Memaparkan catatan dengan label Student Loans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Loans. Papar semua catatan
3:40 PTG

Semakan Penyata PTPTN Online & SMS

Semakan penyata PTPTN online untuk tujuan bayaran balik pinjaman anda. Jika anda peminjam PTPTN dan telah menamatkan pengajian janganlah lupakan kewajipan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman yang telah anda buat.

Itu adalah tanggungjawab kita. Kalau tidak membayarnya balik, generasi akan datang tidak ada peruntukan kewangan untuk dipinjam buat membolehkan mereka melanjutkan pengajian mereka.

Dalam erti kata lain anda telah menutup peluang dan masa depan orang lain. Tidakkah itu satu dosa besar? Dalam mana-mana kepercayaanpun membayar hutang itu wajib apatah lagi jika ianya bakal menyebabkan orang lain mendapat susah kerana sikap penting diri sendiri kita.

So, kepada yang berhasrat untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka, kami hendak kongsikan sedikit info cara untuk membuat semakan penyata PTPTN anda.

Membuat semakan ini adalah langkah pertama. Ia bermaksud kita akan beroleh maklumat jumlah hutang kita secara keseluruhannya dan berapa jumlah bayaran bulanan yang terpaksa dibuat. Ianya boleh membantu kita merancang kewangan setiap bulan.

Bagaimana cara buat semakan penyata pinjaman PTPTN?

Sebenarnya boleh buat secara online. Kami ada buat perkongsian secara terperinci mengenai topik ini berberapa tahun dulu. Sejak itu rasanya tidak banyak perubahan, portal khas PTPTN untuk tujuan itu masih wujud sehingga kini.

Sila rujuk dan baca dengan teliti cara membuat semakan penyata PTPTN di sini.

Rujuk juga gambar di bawah untuk maklumat tambahan.
Cara mudah buat semakan penyata PTPTN online

Selain secara online sebenarnya kita juga boleh membuat semakan secara SMS. Cara ini lebih laju dan mudah.

Caranya senang sahaja. Anda hanya perlu rujuk gambar di bawah dan buat semakan anda hari ini juga.
Cara buat semakan penyata PTPTN SMS

Kalau masih tidak faham layari lama website rasmi PTPTN di SINI.

Rasanya catatan ini sudah panjang. Takut anda boring pula membacanya. Jangan lupa mohon like dan share info semakan penyata pinjaman PTPTN ini kepada kawan-kawan anda.
3:10 PTG

Semakan Bayaran Balik PTPTN Online

Semakan bayaran balik PTPTN online. Banyak yang mempunyai baki pinjam PTPTN bukan? Sekarang ini kebanyakan graduan tamat sahaja pengajian perkara pertama yang muncul dalam kotak fikiran ialah cari kerja dan mula bayar pinjaman pendidikan PTPTN.
Cara buat semakan bayaran balik PTPTN melalui online

Selepas membuat bayaran berberapa tahun, mungkin kita tertanya-tanya berapa baki pinjaman PTPTN yang masih kita perlu bayar?

Penting untuk membuat semakan kerana  ianya memudahkan kita membuat perancangan kewangan sekarang dan masa depan. Selagi hutang PTPTN itu masih ada tentu ianya sedikit sebanyak buat kita rasa tidak senang duduk.

Berita baiknya pihak PTPTN ada menyediakan applikasi online untuk memudahkan para peminjam membuat semakan bayaran balik PTPTN mereka secara online.

Untuk membuat semakan anda boleh baca secara terperinci di artikel kami terdahulu mengenai Applikasi Online PTPTN.

Di sana kami ada terangkan secara terperinci cara-cara membuat semakan secara online. Sebenarnya anda juga boleh berhubung terus dengan pihak PTPTN untu maklumat lebih terperinci.

