Memaparkan catatan dengan label Soalan Percubaan SPM 2017. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soalan Percubaan SPM 2017. Papar semua catatan

Khamis, 20 September 2018

10:08 PG

Koleksi Soalan Sejarah SPM 2017 Kertas 3

Koleksi soalan Sejarah SPM 2017 Kertas 3. SPM tahun ini tentunya amat mendebarkan anda. Subjek yang ramai pelajar tidak begitu mengemarinya ialah subjek Sejarah, tapi tahukah anda bahawa subjek ini juga adalah subjek yang wajib lulus? Kerana begitu pentingnya subjek ini, anda tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa memastikan anda dapat menguasai subjek Sejarah SPM.
Sejarah SPM Kertas 3 adalah salah satu yang anda wajib hadapi. Menurut berberapa pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam subjek ini, langkah penting yang anda perlu buat ialah buat latih tubi dan belajar/berlatih menjawab soalan Sejarah SPM kertas 3 dari tahun-tahun yang lepas.

Ada banyak soalan percubaan Sejarah SPM 2017 dari pelbagai sekolah di seluruh Malaysia yang anda boleh download online dan berlatih menjawabnya.

Sebelum anda download soalan-soalan peperiksaan Sejarah SPM 2017 kertas 3, ada baiknya anda  download panduan menjawab soalan Sejarah SPM Kertas 3 sebagai panduan anda. Ini penting agar anda dapat membiasakan diri dengan skema menjawab soalan yang sebenar.

Soalan Sejarah SPM Kertas 3 merangkumi perkara-perkara yang telah anda pelajar di Sejarah Tingkatan 4 dan Sejarah Tingkatan 5. Anda boleh rujuk nota lengkap ini untuk panduan anda.

Sila download >>> Panduan Menjawab Soalan Sejarah SPM Kertas 3

Untuk koleksi soalan Sejarah SPM 2017 Kertas 3, anda boleh layari blog Panduan Malaysia. Di sana anda boleh download soalan Sejarah Kertas 3 tahun-tahun lepas dan juga panduan jawapan untuk maklumat tambahan untuk anda.

Semoga perkongsian mengenai koleksi soalan Sejarah SPM 2017 Kertas 3 ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Sabtu, 10 Februari 2018

8:42 PG

Panduan Syarat Kemasukan Ke UiTM Untuk Lepasan Matrikulasi

Syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi. Pelajar lepasan matrikulasi yang berhasrat untuk memohon menyambung pengajiaan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) mungkin memerlukan maklumat am ini untuk rujukan anda.

Syarat kemasukan ke UiTM untuk pelajar lepasan matrikulasi

Sebenarnya pelajar lepasan Matrikulasi juga layak untuk memohon memasuki UiTM melanjutkan pengajian mereka. Mereka perlu memilik syarat-syarat am seperti di bawah untuk melayakkan anda memohon.

Syarat am kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi:

a. Lulus SPM / setaraf dengan baik.

b. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

c. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

d. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

semakan syarat kemasukan ke UiTM untuk pelajar lepasan matrikulasi

Daripada senarai syarat-syarat di atas kita boleh lihat bahawa pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia, mempunyai sijil SPM, kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM dan lulus matrikulasi dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.0.

Selain daripada syarat-syarat am yang tersenarai di atas, terdapat juga syarat-syarat khusus untuk bidang-bidang tertentu. Anda boleh merujuk laman webportal rasmi UiTM untuk maklumat syarat khusus mengikut kursus/program di UiTM.

Syarat kemasukan ke UiTM tidak semestinya sama seperti syarat kemasukan ke universiti awam yang lain di Malaysia. Anda boleh rujuk terus dengan pihak universiti tersebut.

Read also: Syarat Kemasukan Ke UiTM Lepasan SPM

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan ke UiTM untuk lepasan matrikulasi ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain untuk panduan mereka.

Khamis, 14 Disember 2017

2:58 PTG

Soalan Percubaan SPM 2017 Bahasa Melayu + Jawapan - Negeri Terengganu

SPM 2017. Soalan Percubaan Bahasa Melayu (BM) + Skema Jawapan untuk Negeri Terengganu. Ini mungkin berguna untuk menjadi panduan pelajar yang akan menduduki SPM 2018 kelak.

Soalan SPM Bahasa Melayu 2017 - Terengganu (Soalan Percubaan)


Sijil Pelajaran Malaysia 2018 boleh menggunakan soalan peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu 2017 Negeri Terengganu ini untuk melatih diri menjawap soalan yang sebenar kelak.

Bahan ini berguna untuk rujukan dan panduan pelajar untuk memahami skema soalan SPM sebenar untuk subjek Bahasa Melayu.

Soalan Spot SPM 2017 - Bahasa Melayu


Trial examination papers + answers Bahasa Melayu Negeri Terengganu ini boleh juga berfungsi seperti soalan spot SPM 2018 nanti walau pun kita sedia tahu soalah yang sama tidak mungkin akan dikeluarkan lagi untuk tahun berikutnya.

Semoga perkongsian soalan-soalan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini berguna dan dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut anda boleh menggunakan aplikasi carian yang disediakan atau baca Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan 2017 untuk maklumat soalan-soalan peperiksaan subjek yang lain.

Klik : Soalan Percubaan SPM 2017 Bahasa Melayu + Jawapan