8:10 PTG

Permohonan Ke Timur Tengah Lepasan STAM 2018 Online

Permohonan ke timur tengah lepasan stam 2018. Pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia - STAM tahun lepas boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah untuk sesi pengajian bermula 2019.
Pelajar yang layak dan berminat boleh memohon secara online melalui laman web portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan ini telah dibuka pada 22 Januari 2019 (selasa) dan akan ditutup pada 31 Januari 2019.

Sila buat permohonan secara online sebelumtarikh tutup tersebut.

Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat dibuka pada 22 Januari 2019 dan akan ditutup pada 8 April 2019


Alamat Perhubungan:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia
Aras 4, No.2, menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya
No. Tel: 03-88706627 / 6226
No. Faks: 03-88706853
Email: mhashimah.yusof@moe.gov.my / khairul.samsudin@moe.gov.my

Pihak KPM tidak melantik mana-mana agen untuk menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Semoga bermanfaat.
3:27 PTG

Program MyBrainSc Scholarship For IPTA And Overseas

MyBrainSc Scholarship For IPTA And Overseas. Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.
Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Jika anda berminat untuk memohon biasiswa MyBrainSc ini anda boleh memohon melalui laman portal rasmi mereka. Anda dinasihatkan untuk membaca maklumat dengan teliti melalui link di bawah sebelum mengemukakan permohonan anda.


Semoga bermanfaat.
9:29 PG

Biasiswa Telekom Malaysia Lepasan SPM - Future Leader

Biasiswa Telekom Malaysia Lepasan SPM - Future Leader. Yayasan Telekom Malaysia setiap tahun tawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan SPM. Tahun ini biasiswa yang dinamakan 'Future Leader' ditawarkan untuk mereka yang minat dan layak.
Sila baca maklumat terperinci Biasiswa Telekom melalui link di bawah sebelum memohon.


Jika anda rasa anda berminat dan layak, apa salahnya anda memohon biasiswa ini. Mungkin ini reziki anda untuk sambung pengajian.

Sudah ramai pelajar yang telah mendapat manfaat dari biasiswa tajaan Yayasan Telekom Malaysia untuk lepasan SPM ini.

Anda boleh membuat permohonan melalui laman portal rasmi Yayasan Telekom Malaysia. Pastikan anda telah membaca maklumat terperinci sebelum membuat permohonan online.

Semoga bermanfaat.
9:27 PG

Kemudahan Biasiswa JPA Master Luar Negara Untuk Pelajar Cemerlang

Biasiswa JPA Master Luar Negara. Tahukah anda bahawa pihak JPA ada menyediakan kemudahan biasiswa untuk pelajar cemerlag melanjutkan pengajian ke luar negara. Ini termasuk juga untuk pelajar peringkat master yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Info ini mungkin bermanfaat kepada pelajar yang berniat sambung pengajian peringkat master ke luar negara.
Walau bagaimana pun kemudahan biasiswa ini hanya ditawarkan untuk kursus-kursus tertentu/terpilih sahaja. Pelajar digalakkan untuk menyambung pengajian di dalam negara jika kursus tersebut ada ditawarkan di dalam negara.

Jika anda ingin melanjutkan pengajian ke peringkat master di luar negara anda boleh check/semak peluang mendapatkan biasiswa dengan JPA di website rasmi mereka.

Anda juga boleh membaca maklumat/informasi mengenai biasiswa JPA PIDN untuk sambung pendidikan dalam negara melalui link di bawah.


Semoga bermanfaat 
4:30 PTG

Download Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 Online

Download Buku Teks KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 Online. Buku teks Bahasa Inggeris (KSSR) Tahun 1 kini boleh di download online. Ini selari dengan perkembangan pesat sistem online pendidikan di Malaysia. Kemajuan sistem online/internet di Malaysia yang bakal menjadi antara yang terpantas di Asia Tenggara memungkinkan banyak buku-buku teks pelajar boleh didownload online.
Yang terbaru ialah pengenalan buku-buku teks digital akan diperkenalkan di sekolah menengah dan selepas itu akan disusuli dengan sekolah rendah.

