Biasiswa Yayasan Sabah One Off Untuk Pelajar IPTA/IPTS Dari Sabah

Biasiswa Yayasan Sabah one off untuk pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntuk di IPTA atau IPTS di seluruh negara. Bantuan ini diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Apdal sebagai satu rangka usaha membantu meringankan beban kewangan pembelajaran untuk pelajar Sabah.

Baca maklumat lanjut biasiswa >> DI SINI

Baru-baru ini ada sesi penyampaian sumbangan/tajaan biasiswa Yayasan Sabah (YS) one-off yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan permohonannya.

Biasiswa Yayasan Sabah one off ini adalah tajaan dari YS yang tidak perlu dibayar balik dan hanya akan diberikan sekali sahaja. Ini adalah sumbangan dari kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar Sabah di IPTS dan IPTA.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang cemerlang dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal, pemberian bantuan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan modal insan di negeri Sabah yang berkualiti tinggi untuk masa depan negeri Sabah pada masa akan datang.

Kita perlukan rakyat yang berpendidikan tinggi untuk pembangunan dan kemajuan negeri Sabah ini pada masa akan datang.

Baca juga: Senarai Biasiswa untuk Pelajar Lepasan SPM dan STPM di Malaysia

Demikan seperti mana yang disiarkan di laman FB Parti Warisan Sabah.

Bantuan khas ini adalah inisiatif YAB Ketua Menteri Sabah untuk membantu golongan pelajar cemerlang dan kurang berkemampuan yang baru mendaftar memasuki kolej/universiti.
Bantuan khas ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibubapa yang kurang berkemampuan di kala anak-anak mereka memulakan pengajian di institusi pengajian tinggi.
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha, Tingkat 7.
Pelajar-pelajar atau ibubapa hendaklah membawa salinan kad pengenalan pelajar/ibu dan bapa serta Surat Tawaran dari mana-mana kolej atau universiti.

Untuk permohonan dan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sabah One Off ini anda boleh hubungi pegawai-pegawai BPPYS di talian berikut 088 – 326300, 326400.

Nota: Anda dinasihatkan untuk menyemak / berhubung terus dengan pihak Yayasan Sabah (YS) untuk info terkini sama ada biasiswa ini ditawarkan / tidak ditawarkan tahun ini.

Semoga perkongsian mengenai biasiswa Yayasan Sabah One Off ini bermanfaat kepada para pelajar kita.