Memaparkan catatan dengan label Student Resources. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Resources. Papar semua catatan
8:35 PTG

Cara Beli PIN UPU Online - Tidak Perlu Beratur Di Kaunter BSN Lagi

Cara beli PIN UPU online untuk lepasan SPM yang hendak memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) tidak lama lagi perlu membeli PIN No UPU untuk kegunaan menggunakan portal khas UPU untuk membuat permohonan online.
cara beli pin no upu
Tahukah anda bahawa selain beratur di kaunter BSN untuk membeli PIN No UPU, anda juga sebenarnya boleh membeli PIN UPU ini di mana-mana ATM BSN pada bila-bila masa sahaja. Anda tidak perlu beratur lagi atau menunggu giliran di kaunter Bank BSN untuk membeli PIN UPU anda.

Kali ini kami kongsikan dengan can cara membeli PIN UPU online di mana-mana ATM BSN untuk panduan anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan permohonan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Di bawah adalah cara beli PIN UPU online sebagai panduan anda.

Cara Beli PIN UPU di Mesin ATM BSN

Berikut adalah cara pembelian No PIN UPU di mesin ATM BSN :

1. Masukkan Kad BSN dan no PIN anda.
2. Pilih Urusan – ‘Beli PIN’.
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’.
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”. Mengikut lepasan pengajian masing-masing.
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau My Kad anda untuk proses seterusnya.
6. Tekan button ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.
7. Semak maklumat semula dan kemudian klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan.
9. Tekan untuk dapatkan resit yang dicetak.
10. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda semasa permohonan nanti.

Nota: Sebagai rujukan, senarai kategori pembelian nombor pin UPU sesi 2019/2020 di Portal BSN.

Semoga perkongsian mengenai cara beli PIN UPU untuk lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.
1:56 PTG

Tarikh Pembelian Nombor Unik ID Di BSN Dibuka Untuk Pelajar

Jika anda bercadang untuk memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan memohon melalui laman portal UPU, anda perlu buat pembelian Nombor Unik ID di BSN yang terdekat dengan anda.

Nombor Unik ID ini lebih dikenali juga sebagai nombor PIN UPU.

Tahun ini pembelian Nombor Unik ID akan dibuka pada 25 Februari hingga 1 April 2019.

Harga untuk setiap Nombor Unik ID di BSN ialah RM15.60. Anda dinasihatkan untuk tidak menghilangkan nombor unik tersebut untuk kegunaan anda mengakses portal UPU online.

Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.
Harap bermanfaat.
1:25 PTG

eRPH Online - Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Online

Tahukah anda bahawa ada disediakan Rancangan pengajaran Harian (RPH) Online. RPH online adalah aktiviti pengajaran yang telah disusun dan ianya dapat membantu guru menyampaikan sesi pengajaran dengan mudah kepada para pelajarnya.
Melalui RPH Online, topik sepatutnya disusun daripada yang senang/mudah kepada yang lebih sukar/susah untuk membantu pelajar menguasai topik dan pengetahuan dengan lebih pantas, mudah dan senang.

Di pihak guru RPH online dapat membantu mengelakkan berlaku penyelewengan atau terkeluar dari topik atau sub-topik yang sepatutnya disampaikan/diajar kepada pelajar.

Persamaan dari segi topik dan maklumat pembelajaran dapat diwujudkan dengan adanya sistem online RPH ini. Ianya juga dapat membudayakan information sharing dalama kalangan pelajar antara sekolah yang berbeza nanti.

Diharapkan RPH online ini boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik yang lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

Kita akan update eRPH online mengikut subjek dan sekolah dari masa ke semasa diruangan ini nanti untuk menjadi sumber dan panduan anda.
4:30 PTG

Download Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 Online

Download Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 Online. Buku teks Bahasa Inggeris (KSSR) Tahun 1 kini boleh di download online. Ini selari dengan perkembangan pesat sistem online pendidikan di Malaysia. Kemajuan sistem online/internet di Malaysia yang bakal menjadi antara yang terpantas di Asia Tenggara memungkinkan banyak buku-buku teks pelajar boleh didownload online.
Yang terbaru ialah pengenalan buku-buku teks digital akan diperkenalkan di sekolah menengah dan selepas itu akan disusuli dengan sekolah rendah.