Inovasi digital ini membolehkan pelajar boleh mendapatkan buku teks mereka selain dari yang diperolehi di bilik darjah sekolah.

Usaha mengdigitalkan sistem pendidikan di Malaysia ini seterusnya dapat mengurankan penggunaan kertas untuk mencetak buku-buku teks seperti sedang diamalkan sekarang ini. Pengurangan penggunaan kertas ini dapat membantu menyelamatkan alam sekitar kita di Malaysia.

Jika anda berminat download buku teks Bahasa Inggeris Tahun 1, anda boleh layar Buku Teks BI Tahun 1 Online.

Semoga bermanfaat
4:04 PTG

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi:Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Program bantuan institusi pengajian tinggi dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Pelajar yang sedang menuntut di IPT dan mengalami masalah kewangan janganlah cepat putus asa kerana kerajaan Melaka ada menyediakan program Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) yang dibuka khas untuk anak-anak Melaka untuk dipohon.
Dana untuk PWPT Melaka ini diwujudkan untuk tujuan membantu pelajar IPT kelahiran Melaka yang memerlukan bantuan untuk meringankan beban mereka. Pelajar yang perlu/ingin memohon boleh berbuat demikian melalui online.
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka. Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka.
Untuk memohon sila memohon melalui laman portal rasmi TAPEM. Sila pastikan anda membaca syarat-syarat permohonan TAPEM - PWPT dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan untuk mengelak berlaku kesilapan makluman dan proses.

Semoga bermanfaat
10:11 PG

Queen Elizabeth Scholarship for International Students Application Form Online

Queen Elizabeth Scholarship for International Students Application Form Online. Many students are looking for this link 'application form online' for this scholarship. Look no more, here are the link that you are looking for.
This scholarship is indeed provides great opportunity for student to further their studies under Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships offered by The Association of Commonwealth Universities (ACU).
Queen Elizabeth Commonwealth Scholarships give talented students from anywhere in the Commonwealth the opportunity to gain a Master's degree, while developing new skills, experiencing life in another country, and building their global networks.
To apply for this scholarship visit the official scholarship portal online. Make sure you read the terms and conditions to apply for this scholarship before applying. Malaysian students... apply now.

Good luck!
9:56 PG

Bantuan Yayasan Pelajaran Johor Malaysia: Insentif Harapan Siswa (IHS)

Bantuan pelajaran Yayasan Johor Malaysia Insentif Harapan Siswa (IHS). Maklumat ini amat penting dan berguna kepada anak-anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian di IPT sekarang ini. Tujuan bantuan pelajaran Yayasan Johor ini ialah untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar agar mereka dapat menyelesaikan pengajian mereka dengan lebih selesa.
Pelajar yang ingin membuat permohonan untuk bantuan pelajaran Yayasan Johor tahun ini boleh memohon melalui sistem permohonan online di portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Sebelum memohon bacalah syarat-syarat permohonan bantuan dengan teliti di portal yang sama di atas.

Selain itu anda boleh layari link di bawah untuk peluang-peluang bantuan pembiayaan pelajaran yang lain untuk rakyat Johor.


Semoga bermanfaat
11:42 PG

Program Bantuan Pendidikan Anak Pulau Pinang

Program bantuan pendidikan anak Pulau Pinang. Bantuan ini terhad kepada pelajar-pelajar yang berasal dari negeri Pulau Pinang sahaja. Berita bainya, semua layak untuk memohon, walau bagaimanapun keputusan adalah tertakhluk kepada budibicara kerajaan negeri Pulau Pinang.
Jika anda pemegang MyKad/Surat Beranak Pulau Pinang anda dipelawa memohon bantuan ini. Program bantuan ini diberi/ditaja oleh kerajaan negeri.

Cara untuk memohon senag sahaja. Anda hanya perlu memohon melalui web portal yang telah disediakan untuk tujuan ini. Permohoanan baru akan dibuka sepanjang bulan Jun dan bulan September setiap tahun.

