Memaparkan catatan dengan label University and College. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label University and College. Papar semua catatan
11:41 PG

Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM Diploma Dan Ijazah

Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM untuk program diploma dan Ijazah. nampaknya ramai sangat yang mencari info mengenai kursus diploma atau ijazah dalam bidang tersebut di UiTM. Semua nak masuk UiTM, IPTA dan IPTS lain tak nak masuk ke?
Adakah ditawarkan kursus Pendidikan Awal Kanak Kanak UiTM?

Kami ada menerima emails dari pembaca bertanyakan mengenai info kursus tersebut di UiTM. Cari punya cari info tak berjaya jumpa apa-apa mengenai kewujudan kursus tersebut di UiTM. Kalau anda ada info bolehlah share di bahagian komen untuk manfaat bersama.

Kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut janganlah asyik fikir nak masuk UiTM sahaja. Pertimbangkanlah juga IPTA dan IPTS lain yang ada menawarkan kursus ini.

Kalau di Malaysia kursus ini ada ditawarkan di IPTA dan juga di banyak IPTS. Di sini kami ingin kongsikan dengan anda senarai universiti dan kolej yang menawarkan kursus tersebut.

Jom lihat senarai di bawah. Mana tahu ada antaranya yang anda berminat, bolehlah mendaftar di universiti tersebut.

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - http://www.upsi.edu.my/index.php/senarai-program-diploma
  • International Islamic College (IIC) - http://www.iic.edu.my/programmes.php
  • Kolej Perkembangan Awal Kanak Kanak (KPAKK) - http://www.kpakk.edu.my/admission/
  • UNITI Kolej - http://www.uniti.edu.my/page/252/Diploma-Pendidikan-dan-Asuhan-Awal-Kanak-Kanak-(Diploma-in-Early-Childhood-Care-and-Education)/
  • KFCH International College - http://www.kfch.edu.my/diploma.php?id=10
  • SEGI College - https://www.segi.edu.my/en/programmes/early-childhood-care-education/diploma-in-early-childhood-education-
  • Geomatika University College - http://www.geomatika.edu.my/course/44/Diploma-in-Early-Childhood-Education/
  • Kuala Lumpur Metropolitan University College - http://klmuc.edu.my/programmes/faculties/centre-for-language/diploma-in-early-childhood-education/
  • Kolej DIKA - http://kolejdika.edu.my/new/academic-programmes/diploma-in-early-childhood-education/
  • HELP University - https://help.edu.my/programmes/department-of-early-childhood-education/diploma-in-early-childhood-education/
  • Methodist College Kuala Lumpur - http://www.mckl.edu.my/courses/early-childhood-studies
  • UNITAR International University - http://www.unitar.my/university/faculty-education-humanities/diploma-early-childhood-education
  • Open University Malaysia - http://www.oum.edu.my/pages/faculties/FEL/dip-earlyChildhood.php
  • Alfa International College - https://www.easyuni.com/malaysia/alfa-international-college-10213/diploma-in-early-childhood-education-243182/
  • Management & Science University (MSU) - http://www.msu.edu.my/school-education-social-sciences/diploma-early-childhood-education.php
Harap-harap senarai ini memadailah untuk anda membuat pilihan. Kalau nak belajar kursus ini di IPTA boleh cuba memohon di UPSI. Persaingan memang tinggi tetapi kalau reziki anda tentu akan dapat juga.

Yang tidak berjaya masuk IPTA bolehlah cuba memohon dengan IPTS. Sebenarnya IPTS juga bagus. Yang selebihnya terpulang kepada diri anda sendiri dan bukan ditentukan di mana anda belajar.

