9:45 PG

Jeffrey Cheah Foundation-Monash Equity Scholarship Untuk Lepasan SPM

Siapa tidak kenal Jeffrey Cheah Foundation scholarship, yayasan yang menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia setiap tahun. Kali ini Jeffrey Cheah Foundation membuat kerjasama dengan Monash Equity untuk menawarkan biasiswa (scholarship) kepada pelajar Malaysia yang layak dan berminat tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa.
Ini satu peluang yang baik kepada pelajar yang berniat untuk sambung pengajian mereka ke Monash University di Malaysia. Jika ada yang belum tahu, Monash University adalah universiti dari Australia yang telah membuka kampus antarabangsa mereka di Malaysia.

Biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah-Monash Equity ini ditawarkan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke Monash University di Malaysia sahaja. Ini sesuatu yang baik kerana anda akan mendapat degree anda dari Monash University tanpa perlu berhabis wang yang banyak untuk ke Australia.

Jika anda berminat untuk memohon, anda boleh memohon melalui laman portal rasmi Jeffrey Cheah Foundation. Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dan maklumat-maklumat penting yang lain sebelum memohon.

Kepada yang berminat kami ucapkan semoga berjaya. Harap bermanfaat.
8:33 PTG

Biasiswa OCBC Bank Untuk Lepasan SPM Dan STPM Tahun Ini

Biasiswa OCBC Bank untuk lepasan SPM. Siapa berminat untuk membina career masa depan dalam bidang perbankan? Jika anda berminat anda boleh cuba apply biasiswa OCBC bank 2019 untuk lepasan SPM dan STPM yang akan keluar keputusan SPM dan STPM tidak lama lagi.

Biasiswa OCBC bank ini terbuka kepada seluruh lepasan SPM dan STPM warga Malaysia yang berminat dan berminat untuk memohon biasiswa ini. Kerjaya dalam bidang perbankan sering menjadi pilihan pelajar untuk masa depan kerana ianya ialah bidang professional.

Pelajar yang berjaya akan dikehendaki/ditawarkan pekerjaan  dengan OCBC bank selepas mereka menamatkan pengajian mereka nanti. Ini bermakna anda tidak perlu risau untuk mendapatkan pekerjaan nanti selepas menamatkan pengajian anda.
All candidates will be required to avail themselves for employment at OCBC Bank. However, if for any reason the Bank decides this is not needed, or is unable to employ the candidate, it will duly release him or her from this requirement.
Biasiswa ini ialah Bond-Free bermaksud tiada kewajipan untuk anda terus berkhidmat dengan OCBC bank selamanya.
We offer bond-free scholarships to help bright and talented youths from tertiary education institutions pursue their academic dreams. As an OCBC scholar, you will take on an internship and experience what it’s like to be a part of the OCBC family.
Jika anda perlu biasiswa dan juga berminat untuk terus mendapat kerja sebaik sahaja tamat pengajian, inilah biasiswa yang tepat untuk anda. Teruskan membaca untuk maklumat cara memohon biasiswa ini.
biasiswa OCBC Bank

Untuk memohon anda boleh layari OCBC Bank Scholarship online untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum memohon. Sila baca dengan teliti semua maklumat yang ada di page tersebut untuk memohon biasiswa OCBC Bank ini.
The scholarship is open to students who have gained admission or are eligible for admission into first year full-time undergraduate studies at selected Malaysian universities. We also welcome first year students of these universities to apply.
Sebarang pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan pihak OCBC Bank atau layari laman website rasmi OCBC Bank. 

Semoga perkongsian mengenai biasiswa OCBC Bank ini bermanfaat kepada anda.
7:31 PTG

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan SPM Untuk Kursus Yang Ditawarkan Di UPSI

Syarat Kemasukan UPSI Lepasan SPM, STPM dan Diploma. Ramai yang teringin hendak menceburi kerjaya dalam bidang pendidikan. Tidak hairanlah ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) setiap tahun. Sebelum anda memohon memasuki UPSI mungkin anda perlu membaca syarat kemasukan UPSI lepasan SPM untuk kursus yang ditawarkan di sana.
Syarat Kemasukan UPSI lepasan SPM dan STPM
Kali ini kami ingin kongsikan senarai syarat asas yang perlu anda penuhi untuk sesi kemasukan ke UPSI tahun ini. Panduan ini termasuklah untuk mereka yang lepasan STPM, matrikulasi dan juga diploma.