Inovasi digital ini membolehkan pelajar boleh mendapatkan buku teks mereka selain dari yang diperolehi di bilik darjah sekolah.

Usaha mengdigitalkan sistem pendidikan di Malaysia ini seterusnya dapat mengurankan penggunaan kertas untuk mencetak buku-buku teks seperti sedang diamalkan sekarang ini. Pengurangan penggunaan kertas ini dapat membantu menyelamatkan alam sekitar kita di Malaysia.

Jika anda berminat download buku teks Bahasa Inggeris Tahun 1, anda boleh layar Buku Teks BI Tahun 1 Online.

Semoga bermanfaat
10:14 PG

Jadual Dan Tarikh Peperiksaan UPSR 2019

Jadual dan tarikh peperiksaan UPSR 2019. Tentu ramai pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Berita baiknya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tarikh peperiksaan UPSR 2019 untuk panduan pelajar, guru-guru dan ibubapa.


Kepada para pelajar, tarikh peperiksaan UPSR tahun ini ialah dalam bulan Sept 2019.

Tarikh peperiksaan UPSR: 19, 23 hingga 26 September 2019

Jadual waktu peperiksaan UPSR akan dikeluarkan nanti bila telah dimuktamadkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kepada yang akan menduduki peperiksaan tahun ini kami ucapkan all the best!

Semoga bermanfaat.
9:59 PG

Sumber Rujukan Pelajar UPSR, PT3 Dan SPM

Sumber Rujukan Pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Senarai sumber rujukan pelajar pelbagai subjek dan info untuk pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Anda boleh layari link-link di bawah mengikut kategori untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai dand yang anda perlukan.

RUJUKAN UPSR

RUJUKAN SPM


SOALAN PEPERIKSAAN TAHUN-TAHUN LEPAS


------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT  PENDIDIKAN TERKINI


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini ke whatsapp dan Facebook anda untuk membantu rakan-rakan yang lain. Klik sahaja button SHARE tersebut. Sama-sama kita saling membantu antara satu sama lain. 
9:16 PTG

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

[UPDATED: 21 Nov 2018]Semakan Keputusan UPSR (UPSR Result) 2018 online dan SMS boleh diketahui dan disemak tidak lama selepas peperiksaan UPSR tamat. Tarikh Peperiksaan UPSR 2018 tahun ini akan berlangsung dalam September 2018. Selepas itu pelajar sudah mula rasa berdebar menantikan tarikh keputusan UPSR 2018 yang akan diumumkan. Check Result UPSR Online SMS. Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018 akan memperolehi keputusan UPSR akan diumumkan pada 29 November 2018 (KHAMIS).

UPSR result online boleh disemak pada hari ianya diumumkan.

Biasanya tarikh keputusan UPSR akan diumumkan dalam bulan November setiap tahun. Apa pun kita tunggu  pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia kelak.

Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat anda boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.

Semakan Keputusan UPSR Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 secara online (Result UPSR online) dan SMS. Sila layari  https://sppat.moe.gov.my/semakan/

Kedua-dua kaedah semakan ini boleh dibuat serta-merta tanpa perlu pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan UPSR anda.

Anda Kini boleh membuat semakan keputusan UPSR secara online. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan tersebut.
UPSR.

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888



SEE ALSO: Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 dijangka akan keluar pada 29 November 2018. Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2018.

Peperiksaan UPSR ini penting kerana bakal menentukan samaada mereka layak masuk ke sekolah MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kita akan muatnaik dalam laman ini sebaik sahaja kita mendapat informasi terkini mengenai tarikh sebenar keputusan UPSR 2018 diumumkan kelak.

Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR

Selepas anda membuat semakan keputusan UPSR anda dan anda kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR anda, sebenarnya anda boleh mengemukakan permohonan untuk semakan semula.

Anda boleh mengemukakan permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan UPSR diumumkan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A)

Borang permohonan Semak Semula/Kes T boleh diperolehi dari sekolah Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2018