Semakan keputusan permohonan anda boleh dibuat melalui online yang boleh juga diakses melalui telefon pintar anda.

Selain program bantuan pendidikan anak Pulau Pinang ini kerajaan negeri Pulau Pinang juga ada menyediakan pinjaman pendidikan Pulau Pinang. Ini juga hanya dibuka untuk pelajar berasal dari Pulau Pinang. Layari link di bawah untuk maklumat dan memohon pinjaman pendidikan tersebut.


Semoga bermanfaat.
10:14 PG

Jadual Dan Tarikh Peperiksaan UPSR 2019

Jadual dan tarikh peperiksaan UPSR 2019. Tentu ramai pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Berita baiknya, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan tarikh peperiksaan UPSR 2019 untuk panduan pelajar, guru-guru dan ibubapa.


Kepada para pelajar, tarikh peperiksaan UPSR tahun ini ialah dalam bulan Sept 2019.

Tarikh peperiksaan UPSR: 19, 23 hingga 26 September 2019

Jadual waktu peperiksaan UPSR akan dikeluarkan nanti bila telah dimuktamadkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kepada yang akan menduduki peperiksaan tahun ini kami ucapkan all the best!

Semoga bermanfaat.
9:58 PG

Biasiswa Yayasan Sabah One Off Untuk Pelajar IPTA/IPTS Dari Sabah

Tawaran Biasiswa Yayasan Sabah one off untuk pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntuk di IPTA atau IPTS di seluruh negara. Bantuan ini diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Apdal sebagai satu rangka usaha membantu meringankan beban kewangan pembelajaran untuk pelajar Sabah.  Baru-baru ini ada sesi penyampaian sumbangan/tajaan biasiswa Yayasan Sabah (YS) one-off yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan permohonannya.
Biasiswa Yayasan Sabah one off ini adalah tajaan dari YS yang tidak perlu dibayar balik dan hanya akan diberikan sekali sahaja. Ini adalah sumbangan dari kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar Sabah di IPTS dan IPTA.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang cemerlang dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal, pemberian bantuan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan modal insan di negeri Sabah yang berkualiti tinggi untuk masa depan negeri Sabah pada masa akan datang.

Kita perlukan rakyat yang berpendidikan tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah ini pada masa akan datang.
Demikan seperti mana yang disiarkan di laman FB Parti Warisan Sabah.
Bantuan khas ini adalah inisiatif YAB Ketua Menteri Sabah untuk membantu golongan pelajar cemerlang dan kurang berkemampuan yang baru mendaftar memasuki kolej/universiti.
Bantuan khas ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibubapa yang kurang berkemampuan di kala anak-anak mereka memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Tingkat 7.
Pelajar-pelajar atau ibubapa hendaklah membawa salinan kad pengenalan pelajar/ibu dan bapa serta Surat Tawaran dari mana-mana kolej atau universiti.
Untuk permohonan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sabah One Off ini anda boleh hubungi pegawai-pegawai BPPYS di talian berikut 088 - 326300, 326400.

Semoga perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah One Off ini bermanfaat.
3:23 PTG

Scholarship for Malaysian to Study in UK - British Council Malaysia Scholarship

Scholarship for Malaysian to Study in UK ditawarkan oleh pihak British Council Malaysia untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Proses pemilihannya memang agak ketat kerana jumlah biasiswa yang ditawarkan tidaklah banyak mana tetapi jika ada peluang anda patut mencuba untuk merebutnya.


Tahun ini berberapa biasiswa ditawarkan oleh British Council untuk pelajar Malaysia pergi belajar di berberapa buah university di UK.
In order to support more Malaysian students to study in the UK, the British Council, together with five UK universities, has launched the GREAT Scholarships 2019 – Malaysia campaign. With ten taught postgraduate scholarships on offer, the total value of the scholarship scheme up to £100,000. This new scholarship scheme will offer an exciting opportunity for Malaysian students wishing to get financial support to pursue postgraduate study in the UK. Students can apply for taught postgraduate courses in subjects including law, business, art and design, biosciences, IT and more at five institutions across England, Scotland, Wales and Northern Ireland.
Sila rujuk gambar di bawah untuk senarai universiti dan kursus-kursus yang ditawarkan British Council Malaysia.