Syarat Kemasukan UPSI

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :

Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

SYARAT TAMBAHAN - SYARAT KEMASUKAN UPSI LEPASAN SPM
SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.

Undang-Undang Dan Peraturan

Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971. AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalanraya.

Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

Syarat minimum yang tersenarai di atas setakat ini adalah sahih kerana ianya diambil dari lama web portal rasmi UPSI.

Walau bagaimanapun untuk informasi kemasukan terkini dan lebih lengkap anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan pihak UPSI. 

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan UPSI lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.
8:35 PTG

Cara Beli PIN UPU Online - Tidak Perlu Beratur Di Kaunter BSN Lagi

Cara beli PIN UPU online untuk lepasan SPM yang hendak memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) tidak lama lagi perlu membeli PIN No UPU untuk kegunaan menggunakan portal khas UPU untuk membuat permohonan online. Kali ini kami kongsikan cara beli PIN UPU online untuk rujukan dan panduan anda
cara beli pin no upu
Tahukah anda bahawa selain beratur di kaunter BSN untuk membeli PIN No UPU, anda juga sebenarnya boleh membeli PIN UPU ini di mana-mana ATM BSN pada bila-bila masa sahaja.

Anda tidak perlu beratur lagi atau menunggu giliran di kaunter Bank BSN untuk membeli PIN UPU anda. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa anda.

Kali ini kami kongsikan dengan can cara beli PIN UPU online di mana-mana ATM BSN untuk panduan anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memudahkan urusan permohonan anda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Di bawah adalah cara beli PIN UPU online sebagai panduan anda.

Cara Beli PIN UPU Online di Mesin ATM BSN

Berikut adalah cara pembelian No PIN UPU di mesin ATM BSN :

1. Masukkan Kad BSN dan no PIN anda.
2. Pilih Urusan – ‘Beli PIN’.
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’.
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”. Mengikut lepasan pengajian masing-masing.
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau My Kad anda untuk proses seterusnya.
6. Tekan button ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.
7. Semak maklumat semula dan kemudian klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan.
9. Tekan untuk dapatkan resit yang dicetak.
10. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda semasa permohonan nanti.

Nota: Sebagai rujukan, senarai kategori pembelian nombor pin UPU sesi 2019/2020 di Portal BSN.

Sila jangan tersilap membeli PIN nombor yang lain. Ramai pelajar tersilap membeli PIN dengan terbeli pula PIN No PTPTN. Ini menyebabkan mereka terpaksa pergi ke ATM BSN untuk membeli PIN No UPU sekali lagi. Merugikan masa, tenaga dan wang anda bukan?

Semoga perkongsian mengenai cara beli PIN UPU untuk lepasan SPM dan STPM ini bermanfaat kepada anda.
9:13 PTG

Syarat Kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam atau lebih dikenali sebagai ILKA untuk panduan dan rujukan pelajar. Ada sesiapa yang bercadang untuk mengikuti pengajian di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di Malaysia?. Jika anda berminat wajib anda membaca dengan teliti maklumat syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam supaya anda boleh membuat permohonan dengan lebih berkesan. 

Jika anda berminat untuk memasuki ILKA anda boleh mengemukakan permohonan melalui sistem permohonan online untuk program latihan kemahiran di kolej-kolej ILKA di seluruh negara. Walau bagaimana pun sebelum anda memohon ada baiknya anda baca dengan teliti syarat kemasukan ke Institut Latihan Kemahiran Awam.
kemasukan institut kemahiran awam malaysia ILKA

Tidak seperti memasuki Universiti Awam (UA) yang memerlukan pencapaian akademik yang cemerlang, memasuki pengajian kemahiran di ILKA agak mudah kerana syarat utamanya ialah kesanggupan anda ikut kursus dan minat dengan kursus kemahiran tersebut. Jika anda lulus SPM (layak mendapat sijil) dan terdapat kursus di ILKA yang menepati minat anda, anda bolehlah cuma memohon.

Program ILKA ini sesuai kepada mereka yang suka dengan kerja-kerja kemahiran dan boleh digunakan untuk cari kerja atau berniaga sendiri. Kebanyakan pelajar yang tamat latihan di ILKA akan menceburi bidang perniagaan yang sesuai dengan kemahiran yang telah mereka pelajari.

