Memaparkan catatan dengan label Student Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Tips. Papar semua catatan

Khamis, 19 Julai 2018

1:05 PTG

Permohonan Kemasukan ILJTM Online - Pengambilan Tambahan Julai 2018

Permohonan kemasukan ke ILJTM online - pengambilan tambahan Julai 2018. Kepada pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian. Permohonan sudah boleh dibuat sekarang. Hantar permohonan anda dengan segera.  Teruskan membaca untuk maklumat selanjutnya.

Pusat-Pusat ILJTM

1. 23 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
2. 7 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
3. Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.

Syarat Asas

a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 17 – 35 tahun

Syarat Minumum

i. Lepasan SPM/SPMV – memiliki SPM dengan lulus Bahasa Melayu; atau
ii. Lepasan SKM – memiliki SKM Tahap 2/3/4; atau
iii. Lepasan ST – memiliki SKM Tahap 2/3 atau Sijil PW2

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon, sila rujuk Panduan Kemasukan Program Sijil dan Diploma & Diploma Lanjutan serta e-Panduan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

Kemudahan

a. Program Sijil – Penginapan, makan dan minum adalah percuma
b. Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran PTPTN
c. Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

Permohonan kemasukan ke ILJTM terbahagi kepada 2 cara;

i. Untuk Lepasan SPM melalui UPU di Kemasukan Ke ILKA / TEVT-Politeknik.
ii. Untuk Lepasan SKM dan ST melalui ILJTM di Permohonan ILJTM.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;

    Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my

Tarikh tutup untuk pengambilan tambahan ILJTM Julai 2018 ini akan ditutup pada 31 Julai 2018

Semoga perkongsian mengenai kemasukan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan anda yang lain.

Jumaat, 4 Mei 2018

3:19 PTG

Contoh Jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3

Contoh jawapan kerja kursus sejarah PT3.  Kerja kursus Sejarah PT3 adalah wajib kepada pelajar yang menduduki PT3. Adalah penting untuk anda memahami dan mengetahui cara yang tepat dan terbaik untuk membuat kerja kursus Sejarah PT3 yang dikehendaki.

Contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3 yang terbaik mestilah menepati kehendak tugasan, mengandungi maklumat-maklumat seperti Tajuk Kajian, Nama Penulis, Penghargaan, Isi Kandungan, Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Hasil Kajian, Rumusan, Lampiran Berkaita dan Sumber Rujukan.

Rujuk gambar dibawah contoh soalan kerja kursus Sejarah PT3

Sila ambil perhatian bahawa kajian anda mestilah tulin dan ditulis sendiri. Pendek kata tiada unsur peniruan.

Berikut ialah ringkasan/struktur kajian sebagai contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3

 Hasil kerja kursus yang baik ialah yang mempunyai maklumat seperti yang disenaraikan dari (a) sampai (f) di atas. Anda juga boleh rujuk MySumber.com untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci.

Semoga perkongsian mengenai contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3 ini bermanfaat kepada anda.

Khamis, 19 April 2018

10:14 PTG

[TERKINI] Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia

Terkini Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia. Sekolah Berasrama Penuh (Fully Residential School) atau lebih dikenali dengan singkatan nama SBP adalah kumpulan sekolah menengah perdana yang ditubukan khas untuk pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang dalam UPSR dan PT3.

Di sekolah berstatus SBP waktu belajar diatur oleh pihak sekolah dan setiap sekolah wajib mematuhi jadual tersebut.

Pendidikan di SBP menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan mengembangkan tahap potensi pelajar yang cemerlang untuk menjadi warganegara Malaysia yang seimbang dan bertanggungjawab.

Pada asalnya SBP ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada pelajar bumiputera dari luar bandar. Komposisi pelajar biasanya 90% bumiputera dan 10% lagi bukan pelajar bumiputera.

Pada ketika ini seperti maklumat yang disiarkan di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak 69 buah sekolah SBP di seluruh negara.

SEE ALSO: Panduan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)



Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia

Berikut adalah senarai SBP di seluruh negara sekarang ini.

Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda
Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia untuk rujukan anda

Agihan sekolah bertaraf SBP di setiap negeri ialah Perlis (1), Kedah (5), Pulau Pinang (2), Perak (7), Putrajaya (1), Kuala Lumpur (3), Selangor (9), Negeri Sembilan (8), Melaka (2), Johor (7), Pahang (7), Terengganu (6), Kelantan (5), Sabah (2), Labuan (1) dan Sarawak (3)

SEE ALSO: Syarat Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Diharapkan perkongsian Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia ini dapat sedikit sebanyak membantu anda. Untuk mendapatkan maklumat terkini anda dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KPM.
10:08 PTG

Minimum Qualification To Study Law In Malaysia After SPM

What are the minimum qualification to study law in Malaysia after SPM? The best answer is that you must have a good academic result or achievement. But then again, that is not always the case. Of course there are standard minimum qualification for your guidelines.

Minimum qualification to study law in Malaysia after SPM result is out
Credit: eduadvisor.my
So it is extremely important to be more accurate in answering this very important question. So here is probably the best answer for this question.

We have compiled some information to answer this question based on our findings which was taken from various sources especially information from Malaysian Qualification Agency (MQA) Malaysia and Legal Profession Qualifying Board (LPQB) of Malaysia.

The minimum qualification to study law in any public or private universities in Malaysia are as follows. It may changed from time-to-time.

We shall update here if there are any changes on this minimum requirement to study law in the future. So make sure you bookmark this page.

The minimum qualification to study law in Malaysia is that the candidates must have obtained the minimum grades as the entry requirements into the law programmes which are as follows:

Minimum Qualification To Study Law In Malaysia After SPM

a. Based on your achievement at the SPM level or its equivalent. Law students candidates must have obtained a minimum of 3 credits passes at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level or its equivalent which passes must be obtained in the one and the same sitting of the examination. This is very important!

b. Exam result or achievement at STPM level or its equivalent.

* You must have obtained a minimum of 2 principals passes at the Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) or its equivalent which passes must be obtained in the one and same sitting of the examination; AND

* The duration of the STPM course of study or its equivalent SHALL be a minimum of one academic year.

c. For the purposes of these Guidelines :

* The qualifications which are accepted as equivalent to the SPM are:
a. The 'O' levels examination by the various Boards in the United Kingdom
b. The School Certificate examination in Australia, and
c. The School Certificate examination for New Zealand schools, colleges and high schools.

* The qualifications which are accepted as equivalent to the STPM are:
a. The ‘A’ levels examination by the various Boards in the United Kingdom,
b. The Australian Matriculation examination,
c. The New Zealand Bursaries examination, and
d. Any other qualifications which may be accepted by the Qualifying Board as equivalent to the STPM.

It is a wise move to check first with the relevant agency such as MQA, JPA and especially the Legal Profession Qualifying Board (LPQB) of Malaysia before taking up law studies in any college or universities in Malaysia or overseas.

This is to double check whether or not the law degree that being offered to you is recognized by the government of Malaysia or the related bodies such as Malaysian Bar Council or the Legal Profession Qualifying Board (LPQB)

For twinning programmes, students are encouraged to check the programmes’status with LPQB.

Isnin, 2 April 2018

3:15 PTG

Cara Memohon Salinan Sijil PMR,SPM,LCE Atau MCE Hilang

Borang permohonan salinan sijil PMR, SPM LCE atau MCE yang hilang (lost certificate or academic transcript) download di sini. Bagaimana jika sijil SPM hilang? Anda boleh mohon salinan sijil PMR, SPM LCE atau MCE hilang, anda boleh mendapatkan semula salinannya dengan berberapa cara.

Cara Mendapatkan Semula Sijil Peperiksaan yang Hilang

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Media KPM untuk panduan anda mendapatkan sijil peperiksaan yang hilang. Sila baca kenyataan di bawah sebagai panduan anda.