Akhir sekali, jika kami ada info terkini mengenai kursus pendidikan awal kanak kanak UiTM kami akan update di page ini. Sentiasalah semak artikel ini untuk maklumat terkini.
11:39 PG

Alamat Politeknik Kota Kinabalu: Lokasi & No Telefon

Alamat politeknik Kota Kinabalu beserta kedudukan lokasi dan no telefon. Politeknik Kota Kinabalu ini salah satu IPTA yang terbesar selepas UMS dan UiTM. Mereke menempatkan beribu-ribu pelajar setiap tahun.
Baca juga: Senarai IPTA/IPTS di Sabah
Alamat dan lokasi Politeknik cawangan Kota Kinabalu Sabah
Photo: Julkifli Awang Besar
Jika anda bukan berasal dari Sabah mungkin maklumat ini penting kepada anda. Bukan juga terlalu mudah untuk mencari kedudukan kampus politeknik cawangan Kota Kinabalu yang terletak di kawasan Sepanggar ini.

Ramai yang private messege (pm) kami di FB Page bertanyakan lokasi kampus ini. Untuk jawap semua pertanyaan tersebut di sini kami berikan info lengkap untuk anda. Lepas ini baca terus di sini. Jenuh membalas semua messege tersebut.

Lokasi Dan Alamat Politeknik Kota Kinabalu

Kampus ini terletak di KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park di Sepanggar. Sesuailah sebab politeknik cawangan Sabah ini banyak menyediakan kursus-kursus berkaitan kemahiran dan senang untuk pelajar untuk penempatan latihan industri nanti.

Di bawah adalah lokasi dan alamat untuk panduan dan rujukan anda.
No. 4,
Politeknik Cawangan Sabah
Jalan Politeknik, KKIP Barat,
Kota Kinabalu Industrial Park,
 Politeknik Kota Kinabalu, 88460 Kota Kinabalu,
 Sabah
Tel: 088-401800
Website: http://www.polikk.edu.my/index.php/en/
Baca juga: Senarai Biasiswa Terkini di Malaysia
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada kawan-kawan anda.

4:39 PTG

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM: Alamat Dan No Telefon

Bahagian pengambilan pelajar UiTM untuk kemasukan pelajar baru lepasan SPM dan STPM. Tentu ramai yang perlukan maklumat ini.

Info ini penting kepada anda yang berniat untuk memohon kemasukan ke UiTM.

Unit bahagian pengambilan pelajar UiTM ini berfungsi mengawal, menyelia proses pengambilan , pematuhan syarat program, dan membuat keputusan kemasukan pelajar baru.

Jika anda perlu berhubung dengan pihak UiTM berkenaan pengambilan pelajar anda perlu berhubung terus dengan unit ini.
Maklumat perhubungan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk kemasukan pelajar baru

Di bawah kami kongsikan dengan anda maklumat perhubungan unit ini untuk rujukan anda berhubung dengan pegawai yang tepat berkaitan dengan urusan anda.

Baca juga: Syarat Kemasukan Pelajar Lepasan SPM

Maklumat Perhubungan Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

Bahagian Pengambilan Pelajar terdiri daripada:
  • Pejabat Pengarah
  • Unit Pentadbiran
  • Unit Sarjana Muda
  • Unit Diploma & Profesional
  • Unit MDAB (Pra Diploma)
  • Unit Teknologi Maklumat
  • Bahagian Teknikal
Di bawah adalah maklumat perhubungan semua unit ini. Seperti mana yang ada di laman website rasmi UiTM di sini.

Pejabat Pengarah

Berikut adalah pegawai dan maklumat perhubungan di bahagian ini.
Unit Pentadbiran

Maklumat perhubungan Unit Pentadbiran
Unit Sarjana Muda

Maklumat perhubungan Unit Sarjana Muda
Unit Diploma & Profesional

Maklumat perhubungan Unit Diploma dan Profesional UiTM
Unit MDAB (Pra Diploma)

Maklumat perhubungan Unit MDAB (Pra Diploma) UiTM
Unit Teknologi Maklumat UiTM

Maklumat perhubungan unit Teknologi Maklumat UiTM

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Faks: (+603) 5544 3170 / 5543 8534

Untuk urusan pendaftaran anda juga digalakkan untuk layari website khas UiTM di link ini http://pengambilan.uitm.edu.my

Bahagian Teknikal

Masalah pengisian borang permohonan online dan no.slip BSN boleh berhubung dengan pihak mereka.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603)5521 1014 / (+603)5544 3171 / (+603)5543 7968