Secara amnya senarai di bawah adalah syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam yang pelajar perlu ada. Ianya kami kongsikan untuk menjadi panduan asas anda.

Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:

a. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM
b. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
c. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
d. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian/ kursus dipohon
e. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
f. Memenuhi syarat khas program pengajian/ kursus seperti yang ditetapkan oleh Agensi/ Institusi
g. Program pengajian/ kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan
h. Bilangan tempat yang disediakan oleh Agensi/ Institusi

Jika anda perlukan maklumat lebih terperinci anda boleh menghubungi pihak ILKA secara terus. Layari laman website rasmi ILKA untuk mendapatkan maklumat perhubungan mereka.

Semoga perkongsian mengenai syarat kemasukan Institut Latihan Kemahiran Awam - ILKA ini bermanfaat.
1:56 PTG

Tarikh Pembelian No PIN UPU Di BSN Tahun Ini Untuk Lepasan SPM Dan STPM

Tarikh pembelian No PIN UPU di BSN tahun ini untuk pelajar lepasan SPM dan STPM. Jika anda bercadang untuk memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan memohon melalui laman portal UPU, anda perlu buat pembelian Nombor Unik ID di BSN yang terdekat dengan anda.

Kepada anda yang tidak tahu, untuk pengetahuan anda nombor Unik ID ini lebih dikenali ramai juga  dengan nama sebagai nombor PIN UPU. Ianya amat penting kerana tanpa No PIN UPU anda tidak akan boleh menggunakan laman portal UPU untuk memohon kemasukan ke universiti atau politeknik.

Semua pelajar adalah digalakkan untuk memohon melalui laman portal UPU. Itulah sebabnya penting untuk anda mengetahui tarikh pembelian No PIN UPU di BSN untuk memudahkan anda menggunakan portal tersebut.

Jika anda gagal membelinya anda tidak akan dapat memohon secara online melalui portal khas UPU yang hanya akan dibuka untuk satu tempoh tertentu nanti. Untuk tahun ini tarikh tutup pembelian PIN UPU adalah pada 1 April 2019. Ini bermakna anda ada masa yang agak panjang untuk melakukan pembelian PIN UPU anda.

Untuk memudahkan anda kami ada membuat perkongsian mengenai cara membeli PIN UPU secara online. Sila baca perkongsian tersebut sebagai rujukan anda.

Tahun ini tarikh pembelian No PIN UPU di BSN akan dibuka pada 25 Februari hingga 1 April 2019. Pastikan anda telah berjaya membelinya sebelum tarikh tutup.

Harga untuk setiap Nombor Unik ID di BSN ialah RM15.60. Anda dinasihatkan untuk tidak menghilangkan nombor unik tersebut untuk kegunaan anda mengakses portal UPU online. Sila pastikan anda tidak tersilap membeli No PIN yang lain kerana terdapat banyak No PIN dijual dalam aplikasi online di ATM BSN.
No PIN UPU di BSN
Sila rujuk gambar di atas untuk maklumat lebih terperinci mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN tahun ini. Jika anda perlukan makluman lanjut anda juga boleh layari laman website BSN mengenai perkara ini.

Harap perkongsian maklumat mengenai tarikh pembelian No PIN UPU di BSN ini bermanfaat kepada anda.
1:33 PTG

Kemasukan Pelajar Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Dibuka Sekarang

Pelajar yang berminat untuk sambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh mula mengemukan permohonan mereka secara online mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.

Anda mempunyai masa yang agak lama untuk menyempurnakan permohonan online anda untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti atau ILKA.

Permohonan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM atau yang setaraf. Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut permohonan. Iklan ini adalah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan dan panduan pelajar.
Semoga bermanfaat.
1:25 PTG

eRPH Online - Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Online

Tahukah anda bahawa ada disediakan Rancangan pengajaran Harian (RPH) Online. RPH online adalah aktiviti pengajaran yang telah disusun dan ianya dapat membantu guru menyampaikan sesi pengajaran dengan mudah kepada para pelajarnya.
Melalui RPH Online, topik sepatutnya disusun daripada yang senang/mudah kepada yang lebih sukar/susah untuk membantu pelajar menguasai topik dan pengetahuan dengan lebih pantas, mudah dan senang.