Layari laman website rasmi PTPTN atau hubungi mereka menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Khidmat Pelanggan: 03 - 2193 3000
Faks: 03 - 2193 1263

Kepada yang ada membuat penjiman PTPTN penting untuk membayarnya kerana wang tersebut boleh digunakan untuk pelajar seterusnya untuk membiayaai pengajian mereka.

Salah satu masalah lagi ialah nama anda akan masuk dalam black list imigresen Malaysia dan juga di CCRIS. Kalau ianya berlaku anda akan menghadapi kesukaran keluar negara untuk mencari/urusan kerja atau melancong. Jika anda tersenari dalam CCRIS ianya akan menyukarkan anda membuat pinjaman dengan institusi kewangan untuk tujuan peribadi atau perniagaan pada masa akan datang.
Baca juga: Cara buat semakan blacklist imigresen online
Semoga perkongsian mengenai cara buat semakan bayaran balik PTPTN ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini.

12:25 PTG

Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat Online - Bank Rakyat Study Loan Apply Online

Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat 2019 online, bantuan zakat Bank Rakyat untuk pelajar dan Pinjaman Pelajaran / Pendidikan Bank Rakyat. Kali ini kami kongsikan cara buat Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat online.

Baca juga: Senarai Biasiswa Terkini Di Malaysia

Kita percaya ramai para pelajar kita yang masih gagal mendapatkan penajaan untuk melajutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun anda jangan bimbang kerana selain peluang biasiswa anda juga boleh memohon pinjaman pendidikan PTPTN untuk membiayaai pengajian anda.
borang permohonan biasiswa bank rakyat onlineKepada para pelajar yang masih tercari-cari biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, Bank Rakyat sebuah bank terkemuka di Malaysia ada menyediakan program pembiayaan pendidikan. Ianya ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat iaitu Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PPBU).

Pemohon yang berminat boleh menghantar permohonan melalui Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online di webportal Yayasan Bank Rakyat Malaysia.

Pinjaman Pelajaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) - Biasiswa Bank Rakyat PPBU ini adalah terbuka kepada pelajar Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian peringkat sijil, Diploma, Degree, Professional, Master Degree dan PHD.

Program PPBU adalah terbuka kepada pelajar yang telah mendapat tawaran untuk belajar dan sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti atau kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Private Education Department dan Malaysian Qualification Agency (MQA) tetapi belum mendapat sebarang tajaan pendidikan.


Baca juga: Biasiswa CIMB Bank

Untuk membuat permohonan, sila baca dengan teliti cara-cara memohon melalui borang permohonan biasiswa bank rakyat online seperti di bawah:

1. Permohonan terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS (university and colleges in Malaysia) yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah.
2. Sila membuat pendaftaran akaun portal YBR sebelum membuat permohonan PPBU dengan mengklik butang “Pendaftaran Ahli”.
3. Isikan maklumat pelajar yang diperlukan sehingga selesai dan tekan butang “Hantar”.
4. Sebaik sahaja menekan butang “Hantar”, sila semak e-mel anda untuk mendapatkan KATA PENGGUNA dan KATA LALUAN.
5. Seterusnya, sila klik pautan yang diberikan di dalam e-mel yang sama bagi tujuan pengaktifan akaun.
6. Masukkan kata pengguna dan kata laluan di ruang yang telah disediakan dan klik butang “Masuk”.
7. Sebaik sahaja “Log in”, sekiranya anda ingin menukar emel atau kata laluan sila klik “Profil Pelajar” untuk kemaskini maklumat.
8. Sila klik butang “E-Borang” untuk membuat permohonan PPBU.
9. Isikan segala maklumat yang diperlukan sebelum menekan butang “Hantar”.
10. Anda akan menerima e-mel yang mengandungi maklumat yang telah anda berikan dan ia boleh dicetak sebagai salinan simpanan peribadi anda.
11. Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik "Lupa Kata Laluan".
12. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "Hantar" selepas melengkapkan ruang maklumat.
13. Sila semak e-mel anda bagi mendapatkan kata laluan yang baru.
14. Segala perkembangan dari semasa ke semasa akan diberitahu melalui emel anda.