Semoga perkongsian info mengenai bahagian pengambilan pelajar UiTM ini bermanfaat kepada. Kami ucapkan semoga berjaya kepada yang memohon ke universiti tersebut.
4:59 PTG

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan UiTM Pulau Pinang

Senarai bidang kursus ditawarkan UiTM Pulau Pinang. List UiTM Pulau Pinang course (kos) untuk rujukan dan panduan pelajar. Senarai program di UiTM Pulau Pinang ini termasuklah kursus yang ditawarkan di UiTM Permatang Pauh dan syarat kemasukan diploma kulinari UiTM Penang. Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM Pulau Pinang, info ini mungkin berguna kepada anda. Teruskan membaca maklumat lanjut di bawah.
senarai kursus UiTM Pulau Pinang

UiTM Pulau Pinang (Penang)


Sebelum itu kita sorot kembali mengenai detik-detik awal penubuhan kampus UiTM cawangan Pulau Pinang untuk pengetahuan am anda. UiTM Penang ditubuhkan dan mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan bermula sebagai kampus UiTM ke-11. Hari ini kampus sebenar UiTM Pulau Pinang terletak di Jalan Permatang Pau yang mula diduduki sejak Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar untuk UiTM Pulau Pinang (Penang) ialah pada Julai 1996 dengan jumlah pelajar sebanyak 230 orang. Pelajar kumpulan pertama ini menamatkan pengajian mereka pada Mei 1999.

Pada permulaan penubuhannya, UiTM Penang memiliki kakitangan (staff) seramai 40 orang termasuk 9 orang staff untuk bahagian akademik. Kampus UiTM Pulau Pinang ini ditubuhkan dengan tumpuan utama menyediakan kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak tahun 1995 untuk menyediakan sebuah kampus UiTM Pulau Pinang dengan kapasiti pelajar 10,000 dalam bidang kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang utama di kampus ini.

Senarai Bidang Kursus Ditawarkan UiTM Pulau Pinang


Senarai program bidang kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Pulau Pinang. UiTM untuk pengetahuan anda memiliki kampus mereka di setiap negeri di Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai kampus UiTM sendiri dan menawarkan kursus-kursus menarik.

Kampus UiTM cawangan Pulau Pinang terletak di Permatang Pauh dan juga di Bertam Kepala Batas. Sila rujuk senarai bidang kursus yang ditawarkan di kedua-dua kampus UiTM tersebut.

A. UiTM Permatang Pauh

Kampus UiTM yang terletak di Permatang Pauh Pulau Pinang memilik 6 fakulti yang menawarkan kursus pengajian seperti di bawah.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Diploma kejuruteraan Mekanikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Fakulti Kejuruteraan Kimia
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Pesekitaran)

Fakulti kejuruteraan Elektrik
Diploma kejuruteraan Elektrik (Peralatan)
Diploma kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
diplomakejuruteraan Elektrik (Eliktronik)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Instrumentasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Komunikasi)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan  Elektronik (Komputer)

Fakulti Kejuruteraan Awam
Diploma Kejuruteraan Awam
Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan Awam (Infrastruktur)

Fakulti Sains Komputer & Matematik
Diploma Statistik
Diploma Sains Komputer

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Diploma Seni Kulinari
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Ijazah sarjana Muda Pengurusan Hotel

B. UiTM Bertam

Kampus UiTM yang terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang pula memiliki 4 fakulti yang menawarkan bidang kursus peringkat diploma dan degree dalam bidang sains kesihatan (health science) dan Perniagaan.

Fakulti Sains Kesihatan
Diploma Kesihatan Persekitaran
Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Fakulti Farmasi
Diploma Farmasi

Fakulti Sains Kesihatan
Diploma kesihatan Persekitaran
Diploma teknologi Makmal Perubatan

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

Jika anda berminat dengan mana-mana kursus di atas, anda bolehlah memohon. Walau bagaimanapun sila buat semakan kelayakan terlebih dahulu untuk program kursus yang anda pilih untuk memastikan anda layak untuk kursus tersebut.