Di pihak guru RPH online dapat membantu mengelakkan berlaku penyelewengan atau terkeluar dari topik atau sub-topik yang sepatutnya disampaikan/diajar kepada pelajar.

Persamaan dari segi topik dan maklumat pembelajaran dapat diwujudkan dengan adanya sistem online RPH ini. Ianya juga dapat membudayakan information sharing dalama kalangan pelajar antara sekolah yang berbeza nanti.

Diharapkan RPH online ini boleh menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik yang lebih baik dan cemerlang pada masa akan datang jika digunakan dengan sebaik-baiknya.

Kita akan update eRPH online mengikut subjek dan sekolah dari masa ke semasa diruangan ini nanti untuk menjadi sumber dan panduan anda.
9:14 PTG

Syarat Kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pelajar Sekolah Menengah

Ramai yang tanya mengenai syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) selepas kami menyiarkan rencana mengenai cara proses permohonan BKP dan juga maklumat mengenai jumlah tajaan BKP kepada pelajar berberapa bulan yang lepas. Adalah penting anda membaca dan memahami syarat-syarat yang ditentukan untuk memohon biasiswa tersebut untuk panduan dan rujukan anda. Teruskan membaca.
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
Lalu apakah syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan? Seharusnya anda kena banyak mencari dan membaca sebelum bertanyakan soalan kerana jawapannya banyak dan boleh didapati di merata tempat dalam online. Apa yang kami kongsikan disini juga berdasarkan maklumat yang diperolehi dari online.

Tidak mengapalah, untuk lebih menyenangkan hidup anda kami telah membantu anda menyenaraikan syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan untuk rujukan dan panduan anda semasa memohon. Teruskan membaca maklumat di bawah.

Syarat memohon BKP di bawah hanyalah untuk tujuan rujukan umum. Sudah pasti pihak sekolah mempunyai caranya sendiri untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak. Keputusan kelulusan biasiswa ini juga bergantung kepada budibicara jawatankuasa penilai untuk BKP.

Sebab itu anda digalakkan merujuk kepada guru kelas anda dan pihak sekolah mengenai peluang memohon biasiswa BKP ini. Mereka lebih arif dan memahami keperluan pelajar mereka. Anda juga boleh meminta bantuan pihak sekolah sama anda anda memenuhi syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan sebelum mengemukakan permohonan.

Di bawah adalah syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

a. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia
b. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
c. Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah
d. Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan
e. Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Biasanya pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar yang layak dan membantu mengemukakan  permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pertimbangan.

Pelajar yang layak dan berminat untuk memohon biasiswa BKP sila berhubung dengan guru kelas anda untuk meklumat lanjut dan proses permohonan.

Semoga perkongsian mengenai syarat kelayakan Biasiswa Kecil Persekutuan ini bermanfaat kepada anda.
8:32 PTG

Garden International School (GIS) Scholarship

Siapa yang nak sekolahkan anak-anak ke Garden International School (GIS) boleh memohon scholarship tahun ini 2019. Iklan ada dikeluarkan oleh pihak GIS baru-baru ini.
Jika anda berminat dan anak anda layak, bolehlah cuma memohon GIS Scholarship

Anda boleh menghantar permohonan sebelum 11 Mac 2019 tahun ini. Kalau lewat dari tarikh tersebut besar kemungkinan permohonan anda tidak akan dilayan.
GIS 2019 SCHOLARSHIPS
Are you an  academic superstar? Or is your child a talented musician? Brilliant at sports?  If you or your children are any (or all!) of the above, then consider applying for a GIS scholarship for the 2019-2020 academic year!
Untuk memohon layari laman web portal rasmi GIS. Jika anda perlukan maklumat lanjut juga kena check maklumat perhubungan di portal yang sama.

Semoga bermanfaat.
9:19 PG

Top Glove Scholarship Interview Questions - Apa Soalan Biasanya Ditanya?