Sila layari laman webportal rasmi British Council Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini.

Semoga bermanfaat.
3:05 PTG

The STAR Scholarship 2019

The STAR Scholarship 2019 kini kembali dibuka kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk memohon tahun ini. The Star Education Fund Scholarship merupakan salah satu biasiswa yang sering ditawarkankan setiap tahun sama seperti Biasiswa Karangkraf.


Sila layari link di bawah untuk membaca lebih lanjut mengenang peluang melanjutkan pengajian dengan Biasiswa Karangkraf


Tahun ini sekali Biasiswa The STAR telah dibuka. Ini adalah salah satu usaha untuk membantu para pelajar Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan membangunkan kerjaya masa depan mereka.
The Star Education Fund scholarship is offered under the collaboration between Star Media Group with some of the best educational institutions in Malaysia to provide higher education opportunities to deserving young Malaysians. 
Pemohon bolehlah memohon melalui permohonan online di webportal rasmi The Star online.

Semoga bermanfaat.
2:00 PTG

Contoh Rumusan Lengkap SPM Bahasa Melayu (BM)

Contoh rumusan lengkap SPM Bahasa Melayu (BM) sebagai panduan pelajar untuk menjawab soalan berkaitan rumusan dan pemahaman petikan umum. Soalan rumusan dan pemahaman petikan umum SPM terdapat dalam soalan 1 Kertas 1103/2 Bahasa Melayu SPM.
Kebiasanya petikan umum yang diambil dan diubahsuai daripada majalah atau surat khabar mempunyai kepanjangan kira-kira 350 patah perkataan diberikan.

Daripada soalan/petikan ini pelajar wajib menjawap soalan (a) Rumusan dan soalan, (b) Pemahaman.

Soalan Rumusan

Soalan ini merupakan soalan wajib. Pelajar perlu membuat rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Soalan ini adalah wajib dan 30 markah diperuntukan untuknya.

Soalan Pemahaman Petikan Umum

Soalan ini merupakan soalan wajib, sebanyak 3 soalan pemahaman dikemukakan dan 9 markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini.

Jika dilihat banyak markah diperuntukkan untuk soalan bahagian ini. Ini adalah untuk menguji sejauh mana kebolehan pelajar memahami bahan/petikan yang diberikan dalam soalan. Sudah tentu anda tiada cara lain tetapi perlu menguasai kemahiran menjawab soalan ini untuk menyediakan anda menjawab soalan ini semasa peperiksaan SPM nanti.

Untuk memudahkan anda di sini kami kongsikan satu blog yang amat sesuai dijadikan rujukan untuk topik ini. Blog yang ditulis oleh cikgu Norazwira Mohd. Nawi dalam tulisan beliau bertajuk contoh menjawab soalan rumusan SPM amat mudah difahami dan lengkap.

Jika anda mempunyai sedikit masa terluang, kami juga ada membuat perkongsian/sharing mengenai panduan dan teknik menulis karangan umum SPM Bahasa Melayu (BM).


Semoga perkongsian ini bermanfaat.
10:18 PG

Politeknik Kota Kinabalu Pendaftaran Online Untuk Pelajar Lepasan SPM

Politeknik Kota Kinabalu pendaftaran online untuk pelajar lepasan SPM. Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Mesti ramai yang teringin sambung pengajian ke peringkat diploma di politeknik. Ini kerana politeknik menawarkan yuran pengajian yang jauh lebih murah berbanding kolej swasta. Tahukah anda bahawa sebenarnya anda juga boleh memohon terus dengan pihak politeknik terbabit melalui online menggunakan laman portal yang disediakan oleh mereka selain permohonan melalui sistem online UPU?
politeknik kota kinabalu
Kali ini kami kongsikan mengenai Politeknik Kota Kinabalu pendaftaran online untuk rujukan dan panduan anda yang berhasrat untuk sambung pengajian ke politeknik tersebut. Ini kerana kami banyak menerima pertanyaan mengenai perkara ini, untuk menjawabnya kami mengambil keputusan untuk menulis perkongsian ini di sini.