Syarat Kemasukan UiTM Pulau Pinang


Adakah anda layak untuk memohon kemasukan ke UiTM? Soalan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum buang masa dan tenaga memohon ke UiTM.

Terdapat syarat-syarat yang terpaksa dipenuhi kepada pelajar yang berminat untuk memohon memasuki UiTM. Kami ada membuat perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan mengikut kategori sebelum ini iaitu syarat kemasukan lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Diploma dan lepasan Matrikulasi untuk rujukan dan panduan anda.

Cara Memohon Ke UiTM Pulau Pinang


Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM cawangan Kedah anda boleh memohon secara online ke laman website rasmi yang dikendalikan sendiri oleh pihak UiTM. Cara untuk memohon senang sahaja.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan UiTM Online

Maklumat Perhubungan UiTM Pulau Pinang


Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Pulau Pinang
Kampus Permatang pauh ,Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh | Pulau Pinang
Tel : +604-3822888
Website: https://penang.uitm.edu.my/main/index.php

Semoga perkongisan maklumat mengenai senarai kursus ditawarkan di UiTM Pulau Pinang ini bermanfaat kepada anda.
1:30 PTG

Senarai Bidang Kursus Yang Ditawarkan UiTM Kedah

Senarai program dan bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Kedah. Senarai kursus pengajian ditawarkan di UiTM Merbok Kedah dan lokasi kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah sebagai panduan pelajar. Kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Kedah berserta syarat kelayakan dan kos pengajian ini boleh menjadi rujukan anda. Senarai program diploma dan degree di UiTM Merbok ini adalah yang terkini. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai senarai program UiTM mengikut kampus di Malaysia.
senarai program kursus UiTM Merbok Kedah

UiTM Cawangan Kedah


Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang sejarah penubuhan kampus UiTM cawangan Kedah untuk maklumat anda.

UiTM Kedah telah ditubuhkan dan dirasmikan pada 1 October 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu. Operasi bermula sekitar bulan November 1997 dengan pelajar terawal seramai 162 orang dan 25 kakitangan pentadbiran. UiTM Kedah ditubuhkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berilmu pengetahuan dan mahir dalam pelbagai bidang untuk keperluan pembangunan negara khasnya di Kedah dan negeri-negeri di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Rancagan penubuhan UiTM Kedah ini mensasarkan jumlah pelajar seramai 7000 orang.

Kampus UiTM cawangan Sungai Petani Kedah ini terletak di atas tanah berkeluasan 350 ekar di Mukim Bujang lokasi di antara Semeling dan Merbok iaitu lebih kurang 14 kilometer dari bandar Sungai Petani.

Senarai Fakulti Dan Kursus Di UiTM Kedah


Berikut adalah senarai fakulti dan program kursus yang ditawarkan di UiTM cawangan Kedah. Dalam senarai ini UiTM yang terletak di Merbok Kedah ini memilik 6 fakulti yang menawarkan program kursus peringkat diploma dan degree (Ijazah) untuk pelajar.

Sila semak senarai di bawah:

Fakulti Perakaunan
Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
Diploma Pentadbiran Awam
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran

Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (Seni Reka Grafik & Media Digital)
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Industri

Fakulti Pengurusan Perniagaan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Pengajian Perbankan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan sumber Manusia)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)

Fakulti sains Komputer & Matematik
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Matematik
Ijazah Sarjana Muda sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)

Fakulti Pengurusan Maklumat
Diploma Pengurusan maklumat
Diploma Pengurusan Perpustakaan
Ijazah Sarjana Muda saina (Pengurusan maklumat & Perpustakaan)

Syarat Kelayakan Masuk Ke UiTM


Terdapat syarat-syarat yang terpaksa dipenuhi kepada pelajar yang berminat untuk memohon memasuki UiTM. Kami ada membuat perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan mengikut kategori sebelum ini iaitu syarat kemasukan lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan Diploma dan lepasan Matrikulasi untuk rujukan dan panduan anda.

Sila baca syarat-syarat kelayakan kemasukan ke UiTM tersebut.

