10:42 PG

Jawatan Kosong Pensyarah & Pegawai Perhubungan Di Institut Aminuddin Baki

Jawatan kosong penyarah dan pegawau perhubungan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Jawatan ini terbuka kepada Pegawai Perkidmatan Pendidikan (PPP) KPM yang sedang berkhidmat dan memenuhi syarat kelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.


A. Pensyarah Kanan Gred DG48
· IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan;

· IAB Cawangan Genting Highlands, Pahang;

· IAB Cawangan Sabah; dan

· IAB Cawangan Sarawak


B. Pegawai Perhubungan Gred DG44
· IAB Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Jika anda layak dan berminat sila kemukakan permohonan anda.

Info Berkaitan:
9:52 PG

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Exam Date

Jadual peperiksaan UPSR 2019 ini adalah untuk panduan dan rujukan pelajar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini. Peperiksaan UPSR tahun ini akan berlangsung tinggal berberapa hari lagi dari sekarang.

Anda boleh download jadual peperiksaan UPSR 2019 di sini.

Takwim peperiksaan UPSR tahun ini penting. Anda boleh download dan print (cetak) sebagai panduan dan rujukan dalam dalam merancang proses pembelajaran dan ulangkaji anda di rumah.

Jika anda belum mendapat jadual ini sila download jadual tersebut melalui link yang diberikan di bawah.

Tahun ini peperiksaan UPSR akan berlangsung dari 4 Sept hingga 12 September 2019. Hanya berberapa bulan dari sekarang anda akan menduduki peperiksaan UPSR.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan download koleksi soalan peperiksaan UPSR tahun-tahun lepas.

Semoga jadual peperiksaan UPSR ini dapat membantu anda menyediakan diri dan membuat perancangan menghadapi peperiksaan tersebut.

Download jadual penuh peperiksaan bertulis UPSR tahun ini melalui link di bawah.

Klik: DownloadJadual UPSR Online

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Semoga berjaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Share info ini dengan kawan-kawan anda.

Info Berkaitan:

2:07 PTG

Biasiswa Hong Leong 2019 Untuk Pelajar Malaysia

Biasiswa Hong Leong 2019 untuk pelajar Malaysia. Mungkin anda telah buat semakan keputusan UPU online dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian anda ke Universiti Awam (UA) IPTA.

Sekarang inilah masanya anda mencari biasiswa untuk menaja pengajian anda. Tahun ini tawaran biasiswa Hong Leong Bank sekali lagi diwujudkan untuk para pelajar.


Untuk memohon, anda boleh menghantar permohonan secara online melalui laman applikas online yang disediakan oleh pihak Hong Leong.

Klik link di bawah untuk memohon biasiswa Hong Leong Bank
Selain itu anda juga boleh baca peluang-peluang biasiswa yang lain seperti biasiswa Shell Malaysia, Biasiswa Petronas dan Biasiswa Felda.

Semoga berjaya kepada anda yang memohon.

Info Berkaitan:

8:50 PTG

Semakan Keputusan UPU Online Dan SMS UA IPTA

Semakan keputusan UPU online dan SMS. Pelajar yang ada memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA) IPTA boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 5 Mei 2019.

Pelajar boleh membuat semakan melalu 2 cara iaitu melalui sistem applikasi online dan juga melalui SMS.

Untuk semakan melalui SMS anda boleh membuat semakan melalui laman webportal yang disediakan untuk tujuan tersebut.

Semakan melalui SMS lebih laju/pantas. Jika anda tidak mempunyai conectivity internet yang laju/baik anda boleh gunakan sistem SMS untuk membuat semakan.

Layari link berikut untuk membuat semakan.

LINK: Sistem Semakan Online & SMS

Kepada yang ada memohon ke UA IPTA kami ucapkan semoga berjaya.
10:12 PTG

Permohonan Biasiswa JPA 2019 PIDN Online

Permohonan biasiswa JPA 2019 PIDN kini telah dibuka. Jika anda berminat bolehlah memohon sebelum tarikh tutup. Permohonan biasiswa JPA 201 ijazah sarjana muda ini terbuka kepada para pelajar yang berminat untuk memohon dan berkelayakan.

Tarikh permohonan biasiswa JPA 2019 akan ditutup pada 3 Mei 2019. Sila memohon sebelum tarikh tersebut.

Untuk memohon sila rujuk artikel terdahulu kami di sini


Kepada anda yang memohon kami mengucapkan semoga berjaya
10:23 PG

Download Nota Matematik UPSR: Nombor Dan Operasi (PDF)

Nota Matematik UPSR dalam topik 'Nombor Dan Operasi' untuk rujukan pelajar. Nota padat Matematik UPSR ini boleh anda jadikan sebagai nota poket yang boleh ada bawa ke mana-mana untuk rujukan pantas. Nota padat Nombor Dan Operasi untuk pelajar UPSR ini meliputi keseluruhan bab mengenai topik tersebut. Nota ini berguna untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR Matematik tahun ini.

Anda boleh download nota ini dan cetak (print) untuk panduan anda. Nota Matematik ini adalah dalam bentuk PDF supaya senang untuk anda download nanti.

