Segala Yang Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

Petroliam Nasional Berhad atau dikenali sebagai Petronas, siapa yang tidak kenal dengan jenama minyak dan gas Malaysia yang terkenal di seluruh dunia ini.

Hebatnya lagi, menurut laporan Brand Finance 2022, Petronas berjaya kekalkan kedudukannya sebagai jenama minyak dan gas (O&G) yang terkuat dan paling bernilai di dunia selama 3 tahun berturut-turut.

Anda tahu atau tidak? Nama Petronas yang digeruni ini sebenarnya mempunyai institusi latihan teknikal mereka sendiri yang dikenali sebagai Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP).

Sebenarnya INSTEP ini telah lama ditubuhkan sejak tahun 1981 lagi, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudannya.

Kalau anda seorang yang berminat dalam bidang minyak dan gas, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk anda mencari peluang.

INSTEP menyediakan pembelajaran dalam situasi sebenar dalam persekitaran yang selamat untuk bakal-bakal jurutera dan juruteknik petroleum.

Biasanya pelajar akan belajar dalam dewan kuliah sahaja kan, tetapi di INSTEP tidak!

Anda akan diberikan latihan praktikal dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman supaya kecekapan pelajar meningkat ketika bertugas nanti.

Selain latihan praktikal, apa lagi yang menarik di INSTEP? Kalau anda nak tahu, mari baca lebih lanjut!

READ: Permohonan Kemasukan Ke INSTEP

Permohonan INSTEP Petronas

3 perkhidmatan utama INSTEP

  1. Program Pembelajaran

a. Program Penyatuan Rangkaian

Anda sangat beruntung jika memasuki INSTEP, bukan semua institusi latihan ada menyediakan program seperti ini!

Program ini dibuat bertujuan untuk merapatkan ikatan antara jurutera dan juruteknik yang memiliki diploma dan ijazah dengan tahap kecekapan dalam bidang minyak dan gas masing-masing.

Anda pun tahu kan, bahawa orang sekeliling kita sangat mempengaruhi pembelajaran kita setiap hari.

Kalau semuanya bersatu hati, mudahlah untuk belajar dan meningkatkan kemahiran terutama dalam bidang minyak dan gas ini.

b. Kelengkapan Kemudahan Penubuhan Loji Latihan Hilir Hulu (UDTP)

Apa kemudahan UDTP ni? Ini mesti kali pertama anda mendengarnya kan.

Kalau anda nak tahu, UTDP ini adalah sebuah kemudahan berteknologi tinggi untuk mensimulasikan senario loji huluan dan hiliran yang sebenar.

Jika hanya belajar teori melalui buku teks sahaja, mungkin penerangan tentang pengendalian loji minyak dan gas akan sulit difahami, tetapi di INSTEP, pelajar didedahkan dengan simulasi yang sebenar barulah boleh membangunkan tenaga kerja teknikal yang lebih cekap.

Sesi pembelajaran pun tidak membosankan dan tidaklah mengantuk semasa menjalani latihan praktikal kan.

c. Perkhidmatan Rundingan

Sebagai seorang pelajar, pasti anda mempunyai dilema tentang persediaan diri untuk kerjaya pada masa hadapan kan?

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, persaingan dalam mencari peluang pekerjaan dan memenuhi permintaan pasaran sangatlah mencabar.

Tetapi di INSTEP pelajar tidak perlu risau, kerana pihak perunding INSTEP yang berpengalaman lebih 40 tahun, sedia membantu pelajar mereka untuk memahami dan memenuhi permintaan pasaran untuk tenaga kerja pada masa depan di mana-mana sahaja di dunia.

Jadi kalau anda rasa memerlukan nasihat dan rundingan, anda boleh memanfaatkan perkhidmatan rundingan mereka.

Kemudahan Latihan Teknikal Tercanggih PETRONAS

Menceburi bidang minyak dan gas dengan PETRONAS, takkanlah belajar biasa-biasa sahaja kan?

Kalau anda nak tahu, elemen utama di INSTEP adalah Loji Latihan Hilir Hulu (UDTP).

