Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah PORTAL PELAJAR Untuk Memohon Online

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar. Jika anda pelajar dari Sabah, tentu anda tahu mengenai peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Sabah. Tidak lama lagi biasiswa BKNS ini akan dibuka untuk permohonan bagi tahun ini. Kepada para pelajar yang sedang tertunggu-tungu untuk memohon biasiswa ini bolehlah memohon melalui sistem online yang telah dibangunkan oleh pihak BKNS.

biasiswa BKNS

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)

Untuk pelajar yang belum mengetahui mengenai BKNS anda boleh melayari laman website rasmi BKNS untuk membaca maklumat mengenainya.

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dan sedang belajar di IPT tempatan adalah dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Layari laman website rasmi BKNS untuk maklumat terperinci mengenai peluang-peluang biasiswa untuk pelajar-pelajar Sabah.

Tahun ini ada banyak bidang pengajian peringkat diploma dan ijazah ditawarkan biasiswa. Jika anda mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan kursus yang anda hendak ambil terdapat dalam senarai BKNS anda boleh memohon.

Pertimbangan, keputusan dan kelulusan permohonan anda adalah tertakhluk kepada pertimbangan bahagian biasiswa kerajaan negeri.

Untuk pelajar yang kursusnya tidak tersenarai dalam senarai yang layak memohon biasiswa BKNS, peluang anda sebenarnya masih ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah berhubung terus dengan pihak BKNS untuk pertimbangan.

Untuk memohon, pelajar perlu menghantar permohonan mereka melalui portal yang telah disediakan khas untuk tujuan ini. Laman Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini percuma untuk menggunakannya.

Ianya bertujuan untuk memudahkan proses permohonan Biasiswa BKNS untuk pelajar-pelajar Sabah.

Senarai Bidang Dan Peringkat Pengajian Ditaja BKNS

Sebelum memohon ada baiknya anda melihat senarai bidang dan peringkat pengajian yang layak ditaja oleh BKNS. Ini kerana bidang yang tidak tersenarai mungkin tidak akan dipertimbangkan untuk ditaja.

Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
Aktuari Sains     
Juru Ukur           
Kejuruteraan    
Kesihatan dan Perusahaan Ternak          
Pengurusan Hartanah   
Perakaunan
Pertanian
Sains Tulen
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
Aktuari Sains
Akuakultur
Ekonomi
Farmasi
Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Keusahawanan
Komunikasi
Juru Ukur
Muzik
Pelancongan dan Hospitaliti
Pendidikan
Pengajian Islam
Pengangkutan dan Logistik
Pengurusan Ladang
Pengurusan Hartanah
Pentadbiran Perniagaan
Perakaunan
Pergigian
Perhutanan
Perikanan
Pertanian
Perubatan
Perubatan Veterinar
Psikologi
Sains Alam Sekitar
Sains Biologi Marin
Sains Bioteknologi
Sains dan Teknologi Makanan
Sains Komputer
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Undang-Undang
Jika bidang yang anda ambil di IPT tersenarai dalam senarai di atas anda bolehlah memohon untuk tajaan biasiswa BKNS.

Kelayakan Akademik Pemohonan Biasiswa BKNS

Sila semak maklumat penting mengenai kelayakan memohon tajaan biasiswa BKNS di bawah sebagai panduan dan rujukan anda.

Syarat Kelayakan Akademik Pemohon
Kursus Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
Kursus Sarjana Muda
a. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Jayyid.
c. Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
d. Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
e. Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
Perubatan, Pergigian dan Farmasi
Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja
Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.


Kepada yang layak boleh memohon.

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Portal Pelajar

Portal pelajar Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ini telah dibangunkan untuk memudahkan semua urusan permohonan biasiswa untuk pelajar. Permohonan, semakan keputusan dan rayuan boleh menggunakan portal ini.

Layari portal pelajar BKNS – Portal Pelajar BKNS

Kepada yang akan memohon biasiswa ini kami ucapankan semoga berjaya!

Semoga perkongsian maklumat mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah portal pelajar ini bermanfaat.