Jika anda rajin membuat rujukan dan memahami topik ini dengan mendalam, ianya sedikit sebanyak boleh membantu anda semasa peperiksaan nanti. Ramai pelajar yang terpaksa ambil kelas tuition (tuisyen) hanya untuk mendalami topik ini sahaja.

Contoh Nota:
nota matematik UPSR nombor dan operasi

Untuk download sila layari >> Nota UPSR Nombor Dan Operasi Online

Topik Berkaitan: Soalan Percubaan UPSR

Semoga perkongsian nota Matematik UPSR Nombor Dan Operasi ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda yang mendududuki peperiksaan tahun ini.
10:25 PG

Cara Buat Pantun 4 Kerat Bahasa Melayu Untuk Rujukan Pelajar

Panduan ringkas cara buat pantun 4 kerat Bahasa Melayu dengan cepat dan mudah. Pantun terdiri dari pantun 2 kerat dan pantun 4 kerat, biasanya digunakan di permulaan ucapan untuk menambah seri majlis atau upacara. Pantun boleh berbentuk gurauan, pantun Melayu nasihat dan pelbagai tujuan lain lagi.

Setiap pantun terdiri dari 2 komponen utama iaitu PEMBAYANG dan MAKSUD. Cuba perhatikan contoh pantun di bawah.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh Kita Menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun di atas adalah pantun 4 kerat. Perhatikan 2 baris pertama dalam pantun tersebut adalah 'pembayang' dan 2 baris yang terakhir adalah 'maksud' pantun tersebut. Ada yang bertanya adakah pembayang dan maksud mestilah membawa erti yang sama? Jawapannya tidak. Pembanyang adalah penyedap rasa sahaja, supaya pantun tersebut yang diungkapkan lebih sedap didengar.

Pembayang adalah klu (clue) ke atas maksud yang ingin disampaikan. Sesuai dengan istilahnya, pendengar yang arif sudah boleh meneka maksud sesuatu pantun hanya dengan mendengar pembayangnya sahaja. Oleh hal yang demikian, pembayang yang baik haruslah boleh memberi bayangan kepada maksud yang ingin disampaikan, bukannya memberi gambaran yang salah.

Kalau maksud pantunnya sedih, pembayangnya pun harus sedih. Kalau maksudnya negatif, pembayangnya juga harus negatif, dan begitulah seterusnya. Lihat sahaja pembayang pantun di atas. "Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi" memberi erti bahawa kita hanya boleh berjumpa kalau umur kita sama-sama panjang. Kalau dah meninggal, mana dapat berjumpa lagi.

Begitulah keadaannya dengan sumur (perigi). Kalau masih ada lagi sumur tersebut, maka bolehlah kita menumpang mandi. Kalau sumur tersebut sudah tidak ada lagi, maka tidak dapatlah kita hendak menumpang mandi lagi.

Cuba perhatikan pula pantun di bawah. Cuba pula kita lihat pembayang yang saya rasa tak berapa cantik. Ia telah digubah oleh orang sekarang yang kalau tidak silap saya, pernah dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid sedikit masa dulu:

Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walau hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

Nampak tak maksud pantun dengan pembayangnya yang macam bertentangan. Pembayangnya membayangkan perkara yang elok-elok iaitu menceritakan tentang sepohon kayu yang mempunyai daun yang rimbun serta bunga dan buah yang lebat. Manakala maksudnya pula bertentangan iaitu mencela orang yang tidak sembahyang iaitu mereka yang mempunyai sifat yang tidak elok walaupun dikurniakan nikmat umur yang panjang.

Seterusnya saya akan bincangkan pantun dari aspek penyusunan rima pula. Berbanding dengan mencipta pembayang, menyusun rima adalah agak mudah sedikit.

Lihat contoh pantun yang mempunyai rima yang baik.

Rangkap 1. Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Rangkap 2. Gunung Daik Bercabang Tiga
Rangkap 3. Hancur Badan Di Kandung Tanah
Rangkap 4. Budi Yang Baik Di Pandang Juga.

Tumpukan kepada perkataan-perkataan yang diwarnakan.

Perkataan berwarna di rangkap 1 sama bunyinya dengan perkataan berwarna di rangkap 3. Pandan dengan Badan, Tengah dengan Tanah. Begitu juga perkataan yang berwarna  di rangkap 2 dengan rankap 4, Daik denga Baik dan Tiga dengan Juga.

Untuk panduan cara buat pantun 4 kerat yang lebih terperinci layari Bahasa Melayu puecorgxret.blogspot.com untuk tips-tips membuat pantut yang  betul dan cantik di dengar.

Semoga perkongsian cara buat pantun 4 kerat Bahasa Melayu ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan yang lain.
5:44 PTG

Senarai Peribahasa Melayu Dan Maksudnya - Rujukan Bahasa Melayu UPSR,PT3,SPM Dan STPM

Senarai peribahasa dan maksudnya. Kamus koleksi peribahasa Melayu bergambar, maksud serta contoh ayat untuk panduan Tahun 5, Tahun 6. Peribahasa Melayu ini di petik dari kamus dewan.

Adalah penting untuk anda memahami dan mengetahui pelbagai peribahasa Melayu berserta maksudnya untuk memudahkan anda menguasai subjek ini Bahasa Melayu. Penggunaan BM yang baik bukan sahaja terletak pada kebolehan anda betutur dan menulis dengan ayat yang tersususn tanpa kesalahan tatabahasa yang serius tetapi ianya menjadi lebih indah jika dapat diselitkan dengan peribahasa untuk mengambarkan maksud tersurat dan tersirat dengan lebih jelas.

