Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i

Cara Pengeluaran Duit & Penutupan Akaun Simpanan SSPN-i. Adakah anda memiliki akaun simpanan SSPN-i dan ingin mengeluarkan duit dan menutup akaun simpan SSPN-i anda?

Untuk pengetahuan anda akaun simpanan SSPN diwajibkan kepada semua warganegara Malaysia yang ingin memohon pinjaman PTPTN.

Jika anda berniat berbuat demikian maka panduan ini mungkin berguna untuk anda. Di sini kami ingin kongsikan info cara keluarkan duit dan menutup akaun SSPN-i anda.

Bagaimana cara pengeluaran simpanan SSPN-i

Jika anda memiliki akaun simpanan SSPN-i, anda sebenarnya boleh mengeluarkan duit yang ada di dalam akaun anda bila-bila masa tertakluk kepada peraturan dan syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak PTPTN yang antara lainnya ialah mengekalkan baki minimum sebanyak RM20.00 dalam akaun anda.

Cara pengeluaran duit & penutupan akaun simpanan SSPN-i

Ada tiga pilihan pengeluaran iaitu sama ada pengeluaran secara tunai, pos cek ke alamat rumah anda atau tutup akaun dan kreditkan wang dari akaun simpanan SSPN-i anda ke akaun bank pilihan anda.

Kes yang berbeza untuk proses penutupan akaun simpanan SSPN-i

Cara penutupan akaun SSPN-i

Jika anda bercadang untuk menutup akaun simpanan SSPN-I anda makan ada berberapa proses dan dokument yang diperlukan untuk membolehkan anda berbuat demikian

Salah satunya ialah, kepada pemilik akaun SSPN-i yang pernah memohon/kebenaran kaedah potongan gaji ke dalam SSPN-i anda, maka anda perlu penamatan potongan gaji terlebih dahulu.

Untuk perkara ini anda perlu mengisi dan melengkapkan borang kebenaran penamatan potongan gaji SSPN-i.

Dokumen yang perlu disertakan untuk menutup akaun simpanan SSPN-i

Berikut adalah antara dokumen penting yang perlu anda sediakan untuk menutup akaun SSPN-i anda.

  1. Borang pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
  2. Salinan MyKad / Kad Tentera / kad Polis Pendeposit
  3. Salinan kad SSPN-i
  4. Salinan Sijil Kematian (Jika penerima manfaat/pemilik akaun sudah meninggal dunia
  5. Salinan muka depan buku akaun/penyata akaun (kalau nak dipindahkan terus ke dalam akaun bank). Untuk salinan penyata akaun, jangan lupa minta cop pengesahan bank.

Proses pengeluaran atau penutupan akaun boleh dibuat di PTPTN atau anda boleh datang terus ke PTPTN one Stop Centre di KL Sentral (betul-betul di belakang bangunan Hotel Hilton, bersebelahan Poliklinik Sentral). Kedudukannya di luar bangunan KL Sentral.

READ: Cara Semakan Blacklist PTPTN Online

Untuk makluman anda, hanya pemilik akaun (jika masih hidup) yang berhak mengeluarkan atau menutup akaun SSPN.

Untuk maklumat lebih terperinci layari laman Webportal Rasmi SSPN-i. Diharapkan info cara pengeluaran dan penutupan akaun simpanan SSPN-i ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda