Biasiswa Tunku Abdul Rahman Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi Dan Diploma

[UPDATED – 7 Mac 2019] Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk lepasan SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma untuk sambung pengajian ke peringkat degree. Yayasan Tunku Abdul Rahman Scholarship ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia. Bantuan pelajaran atau dermasiswa Tunku Abdul Rahman juga ada ditawarkan. Jumlah biasiswa adalah tertakhluk kepada keputusan Yayasan Tunku Abdul Rahman. Borang bantuan Tunku Abdul Rahman boleh didapati secara online.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Selain itu lengkapkan diri anda tentang cara-cara atau tips menghadapi temuduga biasiswa dan juga panduan menghadapi temuduga biasiswa kerajaan untuk menambah pengetahuan dan keyakinan menghadapi temuduga nanti.

Syarat Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 

Syarat-syarat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk pelajar

Berikut ialah syarat-syarat penting yang perlu diketahui untuk memohon biasiswa ini.

(a) Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas
(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara jika mencapai PNGK 3.50 dan ke atas, dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau university.
* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Penerima BTAR diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.

READ ALSO: Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia

Kadar Biasiswa BTAR

Cara memohon dan kadar Biasiswa Tunku Abdul Rahman untuk pelajar cemerlang

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

Cara Memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Jika anda layak dan berminat, permohonan boleh dikemukakan melalui sistem permohonan online Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Sila layar laman portal permohonan online BTAR di bawah.

Untuk memohon layari >>> Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Online

Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERHUBUNGAN

Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar
59000 Bangsar
Kuala Lumpur
Tel: 03-22836063/6073
Faks: 03-22836052
E-mel: yayasantar@gmail.com
Website: https://www.yayasantar.org.my


Anda mungking juga berminat untuk biasiswa yang lain sila layari Senarai Biasiswa yang telah kami upload di laman webpage ini.

Kepada pelajar yang memohon biasiswa ini kami mengucapkan semoga berjaya. Sila bergubung terus dengan pihak pemberi biasiswa untuk maklumat lanjut dan terkini.

Semoga perkongsian mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman ini bermanfaat kepada anda.