Memaparkan catatan dengan label Study Loan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study Loan. Papar semua catatan
10:05 PG

Skim Pinjaman Pendidikan Perak Online - Pengajian Tinggi IPTA/IPTS

Skim pinjaman pendidikan Perak. Jika anda telah berusaha mencari biasiswa tetapi belum ada reziki mungkin ini peluang baik untuk anda. Pelajar yang masih belum mendapat sebarang penaja untuk sambung pengajian mereka boleh memohon Skim Pinjaman Pendidikan Perak dan anda boleh menghantar permohonan anda secara online.
Skim pinjaman pendidikan bolehubah Perak ini bersifat bolehubah iaitu pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang berpeluang menukar sebahagian jumlah/sepenuhnya kepada biasiswa.

Pinjaman itu juga adalah bebas 'interest/faedah' untuk setiap pembayaran. Ini tentunya satu skim yang bagus kerana pelajar tidak dibebani jumlah bayaran tambahan ke atas jumlah pinjaman mereka pada masa akan datang.

Untuk memohon anda boleh memohon terus melalui laman web portal rasmi yang telah disediakan khas untuk tujuan ini.

Semoga bermanfaat.
4:04 PTG

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi:Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Program bantuan institusi pengajian tinggi dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Pelajar yang sedang menuntut di IPT dan mengalami masalah kewangan janganlah cepat putus asa kerana kerajaan Melaka ada menyediakan program Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) yang dibuka khas untuk anak-anak Melaka untuk dipohon.
Dana untuk PWPT Melaka ini diwujudkan untuk tujuan membantu pelajar IPT kelahiran Melaka yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban mereka. Pelajar yang perlu/ingin memohon boleh berbuat demikian melalui online.
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka. Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.
Untuk memohon sila memohon melalui laman portal rasmi TAPEM. Sila pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan TAPEM - PWPT dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelak berlaku kesilapan makluman dan proses.

Semoga bermanfaat
4:28 PTG

Cara Menolak Wang Pendahuluan PTPTN - Apa Yang Perlu Anda Buat?

Cara menolak Wang Pendahuluan PTPTN (WPP). Ramai yang tanya soalan ini 'macam mana nak tolak wang WPP?' Pelajar tersebut mungkin menerima surat pemberitahuan dari pihak PTPTN atau setelah membuat semakan mereka mendapat WPP dan mungkin tidak memerlukannya kerana tidak mahu berhutang dengan PTPTN atau tidak meneruskan pengajian mereka ke IPTA atas alasan-alasan mereka sendiri.
So macam mana nak tolak wang WPP tu? Sebenarnya senang sahaja. Pihak PTPTN ada mengeluarkan kenyataan mengenai hal cara menolak Wang Pendahuluan PTPTN ini.

Menurut pihak PTPTN jika anda hendak menolak WPP, apa yang perlu anda buat ialah 'JANGAN TUNAIKAN' surat tawaran WPP itu.

Dalam kata lain... buat tak tahu je. Biarkan tawaran ini jangan usik apa lagi menunaikannya di Bank Islam.
PELAJAR yang membatalkan hasrat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas beroleh tawaran, diingatkan supaya tidak menunaikan waran wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.  
Pengerusi PTPTN, berkata, kesulitan akan timbul sekiranya pelajar didapati menunaikan waran tersebut tetapi tidak melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya memilih ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
So di sini jelas, jika tak nak WPP tu dan mendapati anda dapat tawaran WPP maka apa yang perlu anda buat ialah buat tak tahu / jangan tunaikan tawaran (waran) itu.


Semoga info ini bermanfaat kepada anda.
3:56 PTG

Cara Memohon Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) Online Untuk Pelajar

Cara memohon Wang Pendahuluan PTPTN untuk panduan pelajar. Tahukah anda bahawa semua pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke IPTA dan politeknik adalah layak mendapat Wang Pendahuluan PTPTN atau lebih dikenali juga sebagai WPP? Tentu ramai yang belum sedar atau mengetahui hal ini. Sebenarnya program WPP ini telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak PTPTN.
cara memohon wang pendahuluan PTPTN
Program bantuan WPP ini diwujudkan untuk membantu pelajar/keluarga yang memerlukan wang pendahuluan (biaya) untuk memasuki IPTA. Tentu kita semua tahu bila memasuki IPTA banyak perbelanjaan permulaan yang terlibat seperti pembayaran yuran, asrama, kelengkapan peribadi, alat tulis, pengangkutan dan sebagainya.

Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat mengenai cara memohon wang pendahuluan PTPTN sebagai panduan dan rujukan anda.

