Biasiswa the Sun-MAPCU Higher Education Fund, Apply Now!
Sebelum anda menghantar permohonan, sila baca dengan teliti info di bawah untuk menjadi panduan anda cara-cara memohon dan kelayakan yang diperlukan.
Anda juga digalakkan untuk membaca entry kami yang terdahulu mengenai Biasiswa The Star Education Fund.
Kelayakan Memohon
Berikut ialah kelayakan minimum yang diperlukan untuk memohon Biasiswa Sun-MAPCU ini. Sila baca dengan teliti untuk panduan dan maklumat lanjut.
1. Pemohon hendaklah seorang warga negara Malaysia
2. Pemohon hendaklah memiliki pencapaian akademik yang baik di peringkat SPM/’O’ Level, UEC atau STPM / ‘A’ Level atau yang setaraf.
3. Pemohon hendaklah layak untuk memasuki university yang terlibat untuk kursus yang berkaitan dengan tawaran scholarship.
4. Pemohon hendaklah aktif dalam bidang sukan atau kokurikulum
5. Pemohon hendalah mempunyai daya kepimpinan dan self-motivated.
6. Pemohon hendaklah sesorang yang betul-betul memerlukan bantuan scholarship.
7. Pemohon hendaklah bukan pemegang mana-mana scholarship atau financial aid dari institusi lain.
8. Pemohon hendaklah mematuhi terma dan syarat the Sun-MAPCU Higher Education Scholarship Fund.
9. Pemohon hendaklah mematuhi syarat dan terma university yang terlibat.
Untuk mengetahui kursus-kursus yang tersenarai untuk tajaan Scholarship ini sila >>> Klik SINI
Proses Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan theSun-MAPCU Higher Education Scholarship Fund
Borang permohonang itu hendaklah diisi dan dilengkapkan dengan terang dan jelas. Semua butir-butir peribadi mestilah tepat dan benar. Dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar bersama-sama dengan borang permohonan yang telah lengkap diisi ke alamat yang tersebut di bawah:-
The Manager
TheSun-MAPCU Higher Education Scholarship Fund
c/o Sun Media Corporation Sdn. Bhd,
P.O.Box 179, Jalan Sultan,
46720 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Untuk keterangan lanjut sila lawat laman web yang berkenaan TheSUN-MAPCU SCHOLARSHIP 2011 PAGE.