UiTM Tawau Alamat, Contact Number & Asrama Pelajar

UiTM kampus Tawau adalah salah satu cawangan  UiTM yang terletak di Tawau bahagian pantai timur Sabah.

Kampus induk UiTM Sabah terletak di Kota Kinabalu.

Untuk ke Tawau, anda boleh guna bas express dan juga kapal terbang.

Bandar Tawau amat berhampiran dengan sempadan Indonesia, menjadikan bandar ini adalah antara bandar besar dan sibuk di Sabah.

Kampus ini terletak dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Tawau.

READ: Permohonan IPG Lepasan SPM

Kampus UiTM di sini agak baru. Kemudahan pun mungkin adalah yang terbaru

Kepada pelajar yang mendapat tawaran belajar di kampus ini Tahniah! diucapkan.

Alamat dan asrama UiTM Tawau
Photo: UiTM

Address (Alamat)

UiTM Kampus Tawau
Jln Maktab Perguruan,
91000 Tawau,
Sabah

Contact Number (No Telefon)

Untuk berhubung dengan UiTM Tawau, boleh gunakan nombor telefon berikut.

Mungkin ada masanya talian agak sibuk, mohon jangan putus asa untuk berhubung dengan mereka jika perlu

Tel: +6089-951 611

Asrama UiTM Tawau

Kampus ini menyediakan asrama kepada pelajar yang perlu di kolej kediaman UiTM.

Maklumat asrama termasuk unit asrama di mana anda ditempatkan boleh anda tanya di bahagian pendaftaran.

Kampus ini memiliki berberapa kolej kediaman pelajar untuk kemudahan pelajar mereka yang perlu dan layak.

Pra Diploma Di UiTM Tawau

Di UiTM Tawau ada ditawarkan kursus Program Pra Pendidikan Tinggi.

Program yang di tawarkan:-

  • Pra Diploma Perdagangan.
  • Pra Diploma Sains.
  • Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera).
  • Pra Diploma Agroteknologi.
  • Pra Diploma Pengajian Islam.

Jika anda berminat untuk ambil kursus tersebut, anda boleh memohon secara online di laman portal rasmi UiTM Tawau.

Pemohon yang ingin memohon mestilah calon-calon Melayu, Orang Asli atau Anak Negeri Sabah/Sarawak.

Permohonan anda akan ditolak atau terbatal jika tidak memenuhi syarat asas di atas.

Map Lokasi

Untuk sampai ke sana, gunakan Google Map di bawah sebagai pandu arah.

Supaya anda tidak sesat atau salah tempat.

Selamat belajar, all the best!