Top Glove scholarship interview questions - apa soalan yang selalunya ditanya semasa sesi scholarship interview tersebut. Berberapa hari lepas selepas kami siarkan rencana/maklumat mengenai Top Glove Scholarsip (Biasiswa Top Glove) ramai yang tanya, scholarship ini ada interview ke? Kalau ada sesi Top Glove scholarship interview apa soalan-soalan yang biasanya ditanya?
Tak tahu apa jawapan yang tepat untuk soalan ini sebab setiap scholarship interview mungkin berlainan. Walau bagaimanapun kali ini kami kongsikan dengan anda sedikit maklumat mengenai Top Glove scholarship interview questions yang anda boleh expect semasa menghadiri temuduga nanti.

Perkongsian mengenai Top Glove scholarship interview questions ini dibuat untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan topik ini. Untuk tidak menghampakan anda anda boleh membaca tips-tips interview untuk Biasiswa CIMB dan Biasiswa IJM. Ini kerana Top Glove juga adalah entiti perniagaan, sudah tentu kualiti pelajar yang mereka inginkan untuk ditaja dan tujuan penajaan itu adalah lebih kurang sama.

Selain dari perkongsian mengenai Top Glove scholarship interview questions ini anda juga boleh baca tips persediaan menghadapi scholarship interview ini untuk panduan anda lebih lanjut. Ada banyak tips yang anda boleh dapatkan dalam online tetapi yang ini lebih baik dan jelas.

Jika anda (pembaca) pernah menghadiri interview biasiswa Top Glove mohon share Top Glove scholarship interview questions yang pernah anda ditanya semasa sesi tersebut. Pengalaman anda di ruangan komen boleh menjadi panduan pelajar-pelajar yang lain.

Bantu membantu itu amalan mulia.

So apa yang istimewanya dengan biasiswa Top Glove nie? Yang bestnya dengan biasiswa Top Glove ini ialah pelajar dibawa tajaan mereka besar kemungkinan akan ditawarkan pekerjaan selepas menyelesaikan pengajian anda.

Anda boleh tumpukan perhatian dengan pengajian dan tidak perlu risau lagi sama ada anda akan mendapat kerja selepas selesaikan pengajian nanti. Apa yang penting ialah belajar dan menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi agar anda boleh menyumbang kepada pembangunan perniagaan Top Glove khasnya dan negara amnya selepas habis pengajian.

Semoga perkongsian mengenai Top Glove scholarship interview questions ini bermanfaat
9:06 PTG

Tawaran Brunei Government Scholarships Untuk Pelajar Asing Belajar Di Brunei

[UPDATED - 1 Feb 2019] Kerajaan Negara Brunei Darussalam menawarkan biasiswa kepada pelajar asing untuk belajar di berberapa universiti terpilih di Brunei. Tahun ini biasiswa ini dibuka sekali lagi untuk memberi peluang kepada pelajar asing untuk memohon.
Brunie Ministry of Foreign Affairs and Trada baru-baru ini mempelawa permohonan dari pemohon-pemohon yang berminat dan layak untuk memohon Brunei Government Scholarship untuk sesi pengajian tahun ini.

Pelajar yang berjaya mesti belajar di universiti di Brunei di salah satu dari universiti berikut:

a. Universiti Brunei Darussalam (UBD)
b. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
c. Universiti Teknologi Brunei (UTB)
d. Politeknik Brunei (PB)


READ ALSO: ASEAN-KPMG Scholarships Apply Online Now!

Kriteria

Permohonan harus memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a. Permohonan adalah terbuka kepada warganegara dari mana-mana negara, tidak terhad kepada warganegara dari ASEAN, Commonwealth, dan OIC
b. Pemohon mestilah disokong oleh kerajaan masing-masing
c. Pemohon mestilah disahkan sihat dari segi perubatan untuk menjalankan biasiswa dan belajar di Brunei Darussalam oleh pengamal perubatan yang berkelayakan yang berdaftar dengan mana-mana Pihak Berkuasa Kerajaan negara asal mereka sebelum tiba di Brunei Darussalam. Mana-mana dan semua kos yang terlibat dalam mendapatkan pengesahan ini akan ditanggung oleh pemohon.
d. Pemohon mestilah. yang berumur di antara 18-25 untuk program sarjana muda dan diploma dan tidak melebihi umur 35 tahun bagi program lepasan ijazah 
e. Anugerah ini adalah TIDAK layak Brunei Darussalam Penduduk Tetap.

Cara memohon dan tarikh tutup permohonan

1.1 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh Kementerian Luar Negeri atau National Focal Point for Scholarships negara pemohon.

