Senarai Bidang Kursus Ditawarkan Di UiTM Terengganu

Senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Terengganu. UiTM cawangan Terengganu adalah antara UiTM yang ada di seluruh negara. UiTM Terengganu memiliki 2 kampus cawangan yang terletak di Dungun dan Kuala Terengganu.

Kampus UiTM Dungun  memiliki 7 fakulti dan UiTM Kuala Terengganu memiliki 1 fakulti sahaja buat masa ini. Jumlah fakulti ini dijangka akan bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

KAMPUS DUNGUN

Fakulti Sains Komputer & Matematik

Diploma Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Netsentrik)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komunikasi Data & Rangkaian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Perniagaan)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Matematik Pengkomputeran)

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Peralatan)

Fakulti Kejuruteraan Kimia

Diploma Kejuruteraan Kimia

Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi

Diploma Pentadbiran Awam

Fakulti Perakaunan

Diploma Perakaunan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Diploma Seni Kulinari
Diploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kulinari
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Diploma Analisis Pelaburan
Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kewangan)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Operasi)

KAMPUS KUALA TERENGGANU

Fakulti Perakaunan

Diploma Perakaunan

Semoga perkongsian mengenai senarai bidang kursus yang ditawarkan di UiTM Terengganu ini bermanfaat kepada anda.