Borang Permohonan Politeknik Online 2019 Lepasan SPM, SKM Level 3, Pra Diploma Dan Sekolah Pendidikan Khas

[UPDATED - 8 Feb 2019] Borang permohonan Politeknik online. Panduan permohonan melalui UPU ke IPTA/Politeknik/ILKA. Panduan permohonan kemasukan politeknik, syarat dan semakan kemasukan politeknik untuk rujukan dan panduan anda. Tarikh permohonan politeknik tahun ini boleh anda perolehi di laman portal rasmi institut tersebut. Jika ada maklumat baru kami akan paparkan di sini.
Borang permohonan politeknik untuk pelajar lepasan SPM
Oleh kerana artikel terdahulu kami mengenai permohonan dan syarat kemasukan ke Politeknik amat popular dan pihak kami menerima banyak maklum balas, kami memutuskan untuk menulis panduan ini bertujuan membuat sedikit kemaskini mengenai topik ini di sini. Sila baca artikel tersebut untuk maklumat tambahan anda.

Topik ini penting kerana pelajar mengemukan permohonan Politeknik menggunakan sistem applikasi online di laman portal rasmi institut pengajian tersebut.


Cara Memohon Politeknik

Mungkin anda ingin mengetahui proses permohonan sebagai rujukan anda. Proses ini mungkin berubah mengikut budibicara pihak institut pengajian tersebut. Adalah penting untuk anda berhubung secara langsung dengan mereka bagi mendapatkan info terkini.

a. Permohon wajib membeli Nombor UNIK ID, Kategori A berharga RM15.60 di semua cawangan BSN seluruh negara sama ada melalui Perkhidmatan Kaunter atau Perkhidmatan Mesin ATM.
b. Memohon secara online di www.politeknik.edu.my. Pemohon dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat permohonan.
c. Mencetak Slip Maklumat Permohonan Kemasukan.

Sila memohon menggunakan borang permohonan di bawah mengikut kategori.

KATEGORI
LINK PERMOHONAN ONLINE
Lepasan SPM tahun 2016- 2018
*Sila beli no. UNIK ID Kategori Lepasan SPM/Setaraf berharga RM 15.60 di Bank Simpanan Nasional sebelum mengisi borang permohonan.
• Lepasan SPM tahun 2015 & ke bawah
• Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Perda-Tech, Institut Pertanian Malaysia
• Sijil APEL
Permohonan Pra Diploma Politeknik
Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
Kursus Secara Sambilan


Alamat Perhubungan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, anda dinasihatkan dan digalakkan untuk berhubung terus dengan pihak Politeknik menerusi alamat perhubungan di bawah.

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313/ 9263
Faks : 03-8891 9319
Website: http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Borang Permohonan Politeknik bagi lepasan SPM. Permohonan kemasukan ke Politeknik bagi lepasan SPM kini sudah dibuka and pelajar yang berminat boleh membuat permohonan terus secara online di laman sesawang Politeknik KPT. Kepada pelajar SPM tahun lepas, anda boleh membuat permohonan ke politeknik melalui program kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syarat Minimum Kemasukan Politeknik

Berikut adalah syarat-syarat minumum kemasukan ke Politeknik KPT. Anda haruslah memenuhi syarat minumum ini sebelum mengemukan permohonan anda ke Politeknik KPT secara online.

1. Warganegara Malaysia
2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
3.  Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Serta mendapat kepujian dalam 5 matapelajaran yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat tentang syarat kemasukan politeknik mengikut program, Sila layari Panduan Permohonan Ke Politeknik KPT


Panduan Permohonan Online Politeknik 

Anda juga boleh belajar bagaimana mengemukan permohonan anda ke Politeknik berpandukan gambarajah di bawah.
Panduan permohonan politeknik

READ ALSO: Application Politeknik Online For Certificates And Diploma

Jika perlukan maklumat lanjut dan terkini anda boleh berhubung terus dengan pihak politeknik terdekat dengan anda atau layari laman sesawang rasmi mereka.
SUMBER/LINK PENTING
Anda mungkin berminat dengan maklumat-maklumat berkaitan di bawah yang menyediakan info dan rujukan untuk pelajar.

Bantuan Pendidikan:

Akses Laman Web Rasmi UPU Online:


SUMBER RUJUKAN PELAJAR
Untuk rujukan soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas klik link di bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NOTE: Sila share info ini kepada kawan-kawan anda di FACEBOOK. Anda digalakkan POST/TULIS pertanyaan anda (jika ada) di rungan komen. Komen dengan berhemah. Terima Kasih.