Seronoknya belajar di INSTEP ni, anda boleh belajar dengan pembelajaran yang kondusif sama seperti keadaan di tempat kerja yang sebenar.

Tenaga pengajar pun bukan calang-calang orang, tetapi orang yang sudah berpengalaman dan memang berkelayakan dalam bidang minyak dan gas.

Semua pelajar akan membuat aktiviti sebenar yang dijalankan di loji UDTP supaya kecekapan mengendalikan loji bertambah setiap hari.

Kedua-dua loji latihan Hulu dan Hilir di UDTP telah ditauliahkan pada tahun 2014 dan digunakan dalam latihan dan penilaian pelajar.

Jadi pelajar yang menuntut di INSTEP memang mendapat kelayakan dengan badan akreditasi tempatan dan antarabangsa seperti Majlis Pendidikan Teknologi dan Perniagaan (BTEC) dan Petroleum Industry Training Organization (OPITO).

Anda memang beruntung jika mendapat kelayakan tersebut, kerana anda mendapat banyak peluang pekerjaan di pasaran antarabangsa!

Pensijilan Kursus di INSTEP Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa!

Memang tidak sia-sia jika menuntut pengajian dengan INSTEP ni kerana selain kelengkapan UDTP, ia juga memberikan simulasi latihan yang sebenar kepada pelajar.

Anda nak tahu tak kursus latihan apa sahaja yang mereka tawarkan?

Semua kursus yang mereka tawarkan hebat-hebat seperti kursus geologi dan geofizik, kejuruteraan petroleum, operasi penggerudian, dan operasi pengeluaran minyak dan gas di peringkat huluan.

Menariknya lagi, pensijilan kursus yang ditawarkan oleh INSTEP ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa!

Nak tahu kenapa? Kerana INSTEP bekerjasama dengan Velesto lalu terbentuklah Velesto-INSTEP Drilling Academy (VIDA).

Siapa yang tidak kenal jenama PETRONAS ini, mereka sememangnya jenama yang besar dan mestilah institut mereka pun bukan biasa-biasa!

Akademi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) di INSTEP

Anda pasti tahu bahawa banyak risiko boleh berlaku jika bekerja dalam bidang petroleum ini.

Di INSTEP, pelajar juga didedahkan dengan pematuhan terhadap peraturan kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar.

Jadi, segalanya di INSTEP ini memang lengkaplah, tidak rugi belajar di institut PETRONAS ini.

INSTEP sangat menitikberatkan tentang cara pengendalian dan pengurusan sisa berbahaya dengan betul.

Sebab itulah setiap pelajar akan diajar tentang cara pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, dan rawatan yang selamat untuk elakkan sebarang perkara yang boleh jejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar.

Mengapa INSTEP Adalah Pilihan Terbaik Anda?

1. Bila menuntut ilmu ni, kita memang digalakkan untuk bina rangkaian yang baik dengan orang sekeliling lebih-lebih lagi dengan orang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Pelajar di INSTEP memang bertuah kerana dapat membina rangkaian yang baik dengan tenaga pengajar mereka yang bertauliah dan pakar dalam bidang minyak dan gas.

2. Setiap pelajar akan melalui proses penilaian dan dan pengiktirafan untuk mencapai kecekapan yang berterusan.

Sijil kelayakan INSTEP ini diiktiraf di peringkat antarabangsa tau!

3. Pelajar berpeluang menerokai kemudahan pembelajaran yang bertaraf dunia!

Anda pun sudah tahu kan bahawa terdapat kemudahan teknologi Loji Latihan Hilir Hulu (UTPD) di INSTEP.

Di sinilah anda boleh alami pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bukan setakat duduk di dalam dewan kuliah saja.

Walaupun sekadar pembelajaran dan latihan, ia tetap dikawal demi persekitaran yang selamat untuk para pelajar.

Berminat untuk memasuki INSTEP? Layari laman website rasmi INSTEP untuk maklumat lanjut dan terkini.

Jadi, demikianlah serba sedikit tentang apa yang menarik di INSTEP. Jika anda seorang yang minat belajar dalam bidang minyak dan gas, di sinilah tempat anda!