Biasiswa Yayasan Sarawak: Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Biasiswa Yayasan Sarawak – Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). Jika anda adalah anak kelahiran dari Negeri Sarawak tawaran biasiswa ini sangat baik untuk anda. Rugi jika tidak cuba memohon biasiswa ini. Biasanya tawaran biasiswa dari Yayasan Sarawak akan ada setiap tahun.

Apa yang anda perlu buat ialah selalu melayari lawan rasmi Yayasan Sarawak untuk mendapatkan maklumat terkini.

Selain biasiswa Yayasan Sarawak, anda juga boleh cuma memohon biasiswa yang lain. Ada banyak biasiswa ditawarkan setiap tahun.

Baca juga: Senarai Tawaran Biasiswa Terkini Di Malaysia Lepasan SPM

Biasiswa Yayasan Sarawak untuk pelajar yang berasal dari Sarawak

Biasiswa Yayasan Sarawak ini ditawarkan kepada para pelajar yang mempunyak kelayakan akademik yang semerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama dalam negara dan juga ijazah lanjutan dalam negara dan juga luar negara.

Sebelum memohon, sila pastikan anda memahami syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Sarawak. Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dengan teliti sebelum mengisi borang permohonan biasiswa ini.

Borang yang telah dilengkapkan/lengkap mestilah dikirim kepada Yayasan Sarawak menggunakan alamat di bawah. Anda juga boleh menghubungi mereka jika perlukan maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR).

Seksyen Biasiswa
Yayasan Sarawak
Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya, 93050 KUCHING.

Hubungi

Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
SEKSYEN BIASISWA
Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023

Untuk membuat/download borang permohonan layari http://www.yayasansarawak.org.my/

Ada antara tawaran biasiswa yang mewajibkan anda menghadiri temuduga biasiswa. Menghadapi temuduga biasiswa amatlah penting. Peringkat inilah yang menentukan anda akan dapat biasiswa atau tidak.

So, ada baiknya buat persediaan rapi untuk meningkatkan peluang anda nanti. Kami ada tulis artikel mengenai teknik menghadapi temuduga biasiswa sebelum ini. Bolehlah baca artikel tersebut untuk menambah dan memantapkan persediaan anda.

Semoga perkongsian mengenai tawaran biasiswa Yayasan Sarawak – Tunku Abdul Rahman ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsi maklumat ini dengan kawan-kawan yang lain.