Untuk pelajar dari Sabah, biasanya mereka lebih suka memohon untuk kemasukan ke Politeknik Kota Kinabalu. Kampus Politeknik Kota Kinabalu yang terletak di Sepanggar memang besar lengkap dengan kemudahan asrama. Politeknik ini adalah antara politeknik yang terbesar di Malaysia.

Seperti yang anda sudah sedia maklum untuk memohon memasuki politeknik anda kena memohon melalui UPU Online. Walau bagaimana pun sekarang ini kebanyakan cawangan politeknik di seluruh negara telah menyediakan portal permohonan online masing-masing untuk lebih memudahkan mereka menguruskan proses pengambilan pelajar baru. Politeknik Kota Kinabalu pendaftara online melalui laman portal mereka sendiri juga telah disediakan untuk pelajar agar lebih memudahkan urusan kemasukan pelajar baru.

Politeknik Kota Kinabalu juga ada menyediakan portal pendaftaran online mereka sendiri. Anda boleh memohon terus menggunakan portal Politeknik Kota Kinabalu pendaftaran online pelajar tersebut untuk memasuki politeknik Kota Kinabalu di Sabah.

Sebelum memohon ada baiknya anda semak dahulu senarai kursus dan syarat kelayakan yang diperlukan untuk memasuki politeknik ini. Anda boleh buat semakan syarat kelayakan kemasukan di sini.

Untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu anda boleh layari link di bawah. Semak dahulu apa kursus yang anda layak dan minat sebelum membuat pendaftaran online.
Semoga perkongsian maklumat mengenai Politeknik Kota Kinabalu pendaftaran online ini bermanfaat.
9:49 PG

Keputusan SPM 2018 Keluar Bila? Akan Diumumkan Pada Mac 2019

Keputusan SPM 2018 keluar bila? Pertanyaan ini terlalu awal betul tak? Sebetulnya tidak ada yang tahu bila keputusan SPM tahun ini diumumkan. Ramai sahaja pelajar yang tak sabar hendak tahu bila keputusan SPM akan keluar tahun ini. Ini mesti kes tidak sabar-sabar hendak sambung pengajian ke tahap lebih tinggi.
tarikh keputusan SPM diumumkan
Sejak awal bulan ini kami banyak terima pertanyaan di ruangan komen dari pembaca mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila. Setakat ini belum ada apa-apa pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan anda dan menjawab soalan"keputusan SPM 2018 keluar bila?" biasanya keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada bulan March 2019 nanti. Bila harinya kita masih belum ada maklumat mengenainya.

Kita akan kemaskini artikel ini bila tarikhnya sudah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . Tetapi anda boleh layari link di bawah untuk informasi lengkap mengenai bila semakan keputusan SPM 2018 boleh dibuat.
Kepada pelajar yang tidak sabar-sabar lagi tu anda tiada pilihan lain, anda kena sabar juga tunggu. Sementara tunggu apa kata anda cari kerja cari duit untuk belanja sambung pengajian nanti atau cari kursus jangka pendek untuk menambah kemahiran anda. Layari artikel Panduan Kerjaya Lepasan SPM untuk panduan anda.

Keputusan SPM 2018 keluar bila ini bukanlah perkara yang anda harus risaukan atau buang masa ketika ini. Masa cuti ini adalah masa untuk bertenang dan merehatkan diri dan minda sebelum berhadapan dengan pengajian yang lebih mencabar selepas ini.

Jika anda tidak berhasrat untuk mencari kerja sementara tunggu result SPM, anda boleh cuba ambil kursus-kursus jangka pendek berkaitan IT, kemahiran bahasa asing seperti Bahasa Mandarin atau mengikuti kelas Bahasa English untuk memperbaiki penguasaan bahasan anda.

