Login Dan Panduan SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Terkini: Sistem SAPS Ibubapa semakan keputusan peperiksaan online ditutup sementara sehingga dimaklumkan kelak untuk proses penambahbaikan dan keselamatan (website security) portal SAPS Ibubapa. Kami akan update bila ada perkembangan terbaru.

Teruskan membaca untuk maklumat lanjut mengenai Sistem SAPS Ibubapa online.

Apakah SAPS ibu bapa  atau nama penuhnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan apakah fungsi dan cara penggunaan sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini. 

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah (SAPS) ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan dan diperkenalkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan dan juga membantu ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak mereka. Sistem ini merupakan sistem yang kerap kali digunakan oleh guru-guru dan juga ibu

Melalui sistem ini guru dan ibubapa dapat mengakses keputusan peperiksaan sekolah anak-anak mereka, sekaligus membolehkan ibubapa dan guru memantau perkembangan pembelajaran anak/pelajar dan membuat tindakan yang perlu sekiranya pelajar berkenaan memerlukan tindakan khusus/lanjut untuk membantunya dalam pelajaran.

Sistem SAPS ibu bapa ini tentunya amat memudahkan kerapa ibubapa tidak perlu lagi berkunjung ke sekolah anak-anak mereka untuk mengetahui prestasi pembelajaran anak-anak mereka.

Ini kerana sistem SAPS ibu bapa boleh diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja sama ada menggunakan komputer mahupun telefon pintar.

SAPS Ibu Bapa Login Portal

SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara atas talian (ONLINE). Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah

  • Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula daritingkatan 1 hingga tingkatan 5

Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini.

Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas Dan Keputusan Peperiksaan

Berikut kami kongsikan cara bagaimana anda boleh membuat Semakan. SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut:

Untuk mengekses SAPS Ibu Bapa Login Portal anda boleh klik link yang diberi di bawah untuk login ke dalam sistem aplikasi SAPS Ibu Bapa untuk membuat semakan.

a. [IbuBapa] Semakan keputusan peperiksaan: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php .
b. [Guru] Key in markah pelajar: https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

2. Selepas klik link tersebut anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:

3. Selepas paparan seperti di atas ada, anda bolehlah masukkan no kad pengenalan (KP) atau pun sijil lahir pelajar. Sila ambil maklum bahawa anda hendaklah masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”. Ikuti sepenuhnya arahan seperti yang ada di paparan yang disediakan dalam portal tersebut.
4. Pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan.
5. Klik semak dan keputusan peperiksaan anak anda akan terpapar.
6. Sebelum anda membuat semakan, sila berhubung dengan pihak sekolah anak anda terlebih dahulu untuk mengetahui tarikh semakan boleh dibuat menggunakan SAPS Ibu Bapa online.

Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini.

Bantuan Berkenaan SAPS Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah

Jika anda menghadapi kesulitan untuk menggunakan sistem applikasi SAPS Ibu Bapa, sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan dan rujukan anda.

Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

SAPS Ibu Bapa Hotline

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Video Panduan menggunakan SAPS Ibubapa Online

Untuk lebih memudahkan anda di bawah adalah video bagaimana menggunakan aplikasi SAPS Ibubapa online untuk rujukan anda.

Selamat membuat semakan SAPS Ibu Bapa kepada anda. Kongsikan artikel panduan ini kepada rakan-rakan guru anda dan juga kepada rakan ibu bapa lain.