Memaparkan catatan dengan label Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Papar semua catatan

Senarai Bidang Kursus yang Ditawarkan Di UiTM Perlis

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis. Seperti yang anda tahu bahawa UiTM adalah salah satu universiti awam (IPTA) yang terbesar di Malaysia.

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis

UiTM memiliki kampus cawangan di setiap negeri dan kampus UiTM yang terbesar terletak diShah Alam, Selangor. Anda boleh semak kursus-kursus terkini yang ditawarkan di UiTM Shah Alam untuk rujukan anda.

Perlis juga mempunyai kampus UiTM yang terletak di Arau Perlis. Kampus UiTM cawangan Perlis di Arau ini menawarkan 6 fakulti, yang menawarkan lebih kurang 25 jenis kursus di peringkat diploma dan ijazah.

Berikut ialah senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis untuk panduan anda memohon kemasukan ke UiTM Perlis. Jika kursus yang anda minati tidak tersenarai di sini, anda boleh semak di kampus-kampus UiTM di negeri lain.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Perlis


A. Fakulti Sains Gunaan


Diploma Sains
Diploma Teknologi Polimer
Siploma kimia Perindustrian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Polimer)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Marin)

B. Fakulti Perakaunan


Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Diploma Sistem maklumat Perakaunan

C. Fakulti Pengurusan Perniagaan


Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)

D. Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur


Diploma Sains Geomatik
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan

E. Fakulti Sains Komputer & Matematik


Diploma Sains Komputer
Diploma Sains (Matematik)
Ijazah Sarjana Muda teknologi Maklumat
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Pengurusan)
Ijazah Sarjana Muda Sains (Komunikasi data & Rangkaian)

F. Fakulti Perladangan & Agroteknologi


Diploma Pengurusan Ladang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi & Pengurusan Perladangan)

Read also: Syarat kemasukan ke UiTM lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis ini bermanfaat kepada anda. Anda boleh kongsikan maklumat senarai program UiTM mengikut kampus ini kepada rakan-rakan yang lain untuk panduan mereka.
Read more

UPU Pocket Online Mobile APP Untuk Lepasan SPM / STPM Cari Kursus Di IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT / MOHE) sedang membangunkan applikasi yang dikenali sebagai 'Pocket Online' sebuah applikasi telefon pintar (smartphone) untuk memudahkan pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus-kursus yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka.

Applikasi UPU Pocket Online untuk pelajar lepasan SPM dan STPM mencari kursus di IPTA

Walau bagaimanapun 'Pocket Online' ini hanya dapat digunakan untuk mencari kursus yang sesuai untuk anda di IPTA sahaja.

Menurut Pengarah KPT, Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir, course-matching apps ini nanti akan boleh di muat-turun (download) dari Google Play Store dan boleh dibuka dan digunakan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diumumkan pada bulan Mac nanti.

We are introducing the app to keep up with the current technology where everything can be done by using a mobile phone.

This app will help the students to analyse, match and decide what programme or course to pursue based on their academic qualifications," she told reporters at the opening of the state-level MOHE Carnival at Universiti Utara Malaysia (UUM) here today. - Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir

Dengan adanya applikasi 'Pocket Online' ini pelajar mudah untuk mencari kursus-kursus yang diminati sesuai dengan kelayakan akademik mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai mobile app 'Pocket Online' ini anda boleh berhubung terus dengan pihak MOHE.

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai 'Pocket online' mobile apps untuk pelajar di Malaysia ini bermanfaat. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
Read more

Permohonan Dan Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan STPM

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM lepasan STPM. Tak lama lagi keputusan peperiksaan STPM akan diumumkan. Tentu ramai yang berhasrat untuk memasuki atau menyambung pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM

Tetapi apakah anda layak atau tidak memohon memasuki UiTM untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah? Sebelum memohon ada baiknya anda semak dahulu syarat kelayakan kemasukan ke UiTM untuk calon lepasan STPM.

Di bawah adalah syarat umum untuk kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM. Syarat ini boleh berubah dari masa ke semasa terpulang kepada keperluan dan keputusan semasa pihak UiTM.

Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan STPM


a. Lulus SPM / setaraf dengan baik

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Permohonan dan syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan STPM

Jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut snda boleh berhubung terus dengan pihak UiTM.

Read also: Senarai Bidang Yang Ditawarkan Di UiTM Shah Alam

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan ke UiTM lepasan STPM ini dapat membantu dan sedikit sebanyak. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang menduduki peperiksaan STPM tahun lepas untuk panduan mereka.
Read more

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1,2 Dan 3 - Kalendar Peperiksaan Sijil TinggI Persekolahan Malaysia (STPM)

Tarikh Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1,2 Dan 3. Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk rujukan dan panduan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM 2018.