Baca juga: Biasiswa Maybank

Cara Menggunakan Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat Online - PPBU


Pelajar yang berminat boleh menghantar permohonan untuk Pinjaman Pelajaran / Pendidikan Bank Rakyat di Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat Online

Sila ikut langkah bergambar seperti di bawah:

Selain dari maklumat mengenai Borang Permohonan Biasiswa Bank Rakyat online, Bank Rakyat juga ada menyediakan bantuan-bantuan lain untuk pelajar di Malaysia iaitu Bantuan Awal Pengajian (BAP) dan Bantuan Zakat Bank Rakyat.

Program Bantuan Awal Pengajian (BAP) - Yayasan Bank Rakyat (YBR)


Tawaran Bantuan Awal Pengajian (BAP) yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat ini adalah satu program membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Bantuan ini berbentuk "ONE OFF" iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada yang layak dan memerlukan. Sudah tentu ada kreteria tertentu yang diperlukan untuk memohon program Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat ini.

Pelajar yang memenuhi kriteria permohonan Bantuan Awal Pengajian (BAP) tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) digalakkan memohon.

Pemohon mestilah memenuhi kreteria/syarat kelayakan memohon BAP seperti dibawah:
  • Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
  • Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
  • Pemohon merupakan pelajar semester pertama
  • Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
Untuk memohon bantuan ini sila layari >>> Bantuan Awal Pengajian

Contact

Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat Tingkat 08, Menara Berkembar Bank Rakyat
No.33,Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur Malaysia
Phone: +6 03-2612 9600
Fax: +6 03-2612 9555

Bantuan Zakat Bank Rakyat


Bantuan Zakat Bank Rakyat ini bertujuan untuk memudahkan pembayaran dan penyaluran derma/zakat melalui Bank Rakyat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Bank Rakyat anda boleh melayari portal Zakat Bank Rakyat.

Ini adalah antara kemudahan dan bantuan kepada pelajar Malaysia yang disediakan oleh Bank Rakyat. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan zakat Bank Rakyat untuk pelajar, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan zakat Bank Rakyat untuk maklumat terkini dan terbaru.

Mereka mungkin ada membuat perubahan polisi dan sasaran (target group) untuk bantuan zakat Bank Rakyat ini.

Diharapkan makumat mengenai borang permohonan Biasiswa Bank Rakyat online ini bermanfaat kepada anda. Sila share maklumat penting ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
10:39 PG

Permohonan Biasiswa MARA Lepasan SPM Dan STPM Secara Online

Permohonan Biasiswa MARA lepasan SPM dan STPM. Biasiswa MARA can be one of your best option and you can submit your scholarship application online using MARA Scholarship Online Application Form.
Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI
Sebelum anda membuat permohonan Biasiswa MARA lepasan SPM dan STPM, ada baiknya baca dulu maklumat di bawah untuk sedikit info tambahan.
Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar Bumiputera yang cemerlang dan berkualiti.  Ia selaras dengan Transformasi Sektor Pendidikan di bawah Pelan Strategik MARA 2011-2020 yang berhasrat mewujudkan bakal usahawan dalam kalangan graduan yang boleh menjana kekayaan dan tenaga kerja kompeten dalam industri berimpak tinggi.  Bagi menjayakan hasrat ini, BPP menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dalam bentuk pinjaman boleh ubah, untuk pelbagai peringkat pengajian.  BPP juga memfokuskan hasrat melahirkan lebih ramai graduan profesional dan kompeten yang dapat menyumbang ke arah negara berpendapatan tinggi serta mempunyai minda kelas pertama. -BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN 

But before submitting your application, please read carefully the details on how to apply for MARA Scholarship.
Borang permohonan biasiswa MARA online untuk pelajar Malaysia
SEE ALSO:   Teknik Mengisi Borang Permohonan Pinjaman MARA