Bahasa English adalah antara kemahiran yang anda harus dapatkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan bahan rujukan dan pembelajaran di peringkat universiti adalah dalam Bahasa English.

Semoga perkongsian mengenai keputusan SPM 2018 keluar bila ini bermanfaat.
9:33 PG

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah - PORTAL PELAJAR

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) portal pelajar. Tidak lama lagi biasiswa BKNS ini akan dibuka untuk permohonan bagti tahun ini. Kepada para pelajar yang sedang tertunggu-tungu untuk memohon biasiswa ini bolehlah memohon melalui sistem online yang telah dibangunkan oleh pihak BKNS.


Portal Pelajar

Portal pelajar Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini telah dibangunkan untuk memudahkan semua urusan permohonan biasiswa untuk pelajar. Permohonan, semakan keputusan dan rayuan boleh menggunakan portal ini.

Layari portal pelajar BKNS - Portal Pelajar BKNS

Kepada yang akan memohon biasiswa ini kami ucapankan semoga berjaya!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
9:32 PG

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar Sabah. Warganegara yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) mengikut kursus-kursus yang disenaraikan.
Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar Sabah sahaja
Gambar hiasan: myeidos.com
Pada kebiasaanya permohonan untuk biasiswa ini boleh dibuat melalui online yang dijangka akan dibuka pada minggu ke-3 bulan mulai 23 March 2018 selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Anda boleh membuat Semakan Keputusan SPM secara online.

Kepada yang layak dan berminat untuk memohon sentiasalah mengikuti perkembangan terkini di sini.

Bidang Kursus/Pengajian Yang Ditaja Oleh BKNS

Sila buat semakan senarai bidang kursus di bawah yang ditaja oleh BKNS untuk pelajar.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan

i. Sains Komputer
ii. Kesihatan dan Perusahaan Ternak
iii. Kejuruteraan
iv. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)

Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tempatan

* Perubatan
* Pergigian
* Perubatan Veterinar
* Farmasi
* Kejuruteraan
* Ukur Bahan
* Seni Bina (Architecture)
* Sains dan Teknologi Makanan
* Sains Bioteknologi
* Akuakultur
* Sains Biologi Marin
* Sains Alam Sekitar
* Perikanan
* Perhutanan
* Undang- Undang
* Pengajian Islam
* Matematik
* Sains Tulen (Biologi/kimi/fizik)
* TESL
* Psikologi
* Sains Kompyter
* Ekonomi
* Perakaunan
* Pentadbiran Perniagaan
* Pelancongan dan Hospitaliti
* Muzik
* Performing Arts
* Pengurusan Ladang
* Pertanian

Untuk memohon memasuki UPU IPTA anda boleh memohon melalui UPU IPTA Online

Kelayakan Untuk Memohon Biasiswa BKNS

1. Had Umur

1.1 Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun
1.2 Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun

2. Kelulusan Akademik

2.1 Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya grade C dlm 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar.
2.2 Lulus Sijil STPM dengan memperole sekurang-kurangnya gred B dalam empat (4) mata pelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf.
2.3 Berkelulusan Matrikulasi mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0
2.4 Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5
2.5 Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00

Cara Memohon Biasiswa BKNS

1. Permohonan dibuat melalui Online dengan melayari www.biasiswa.sabah.gov.my mulai 02 April 2012. Setiap permohon mestilah mempunyai e-mail peribadi masing-masing.2. Bagi kawasan yang mempunyai kesukaran untuk mengakses permohonan secara online, borang permohonan  disediakan dan boleh diperolehi di Pejabat Daerah seperti berikut
2.1 Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod, Pitas
2.2 Pejabat Daerah Kecil: Matunggung, Pagalungan, Sook, Tunku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
2.3. Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau
3. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah di sahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

BAHAGIAN BIASISWA DAN LATIHAN
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat Likas,
Beg Berkunci No. 2076
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa BKNS

Anda boleh memohon melalui online dan tarikh tutup untuk berbuat demikian ialah 22 April 2018. Sila pastikan anda menghantar permohonan anda sebelum tarikh tutup seperti yang tertera di atas.