Cara Memohon Kemasukan Ke UiTM Cawangan Kedah


Jika anda berminat untuk memohon kemasukan ke UiTM cawangan Kedah anda boleh memohon secara online ke laman website rasmi yang dikendalikan sendiri oleh pihak UiTM. Cara untuk memohon senang sahaja.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan Kemasukan Ke UiTM Online

Alamat Dan Lokasi UiTM Merbok Kedah


Sila gunakan alamat di bawah untuk lokasi dan alamat UiTM Merbok jika anda perlu berhubung dengan pihak mereka. Anda juga boleh layari laman website rasmi mereka di bawah untuk maklumat lebih terperinci.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kedah
08400 Merbok
Kedah
Website: https://kedah.uitm.edu.my/v1/

Semoga perkongsian mengenai senarai program bidang kursus yang ditawarkan UiTM Kedah ini bermanfaat kepada anda.
4:30 PTG

Syarat Kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM & Peluang Kerjaya

Syarat kemasukan diploma pengurusan pelancongan uitm dan peluang kerjaya graduan di Malaysia. UiTM cawangan Melaka, Sarawak dan Shah Alam adalah antara kampus UiTM yang menawarkan kursus Diploma Pelancongan di Malaysia. UiTM adalah antara universiti dan kolej yang menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan kerana kursus ini menawarkan peluang kerjaya yang luas dan banyak kepada para graduannya di Malaysia dan juga antarabangsa.
syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM
Sebelum ini kami pernah menyairkan informasi mengenai pendaftaran UiTM dan peluang kerjaya untuk pelajar Diploma Seni Kulinari di UiTM. Kali ini kami akan berkongsi maklumat mengenai syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM dan peluang kerjaya untuk graduan kursus tersebut selepas menamatkan pengajian kelak.

Industri Pelancongan Di Malaysia Dan Peluang Kerjaya


Mungkin ramai yang tidak tahu, maka ada juga pelajar yang merasakan bahawa kursus dalam bidang pelancongan adalah bidang yang tidak mempunyai masa depan yang baik dengan peluang kerjaya yang terhad atau kurang. Sebenarnya tanggapan itu salah, kerana di negara-negara lain terutama di negara maju, industri pelancongan adalah penyumbang utama pertumbuhan ekonomi negara dengan peluang pekerjaan yang begitu banyak dan luas cukup malah kerja lebih banyak dari individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini.

Untuk makluman anda, perkataan pelancongan atau dalam Bahasa Inggeris 'tourism' adalah berasal dari perkataan Latin iaitu 'tornar' dan juga perkataan Greek iaitu 'tornos' yang merujuk kepada maksud pergerakan dalam bentuk satu bulatan. Hari ini pelancongan adala merujuk kepada gerakan manusia yang bersifat sementara dari satu destinasi ke destinasi yang lain tidak semestinya dalam bentuk bulatan.

Kebiasannya, aktiviti pelancongan sering dianggap sebagai satu gaya hidup mewah kerana hanya segelintir individu yang mempunyai masa dan wang sahaja yang mampu berbuat demikian. Walau bagaimanapun situasi ini semakin berubah seiring dengan perkembangan gaya hidup dan kapasiti pendapatan (income) yang meningkat dan juga kos penerbangan atau pengangkutan yang semakin murah kerana persaingan dalam industri penerbangan menjadikannya lebih murah dan mampu milik kepada semua golongan.

Perkembangat IT juga menjadikan pelancongan semakin mendapat sambutan luas kerana perkongsian maklumat tempat menarik dan destinasi, tempahan hotel dan pengangkutan online dan sebagainya.
Dalam konteks negara Malaysia, pelancongan terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan satu pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan dalam perancangan dan perlaksanaan industri pelancongan secara mampan (Nurulashila Khalid, 2006) - tourismahmadzamane.wordpress.com
Dalam konteks Malaysia, industri pelancongan semakin bergerak ke tahap yang lebih meluas dan berkembang begitu pesat. Kita memerlukan tenaga mahir dan terlatih untuk sektor pelancongan di Malaysia yang semakin berkembang maju ketika ini.