The followings are some details about this scholarship offer. You are encouraged to visit MARA Scholarship Official Website to get more info or the best option is to contact them directly.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Scholarship Overview

Majlis Amanah Rakyat is an agency under Malaysia’s Ministry of Rural and Regional Development. Established on the 1st of March 1966, MARA is responsible for encouraging and facilitating social and economic development in the rural areas. Its main objective is to provide assistance to the Bumiputeras (especially in the rural areas) or scholarship for poor student to participate in any commercial and entrepreneurial activities, thus creating a stronger community.

Scholarships Offered

Every year, MARA has offers scholarships for both local and overseas programmes. MARA Student Loans are also being offered to those qualified bumiputera students in Malaysia.


Who should apply

Students who have the followings (syarat pinjaman pendidikan MARA) you are eligible to apply. Read carefully the below-listed important basic requirements before submitting you application. 
  1. Applicants must be a bumiputera students
  2. Maintain good academic results and at the same time, are active in co-curricular activities (well-rounded)
  3. Have good leadership skills and are good at teamwork
  4. Are hardworking
  5. Are not suffering from any critical illnesses, eg: Hepatitis, AIDs, HIV etc. 
Field of Study

This scholarship/student loans offer is available for the following field of studies only. The list may change from time-to-time.
  •     Medicine
  •     Dentistry
  •     Pharmacy
  •     Optometry
  •     Biotechnology
  •     Engineering (Electrical, Mechanical, Chemical)
  •     Actuarial Science
  •     Accounting
  •     Information Technology/ Computer Science/ ICT
  •     Pure Sciences (Biology, Chemistry, Physics)
  •     Architecture
  •     Law
  •     Tourism
  •     Economics, Business Administration, Finance
  •     Islamic Economics, Islamic Business Administration, Islamic Finance
  •     Science
  •     Arts
  •     Education
Cara Buat Permohonan Biasiswa MARA Lepasan SPM dan STPM

Submit your scholarship application online here at BORANG PERMOHONAN ONLINE BIASISWA MARA

Contact Information

Should you need further information please use the below contact details.

Education Sponsorship Division
3rd Floor, MARA Head Office
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2613 2015/ 03-2613 2016
Fax: 03-2691 5854
Website: http://www.mara.gov.my

READ ALSO: Biasiswa MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara

MARA Student Loan Conversion Online
permohonan biasiswa MARA lepasan SPM dan STPM

Good news for those students who were recipients of the MARA open loans and have finished studying in IPTS are required to request for a conversion of loan total within 6 months of graduation.

Eligibility

a. Graduated under the MARA sponsorship
b. Has received the official transcript for Certificate/Diploma/Degree/Masters/PhD and equivalent
Download/Fill the form at MARA Loan Conversion Online.

After submitting the application online, all important documents including the application form and a copy of the official transcript must be delivered or mailed to the headquarters of MARA within 30 days to the following address:

Unit Conversion
Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Semoga perkongsian maklumat mengenai permohonan Biasiswa MARA lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.

Note: This is not MARA official webpage. Please refer to Mara Education Sponsorship Division using the contact details provided above. For more information and up-to-date info, contact MARA Education Sponsorship Division using the contact details above or visit MARA official webpage
1:44 PTG

Peminjam PTPTN Yang Ingkar Membayar Balik Akan Diisytiharkan Bankrup – Tim. Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pada masa akan datang, kerajaan akan mengisytiharkan rakyat Malaysia yang gagal membayar pinjaman dari Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai bankrap sebelum mereka disenarai hitam daripada meninggalkan negara.
Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata janji Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkat larangan perjalanan (blacklist) semasa peminjam PTPTN adalah berdasarkan kepercayaannya bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk kebebasan bergerak.

Tambah beliau bahawa langkah ini adalah perlu bagi kerajaan supaya konsisten dalam dasarnya.