Atau Anda boleh memohon melalui Permohonan BKNS Online


Maklumat Tambahan

1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
2. Keputusan permohonan boleh disemak melalui On-Line
3. Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tiak ditaja.
4. Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.
5. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan BKNS 2018

Kepada anda yang ada memohon dan ingin membuat semakan keputusan BKNS 2018, anda boleh membuat semakan online di laman portal yang disediakan oleh pihak BKNS. 


Semakan keputusan BKNS online

Selain biasiswa BNKS and mungkin juga berminat dengan biasiswa terkini di Malaysia.

Untuk maklumat terkini dan terperinci sila berhubung dengan pihak Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) secara langsung.

Semoga perkongsian mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan untuk makluman dan panduan mereka.
5:06 PTG

Biasiswa Yayasan Sabah Sekolah Menengah Untuk Pelajar Sabah

Tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk pelajar Sabah dikeluarkan setiap tahun kepada pelajar-pelajar anak Sabah yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak Yayasan Sabah (YS) biasanya menawarkan biasiswa untuk pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat UPSR.
biasiswa Yayasan Sabah
Ini bermakna jika anda mempunyai keputusan UPSR yang cemerlang, anda berpeluang untuk dipertimbangkan untuk mendapat biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah semasa menyambung pengajian anda ke peringkat sekolah menengah.

Biasiswa ini adalah sebagai penghargaan dan galakkan kepada pelajar-pelajar untuk mencuba dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Berikut adalah apa yang dipetik dari laman websita Yayasan Sabah (YS) online:
Kumpulan Yayasan Sabah juga menawarkan biasiswa Pendidikan Sekolah Menengah kepada pelajar kurang berkemampuan tetapi memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di sekolah-sekolah terpilih di Semenanjung Malaysia.
Apa yang anda perlu lakukan ialah mengemukakan permohonan biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah untuk dipertimbangkan oleh pihak bahagian biasiswa Yayasan Sabah. Sebelum menghantar permohonan biasiswa anda dinasihatkan untuk berhubung terlebih dahulu dengan pihak YS untuk mendapatkan panduan cara-cara memohon.

Jika anda was-was atau perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, anda boleh melawat pejabat YS di Menara Tun Mustapha di Teluk Likas atau menghubungi mereka melalui maklumat perhubungan di bawah.

Biasiswa Yayasan Sabah
Laman : http://www.ysnet.org.my/
Alamat : Scholarship Section, Bangunan Yayasan Sabah, Peti Surat 11201, Telok Likas, 88813 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
Tel : 088 422 211

Buat masa ini belum ada info terbaru mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah, kami akan kemaskini bila ada informasi terbaru nanti. Anda boleh berhubung terus dengan pihak YS jika perlukan maklumat terkini dan tepat.
Selain biasiswa YS, kerajaan negeri Sabah juga ada menyediakan program biasiswa yang dinamakan sebagai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.  Sila layari link di atas untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa BKNS ini.

Harap perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah sekolah menengah ini bermanfaat. 
3:10 PTG

Tawaran Biasiswa Brunei Darussalam 2019

Tawaran biasiswa Brunei 2019 untuk pelajar asing yang ingin sambung pengajian ke negara Brunei Darussalam untuk sesi pengajian bermula 2019. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar dari negara-negara angota ASEAN yang berminat dan layak.
Jika anda berminat anda boleh berhubung terus dengan committee yang menguruskan tawaran biasiswa Brunei 2019 tahun ini melalui pautan email applyPCSS2019@mfa.gov.bn atau memohon melalui sistem permohonan online mereka untuk lebih memudahkan anda.

Jika anda perlukan maklumat terkini, anda dinasihatkan untuk berhubung secara langsung dengan pihak Brunei Scholarship Committee melalui alamat email yang diberi di atas.

Layari link di bawah untuk maklumat lebih terperinci mengenai tawaran biasiswa Brunei Darussalam 2019


Semoga bermanfaat