Program Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM


Sepanjang pengajian 2 1/2 tahun, graduan akan mempelajari pelbagai subjek elemen pelancongan seperti pengurusan, pemasaran dan aplikasi komputer. Dalam semester 6, pelajar diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama 18 minggu bagi mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan sebenar.
This is a three-year programme, designed to provide basic skills and knowledge of the overall tourism industry. Special emphasis is given to the major operations of the traveling business. The faculty is equipped with ABACUS training facilities. Graduates of this programme have a choice of either to start a career in the tourism industry or to pursue a degree programme in a related field or other fields.

Graduan yang berjaya menamatkan pengajian diploma berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti tempatan dan juga luar negara. Program diploma ini juga menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan kerajaan atau swasta seperti dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, agensi pelancongan, pengurusan hotel dan resort, perancangan acara, pengurusan pameran dan persidangan dan rekreasi.

Syarat Kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM 


Berikut ialah syarat kelayakan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM untuk panduan pelajar yang berminat untuk mengikuti program tersebut. Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM ini terdiri daripada 3 pilihan. Sila rujuk senarai di bawah.

Pilihan 1: Dengan SPM/SPMV
Lulus SPM / SPMV dengan 5 kredit termasuk BM, BI (Gred B), MT/ MT Tambahan serta mana-mana dua (2) subjek lain

Pilihan 2: Dengan Pra Diploma
Lulus program Pra Diploma Perdaganagan (PD002/PD003) dari UiTM

Pilihan 3: Dengan Sijil 
Lulus Sijil Pengendalian Urusan Pelancongan (HM005)

Jika anda memilik mana-mana syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM di atas anda dipelawa untuk memohon.

Tempoh Pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM


Tempoh pengajian yang terpaksa ditempuhi oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM adalah sebanyak 6 semester. Pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI) pada Semester 5 untuk mendapatkan pengalaman kerja dan melengkapkan keperluan untuk graduate bagi Diploma Pengurusan Pelancongan.

Semester 1

Economics
Business Mathematics
Intro. to Hospitality Industry
Fundamental of Management
Mandarin / Japanese
Preparatory English
Prinsip-Prinsip Asas Islam
Co-Curriculum

Semester 2

Principles of Accounting
Principles of Tourism
Principles of Marketing
Customer Service
Mandarin / Japanese
Mainstream English I
Pemikiran dan Tamadun Islam
Co-Curriculum

Semester 3

Computer Application
Travel & Tour Agency Management
Meeting, Incentive, Convention & Exhibition
Elective I
German / French I
Mainstream English II
Pengurusan Pemakanan dan Pelancongan Islam

Semester 4

Transportation
Tour Planning & Design
Fares & Ticketing
Comp. Reservation System
Elective II
German / French II
Occupational English

Semester 5

Industrial Training I
Industrial Training II

Semester 6

Human Resource Management
Domestic Tourism
Legal Aspects of Travel Industries
Hotel Marketing
Hospitality Management Accounting
Entrepreneurship Studies
Elective II

Dari Semester 1 hingga Semester 6, pelajar kursus ini akan ditawarkan subjek-subjek yang berkualiti tinggi yang berkaitan dengan bidang ini bertujuan untuk menyediakan graduan yang boleh buat kerja dalam bidang ini selepas mereka menamatkan pengajian mereka kelak.

Peluang Kerjaya Graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM


Apakah peluang pekerjaan untuk graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM? Soalan ini tentulah soalan yang sering ditanya oleh pelajar. Seperti yang telah dijelaskan awal-awal lagi bahawa peluang kerjaya untuk graduan kursus ini adalah amat luas dan tidak terhad.

Selaras/selari dengan pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia yang berkembang begitu pesat, kerja melebihi jumlah individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini.