Anda boleh memohon salinan PMR, SPM, LCE atau MCE yang hilang anda dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan mana-mana antara cara di bawah:

A. Datang sendiri ke kaunter permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Permohonan akan siap dalam tempoh satu jam jika anda menyediakan maklumat lengkap yang diperlukan. Anda akan dikehendai mengisi borang hilang sijil SPM di kaunter Lembaga Peperiksaan di alamat di bawah.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA,
BLOK E 11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PRESINT 1,
2604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

Anda boleh datang semasa waktu pejabat
*Isnin - Khamis: 8.30 pagi - 4.30 petang
*Jumaat: 8.30 Pagi - 12.30 T.hari - 2.45 petang - 4.30 petang

B. Anda bole membuat permohonan melalui POS.

Untuk cara ini ianya akan mengambil masa selama dua minggu. Anda boleh download borang permohonan hilang sijil SPM di bawah, lengkapkan dan poskan ke alamat di atas.



Sila download Borang Permohonan Sijil PMR,SPM,LCE atau MCE

Sila sediakan Wang Pos atau Moner Order sebanyak RM10.00 untuk bayaran setiap salinan sijil

Selain itu perkhidmatan terjemahan sijil keputusan PMR,SPM dan penyemakan semula keputusan UPSR,PMR,SPM dan SPMU juga boleh diperolehi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Bagaimana jika hilang Sijil UPSR?

Untuk makluman anda salinan sijil UPSR boleh anda perolehi dari sekolah asal anda. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan salinan sijil UPSR jika hilang.

Bagaimana jika hilang Sijil STPM?

Anda boleh mendapatkan salinan sijil STPM anda dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan menggunakan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM. Bayaran RM50 akan dikenakan untuk perkhidmatan ini. Selain itu kepada calon yang berminat untuk mendapatkan penyata keputusan STPM sahaja anda boleh berbuat demikian dengan barayan RM20. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang ini.

READ ALSO: Borang Permohonan Salinan Transkrip Akademik Program Matrikulasi Yang Hilang Atau Rosak

English Version

Certificate application form PMR, SPM or MCE lost LCE download here. What if SPM missing? You can request a certificate PMR, SPM or MCE LCE lost, you can retrieve a copy of the Magnum ways.

You can request a copy of PMR, SPM, LCE or your MCE from the Board of Examinations, Ministry of Education, Malaysia using any of the following manners:

A. Come to the counter application Malaysian Examinations Board. Applications can be completed within an hour if you provide complete information required. You will fill missing dikehendai counter SPM Examination Board at the address below.

EXAMINATION BOARD,
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA,
BLOCK E 11, E COMPLEX,
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATION,
Precinct 1,
62604 PUTRAJAYA
(UP: SMALL UNIT CERTIFICATE)
TEL: 03-88843526 / 03-8884 3528 / 03-8884 3031

You can come during office hours

* Monday - Thursday: 8:30 am - 4:30 pm
* Friday: 8:30 am - 12:30 T.hari - 2.45 pm - 4.30 pm

B. You can make an application through the POS. For in this way it will take about two weeks. You can download the application form SPM lost below, complete and mail to the address above.

Please download the Application Form Certificate PMR, SPM, LCE or MCE

Please provide Moner Money Order or Order of RM10.00 per copy certification fee

In addition the decision certificate translation services PMR, SPM and reviewing the results UPSR, PMR, SPM and SPMU also be obtained from the Malaysian Examinations Board.

What if the lost certificate UPSR?

For your information a copy of the certificate UPSR you can get from your original school. Ministry of Education does not provide copies of UPSR if lost.

What if lost STPM?

You can get a copy of your STPM certificate from the Malaysian Examinations Council (MEC) using the Application Form Copy of STPM. Payment of RM50 will be charged for this service. In addition to the candidates who wish to obtain statements STPM decision only you can do that with barayan RM20. For more information visit this website.

Isnin, 26 Februari 2018

10:38 PG

12 Tips Cara Memohon UPU Online

Detik dan saat menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 diumumkan merupakan masa yang amat mendebarkan bagi ramai pelajar lepasan SPM. Biasanya keputusan SPM akan diumumkan pada bulan Mac setiap tahun yang mana akan tiba tidak lama lagi.