Jadual Peperiksaan STPM 2018


Jadual peperiksaan STPM 2018 untuk Penggal 1, 2 dan 3 ini dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) baru-baru ini.

Jadual ini memaparkan maklumat-maklumat penting seperti berikut:

a. Tarikh Pendaftaran Peperiksaan Dibuka
b. Tarikh Pendaftaran ditutup
c. Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab
d. Tarikh Peperiksaan STPM 2018 Bertulis

Untuk maklumat lebih terperinci sila rujuk jadual peperiksaan STPM 2018 di bawah untuk lebih jelas. Takwim peperiksaan STPM 2018 ini telah dikemaskini pada: 28 November 2017 (Semua tarikh tertakluk kepada pindaan) yang akan dibuat oleh pihak MPM.
Jadual peperiksaan STPM 2018 penggal 1, penggal 2 dan penggal 3
Sila rujuk maklumat tambahan di bawah untuk memudahkan anda. Anda juga boleh download jadual peperiksaan ini untuk simpanan dan rujukan anda.

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 1


  • Tarikh peperiksaan bertulis: 15, 16, 20, dan 21 November 2017

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 2


  • Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 2: 21, 22, 23, dan 24 Mei 2018

Jadual Peperiksaan STPM 2018 Penggal 3


  • Tarikh peperiksaan bertulis Penggal 3: 13,14,15, 19, dan 21 November 2018

Maklumat Tambahan Peperiksaan STPM 2018 Untuk Panduan Calon


1. Semua maklumat yang tertera adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Pendaftaran bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat sekaligus pada penggal 1.

3. Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM 2017 boleh mendaftar pada penggal 2 sebagai calon sekolah swasta atau calon persendirian individu. Calon akan menduduki peperiksaan bertulis bagi penggal 1 dan penggal 2 sekaligus pada penggal 3.

4. Calon yang ingin memperbaiki keputusan pepeperiksaan STPM 2017 dikehendaki memilih dan menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan Kerja Kursus (KK). Namun demikian, sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran, maka calon boleh memilih sama ada hendak melaksanakan Kerja Kursus atau tidak melaksanakannya mengikut pilihan yang berikut:
(a) Jika calon memilih untuk tidak melaksanakan Kerja Kursus, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor KK tahun mengulang. Kemudahan ini hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.
(b) Jika calon memilih untuk melaksanakan Kerja Kursus yang baharu pada tahun mengulang, maka markah KK yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan terbatal dan tidak boleh merayu untuk diambil markah Kerja Kursus STPM tersebut.
(Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

5. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah KK tahun sebelumnya, calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK. Namun demikian, sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas
peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan KK, calon dikehendaki melaksanakan KK (Maklumat lanjut sila rujuk pada Perkara 3 dalam Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2018 tentang Pendaftaran Lewat).

6. Permohonan semak semula markah dibuka selama 7 hari bermula daripada keputusan peperiksaan penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dimuat naik.

7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA,
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03-61261600 Faksimile: 03-61361488
Portal MPM: www.mpm.edu.my E-mel: ppa@mpm.edu.my

READ ALSO: Semakan Keputusan Peperiksaan STPM

Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan lain untuk makluman mereka.
Read more

Kalendar Kerja Kursus STPM 2017 Calon Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

Kalendar kerja kursus STPM 2017 untuk calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan penuh kerajaan. Pelajar-pelajar yang menduduki STPM 2017 dan guru bolehlah merujuk dan menjadikan Kalendar Kerja Kursus STPM 2017 ini sebagai panduan anda.
Read more

Form 6 Application Result Online

Form 6 application result online. The result of the Form 6 appeal is now out. Students who are applying to enter form 6 2015 can now check the result of their application to enter Form 6 , 2015. It is open just for those students who have appealed only.
Read more

Check STPM Result 2017 Online or SMS

Check STPM Result 2016 online and SMS - Do you know that it is easy to check STPM result? Student may also check their STPM Result from their respective school from 12 noon onwards. The easiest one to get your STPM result is through SMS. That is the information we want to share with you here.
Read more
DISCLAIMERS: Some of the pictures, videos and articles on pendidikanmalaysia.com are the property of their respective owners. pendidikanmalaysia.com do not hold any copyright about the said content. If you have recognized one of your photos, videos or others from pendidikanmalaysia.com contents that is in violation of copyright law, please email me at sunduvan [at] gmail.com. Based on your request, pendidikanmalaysia.com will put a proper credit to the said content OR would immediately remove the said material from the site upon proof and identification OR pendidikanmalaysia.com can arrange any other ways to solve the conflict. Thanks.