Biasanya akan ada soalan-soalan peperiksaan UPSR, PT3, SPM mahupun STPM yang melibatkan pemahaman dan penguasaan peribahasan.
senarai peribahasa dan maksud

Di bawah adalah senarai peribahasa dan maksudnya untuk rujukan dan panduan anda.
PERIBAHASA
MAKSUD
Abu Jahal
Orang yang jahat
Ada air, adalah ikan
Ada negeri pastilah ada rakyatnya
Ada bakat
Mempunyai keupayaan
Ada hari, ada nasi
Asal masih hidup, pasti akan beroleh rezeki
Ada hati
Mempunyai kemahuan / keinginan
Ada jalan
Mempunyai kaedah / cara
Ada padi, semua kerja jadi
Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya dengan senang
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas
Membuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas jahat
Ada udang di sebalik batu
Mempunyai agenda yang tersembunyi
Air beriak tanda tak dalam
Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu
Air besar sampan tak hanyut
Maksud tiada mencapai
Air dicincang takkan putus
Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan
Air didih menganak sungai
Hiburan yang amat mewah
Air digenggam tiada tiris
Amat berhati-hati membelanjakan wang
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam
Amat sedih, sampai tidak enak makan dan minum
Air muka
Wajah atau nama yang bagus
Air susu dibalas dengan air tuba
Kebaikan dibalas dengan kejahatan
Ajak-ajak ayam
Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh
Alas kaki
Kasut
Alas perut
Makan saja untuk menahan daripada lapar
Ambil angin
Bersiar-siar / berjalan-jalan
Ambil berat
Memberi perhatian / mengambil tahu
Ambil pati, buangkan ampas
Pakai yang baik, yang tak baik dibuang
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat
Orang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat kedudukan baik
Anak baik, menantu molek
Amat berbahagia
Anak dagang
Orang asing / merantau
Anak emas
Anak yang sangat disayangi oleh keluarga
Anak gahara
Anak raja dari keturunan raja yang tulen
Anak kambing takkan menjadi anak harimau
Seseorang yang pengecut tentu pengecut
Angguk bukan, geleng ya
Lain di mulut, lain di hati
Angkat diri
Sombong
Angkat kaki
Cabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa
Angkat muka
Tidak tahu gentar / takut
Angkuh seperti merak
Gemar menganggap sendiri lebih baik daripada orang lain
Asam garam
Sangat banyak pengalaman hidup
Atas pagar
Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak
Ayam baru belajar berkokok
Saja cukup umur
Ayam jalak
Orang yang berani
Ayam tambatan
Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Seseorang yang membuat kejahatan akhirnya akan dapat malu
Bagai anjing beranak enam
Kurus akibat sering melahirkan anak / seseorang yang dibenci oleh masyarakat
Bagai anjing dengan kucing
Bergaduh apabila berjumpa
Bagai anjing tersepit di pagar
Mudah mencampurkan sesuatu hal yang tidak baik jika diperdekatkan
Bagai aur dengan tebing
Membantu antara satu sama lain
Bagai ayam disambar helang
Orang yang hilang dengan tiba-tiba
Bagai ayam mengeram telur
Keelokan muka perempuan / muka merah
Bagai bulan dipagar bintang
Seorang perempuan yang cantik
Bagai bulan jatuh ke riba
Dapat sesuatu yang tidak disangka
Bagai dakwat dengan kertas
Hubungan yang tidak pernah dipisahkan
Bagai duri dalam daging
Hal yang tidak menyenangkan hati
Bagai gagak menggonggong telur
Gadis hodoh berpakaian bagus
Bagai isi dengan kuku
Persahabatan amat erat
Bagai itik pulang petang
Amat lambat berjalan
Bagai katak di bawah tempurung
Seseorang yang cetek pengetahuan
Bagai kucing kehilangan anak
Orang yang kehilangan akal
Bagai kucing lepas senja
Susah dicari
Bagai limau masam sebelah
Berat sebelah
Bagai melulur bersitungging
Membuat sesuatu pekerjaan dengan terpaksa
Bagai menghitung bulu kambing
Membuat kerja yang sia-sia
Bagai pinang dibelah dua
Dua orang serupa atau sangat mirip
Bahasa dalam
Bahasa istana
Bahasa pasar
Bahasa percakapan yang tidak mengikut tatabahasanya
Bak cetus api
Amat cepat
Bakar tak berapi
Cinta secara tidak dengan sebenarnya atau berdiam-diam
Balik belakang lain bicara
Mungkir janji
Banyak mulut
Bercakap banyak
Batu api
Orang yang menyebabkan pergaduhan antara dua pihak
Bau-bau bacang
Mempunyai hubungan saudara yang jauh
Bekas tangan
Hasil buatan seseorang
Berat mata
Berasa mengantuk
Berat mulut
Orang yang pendiam
Berat sebelah
Tidak adil
Berat tulang
Malas
Besar diri
Sombong / bongkak
Besar hati
Bangga / gembira
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga maruah diri
Bintang terang
Bernasib baik
Buah tangan
Hadiah
Buka langkah
Melarikan diri sebab takut akan sesuatu
Buka tembelang
Membocorkan rahsia yang tersimpan
Buku lima
Penumbuk
Bulat fikiran
Tetap fikirannya
Bulat hati
Tetap hati dan bersugguh-sungguh
Burung terbang dipipiskan lada
Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi
Buta hati
Gelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang
Cacing hendak menjadi naga
Orang kecil mahu menjadi orang yang hebat
Cacing kepanasan
Orang yang selalu gelisah
Cacing menelan naga
Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Cahaya mata
Anak
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada
Bercakap seperti orang kaya, sebenarnya miskin