1.2 Pemohon dikehendaki juga mengemukakan penyata pelepasan keselamatan dari Agensi Keselamatan Negara mereka / pihak polis (iaitu kenyataan / laporan yang mengesahkan bahawa pemohon adalah bebas daripada apa-apa caj sivil dan jenayah).

1.3 Borang permohonan yang telah dilengkapkan haruslah diemailkan ke alamat email berikut applyBDGS2017@mfa.gov.bn

Kursus keutamaan

Brunei Government scholarship ini terbuka untuk mana-mana kursus yang ditawarkan oleh universiti yang terlibat.

Cara untuk memohon
Untuk membuat permohonan sila rujuk kepada pautan (link) di bawah

a. Download Online Application Form
b. Maklumat lengkap permohonan
c. For Returning Applicants

Alamat perhubungan
Technical Assistance Unit
Division of Scholarship, Training and Technical Assistance
Department of Administration
Ministry of Foreign Affairs and Trade
Bandar Seri Begawan BD2710
Brunei Darussalam
Tel: +673 2261177 ext. 387/ 386/ 380/ 383
Fax: + 673 2230903
E-mail: scholarship@mfa.gov.bn

READ ALSO: Brunei Scholarship For Foreign Students

Kepada pemohon yang memerlukan maklumat lengkap dan terkini mengenai Brunei Government Scholarship, sila berhubung terus dengan pihak mereka.
8:56 PTG

Top Glove Scholarship Application form Online

Top Glove scholarship tahun ini dibuka semula untuk pelajar yang layak dan berminat. Anda boleh memohon dengan cara download Top Glove application form secara online melalui link yang diberikan di bawah.
Biasiswa Top Glove ini ditawarkan untuk banyak bidang-bidang pengajian, kelulusan tentulah bergantung sepenuhnya kepada budibicara pihak Top Glove.

Jika anda memiliki kelulusan akademik yang cemerlang di peringkat STPM, anda digalakkan memohon biasiswa ini. Siapa tahun reziki ini untuk anda.

Untuk memohon download borang permohonan online Top Glove. Isikan borang permohonan itu dengan lengkap dan kembalikan/kirimkan ke alamat seperti yang ada di bawah.

Anda boleh menghubungi pihak Top Glove melalui maklumat perhubungan di bawah:

TOP GLOVE FOUNDATION
Scholarship Application
LOT 4969, BT 6, JLN TERATAI,
OFF JLN MERU, 41050 SELANGOR D.E. MALAYSIA.
Phone: +60333921992
Email: tgscholarship@topglove.com.my

Semoga bermanfaat.
11:23 PG

Contoh Soalan Peperiksaan PT3 Bahasa Melayu

Mungkin anda sedang mencari contoh soalan peperiksaan PT3 untuk Bahasa Melayu (BM). Kali ini kami kongsikan berberapa contoh untuk menjadi panduan dan rujukan anda.
Mengapa anda perlu memahami dan membiasakan diri dengan contoh-contoh soalan sebenar Bahasa Melayu untuk PT3?

Tentu sekali anda perlu memahami dan membiasakan diri untuk memudahkan anda menjawab dengan baik dan tenang semasa peperiksaan nanti. Tidaklah anda terkejut atau terpinga-pinga bila melihat soalan di hadapan anda semasa peperiksaan nanti.

Terdapat satu blog yang sangat baik untuk anda rujuk berkenaan topik ini. Di sana terdapat banyak contoh soalan tahun-tahun lepas Bahasa Melayu untuk PT3 yang boleh anda download dan berlatih menjawapnya.

Sebenarnya soalan BM untuk PT3 tidaklah susah nak score jika anda mula dari awal tahun lagi sudah banyak berlatih menjawab contoh soalan tahun-tahun lepas Bahasa Melayu PT3.

Sama seperti bidang sukan, anda kena banyak berlatih untuk lebih mahir dan mengelak kesilapan semasa pertandingan. Dalam konteks ini anda juga perlu banyak berlatih untuk bersedia dan memahirkan diri untuk mengelak banyak kesilapan semasa menjawap soalan peperiksaan sebenar PT3 Bahasa Melayu nanti.