Borang permohonan UPU online

Semetara menunggu keputusan SPM diumumkan apakah perancangan anda? Atau adakah anda telah membuat apa-apa perancangan masa depan apa yang perlu dibuat selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan? Ini persoalan yang memerlukan jawapan dari diri anda sendiri.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM diumumkan, tentu ramai yang telah mengambil kesempatan untuk memohon UPU online. Adakah permohonan anda telah dibuat dengan cara yang betul dan lengkap?

Ramai pelajar yang gagal mendapat tempat ke IPTA melalui UPU hanya disebabkan kecuaian mereka semasa membuat permohonan di UPU online. Tahun lepas sahaja ramai yang tidak sedar bahawa kegagalan mereka memasuki IPTA kerana tidak 'double check' apakah permohonan mereka telah dihantar/submit online atau tidak.

Dalam perkongsian kali ini kami menyenaraikan tips atau lebih dalam bentuk senarai semak perkara-perkara yang perlu anda teliti semasa membuat permohonan di UPU online. Senarai semak (tips) ini amat mustahak untuk membantu mengurangkan kesilapan semasa memohon di UPU online.

Tips / Senarai Semak Permohonan UPU Online

1. Beli No Unik ID Di BSN berharga RM15.64 termasuk GST

Cara membeli No. PIN UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN)

2. Pastikan kategori anda SPM setaraf atau  STPM setaraf
3. Buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my
4. Langkah seterusnya semak syarat e-panduan dengan teliti
5. Isi Permohonan Online
6. Pastikan mengisi setiap maklumat yang bertanda STAR*dengan lengkap
7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
8. Isi sampai habis
9. Klik “Sah & Hantar”
10. Cetak Slip Permohonan
11. Simpan Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
12. Semakan dan Kemaskini tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan

Diharapkan perkongsian mengenai tips dan senarai semak permohonan UPU online ini bermanfaat kepada anda terutama para pelajar lepasan SPM. Sila kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang ada memohon UPU online tahun ini.

Rabu, 21 Februari 2018

9:45 PG

Jadual Peperiksaan SPM 2018 Untuk Panduan Pelajar (DRAFT)

Draft Jadual peperiksaan SPM 2018 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berpandukan apa yang ada di draf jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan, peperiksaan SPM tahun 2018 akan bermula dari 13 November 2018 hingga 13 Desimber 2018.

Lebih kurang satu bulan masa peperiksaan itu dilaksanakan.

Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan anda. Download draf jadual peperiksaan SPM 2018 ini melalui pautan (link) yang diberikan untuk memudahkan anda mencetak maklumat ini.






Download: Jadual Peperiksaan SPM 2018 (draf)

Sila ambil maklum bahawa ini adalah DRAFT/DRAF sahaja dan belum MUKTAMAD/FINAL. Versi yang muktamad/final akan dikemaskini selepas pihak KPM mengeluarkannya nanti. Kita menjangkakan tidak banyak perubahan pada versi yang muktamad nanti.

Diharapkan informasi ini dapat membantu pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2018 merancang pembelajaran dan persedian mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Semoga perkongsian maklumat mengenai jadual peperiksaan SPM 2018 (draft) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda untuk panduan mereka.

Isnin, 11 Disember 2017

4:37 PTG

Cara Dan Prosedur Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Mungkin maklumat cara dan prosedur permohonan perpindahan pusat ujian MUET ini penting untuk anda. Kita percaya ramai yang menghadai masalah hendak memohon perpindahan Pusat Ujian MUET mungkin atas berberapa sebab-sebab yang tertentu.

Antaranya ialah mungkin perpindahan tempat tinggal, perpindahan kerja dan sebagainya. Tahukah anda bahawa anda boleh memohon untuk pindah atau menukar Pusat Ujian MUET anda?

Caranya agak mudah, tetapi jika anda tidak tahu caranya ianya mungkin agak mengelirukan dan sukar.

Baru-baru ini Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ada mengeluarkan tatacara atau cara memohon perpindahan Pusat Ujian MUET.

Cara Memohon Perpindahan Step-by-Step Pusat Ujian MUET


Step 1: Muat turun dan cetak borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Step 2: Permohonan dihantar ke MPM melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri

Step 3: Bayaran sebanyak RM25.00 dibuat dalam bentuk Wang Pos atas nama penerima Ketua Eksekutif MPM

Step 4: Status Permohonan perpindahan pusat ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my)

Contoh Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET


Anda juga boleh merujuk kepada gambarajah dibawah untuk lebih memudahkan anda


Sekiranya anda masih menghadapi kesukaran, atau kurang faham, anda boleh berhubung terus dengan pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak MPM sendiri.