Cakap besar
Membesarkan diri sendiri
Cakar ayam
Tulisan sangat buruk
Campak baju nampak kurap
Membocorkan keburukan diri anda
Campak bunga dibalas dengan campak tahi
Kebaikan dihargai dengan kejahatan
Campur tangan
Melibatkan diri / ambil tahu
Cangkul angin
Membuat kerja yang sia-sia
Cantik bagai bidadari
Wajah yang manis atau sangat menarik
Cari akal
Memikir
Cari umbut kena buku
Mencari baik, dapatkan buruk
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan
Bernasib malang
Cepat kaki, ringan tangan
Rajin dan berdaya usaha
Cerai hidup
Suami dan isteri yang perpisahan
Cerai kasih
Putus percintaan
Cerdik bagai ekor kerbau
Lakukan kerja yang merugikan diri sendiri
Cerdik busuk
Pandai tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang
Cerita burung
Berita yang tiada berasas
Cermin bangkai
Menanggung malu akibat sesuatu kejadian
Cicak kubin
Sangat kurus
Curi hati
Memikat hati / jatuh suka
Curi tulang
Malas bekerja
Dada lapang
Sabar dan tidak mudah marah
Dada manusia tidak dapat diselam
Pengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui
Dagangan bersambut yang dijualnya
Cerita dari orang lain yang dia ceritakan
Dalam berselam, dangkal berjingkat
Pendapatan sedikit itu dipada-padakan
Dalam dua tengah tiga
Tidak berjujur
Dalam tangan
Sesuatu yang tentu akan diperoleh
Dapat bahagian
Denda / kena pukul
Dapat khabar
Menerima khabar
Darah daging
Saudara mara sendiri
Darah gemuruh
Mudah rasa gugup
Darah manis
Mudah mendapat bahaya
Darah muda
Semangat atau perasaan tidak sabar
Darah panas
Orang yang cepat marah
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh
Dari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
Sedikit sudah cukup daripada tiada langsung
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara
Daun nipah dikatakan daun labu
Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham
Daya fikir
Kekuatan berfikir
Dengan kartu terbuka
Dengan terus terang
Depan hidung
Sangat dekat
Detak hati
Perasaan / kata hati
Di bawah ketiak orang
Di bawah kekuasaan seseorang
Di luar merah di dalam pahit
Lahirnya baik, tetapi fikirannya jahat
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air
Mahu sesuatu tidak pada tempatnya
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak
Di mana ada gadis, anak-anak muda akan ada di situ
Di mana makan di situ berak
Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki
Diam-diam ubi
Perkara berlaku secara senyap
Diberi berpadang luas
Diberi kebebasan penuh
Dicocok orang hidungnya
Menurut saja perintah orang lain
Didengar ada, dipakai tidak
Nasihat yang sia-sia
Digantung tinggi, dibuang jauh
Tidak berkuasa sedikit jua
Dimakan mati emak, diluah mati bapa
Dalam situasi yang serba salah
Duit kopi
Rasuah / wang sogokan
Durian runtuh
Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
Ekor mata
Lihat dengan hujung mata / berhati-hati
Ekor pulau
Hujung pulau
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga
Orang miskin yang ingin meniru tindakan orang kaya
Elok arak di hari panas
Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan
Elok buruk dan busuk hanyir
Kesenangan dan kesusahan sentiasa ada
Elok lenggang di tempat datar
Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai
Emak buyung
Wanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak
Emak saudara
Kakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu
Emas putih
Campuran emas berwarna putih
Emas sebungkal
Barang yang berharga
Emas tempawan
Orang yang dikasihi
Embacang buruk kulit
Ia kelihatan buruk tetapi ia sangat baik
Embun betina
Embun yang kecil-kecil
Embun di hujung rumput
Tiada kekal
Embun jantan
Embun yang besar-besar
Enak hati
Gembira / senang hati
Enau sebatang dua sigainya
Satu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata
Jika tidak menyukai biasanya banyak alasan
Enggang lalu ranting patah
Sesuatu yang berlaku secara kebetulan meninggalkan akibatnya
Entimun bongkok
Tiada mengira di dalam pergaulan
Fajar menyingsing
Waktu pagi hari
Fikir itu pelita hati
Fikiran suluh kebenaran
Fikiran buntu
Sukar dapat memikir penyelesaian
Fikiran sempit
Seseorang fikiran yang cetek
Fikiran tajam
Sangat cepat faham akan sesuatu
Fikiran terbuka
Sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga
Tindakan yang terlanjur, walaupun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar
Gagak bersuara murai
Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati
Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga
Kelakuan orang miskin yang gemar meniru orang kaya
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Jika raja-raja berselisih, rakyat akan dapat susah
Gajah berhati, kuman pun berhati juga
Kaya dan miskin bersama berfikiran dan bernafsu
Gajah dipandang seperti kuman
Terlalu marah
Gajah ditelan ular lidi
Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah
Gajah empat kaki lagi tersaruk
Orang yang berkuasa itu waktunya sampai akan kehilangan kebesarannya
Gaji buta
Orang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Gali lubang tutup lubang
Pinjam wang untuk bayar hutang
Gar-gar gelegar, rasuk juga menahannya
Jangan senang percaya dengan perkataan orang
