ramai yang berhasrat untuk memasuki atau menyambung pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM

Tetapi apakah anda layak atau tidak memohon memasuki UiTM untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah? Sebelum memohon ada baiknya anda semak dahulu syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk calon lepasan STPM.

Di bawah adalah syarat umum untuk kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM. Syarat ini boleh berubah dari masa ke semasa terpulang kepada keperluan dan keputusan semasa pihak UiTM.

Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan STPM


a. Lulus SPM / setaraf dengan baik

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM

Jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut snda boleh berhubung terus dengan pihak UiTM.

Read also: Senarai Bidang Yang Ditawarkan Di UiTM Shah Alam

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan ke UiTM lepasan STPM ini dapat membantu dan sedikit sebanyak. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang menduduki peperiksaan STPM tahun lepas untuk panduan mereka.

Sabtu, 20 Januari 2018

9:30 PTG

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1,2 Dan 3 - Kalendar Peperiksaan Sijil TinggI Persekolahan Malaysia (STPM)

Tarikh Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1,2 Dan 3. Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk rujukan dan panduan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM 2018.

Jadual Peperiksaan STPM 2018


Jadual peperiksaan STPM 2018 untuk Penggal 1, 2 dan 3 ini dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) baru-baru ini.

Jadual ini memaparkan maklumat-maklumat penting seperti berikut:

a. Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Dibuka
b. Tarikh Pendaftaran ditutup
c. Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab
d. Tarikh Peperiksaan STPM 2018 Bertulis

Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk jadual peperiksaan STPM 2018 di bawah untuk lebih jelas. Takwim peperiksaan STPM 2018 ini telah dikemaskini pada: 28 November 2017 (Semua tarikh tertakluk kepada pindaan) yang akan dibuat oleh pihak MPM.
Jadual peperiksaan STPM 2018 penggal 1, penggal 2 dan penggal 3
Sila rujuk maklumat tambahan di bawah untuk memudahkan anda. Anda juga boleh download jadual peperiksaan ini untuk simpanan dan rujukan anda.

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1


  • Tarikh peperiksaan bertulis: 15, 16, 20, dan 21 November 2017

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 2


  • Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 2: 21, 22, 23, dan 24 Mei 2018

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 3


  • Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 3: 13,14,15, 19, dan 21 November 2018

Maklumat Tambahan Peperiksaan STPM 2018 Untuk Panduan Calon


1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.

3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2017 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2017 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
(b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut.
(Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas
peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

6. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.

7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA,
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my

READ ALSO: Semakan Keputusan Peperiksaan STPM

Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan lain untuk makluman mereka.

Rabu, 24 Jun 2015

Rabu, 13 Mac 2013

8:45 PTG

Check STPM Result 2017 Online or SMS

Check STPM Result 2016 online and SMS - Do you know that it is easy to check STPM result? Student may also check their STPM Result from their respective school from 12 noon onwards. The easiest one to get your STPM result is through SMS. That is the information we want to share with you here.

Khamis, 19 Julai 2012

11:20 PG

IPTA 2012 intake statistics for STPM/Matriculation/Asasi Students

Below are some statistics for IPTA 2012 intake statistics for STPM Matriculation/ Asasi Student Beginning from this year, all research university status IPTAs which is University of Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Sains Malaysia (USM) are given the autonomy to manage their own intakes. The tables below are the statistics released by the Ministry of Higher Education (MoHE) on the IPTA intake results for 2012/2013.

Khamis, 5 April 2012

1:44 PTG

NEW SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) FORMAT

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)  was once very much like the A-Levels, a course based around an externally assessed final examination, the STPM is now more akin to pre-university programmes such as the South Australian Matriculation (SAM).

The STPM’s new assessment system revolves around continuous school-based assessments and centralised examinations which can be re-taken to improve grades.

The changes are a great move that would helps reduce and spread out the stress levels of STPM students a little bit.

Other than that, the new format will help students with their communication and interpersonal skills which are essential in the working world.

Despite mixed reviews, only time can tell whether this new format is a blessing or a curse for the STPM students of Malaysia.

Khamis, 9 Februari 2012

Isnin, 21 Mac 2011

4:52 PTG

Pendaftaran Peperiksaan STPM 2011

Pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2011 sebenarnya telah lama dibuka iaitu semenjak 10 Januari 2011 yang lalu. Pendaftaran ini adalah untuk mereka yang bercadang untuk mengambil STPM pada hujung tahun ini.

Pendaftaran peperiksaan STPM ini diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Walau bagaimanapun pendaftaran untuk calon sekolah kerajaan telah pun ditutup pada 10 Februari 2011.

Pendaftaran STPM 2011
* Pendaftaran peperiksaan STPM perlu dilakukan secara online melalui laman web MPM di Sistem Pendaftaran Online.

Jumaat, 18 Februari 2011

10:50 PG

Tarikh Semakan Keputusan Dan Cara Kira Pointer STPM

Tarikh Semakan Keputusan Dan Cara Kira Pointer STPM. Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) setiap penggal dijangka akan diumunkan selepas peperiksaan pengal.

Semakan Keputusan STPM

Kepada para calon yang menduduki STPM anda boleh  mendapatkan keputusan STPM anda melalui:-

1. Di sekolah anda mulai 12.00 pm pada hari tersebut.
2. Melalui pos untuk calon persendirian
3. Melalui SMS dengan menaip STPM<jarak>No.MyKad dan ke 36363 atau menaip STPM RESULT<jarak>No.Mykad hantar ke 15888 atau,
4. Secara online di laman web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Tarikh semakan keputusan dan cara kira pointer STPM

READ ALSO: UPU Result STPM Graduates Check ONLINE or SMS

Dilaporkan bahawa 53, 674 orang calon telah menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 760 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Daripada angka itu seramai 47369 orang adalah calon STPM sekolah kerajaan 1467 calon dari sekolah swasta dan 4593 calon persendirian, 235 calon sekolah kerajaan negeri dan 10 calon dari Sekolah Intergriti.

Pendidikanmalaysia.com mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon STPM.