Harap bermanfaat.
10:20 PG

Syarat Memohon Biasiswa Shell Malaysia Sebagai Panduan Anda

Syarat memohon biasiswa Shell Malaysia yang perlu anda patuhi jika memohon Shell Malaysia scholarship. Rasanya rencana mengenai biasiswa Shell ini sudah banyak kita siarkan. Antaranya rencana terdahulu kami mengenai cara memohon Biasiswa Shell Malaysia dan tips temuduga/interview biasiswa Shell.

Namun masih banyak persoalan dan untuk menjawab sedikit sebanyak, kali ini kami kongsikan syarat memohon biasiswa Shell Malaysia sebagai panduan anda. Adalah penting untuk anda memahami dengan jelas maklumat ini sebelum anda membuat permohonan secara online.

Adalah perlu untuk anda tidak melakukan kesilapan kerana biasiswa Shell adalah antara biasiswa yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun ramai pelajar Malaysia yang memohon biasiswa ini. Sudah tentu saingan amatlah sengit.

Selain dari kelayakan pencapaian akademik, kesilapan semasa membuat permohonan juga boleh menyebabkan permohonan anda gagal atau ditolak. Tidak rugi jika anda mengambil sedikit masa membaca dan memahami maklumat penting ini untuk panduan dan rujukan anda.

Syarat Memohon Biasiswa Shell

Sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat mengenai topik ini. Sila ambil perhatian bahawa ini hanyalah syarat asas sahaja, kelulusan permohonan anda adalah terletak pada budibicara pihak Shell.

Shell Malaysia ada kongsikan syarat memohon biasiswa Shell di laman website rasmi mereka untuk panduan pelajar. Di website tersebut juga ada diterangkan dengan terperinci proses permohonan dan tapisan yang pelajar terpaksa lalui untuk mendapatkan biasiswa ini.
Jika anda tidak memenuhi syarat-syarat asas ini tetapi merasakan anda layak dan berminat, anda boleh menghubungi pihak bahagian biasiswa Shell untuk meminta panduan lanjut dan maklumat terkini.

Selepas menghantar permohonan anda, pihak Shell akan membuat tapisan. Hanya pelajar yang disenarai pendek (short-listed) yang akan dipanggil untuk temuduga atau ke peringkat permohonan yang seterusnya.

Pelajar yang berjaya mendapat biasiswa Shell ini berpeluang untuk ditawarkan kerja terus dengan pihak Shell sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka. Ini bermakna pelajar tajaan Shell tidak perlu risau mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya masa depan mereka.

Semoga perkongsian mengenai syarat memohon biasiswa Shell ini bermanfaat. Kepada yang akan memohon kami ucapkan semoga berjaya!
9:58 PG

Download Tarikh Peperiksaan PT3 2019

Maklumat penting untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PT3 tahun ini. Di sini kami kongsikan jadual dan tarikh peperiksaan PT3 2019 untuk menjadi panduan dan rujukan anda. Ini sangat penting. Sila kongsikan juga maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Tarikh Peperiksaan PT3 2019

Sila rujuk jadual tarikh peperiksaan PT3 tahun ini di bawah.
Jadual ini penting untuk memudahkan anda merancang pembelajaran anda untuk menghadapi peperiksaan PT3 nanti. Jadual ini adalah seperti yang disiaran di laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini.

Semoga bermanfaat.
5:12 PTG

Tarikh Keputusan SPM 2018 Keluar - Mac 2019

Bila keputusan SPM 2018 akan dikeluarkan atau diumumkan? Ini soalan yang paling sering keluar ketika ini dalam kalangan pelajar lepasan SPM tahun lepas. Jangan bimbang, keputusan yang anda tunggu-tunggu itu akan keluar juga.
LINK: Tarikh Keputusan SPM 2018 Diumumkan

Keputusan SPM tahun lepas dijangkan akan keluar pada bulan Mac 2019. Cuma tarikhnya belum ditentukan lagi. Tunggulah Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) akan umumkan juga nanti.

Sementara menunggu keputusan keluar apa yang perlu anda lakukan?

Ada banyak perkara anda boleh lakukan. Antaranya ialah cari peluang-peluang biasiswa. Buat senarai peluang-peluang biasiswa tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Anda boleh dapatkan senarai biasiswa di Malaysia di sini.