Garam dikulum tak hancur
Orang yang cerdik menyimpan rahsia
Garam jatuh di air
Nasihat itu diterima dengan baik
Garuda diburu layang-layang yang dapat
Barang yang didapatkan tidak seimbang dengan yang diinginkan
Gatal mulut
Suka cakap keburukan orang
Gatal tangan
Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan
Gaya saja, rasanya wallah
Rupanya sahaja yang bagus, tetapi budi pekertinya buruk
Gayung tua, gayung memutus
Kata-kata orang tua biasanya betul
Gedang kayu, gedang dahannya
Banyak pendapatan, banyak belanjanya
Gelap hati
Sukar faham pelajaran
Gelap mata
Mengamuk
Gelegar buluh
Cakap besar tetapi tiada berfaedah
Geleng seperti si patung kenyang
Berjalan melonjak-lonjak sebab sombongnya
Gerak badan
Senaman
Gerak hati
Perasaan dari dalam hati
Gigit jari
Menyesal
Gila bahasa
Orang yang tidak panjang fikirannya
Gila bayang
Inginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
Gila judi
Suka bermain judi
Goyang kaki
Dapat kesenangan dalam cara yang mudah
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
Tindakan yang tidak sempurna
Gulung tikar
Perniagaan tetap ditutup
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
Digunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
Gunung payung
Orang kesayangan / buah hati
Habis akal
Bingung setelah daya usaha
Habis jodoh
Bercerai
Habis kapak berganti beliung
Amat rajin bekerja
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat
Habis madu sepah dibuang
Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan
Hancur hati
Sedih / kecewa
Hangat hati
Amat marah
Hangat-hangat tahi ayam
Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari
Membantu seseorang yang ditimpa kesusahan
Hapus panas setahun kerana hujan
Kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap
Cakapnya sahaja yang hebat tetapi buktinya tidak ada
Harga diri
Maruah seseorang
Harga mati
Harga yang tetap
Harga pokok
Harga tiada mengambil kira sebarang keuntungan
Hari guruh takkan hujan
Orang yang amat marah biasanya tidak sampai pukul
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya
Orang miskin menjadi kaya, melupakan dirinya
Hari tak selamanya panas
Nasib baik dan malang secara bergantian
Hari tidak siang saja
Tidak selalu senang secara berterusan
Harimau ditakuti sebab giginya
Orang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya
Harimau mati kerana belangnya
Mendapatkan kemalangan kerana kelebihannya
Harimau menunjukkan belangnya
Orang yang menunjukkan kekuatannya
Harta orang hendak digalas
Orang yang ingin mengambil harta orang lain
Hati bagai baling-baling
Pendirian yang tidak tetap
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang
Orang yang tidak mempunyai perasaan
Hati batu
Seseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat
Hati emas
Hati yang baik
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pembahagian yang sama rata
Hati kecil
Perasaan hati yang sesungguhnya
Hati perut
Bertimbang rasa
Hati tungau
Penakut
Hati waja
Terus berusaha dan tidak menyukai berputus asa
Hempas tulang tak berbalas jasa
Berpenat telah tetapi tidak mempunyai hasilnya
Hendak air pancuran terbit
Memperoleh lebih daripada yang dikehendaki
Hendak masak langsung hangus
Kerana terlalu banyak meninggikan diri akhirnya dapat malu saja
Hendak terbang tiada bersayap
Ingin melakukan sesuatu tetapi tidak berkuasa
Hentam kromo
Membuat sesuatu kerja dengan sesuka hati
Hidung belang
Orang yang suka mengusik perempuan
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Gemar ikut campur di dalam urusan orang lain
Hidung tinggi
Sombong
Hidup segan mati tak mahu
Hidup melarat
Hilang akal
Jadi bingung / gila
Hilang di mata di hati jangan
Walaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati
Hilang harapan
Telah putus asa
Hujung lurus, pangkal berkait
Ia kelihatan baik, tetapi di hatinya adalah kejahatan
Hutang keliling pinggang
Menanggung pinjaman yang terlalu banyak
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu
Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai
Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim
Orang yang tidak tetap kedudukannya
Ibarat perahu takkan karam sebelah
Simpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
Orang melarat dapat pertolongan
Ibu angkat
Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri
Ibu ayam
Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit
Ibu kandung
Ibu sendiri
Ibu keladi
Orang tua yang bersikap seperti orang muda
Ibu pertiwi
Negara tempat kelahiran
Ikan di hulu tuba di hilir
Perbuatan yang sia-sia
Ikan di kuali, habis melompat
Bernasib malang
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor
Kerana yang sedikit rosak yang ramai
Ikan tergantung, kucing tunggu
Mengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki
Ikat diri
Sangat berat
Ikat hati
Menawan
Ikat janji
Membuat perjanjian
Ikat perut
Orang yang menahan lapar
Ikut jejak
Mencontoh sifat baik
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi
Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh
Intan baiduri
Seseorang yang dikasihi
Intan berlian jangan dipijakkan
Untung bahagia jangan dielakkan
Iri hati