Graduan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM boleh bertugas dalam sektor awam atau swasta sebagai kakitangan di sektor-sektor pekerjaan seperti di bawah:

  • Hotel ("Food & Beverage"/pengurusan)
  • Restoran
  • Agensi Pelancongan
  • Hiburan, Rekreasi dan Sukan
  • Industri Budaya
  • Pengurusan Majlis
  • Perhubungan Awam

Oleh kerana peluang pekerjaan yang begitu luas dan banyak ini, tidak ada sebab mengapa pelajar tidak berminat untuk mengambil kursus Diploma Pengurusan Pelancongan di UiTM. Dalam masa yang sama, graduan dari bidang ini juga terbuka untuk memohon untuk perkhidmatan dalam sektor kerajaan.

Permohonan Kemasukan UiTM


Jika anda memilik syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM dan ingin mendaftar, anda boleh mendaftar terus menggunakan sistem pendaftaran online UiTM.

Sila layari laman website rasmi UiTM di sini >>> Pendaftaran Online UiTM

Semoga perkongsian maklumat mengenai syarat kemasukan Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM ini bermanfaat kepada anda.
9:47 PG

Syarat Kelayakan Asasi Sains UiTM Lepasan SPM Untuk Panduan Pelajar

Syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM di Dengkil. Selepas keputusan SPM diumumkan tentu ramai pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Biasanya ke peringkat STPM, diploma atau matrikulasi mengikut minat dan keputusan akademik mereka.

Semakan keputusan SPM boleh buat di sini.

Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda sedikit maklumat mengenai syarat kelayakan Asasi Sains UiTM yang ingin mengambil program tersebut di UiTM. Teruskan membaca untuk maklumat mengenai program Asasi Sains di UiTM Dengkil Selangor.
syarat kelayakan asasi sains UiTM lepasan SPM

Apa Itu Program Asasi


Mungkin ramai terutama pelajar lepasan SPM dan juga ibubapa yang kurang memahami mengenai Program Asasi. Ini kerana biasanya pelajar lepasan SPM lebih banyak dihidangkan dengan maklumat mengenai STPM, Diploma dan Matrikulasi. Info mengenai pengajian program Asasi memang agak jarang dibincangkan atau diperkenalkan di sekolah-sekolah untuk pelajar lepasan SPM.

Untuk membolehkan anda mendapat gambaran secara umum mengenai program Asasi, kami kongsikan di bawah maksud/takrifan Program Asasi dan juga kelebihan-kelebihannya untuk pelajar yang akan mengambil kursus ini.

Program Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma terus ke Ijazah Sarjana Muda. Calon lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun.

Dalam Bahasa Inggeris takrifan yang lebih luas dan bersifat universal mengenai maksud Asasi ialah seperti di bawah.
The foundation course is a one or two year preparatory course for school-leavers who want to qualify for a place on a bachelor's degree course in art, design or architecture. The course is almost entirely practical in nature, although increasingly elements of art and design history have been introduced, and it is considered sufficient to qualify those who pass it to move on to a degree course without further study. It is the dominant form of entry to university and art college degree courses in the United Kingdom, but versions of it exist in several other countries, particularly where British influence over art education has been historically strong. In Ireland it is known as the Core Studies course, and versions of the foundation course also exist in Australia, Canada, Cyprus, Malta, Malaysia and New Zealand.- Wikipedia
Di Malaysia, Program Asasi dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Pusat Asasi UiTM ataupun Centre of Foundation Studies (UiTM Pusat Asasi telah ditubuhkan pada November 2009 dengan tujuan untuk menyediakan pelajar untuk mengikuti program ijazah di UiTM dan Institusi awam yang lain Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Program predegree akademik yang ditawarkan ialah: Asasi Undang-undang (LAW), Asasi Kejuruteraan (Kejuruteraan), Asasi TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua), Asasi Sains (Sains).

Sekarang anda sudah mendapat sedikit gambaran mengenai Program Asasi dan mengapa ianya antara program yang menarik. Teruskan membaca untuk maklumat mengenai kelebihan-kelebihan program Asasi.

Kelebihan Program Asasi Sains Di UiTM


Apakah pula kelebihan untuk pelajar yang mengikuti program Asasi di UiTM? Bahagian ini tentu menarik untuk pelajar tahu. Untuk maklumat anda, UiTM adalah satu-satunya universiti awam di Malaysia yang memiliki sebuah kampus khas iaitu di Dengkil, Selangor untuk pelajar yang mahu mengikuti program Asasi termasuklah Asasi Sains.