Anda juga boleh ambil kursus kemahiran jangka pendek seperti kemahiran IT dan sebagainya. Itu nanti penting semasa melanjutkan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Ambil peluang ini untuk cari kerja sementara. Simpan sikit wang untuk bayar yuran pendaftaran dan permulaan pengajian selepas keputusan keluar nanti. Dapatlah meringankan sedikit beban ibubapa anda.

Semoga bermanfaat.
10:05 PG

Skim Pinjaman Pendidikan Perak Online - Pengajian Tinggi IPTA/IPTS

Skim pinjaman pendidikan Perak. Jika anda telah berusaha mencari biasiswa tetapi belum ada reziki mungkin ini peluang baik untuk anda. Pelajar yang masih belum mendapat sebarang penaja untuk sambung pengajian mereka boleh memohon Skim Pinjaman Pendidikan Perak dan anda boleh menghantar permohonan anda secara online.
Skim pinjaman pendidikan bolehubah Perak ini bersifat bolehubah iaitu pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang berpeluang menukar sebahagian jumlah/sepenuhnya kepada biasiswa.

Pinjaman itu juga adalah bebas 'interest/faedah' untuk setiap pembayaran. Ini tentunya satu skim yang bagus kerana pelajar tidak dibebani jumlah bayaran tambahan ke atas jumlah pinjaman mereka pada masa akan datang.

Untuk memohon anda boleh memohon terus melalui laman web portal rasmi yang telah disediakan khas untuk tujuan ini.

Semoga bermanfaat.
1:33 PTG

Important UCSI Scholarship Interview Questions

UCSI scholarship interview questions. Baru-baru ini ada iklan dikeluarkan oleh pihak UCSI mengenai UCSI Trust scholarship untuk pelajar yang layak.
Tahun ini UCSI University menawarkan 6 kategori biasiswa untuk pelajar yang layak dan berjaya dalam scholarship interview yang wajib dihadiri oleh pelajar yang memohon biasiswa tersebut.

Untuk memohon biasiswa di >>> UCSI sila layari UCSI Trust Scholarship.

Sila rujuk list di bawah.

  • UCSI University Trust Sports Bursary
  • UCSI University Trust Education Grant
  • UCSI University Trust Scholarship
  • UCSI University Trust CAT Scholarship
  • UCSI University Trust Pre-U Scholarship
  • UCSI University Trust A-Level Scholarship

Ok berbalik kepada topik 'UCSI scholarship interview questions' sebenarnya tiada format tetap yang disediakan atau soalan-soalan yang akan ditanya semasa interview.

Jika anda menghadiri UCSI scholarship interview, memadai dengan anda menyediakan diri dan mental anda supaya sentiasa tenang dan matang menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga.

Sebenarnya penemuduga bukanlah hendak mengetahui apakah anda tahun banyak perkara, apa yang mereka handak lihat ialah keyakinan diri dan matang semasa menjawab soalan-soalan. Tidak perlu menjawab dengan terlalu laju/pantas. Jawap sahaja apa yang ada tahu dengan tenang dan matang. Itu sudah cukup.

Kebiasaannya soalan-soalan yang ditanya berkisar mengenai latar belakang diri anda, minat dan perwatakan anda.

Untuk membuat sedikit persediaan, anda boleh membaca rencana kami terdahulu mengenai persediaan menghadapi temuduga biasiswa.


Semoga bermanfaat
8:10 PTG

Permohonan Ke Timur Tengah Lepasan STAM 2018 Online

Permohonan ke timur tengah lepasan stam 2018. Pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia - STAM tahun lepas boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah untuk sesi pengajian bermula 2019.
Pelajar yang layak dan berminat boleh memohon secara online melalui laman web portal khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan ini telah dibuka pada 22 Januari 2019 (selasa) dan akan ditutup pada 31 Januari 2019.

Sila buat permohonan secara online sebelumtarikh tutup tersebut.

Permohonan bagi lepasan SPM dan Diploma Qiraat dibuka pada 22 Januari 2019 dan akan ditutup pada 8 April 2019


Alamat Perhubungan:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia
Aras 4, No.2, menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya
No. Tel: 03-88706627 / 6226
No. Faks: 03-88706853
Email: mhashimah.yusof@moe.gov.my / khairul.samsudin@moe.gov.my

Pihak KPM tidak melantik mana-mana agen untuk menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Semoga bermanfaat.