Perasaan dengki
Isi dada bekal berjalan
Jika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki
Isi hati
Perasaan
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita
Kita yang berkerja, orang lain yang senang
Isi perut
Perasaan yang sesungguhnya
Isi rumah
Keluarga
Itik bertaji
Amat penakut, tetapi sombong
Itik diajar berenang
Membuat kerja yang sia-sia
Itik mendapat air
Memperoleh sesuatu yang sangat disukainya
Jadi abu
Sesuatu yang sudah hancur berkecai
Jadi air mandi
Sudah menjadi kebiasaan
Jadi alas cakap
Hadiah kepada orang yang merit
Jadi penghubung kaki tangan
Tempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan
Jaga hati
Bertolak ansur
Jaga mulut
Bercakap dengan berhati-hati
Jalan buntu
Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian
Jalan fikiran
Cara berfikir
Jalan keluar
Cara penyelesaian masalah yang telah buntu
Jalan mati
Jalan yang berhujung
Janda berhias
Perempuan masih muda tetapi suaminya sudah mati atau diceraikan
Jangan bagai babi merasa gulai
Orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan
Jangan berkemudi di haluan
Jangan terlalu mengikut kata-kata isteri
Jangan bersandar di batang rengas
Jangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat
Jangan diajar orang tua makan kerak
Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu
Jangan difikirkan air pasang saja
Jangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting
Perbuatan yang buruk jangan dibiasakan
Jangan memberi bunga kepada monyet
Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai
Jangan menggerak ular tidur
Bahaya jangan mencari
Jangan seperti si buta mematah tongkat
Orang yang membantu kita, jangan bermusuh
Jantung hati
Orang yang sangat dikasihi
Jari kudung dimasukkan cincin
Membuat perkara tidak pada tempatnya
Jarum halus kelindan sutera
Tipu muslihat yang amat halus
Jatuh hati
Menaruh sayang kepada seseorang
Jauh di mata, dekat di hati
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang ditinggalkan
Jauh hati
Sedih kerana berasa tersinggung
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Cakap besar di belakang-belakang sahaja
Jauh panggang dari api
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat
Jejak langkah
Mencontohi kelakuan orang yang terdahulu
Jika baik ada cacatnya
Tidak ada yang sempurna sebenarnya
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut
Yang jahat itu masih jahat
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu
Mestilah berusaha untuk dapatkan sesuatu yang dihajati
Jinak-jinak merpati
Perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila didekati
Jiwa besar
Mempunyai cita-cita yang tinggi
Juling air
Juling sedikit
Kacang hantu
Seseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain
Kacang lupakan kulit
Orang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah menolongnya
Kain basah kering di pinggang
Amat miskin
Kain dalam lipatan
Wanita yang membuat kejahatan di dalam diam-diam
Kain sehelai sepinggang habis
Mengalami kerugian atau kecurian
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja
Kaki ayam
Tidak memakai kasut berjalan
Kaki bangku
Tidak tahu bermain bola
Kaki botol
Orang yang suka minum arak
Kaki judi
Seseorang yang suka bermain judi
Kaki lima
Lantai di depan kedai
Kaki naik, kepala turun
Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kaki pekuk lenggang ke perut
Buruk dan bodoh
Kata hati
Perasaan dari dalam hati
Kata putus
Keputusan yang terakhir
Katak ditimpa kemarau
Berkeluh kesah dengan tiada keruan
Ke gunung tak dapat angin
Gagal untuk dapat keuntungan
Ke mana condong, ke mana rebah
Telah dilakukan menurut adat yang biasa
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Peribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa dirinya
Kebenaran di hujung lidah
Tiada keadilan
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Pengetahuan itu bukan pasti pada orang tua-tua saja, orang muda-muda ada juga
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain
Kecil-kecil anak harimau
Walaupun kecil tetapi berani
Kecut perut
Perasaan takut
Kembang hati
Gembira
Kena luluk kandang kering
Dapat kesusahan tidak pada tempatnya
Kepala angin
Orang yang cepat marah
Kepala batu
Degil
Kepala berat
Bodoh
Kepala ke bawah, kaki ke atas
Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk
Kepala tersangkut dengan kulit babi
Memperolehi malu besar
Kepala yu, ekor babi
Bermuka dua
Kera sumbang
Orang yang tidak suka bergaul
Kerang busuk
Tersengih-sengih tanpa alasan
Ketam batu
Orang yang amat kedekut
Ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul
Orang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak membetulkan sebagai yang dinasihatkannya
Khabar angin
Berita yang belum tentu benarnya
Kucing bertanduk
Perkara yang mustahil berlaku
Kuku besi
Bersifat kejam dan keras dalam pemerintahan
Kutu embun
Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam
Kutu jalan
Orang yang suka merayau-rayau tanpa maksud
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.
Persahabatan yang sangat erat
Ladang yang berpunya
Gadis yang sudah kahwin
Lagi jatuh ditimpa tangga
Berturut-turut mendapat masalah
