Memaparkan catatan dengan label University and College. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label University and College. Papar semua catatan
9:12 PTG

Syarat kemasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah Yang Wajib Anda Tahu

Syarat kemasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah yang pelajar lepasan SPM wajib tahu. Tentu ramai pelajar yang berminat memohon memasuki Politeknik Kota Kinabalu terutamanya pelajar yang berasal dari Sabah. Jika anda berminat untuk memohon memasuki mana-mana Politeknik di seluruh negara maklumat ini penting kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, selain memohon melalui UPU online, pelajar juga sebenarnya boleh memohon terus melalui laman website rasmi Politeknik terbabit. Semua politeknik di seluruh negara memiliki portal rasminya masing-masing.

Politeknik Kota Kinabalu yang terletak di Sepanggar, Sabah menjadi pilihan pelajar Sabah selain UITM Sabah kerana lokasinya yang terletak di tengah berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu.

Maksudnya tidak perlu pergi jauh untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma. Yuran pengajian di politeknik juga lebih murah berbanding kolej-kolej swasta. Ini tentunya lebih menjimatkan wang pelajar.

Adalah penting untuk anda memahami dengan jelas apakah syarat kemasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah jika anda berminat untuk mendaftar ke Politeknik tersebut.

Ini untuk mengelakan/meminimumkan sebarang kesilapan semasa mengisi borang permohonan kemasukan ke politeknik tersebut. Kesilapan kecil boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Kita tidak mahu itu berlaku.

Syarat kemasukan adalah berbeza-beza mengikut kursus. Ada kursus-kursus tertentu yang mewajibkan pelajar mempunyai sekurang-kurangnya kredit untuk subjek-subjek tertentu di peringkat SPM.

Sebab itulah penting untuk anda jelas dengan halatuju/cita-cita anda semasa di sekolah menengah supaya anda boleh menumpukan pembelajaran menguasai subjek-subjek yang berkaitan dengan cita-cita dan minat anda.

Contohnya, jika anda hendak mengambil bidang kursus diploma kejuruteraan di Politeknik anda perlu sekurang-kurangnya kredit dalam mata pelajaran Matematik dan berberapa mata pelajaran teras yang lain.

Untuk membuat semakan sama ada anda memenuhi syarat kemasukan Politeknik Kota Kinabalu Sabah anda bolehlah layari laman website rasmi politeknik. Di situ ada dipaparkan syarat-syarat yang diperlukan untuk mengikuti bidang kursus tertantu.

Selepas anda selesai membuat semakan anda bolehlah mengemukan memohon menggunakan boran permohonan Politeknik Kota Kinabalu secara online tanpa perlu risau memikirkan sama ada anda layak atau sebaliknya.

Kepada yang akan memohon memasuki Politeknik di Kota Kinabalu, kami mengucapkan selamat berjaya. Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan politeknik kota Kinabalu Sabah ini bermanfaat dan boleh menjadi panduan dan rujukan anda.

Sila kongsikan maklumat penting ini kepada rakan-rakan anda yang lain.
9:55 PG

Cara Membuat Rayuan Pertukaran Politeknik Untuk Panduan Anda

Panduan cara membuat rayuan pertukaran politeknik. Atas sebab-sebab tertentu, anda perlu bertukar dari politeknik tempat anda belajar sekarang ke politeknik yang terdekat dengan tempat tinggal anda. Bolehkah anda tukar politeknik? Jawapannya boleh, cuma semua proses pertimbangan dan kelulusan bergantung kepada keputusan pihak JPP, KPM di Putrajaya.
Cara buat Rayuan Pertukaran Politeknik
Bagaimana cara membuat rayuan pertukaran politeknik? Caranya ialah dengan memohon melalui politeknik tempat anda belajar sekarang. Ada berberapa prosedur yang terpaksa anda buat dan patuhi sebelum permohonan rayuan pindah politeknik anda diberi pertimbangan.

Contohnya anda ingin bertukar dari politeknik A ke politeknik B, maka apa yang perlu anda buat ialah berurusan dengan pihak JHEP di politeknik A. Syarat paling asas untuk permohonan rayuan pindah politeknik ialah anda mestilah mengikuti program/kursus bidang pengajian yang sama.

Jika anda mengikuti pengajian dalam bidang Diploma Pelancongan di politeknik A, anda mestilah ambil bidang Diploma Pelancongan juga di politeknik B sebagai contoh.

Di bawah adalah contoh proses rayuan permohonan tukar politeknik sebagai panduan anda.

Soalan:

Saya pelajar JTMK Semester 2 Sesi Desimber 2013 Politeknik Tuanku Sirajuddin, Perlis (PTSS) ingin memohon berpindah ke Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor (PSIS) dalam program yang sama. Saya amat perlu berpindah kerana perlu menjaga ibu tunggal saya yang telah uzur. Bagaimana ia boleh dilakukan?