“Kita tidak boleh bertindak mengikut kehendak hanya kerana kerana kita sudah menjadi kerajaan hari ini. Jadi jika kita perlu membankrapkan peminjam untuk memasukkan mereka dalam senarai hitam, kita akan melakukannya pada masa akan datang. Kami akan mengambil tindakan yang perlu,” katanya ketika Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pentadbiran terdahulu tidak konsisten dalam melaksanakan dasar berkaitan dengan peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka pada masa lalu.

Beliau berkata mereka yang mengambil pinjaman pendidikan dari bank hanya disenarai hitam dari luar negara selepas mereka diisytiharkan muflis, tetapi tidak peminjam PTPTN yang gagal meminjam pinjaman mereka tetapi masih belum diisytiharkan muflis; nama mereka akan segera diletakkan pada senarai tidak terbang Jabatan Imigresen.

“Jadi saya rasa itu agak tidak adil bagi peminjam yang memerlukan wang untuk menamatkan pengajian mereka,” katanya.

Teo menjawab Ahli Parlimen Kuala Kedah Azman Ismail yang bertanya mengapa PH menyenaraikan larangan perjalanan untuk peminjam pinjaman PTPTN dan jika ada cara yang berkesan untuk memaksa mereka untuk membayar balik pinjaman pelajaran mereka.

Bulan lepas, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata 429,945 peminjam hutang telah digugurkan dari senarai hitam perjalanan Jabatan Imigresen.

Tetapi beliau menambah bahawa peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka untuk pendidikan tinggi akan terus disenaraikan di bawah sistem CCRIS Bank Negara yang mengumpulkan maklumat kredit mengenai peminjam.

Sumber – Malay Mail
12:45 PTG

Akaun SSPN-i Diberi Automatik Untuk Anak Melaka Mulai 2018

Akaun simpanan SSPN-i diberi secara automatik untuk anak Melaka mulai tahun 2018. Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) memberikan pendaftaran tabung pendidikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk anak-anak Melaka bermula tahun 2018.
10:40 PG

Semakan Permohonan PTPTN: Cara Buat Semakan Online

Semakan permohonan PTPTN secara online - Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya apakah status permohonan PTPTN anda selepas submit permohonan anda? Selepas menghantar permohonan PTPTN anda online mungkin anda tertanya-tanya status permohonan anda.  Perkara ini penting kerana anda memerlukan dana dari pinjaman PTPTN tersebut untuk belanja pengajian anda dan juga membayar yuran kolej atau universiti.
Pelajar boleh cuma memohon biasiswa online >> DI SINI
Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah membuat semakan. Dan membuat semakan status permohonan PTPTN anda sebenarnya mudah sahaja. Sebenarnya anda sendiri boleh membuat semakan status permohonan PTPTN anda secara online dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan (MYKad) dan password anda.

Ada sesetengah kolej terutama kolej swasta yang membantu pelajarnya untuk memproses permohonan pinjaman PTPTN anda. Dalam kes ini anda boleh minta 'password' anda dari pihak mereka.

Selepas anda mendapat password anda atau jika anda tahu password anda, bolehlah terus ke portal rasmi PTPTN dan click button/icon 'Permohonan Pinjaman'

cara buat semakan status permohonan ptptn online

Selepas itu anda akan dibawa ke lama ini.

Cara buat semakan status permohonan PTPTN online

Di bahagian itu anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda dan juga kata laluan (password) anda.

SEE ALSO:  Blacklist PTPTN Cara Buat Semakan

Selepas itu sistem akan membuat paparan mengenai status permohonan PTPTN anda. Anda bolehlah meneliti setiap maklumat yang terdapat dalam paparan tersebut, malah anda juga boleh mencetaknya untuk simpanan dan rujukan anda nanti.

Diharapkan maklumat mengenai semakan permohonan PTPTN ini sedikit sebanyak berguna dan dapat membantu anda.