Lagi lauk lagi nasi
Lebih kaya, lebih banyak sahabatnya
Lagi lebai lagi berjanggut
Berilmu dan berbudi
Lagi murah, lagi ditawar
Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Lain bengkak lain bernanah
Orang lain yang bersalah, yang lain menanggung akibatnya
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
Setiap orang dengan kesukaannya
Lain mangkuk lain cawan
Tidak sama pembawaan dan kegemaran
Lain padang lain belalang
Adat negeri sentiasa berlain-lainan
Laksana burung diam dalam sangkar
Orang yang terikat hidupnya
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku
Gadis gemuk yang tidak disukai orang
Laksana garam dengan asam
Pasangan yang jodoh akan bertemui betapa pun jauhnya
Laksana layang-layang melawan angin
Membuat kerja yang sia-sia
Langkah bendul
Adik perempuan berkahwin lebih dulu dari kakaknya
Langkah kanan
Bernasib baik
Langkah kiri
Tidak bernasib baik
Langkah seribu
Cabut lari
Lapang dada
Berasa tenang
Lebai malang
Nasib yang kurang baik
Lebar mulut
Bercakap banyak
Lembut hati
Orang yang mudah menerima nasihat
Lena ayam
Belum tidur lena
Lepas diri
Tidak bertanggungjawab
Lepas tangan
Tidak menyukai campur tangan
Lidah bercabang
Percakapan yang tidak boleh dipercayai
Lipas kudung
Menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat
Lonjak sebagai labu dibenam
Sombong / angkuh
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga
Orang yang berselisih faham meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga
Lupa daratan
Melakukan sesuatu yang melampaui batas
Lurus akal
Jujur
Mabuk di enggang lalu
Amat tertarik hatinya pada orang yang belum dikenal
Macam betung seruas
Orang yang terlalu jujur
Macam orang biduk
Semua orang makan dan minum bersama tetapi bayar sendirinya
Macam ular kekenyangan
Orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tak betul lagi
Mahal dibeli sukar dicari
Sesuatu yang sangat susah didapat
Makan angin
Bersiar-siar / berjalan-jalan
Makan angkat
Suka dipuji
Makan bubur panas-panas
Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan
Makan diri
Perkara yang merosakkan diri sendiri
Makan gaji
Bekerja untuk mendapatkan upah
Makan hati
Perasaan sedih
Makan kawan
Berbahayakan kawan sendiri
Makin banyak orang, makin banyak niat
Setiap orang mempunyai kemahuan sendiri-sendiri
Makin murah, makin menawar
Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta
Malang tak berbau
Kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba
Malas bergarit, perut perit
Malas mencuba tentulah kelaparan
Malu berani, mati takut
Orang yang pengecut
Malu-malu kucing
Berpura-pura malu di depan orang
Mandi kerbau
Mandi tidak bersih
Mandi peluh
Bekerja dengan sepenuh tenaga
Masam muka
Tidak bertegur sapa
Masih berbau pupuk jerangau
Tidak ada pengalaman
Mata duitan
Orang yang amat tamakkan wang
Mata keranjang
Lelaki suka menggangu perempuan cantik
Membabi buta
Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu
Membuka pekung di dada
Membocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga
Memerah keringat
Berusaha
Mencurah air ke daun keladi
Berikan nasihat yang sia-sia
Merdu bagai buluh perindu
Suara yang bagus dan enak didengar
Mulut murai
Seseorang yang bercakap banyak
Murah hati
Pemurah
Naga ditelan ular lidi
Orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa
Naik angin
Amat marah
Naik basuh kaki saja
Mengerjakan sesuatu perkara dengan mudah
Naik kepala
Membuat sesuatu yang melampaui batas
Naik pitam
Pening
Naik tak bertangga, turun tak berpintu
Lakukan suatu perbuatan yang salah
Naik tangan
Mudah memukul orang
Nasi masak, periuk pecah
Keputusan yang akhir
Nasi sudah menjadi bubur
Kerosakan telah tidak boleh dibaiki lagi
Nyawa-nyawa ikan
Hampir-hampir mati
Omong kosong
Percakapan yang tidak berfaedah
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Setiap pertolongan orang hendaklah kita kenangi
Orang dapur
Perempuan
Orang harapan
Orang yang boleh dipercayai
Orang kanan
Orang yang diharapkan
Orang kebanyakan
Bukan orang bangsawan
Orang luar
Orang datang dari tempat lain
Orang rumah
Isteri
Otak beku
Orang yang bodoh
Otak cair
Pandai / Cerdik
Otak udang
Orang yang bodoh
Pacat ingin menjadi ular
Orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya
Pahit di luar manis di dalam
Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan
Paku Belanda
Harga tidak boleh ditawar-tawar
Panas baran
Seseorang yang mudah marah
Panjang tangan
Orang yang suka mencuri
Pasang telinga
Mendengar dengan teliti
Patah hati
Kecewa
Patah kandar
Hilang tempat berlindung atau bergantung
Pekak badak
Seseorang yang pura-pura tidak mendengar
Pelanduk dua serupa
Dua orang yang seolah-olah rupanya
Perang mulut
Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata
Perut kosong
Lapar
Pipit sama pipit enggang sama enggang
Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri Lilin
Seseorang yang tidak tahan dengan panas
Rabun ayam
Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam
Rambang mata
Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Rambut sama hitam hati lain-lain
Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan
Ranting reput
Sesuatu sudah tiada harapan
