Tarikh Permohonan & Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 2019

Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan atau lebih dikenali juga dengan singkatan BKP untuk pelajar sekolah menengah tahun ini. Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) tahun ini oleh Pihak Sekolah Bagi Murid Tingkatan 1 Hingga 5 Dan 6 Atas akan dibuka nanti. Kami akan update artikel ini bila ada info baru.

Baca juga: Senarai Biasiswa Terkini Untuk Pelajar Di Malaysia

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan oleh pihak sekolah untuk Tingkatan 1 hingga 5 dan 6 atas akan dibuka mulai Februari – Mac setiap tahun. Selepas itu permohonan akan ditutup sehingga ke tahun berikutnya.

Oleh itu pelajar yang berminat, memerlukan dan layak boleh merujuk kepada pihak sekolah masing-masing untuk permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan pada awal tahun untuk maklumat terkini masa untuk memohon biasiswa tersebut.

Sila rujuk iklan hebahan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk maklumat lanjut di bawah;

semakan biasiswa kecil persekutuan

Untuk membuat permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan anda boleh layari pautan (link) di bawah. Sebelum membuat permohonan sebaiknya anda membaca artikel kami terdahulu mengenai syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon BKP.

Anda juga boleh merujuk kepada perkongsian maklumat mengenai nilai jumlah tajaan biasiswa BKP mengikut  aliran kursus e.g Aliran Sastera ATAU Aliran Sains.

Kepada pelajar yang layak, perlukan bantuan tetapi belum membuat permohonan biasiswa BKP ini, anda bolehlah memohon dengan bimbingan pihak sekolah anda melalui laman portal rasmi yang disediakan di bawah.

permohonan biasiswa kecil persekutuan BKP

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan – https://sps1.moe.gov.my

Semakan Biasiswa Kecil Persekutuan juga boleh dibuat menggunakan link yang diberikan di atas. Selepas membuat permohonan secara online, pelajar dari masa ke semasa boleh membuat status semakan Biasiswa Kecil Persekutuan BKP mereka. Semakan status ini penting untuk mengetahui adakah permohonan anda berjaya atau tiada berjaya.

Setakat ini kami belum mempunyai jadual tarikh kemasukan BKP setiap bulan. Bila kami memiliki info tersebut page ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Anda dinasihatkan untuk bookmark page ini untuk memudahkan anda membuat semakan perkembangan terkini berkenaan permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dan juga semakan Biasiswa Kecil Persekutuan.

Read Also: Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

Diharapkan perkongsian maklumat tarikh permohonan dan semakan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) ini bermanfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan (share) maklumat ini kepada rakan-rakan untuk infomasi mereka.