Syarat Permohonan Biasiswa MARA Yang Perlu Anda Tahu

Syarat permohonan Biasiswa MARA yang perlu dipatuhi oleh para pemohon biasiswa ini. Jika anda ingin memohon biasiswa MARA perkara pertama yang perlu anda baca dan ketahui ialah membuat semakan sama ada anda layak atau tidak layak.

Maklumat yang lebih lengkap boleh dibaca di senarai biasiswa terkini di Malaysia. Maklumat lengkap termasuk tawaran biasiswa dari pelbagai syarikat dan agensi boleh dibaca di laman tersebut.

syarat biasiswa mara

Berita baiknya, anda tida perlu susah-susah untuk mencari syarat permohonan biasiswa MARA kerana kami telah bantu anda menyenaraikannya di bawah.

Syarat permohonan biasiswa MARA terbahagi kepada dua iaitu;
(a) Syarat Asas Kelayakan Permohonan dan,
(b) Syarat Kelayakan Akademik.

Jika anda memiliki kedua-dua syarat ini maka anda bolehlah cuba nasib memohon.

A. SYARAT PERMOHONAN BIASISWA MARA

1.1 Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia.

1.2 Pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa.

1.3 Had umur pemohon bagi semua peringkat pengajian adalah tidak melebihi 45 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

1.4 Pemohon telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai keputusan penuh pengajian semasa iklan dikeluarkan, atau pemohon lepasan Diploma yang mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

1.5 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

1.6 Mendapat tawaran pengajian peringkat Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah / Profesional secara sepenuh masa / separuh masa dan tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Universiti Kuala Lumpur / Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Institut Pengajian Tinggi Swasta Tempatan yang berdaftar dengan MARA. Pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti sekiranya diwajibkan menduduki ujian Bahasa Inggeris berkaitan seperti International English Language Testing System (IELTS) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL), Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya.

1.7 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain bagi pengajian sebelum ini.

1.8 Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus senarai hitam (blacklist) bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.

1.9 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja pada peringkat pengajian yang sama atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.

1.10 Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan / perletakan jawatan secara bertulis daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.

1.11 Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah dikemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.

1.12 Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah.

1.13 Pertimbangan bantuan pinjaman pelajaran MARA adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa berkenaan berpandukan syarat serta peraturan penajaan semasa yang ditetapkan oleh MARA.

2.0 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

2.1 Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut:

kelayakan biasiswa mara

Semoga perkongsian mengenai syarat permohonan biasiswa MARA ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan di Whatsapp atau Facebook rakan-rakan anda. Klik sahaja button share di bawah. Marilah kita saling membantu antara satu sama lain.