Anda juga digalakkan untuk membaca artikel kami terdahulu mengenai Panduan Penting Menghadapi Peperiksaan MUET: Tips dapat Band 6!.

Ianya mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak menghadapi peperiksaan MUET.

Diharapkan maklumat ini dapat memudahkan anda.

Selasa, 22 Ogos 2017

10:11 PG

Teknik Dan CARA Melatih PUBLIC SPEAKING Yang BERKESAN

Public speaking adalah suatu perkara yang mungkin cukup penting buat beberapa pihak dan harus kita akui sebagai seorang yang jarang bercakap di depan khalayak ramai mungkin ini adalah perkara yang sangat berat bagi mereka. Sebagai seorang public speaker yang baru mahu belajar tentang bagaimana bercakap di depan umum hari ini saya akan berbagi tips sederhana bagaimana untuk bercakap di depan umum.

Rabu, 16 Ogos 2017

12:24 PTG

Cara Menghilangkan LINGKARAN HITAM Pada MATA

Sebagai pelajar mungkin kita sering bersengkang mata setiap malam mengulangkaji pelajaran. Kegiatan seperti ini akan menyebabkan mata kita akan rasa penat dan juga kurang tidur. Lingkaran hitam besar kemungkinan akan mulai terbentuk sedikit demi sedikit dan lama-lama akan semakin ketara jika tidak dirawat dengan betul dan  secepatnya.

Jumaat, 21 Julai 2017

Rabu, 5 Julai 2017

Selasa, 4 Julai 2017

3:15 PTG

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR, SPM, STPM

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM sudah pasti memerlukan persediaan serta ulangkaji yang konsisten lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi dan efektif maka sudah tentu ramai dalam kalangan pelajar bakal  mendapat natijah yang tidak setimpal dengan usahanya. 

Jumaat, 16 Jun 2017

4:17 PTG

PUNCA Dan CARA Mengatasi BULI Di Sekolah

Pada tanggal 15 Jun 2017, Malaysia digemparkan lagi dengan berita kematian kes buli yang berlaku ke atas T.Nhaveen berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Dalam kejadian Sabtu lalu, Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Polis tidak menolak kemungkinan untuk mengklasifikasikan kes pukul dan penderaan seksual remaja T.Nhaveen yang berumur 18 tahun, di Pulau Pinang sebagai kes bunuh dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian remaja itu. 

Rabu, 1 Mac 2017

4:39 PTG

9 Mobile Apps Every Student MUST Have

Mobile apps make learning fun and interesting. Besides, these apps keep students’ work managed and organized so that they focus on their study better. Here is the line-up of such mobile apps every student must have on his or her smartphone.

Selasa, 17 Januari 2017

10:24 PG

Cara Dan Tarikh Beli Nombor PIN UPU 2018 Di BSN

Cara dan tarikh boleh beli nombor PIN UPU di BSN - Pelajar lepasan SPM dan STPM sudah tentu bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Untuk mengemukakan permohonan secara online untuk kemasukan ke IPTA anda perlu beli nombor PIN UPU di BSN.

Menurut infomasi yang kami perolehi, penjualan Nombor PIN UPU di BSN akan mulai dibuka/boleh dibeli bila tarikhnya sudah diumumkan kelak


Harga No PIN UPU


Nombor PIN UPU ini adalah berharga RM15.60 (tidak termasuk GST) dan ianya boleh dibeli bersamaan tarikh sistem aplikasi permohonan UPU dibuka.

Tarikh beli Nombor PIN UPU di BSN

Untuk maklumat lanjut pembelian Nombor PIN UPU sila rujuk jadual penjualan dan tarikh dan harga No Unik ID di laman Website Rasmi BSN.

Untuk pengetahuan anda Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di mana-mana kaunter BSN, Mesin ATM BSN atau menggunakan sistem banking online BSN dibuka untuk pemegang akaun GIRO sahaja.