Itulah tujuan bantuan WPP ini diwujudkan oleh kerajaan melalui PTPTN. Memang ramai pelajar yang perlukan bantuan awal semasa memulakan pengajian mereka ke IPT kerana fasa tersebut banyak perbelanjaan terpaksa dibuat oleh pelajar. Dengan adanya program WPP ini, beban yang ditanggung oleh pelajar itu sendiri dan ibubapanya dapat sedikit sebanyak diringankan.

Bagaimana Cara Memohon Wang Pendahuluan PTPTN?


Persoalan yang sering kami terima ialah bagaimana cara memohon Wang Pendahuluan PTPTN ini? Adakah melalui portal PTPTN atau melalui bantuan IPTA di mana anda akan melanjutkan pengajian anda.

Anda boleh memohon bantuan WPP ini bukan melalui IPTA atau PTPTN. Anda hanya perlu tanda bersetuju menerima WPP semasa membuat permohonan online melalui UPU.

Demikian seperti yang dijelaskan oleh pihak PTPTN melalui ruangan FAQ di laman web rasmi PTPTN.
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
Semasa anda mengemukakan permohonan melalui UPU online, anda bolehlah menyatakan persetujuan untuk mendapat WPP. 

Selepas itu anda juga boleh membuat semakan di status permohonan Wang Pendahuluan PTPTN melalui portal PTPTN
Anda hanya perlu isikan Nombor Kad Pengenalan (MyKAD) anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan online.

Semoga perkongisan maklumat mengenai cara memohon wang pendahuluan PTPTN ini bermanfaat.
9:30 PG

Semakan Wang Pendahuluan PTPTN Online - Semak Hari Ini!

Semakan wang pendahuluan PTPTN Online. Adakah anda ada memohon Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN? Jika ada anda harus tahu bahawa semakan keputusan WPP boleh dibuat online. Ianya lebih mudah dan pantas. Pihak PTPTN ada menyediakan postal khas di mana anda boleh membuat semakan wang pendahuluan PTPTN atau lebih dikenali juga sebagai WPP online.
semakan wang pendahuluan PTPTN online
Untuk membuat semakan wang pendahuluan PTPTN online anda tidak perlu lagi terpaksa melawat ke pejabat atau kaunter perkhidmatan PTPTN. Anda boleh lakukannya secara online. Anda tidak perlu melawat/pergi ke pejabat PTPTN yang akan memakan masa, kos dan tenaga anda.

Apakah Wang Pendahuluan PTPTN?

Sebelum anda membuat semakan wang pendahuluan PTPTN mungkin ada yang tidak tahu apa itu Wang Pendahuluan PTPTN (WPP).

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

a. Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:
b. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
c. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
d. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
e. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
f. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Sila layari artikel kami terdahulu mengenai cara memohon WPP untuk rujukan anda yang berminat memohon WPP.

PTPTN biasanya memberikan tawaran WPP kepada pelajar IPTA dan Politeknik, tujuannya ialah untuk meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh para ibubapa dan pelajar.
Berapa jumlah tawaran WPP?

PTPTN akan menawarkan WPP sebanyak RM1,500 kepada pelajar IPTA dan Politeknik. Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun kepada pelajar yang akan membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Anda haruslah rebut peluang ini.

Pemohon yang berjaya mendapat WPP boleh download dan mencetak surat tawaran dari laman web site rasmi PTPTN dan boleh ditunaikan di mana-mana kaunter cawangan Bank Islam sahaja dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan/tawaran.

Anda boleh buat semakan WPP secara online melalui laman website rasmi yang disediakan oleh pihak PTPTN.
Semoga perkongsian maklumat mengenai semakan wang pendahuluan PTPTN  ini bermanfaat
10:22 PTG

FMM Tunku tan Sri Mohamed Study Loan

The Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) is offering an interest free study loans to Malaysian students who require financial assistance to pursue higher education in local institutions or universities.

Fields of Study
Diploma and Degree courses in Engineering, Science, Management Information Systems (MIS), Economics and Business Studies, Management and Accounting.

Eligibility
Applicants must be Malaysian citizens who are eligible to pursue/are pursuing full time studies in local universities/colleges/institutions. They should have good academic and extra curricular records.

Value of the Loan (Interest-Free)
Maximum RM6,000 per annum (Degree)
Maximum RM3,500 per annum (Diploma)

Click here to download the Application Form and Rules & Regulations of the FMM Tunku Tan Sri Mohamed Study Loan.

All completed application form with the relevant supporting documents must reach the FMM by May 16, 2011.

For further enquiries, please contact Ms Han Mong Ying (hanmy@fmm.org.my) or Ms Sharon Law (sharon@fmm.org.my at tel no. 03-62867200, Fax No. 03-62761042

Source: Malaysiascholarshipblog.blogspot.com