Rebung tidak jauh dari rumpun
Kelakuan anaknya tidak jauh dari tingkah laku ayahnya
Rebung tidak miang, bembam pula yang miang
Orang bersangkutan senyap diri, orang lain pula yang campur tangan
Rendah diri
Tidak sombong
Retak-retak mentimun
Retak halus yang cuma di luar saja
Rezeki harimau
Makanan yang ramai dan berjenis-jenis
Rezeki mata
Sesuatu perkara yang bagus ditengok
Ringan kepala
Mudah memahami sesuatu yang diajarkan
Ringan mulut
Peramah
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Ringan tulang
Rajin
Ringan tulang, berat perut
Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih
Rumah buruk disapu cat
Orang tua yang gemar bersolek
Rumah siap pahat berbunyi
Kerja sudah siap, tetapi tak sempurna atau masih dipertikaikan
Runtuh iman
Tergoda untuk melakukan kejahatan
Rusuh hati
Gelisah
Sagu hati
Hadiah
Sakit hati
Perasaan tersingguh dan membuatkan orang marah
Sakit mata
Benci memandang sesuatu
Sampah masyarakat
Orang yang amat hina
Sampai hati
Tidak segan-segan
Sauk air mandikan diri
Orang yang hidup berusahalah sendiri
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak
Sebelum ajal berpantang maut
Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba
Sebulat suara
Semua orang bersetuju dalam hal yang tersebut
Sehelai sepinggang
Pakaian yang ada pada tubuh
Sekali air bah, sekali pantai berubah
Apabila keadaan berubah, suasana berubah
Senyum kambing
Senyum yang mengejek
Separuh mati
Terlalu penat
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak terjamin, mungkin dipecat bila-bila masa
Seperti anai-anai makan kayu
Lakukan sesuatu yang begitu rajin
Seperti anjing bertemu pasir
Orang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya
Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi
Seperti api dengan asap
Hubungan yang tidak boleh diputuskan
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat kerana menghidap penyakit
Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sesuai, sama padan
Seperti ikan kena tuba
Tidak berdaya lagi
Seperti kucing dapat tikus
Tidak tahu duduk diam
Seperti mentimun dengan durian
Orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat
Seperti pahat dengan penukul
Tolong-menolong antara satu sama lain
Seperti rusa masuk kampung
Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru
Seperti tikus membaiki labu
Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak
Setengah tiang
Gila-gila
Sirih pulang ke gagang
Kembali ke tempat yang asalnya
Sudah terhantuk baru terngadah
Sudah terkena, hanya teringat
Tajam akal
Cerdik
Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas
Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
Tentulah ada sebabnya apabila orang menyatakan sesuatu perkara
Tangkai jering
Kedekut
Tangkap muat
Pilih tidak teliti
Tarik muka
Tidak puas hati
Tawar hati
Tidak bersemangat
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya
Kata-kata yang sudah diucapkan tidak boleh ditarik balik dan sendirinya yang menanggung akibatnya
Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan
Sekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu, janganlah pecahkannya
Tidur mati
Tidur yang tidak sedarkan diri
Tinggal kain sehelai sepinggang
Kehilangan harta akibat bencana
Tinggi hati
Sombong dan Megah
Tumbuk rusuk
Rasuah
Ubur-ubur airnya hitam
Orang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya
Ucap habis niat sampai
Keputusan yang diperoleh dengan segera
Udang hendak mengatai ikan
Tak faham kekurangan dirinya
Ukur baju di badan sendiri
Berbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh diukur dengan keburukan orang lain
Ukur jalan
Merayau-rayau tanpa arah dan tujuan
Ukur mata dengan telinga
Mengikut penglihatan dan pendengaran
Ular berkepala dua
Tiada tetap pihak mana yang diikuti
Ulat buku
Orang yang suka membaca buku
Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan
Bernasib buruk yang tidak dapat dielakkan lagi
Umpama kayu lempung belum ditolak condong sendiri
Seseorang mudah mengikuti kehendak orang lain
Untung bagai untung kapas
Orang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan
Untung batu
Bernasib buruk
Untung sabut
Selalu bernasib baik
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
Jika nasib baik akan dapat kejayaan, tapi jika nasib buruk akan dapat kerugian
Wang kopi
Wang diberikan sebagai hadiah kerana tolong mendapatkan sesuatu
Wang pokok
Duit modal
Wang saku
Wang yang diberi untuk perbelanjaan harian
Warta dibawa pikat dan langau
Khabar angin
Wau melawan angin
Perbuatan yang sia-sia
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan
Ia mudah untuk dijanjikan, tetapi sukar menepatinya
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Untung yang dijangkakan tidak dapat, sedangkan yang telah ada terhilang pula
Zaman beralih, musim bertukar
Segala-galanya mesti disesuaikan pada keadaan zaman

Sila rujuk page Senarai Peribahasa untuk senarai peribahasa yang lengkap berserta contoh bergambar untuk memudahkan proses pemahaman yang lebih mendalam.

Semoga perkongsian mengenai senarai peribahasa Melayu dan maksudnya ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.