UiTM juga adalah universiti awam yang memilik pelajar Program Asasi yang paling ramai di Malaysia. Setiap tahun jumlah permohonan untuk memasuki Program Asasi di UiTM memang sangat banyak.

So apakah kelebihan untuk pelajar yang memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM? Teruskan membaca maklumat di bawah.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU  untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.
The quality of education at the Pusat Asasi UiTM is confirmed by the annual appraisals conducted by the university itself which show that the majority of students are satisfied with their selection of the university and the education programme. The University’s strongest points are: its prestige, development opportunities and the study environment.
Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Ini bermaksud jika anda adalah lulusan Program Asasi Sains di UiTM dan tidak berminat untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah untuk bidang berkenaan di UiTM tetapi anda berminat untuk masuk ke universiti awam lain dalam bidang yang sama, anda hanya perlu memohon melalui UPU dan pilih bidang berkaitan di universiti lain.

Berbanding Program Asasi di uinversiti lain, pelajar lulusan program asasi tersebut terbatas/terhad/mesti mengikuti bidang berkaitan di universiti yang sama.

Laluan ke Sarjana Muda

1. Calon yang tamat program Asasi Sains dengan cemerlang berpeluang ke program Ijazah Sarjana Muda di UiTM atau IPTA lain dalam bidang:
Perubatan
Pergigian
Farmasi

2. Calon juga boleh memilih untuk mengikuti program Pengajian Sains dan Teknologi yang ditawarkan di UiTM atau IPTA lain dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.

3. Calon yang tamat program Asasi Sains di UiTM perlu memohon ke program Ijazah Sarjana Muda melalui BPKP (Jabatan Pendidikan Tinggi) seperti yang diiklankan di akhbar-akhbar utama.

*AMBILAN UNTUK LULUSAN SPM TAHUN SEMASA SAHAJA

Syarat Kelayakan Asasi Sains UiTM Lepasan SPM


Terdapat 2 syarat yang perlu dipenuhi pelajar untuk melayakkan diri mengikut Program Asasi Sains di UiTM.

Syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM ialah (a) Syarat Am Universiti dan, (b) Syarat Khas Program.

i. Syarat Am Universiti

a. Warganegara Malaysia;dan
b. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah(SPM 2013 dan ke atas)dalam peperiksaan SPM.

ii. Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program.

a. MemenuhiSYARAT AM UNIVERSITIdengan mendapat minima Gred A- dalam DUA (2)mata pelajaran dan Gred B dalam DUA (2)mata pelajaran berikut :
  • Additional Mathematics
  • Physics
  • Biology
  • Chemistry
DAN
  • Bahasa Inggeris minima Gred B
DAN
  • Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali
Jika anda memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM seperti yang tersenarai di atas, anda bolehlah memohon untuk kemasukan ke Program Asasi Sains UiTM.


Cara Mendaftar Program Asasi Sains UiTM


Selepas membuat semakan dan anda memenuhi syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM, anda bolehlah memohon.

Cara untuk memohon senang sahaja. Anda boleh memohon terus melalui borang permohonan online yang disediakan khas untuk tujuan ini oleh pihak UiTM.

Untuk mendaftar layari >>> Permohonan Program Asasi UiTM Online

Maklumat Perhubungan UiTM Dengkil


Jika anda memerlukan maklumat lanjut dan terperinci, anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan pengambilan pelajar asasi di UiTM. Gunakan maklumat perhubungan di bawah untuk tujuan tersebut.

UiTM Kampus Dengkil Selangor

Universiti Teknologi MARA
Caw. Selangor Kampus Dengkil
43800 Dengkil, Selangor
Phone: 03-8924 5417/ 03 8924 5200
E-mail: pusatasasi@uitm.edu.my

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan Asasi Sains UiTM lepasan SPM ini bermanfaat kepada anda.