Semakan Panggilan Temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Semakan Panggilan Temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) Lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tahukah anda bahawa semakan panggilan Guru Sandaran Terlatih (GST) boleh dibuat melalui online? Kepada yang telah memohon anda boleh berbuat demikian selepas pengumuman dibuat menerusi laman portal KPM. Semakan boleh dibuat secara online.

Guru Sandaran Terlatih (GST)

Sebelum itu tahukah anda apa maksudnya Guru Sandaran Terlatih? Mungkin ramai yang keliru atau tidak tahu perbezaan antara Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Guru Sandaran Terlatih (GST). Adalah penting untuk anda mengetahui apakah ianya GST.

Guru Sandaran Terlatih (GST) ialah guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar. Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41. Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.

Begitulah maksudnya GST sepertimana yang diterangkan dalam blog Cikgu Ayu untuk maklumat dan pemahaman anda.

Berbalik kepada semakan keputusan temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST), menurut portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, semakan panggilan temuduga guru sandaran terlatih (GST) lulusan Institusi Pengajian Tinggai Awam (IPTA) telah boleh disemak melalui laman web KPM. Anda boleh membuat semakan dari masa ke semasa di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Semakan ini adalah bagi calon-calon yang telah memohon melalui laman web KPM. Anda boleh melawat laman web KPM dari masa ke semasa untuk maklumat terkini mengenai GST.

READ ALSO: Borang Permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Sebarang keraguan atau jika ada pertanyaan juga boleh menghubungi nombor telefon 03-7723 7070 ini untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai pangilan temu duga Guru Sandaran Terlatih (GST).

Note: We are still trying to find out more information about teaching degree especially  anything related to GST. We will try to update it here as soon as there any news about anything related to teaching degree. Stay tuned with us.