READ ALSO: Tarikh Bila Boleh Beli Nombor PIN UPU Di BSN

Anda dinasihatkan untuk membeli nombor unik PIN unik di BSN mengikut kategori masing-masing. Sering terjadi pelajar contohnya ingin membeli No PIN UPU tetapi sebaliknya terbeli No PIN PTPTN.

Selasa, 6 Disember 2016

11:26 PG

Cara Mudah Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Cara Mudah Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS - Adakah anda berhasrat untuk mengetahui baki pinjaman PTPTN anda. Mungkin anda telah lama mula membayar dan sekarang hendak mengetahui berapa baki pinjaman PTPTN anda yang masih perlu dibayar. Kepada peminjam PTPTN, adalah lebih baik jika anda selalu buat semakan baki pinjaman PTPTN untuk memudahkan anda merancang perbelanjaan harian atau bulanan anda.

Isnin, 5 Disember 2016

11:12 PG

Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i - Adakah anda memiliki akaun simpanan SSPN-i dan ingin mengeluarkan duit dan menutup akaun simpan SSPN-i anda? Untuk pengetahuan anda akaun simpanan SSPN diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang ingin memohon pinjaman PTPTN.

Jika anda berniat berbuat demikian maka panduan ini mungkin berguna untuk anda. Di sini kami ingin kongsikan info cara keluarkan duit dan menutup akaun SSPN-i anda.

Bagaimana cara pengeluaran simpanan SSPN-i

Jika anda memiliki akaun simpanan SSPN-i, anda sebenarnya boleh mengeluarkan duit yang ada di dalam akaun anda bila-bila masa tertakluk kepada peraturan dan syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak PTPTN yang antara lainnya ialah mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 dalam akaun anda.

Cara pengeluaran duit & penutupan akaun simpanan SSPN-i

Ada tiga pilihan pengeluaran iaitu sama ada pengeluaran secara tunai, pos cek ke alamat rumah anda atau tutup akaun dan kreditkan wang dari akaun simpanan SSPN-i anda ke akaun bank pilihan anda.

Kes yang berbeza untuk proses penutupan akaun simpanan SSPN-i

Cara penutupan akaun SSPN-i

Jika anda bercadang untuk menutup akaun simpanan SSPN-I anda makan ada berberapa proses dan dokument yang diperlukan untuk membolehkan anda berbuat demikian

Salah satunya ialah, kepada pemilik akaun SSPN-i yang pernah memohon/kebenaran kaedah potongan gaji ke dalam SSPN-i anda, maka anda perlu penamatan potongan gaji terlebih dahulu.

Untuk perkara ini anda perlu mengisi dan melengkapkan borang kebenaran penamatan potongan gaji SSPN-i.

Dokumen yang perlu disertakan untuk menutup akaun simpanan SSPN-i

Berikut adalah antara dokumen penting yang perlu anda sediakan untuk menutup akaun SSPN-i anda.

a. Borang pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
b. Salinan MyKad / Kad Tentera / kad Polis Pendeposit
c. Salinan kad SSPN-i
d. Salinan Sijil Kematian (Jika penerima manfaat/pemilik akaun sudah meninggal dunia)
e. Salinan muka depan buku akaun/penyata akaun (kalau nak dipindahkan terus ke dalam akaun bank). Untuk salinan penyata akaun, jangan lupa minta cop pengesahan bank.

Proses pengeluaran atau penutupan akaun boleh dibuat di PTPTN atau anda boleh datang terus ke PTPTN one Stop Centre di KL Sentral (betul-betul di belakang bangunan Hotel Hilton, bersebelahan Poliklinik Sentral). Kedudukannya di luar bangunan KL Sentral.

SEE ALSO: Cara Semakan Blacklist PTPTN Online

Untuk makluman anda, hanya pemilik akaun (jika masih hidup) yang berhak mengeluarkan atau menutup akaun SSPN. Untuk maklumat lebih terperinci layari laman Webportal Rasmi SSPN-i. Diharapkan info cara pengeluaran dan penutupan akaun simpanan SSPN-i ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda

Selasa, 29 November 2016