Jawapan:

Langkah yang perlu diambil untuk permohonan pertukaran politeknik.

1. Hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PTSS untuk mengisi borang pertukaran
2. Minta sokongan PA dan KJ Akadamik jabatan saudara
3. Setelah selesai, hantar semula ke JHEP PTSS berserta surat sebab / alasan kenapa perlu bertukar politeknik
4. Ketua Jabatan HEP perlu membuat surat sokongan dan seterusnya memajukan borang pertukaran berkenaan kepada Pengarah PTSS untuk kelulusan dalaman PTSS
5. Selesai semua di atas, pihak JHEP PTSS akan masukkan data dalam sistem JPP, KPM
6. Keputusan akan dapat diketahui seawal 3 hari waktu bekerja dari kemasukan data
7. Sekiranya lulus saudara perlu buka lama web politeknik yang dipohon awal bulan june 2014 untuk pembayaran yuran sesi Jun 2014 dan tarikh lapor diri ke Politeknik yang dipohon.
8. Sekiranya gagal, saudara perlu membuat rayuan kepada Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

* Keputusan pertukaran akan diberitahu oleh pihak JHEP PTSS. Hanya pihak PTSS dan politeknik yang dipohon sahaja yang dapat melihat keputusan permohonan pertukaran tersebut.

* Sekiranya ada sekatan dari PTSS untuk permohonan pertukaran, sila bawa keluarga berjumpa dan berbincang dengan pihak JHEP PTSS bagi memudahkan permohonan ini.

* Segala urusan pernilaian dan keputusan pertukaran dilaksanakan oleh pihak JPP, KPM Putrajaya. Bukan dari PTSS atau politeknik yang dipohon.

Maklumat cara membuat rayuan pertukaran politeknik ini diperolehi dari laman website rasmi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS).

Semoga bermanfaat.
12:19 PTG

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan STPM Untuk Ijazah Sarjana Muda

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan STPM untuk pelajar Malaysia. Pelajar lepasan STPM jika mempunyai pointer PNGK 2.00 atau ke atas berpeluang untuk memohon ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengambil kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tetapi harus diingat bahawa kelayakan PNGK peringkat STPM bukanlah satu-satunya kriteria syarat kemasukan UPSI lepasan STPM yang diambil kira. Terdapat syarat lain untuk kemasukan UPSI khas untuk lepasan STPM yang perlu anda penuhi.
kemasukan UPSI lepasan STPM
Sebelum ini kami ada kongsikan syarat-syarat kemasukan ke UPSI untuk lepasan SPM untuk pelajar yang akan mengetahui keputusan peperiksaan tidak lama lagi. Biasanya keputusan SPM akan diumumkan pada pertengahan bulan Mac setiap tahun.

Tentu anda semua teruja bukan? Keputusan anda akan diumumkan tidak lama lagi dan UPSI adalah salah satu university awam di Malaysia yang paling digemari pelajar.

Kali ini kami kongsikan syarat kemasukan UPSI lepasan STPM yang diperlukan untuk kemasukan ke UPSI untuk rujukan dan panduan anda.

Syarat-syarat ini adalah seperti mana yang ada di laman website rasmi UPSI sendiri. Melainkan ada perubahan syarat ini bolehlah dikatakan tepat dan terkini.

Di bawah adalah syarat kemasukan UPSI lepasan STPM sebagai rujukan anda:
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk terus di laman website rasmi UPSI atau berhubung dengan pihak UPSI secara langsung. Mereka ada menyediakan maklumat lengkap mengenai Syarat Kemasukan UPSI Lepasan STPM sebagai rujukan anda. Anda boleh juga terus bertanyakan mereka mengenai perkara lain seperti yuran pengajian, intake yang terdekat dan sebagainya.

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan UPSI lepasan STPM ini bermanfaat.
7:31 PTG

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan SPM Untuk Kursus Yang Ditawarkan Di UPSI

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan SPM, STPM dan Diploma. Ramai yang teringin hendak menceburi kerjaya dalam bidang pendidikan. Tidak hairanlah ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) setiap tahun. Sebelum anda memohon memasuki UPSI mungkin anda perlu membaca syarat kemasukan UPSI lepasan SPM untuk kursus yang ditawarkan di sana.
Syarat Kemasukan UPSI lepasan SPM dan STPM
Kali ini kami ingin kongsikan senarai syarat asas yang perlu anda penuhi untuk sesi kemasukan ke UPSI tahun ini. Panduan ini termasuklah untuk mereka yang lepasan STPM, matrikulasi dan juga diploma.

Syarat Kemasukan UPSI

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :

Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

SYARAT TAMBAHAN - SYARAT KEMASUKAN UPSI LEPASAN SPM
SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.

Undang-Undang Dan Peraturan

Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalanraya.

Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

Syarat minimum yang tersenarai di atas setakat ini adalah sahih kerana ianya diambil dari lama web portal rasmi UPSI.

Walau bagaimanapun untuk informasi kemasukan terkini dan lebih lengkap anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak UPSI. 

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan UPSI lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.
9:13 PTG

Syarat Kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam atau lebih dikenali sebagai ILKA untuk panduan dan rujukan pelajar. Ada sesiapa yang bercadang untuk mengikuti pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia?. Jika anda berminat wajib anda membaca dengan teliti maklumat syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam supaya anda boleh membuat permohonan dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk memasuki ILKA anda boleh mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan online untuk program latihan kemahiran di kolej-kolej ILKA di seluruh negara. Walau bagaimana pun sebelum anda memohon ada baiknya anda baca dengan teliti syarat kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran Awam.
kemasukan institut kemahiran awam malaysia ILKA

Tidak seperti memasuki Universiti Awam (UA) yang memerlukan pencapaian akademik yang cemerlang, memasuki pengajian kemahiran di ILKA agak mudah kerana syarat utamanya ialah kesanggupan anda ikut kursus dan minat dengan kursus kemahiran tersebut. Jika anda lulus SPM (layak mendapat sijil) dan terdapat kursus di ILKA yang menepati minat anda, anda bolehlah cuma memohon.

Program ILKA ini sesuai kepada mereka yang suka dengan kerja-kerja kemahiran dan boleh digunakan untuk cari kerja atau berniaga sendiri. Kebanyakan pelajar yang tamat latihan di ILKA akan menceburi bidang perniagaan yang sesuai dengan kemahiran yang telah mereka pelajari.

Secara amnya senarai di bawah adalah syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam yang pelajar perlu ada. Ianya kami kongsikan untuk menjadi panduan asas anda.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:

a. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
b. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
c. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
d. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
e. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
f. Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
g. Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
h. Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh menghubungi pihak ILKA secara terus. Layari laman website rasmi ILKA untuk mendapatkan maklumat perhubungan mereka.

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam - ILKA ini bermanfaat.
1:33 PTG

Important UCSI Scholarship Interview Questions

UCSI scholarship interview questions. Baru-baru ini ada iklan dikeluarkan oleh pihak UCSI mengenai UCSI Trust scholarship untuk pelajar yang layak.
Tahun ini UCSI University menawarkan 6 kategori biasiswa untuk pelajar yang layak dan berjaya dalam scholarship interview yang wajib dihadiri oleh pelajar yang memohon biasiswa tersebut.

Untuk memohon biasiswa di >>> UCSI sila layari UCSI Trust Scholarship.

Sila rujuk list di bawah.

  • UCSI University Trust Sports Bursary
  • UCSI University Trust Education Grant
  • UCSI University Trust Scholarship
  • UCSI University Trust CAT Scholarship
  • UCSI University Trust Pre-U Scholarship
  • UCSI University Trust A-Level Scholarship

Ok berbalik kepada topik 'UCSI scholarship interview questions' sebenarnya tiada format tetap yang disediakan atau soalan-soalan yang akan ditanya semasa interview.

Jika anda menghadiri UCSI scholarship interview, memadai dengan anda menyediakan diri dan mental anda supaya sentiasa tenang dan matang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga.

Sebenarnya penemuduga bukanlah hendak mengetahui apakah anda tahun banyak perkara, apa yang mereka handak lihat ialah keyakinan diri dan matang semasa menjawab soalan-soalan. Tidak perlu menjawab dengan terlalu laju/pantas. Jawap sahaja apa yang ada tahu dengan tenang dan matang. Itu sudah cukup.

Kebiasaannya soalan-soalan yang ditanya berkisar mengenai latar belakang diri anda, minat dan perwatakan anda.

Untuk membuat sedikit persediaan, anda boleh membaca rencana kami terdahulu mengenai persediaan menghadapi temuduga biasiswa.


Semoga bermanfaat
8:10 PTG

Permohonan Ke Timur Tengah Lepasan STAM 2018 Online

Permohonan ke timur tengah lepasan stam 2018. Pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia - STAM tahun lepas boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah untuk sesi pengajian bermula 2019.
Pelajar yang layak dan berminat boleh memohon secara online melalui laman web portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan ini telah dibuka pada 22 Januari 2019 (selasa) dan akan ditutup pada 31 Januari 2019.

Sila buat permohonan secara online sebelumtarikh tutup tersebut.

Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat dibuka pada 22 Januari 2019 dan akan ditutup pada 8 April 2019


Alamat Perhubungan:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia
Aras 4, No.2, menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya
No. Tel: 03-88706627 / 6226
No. Faks: 03-88706853
Email: mhashimah.yusof@moe.gov.my / khairul.samsudin@moe.gov.my

Pihak KPM tidak melantik mana-mana agen untuk menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Semoga bermanfaat.