Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Pulau Pinang (Penang State Government Education Loan) adalah terbuka kepada semua warga Negeri Pulau Pinang. Rebutlah peluang ini untuk melanjutkan pendidikan anda. Jika anda adalah penduduk Negeri Pulau Pinang (Penang) atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di negeri tersebut anda layak untuk memohon Tabung Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Permohonan telah dibuka sekarang sehingga 31st Julai setiap tahun. Jika berminat untuk memohon pinjaman pendidikan ini anda masih ada masa untuk berbuat demikian.

Sebelum mengemukakan permohonan anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti maklumat di bawah sebagai pandua anda. Tabung pinjaman kerajan negeri Pulau Pinang ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama. Jika anda menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran anda ini tentu sekali berita yang boleh membantu anda.

Latar Belakang Dana Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwujudkan pada tahun 1970 bertujuan untuk memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada warganegara Malaysia yang lahir atau menerima sebahagian daripada pelajaran mereka di Pulau Pinang.

Syarat-Syarat Permohonan
a. Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

b. Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).

c. Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.

d. Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi tidak layak memohon.

e. Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.

f. Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon.

g. Permohonan adalah secara online.

h. Sila lampirkan dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN BENAR seperti berikut :
1.  Salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak/Sijil Kelahiran
2.  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi
3.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah, dan Surat Akaun (Testimonia)
4.  Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
5.  Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
6.  Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
7.  Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
8.  Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
9.  Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). (salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan)

i.Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:
1. Ijazah Sains – RM 6,000 setahun
2. Ijazah Sastera – RM 5,000 setahun
3. Diploma Lanjutan Sains  – RM 5,000 setahun
4. Diploma Lanjutan Sastera – RM 4,000 setahun
5. Diploma – RM 4,000 setahun
6. Sijil – RM 2,000 setahun
 
j. Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
1. Ijazah (Sains) – RM 5,000 (5 tahun)
2. Ijazah (Sastera) – RM 4,000 (4 tahun)
3. Diploma – RM 3,000 (3 tahun)

k. Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):
Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)
1. Sarjana – RM 6,500 (3 tahun)
2. PHD – RM 8,000 (3 tahun)
 
l. Faedah yang dikenakan 1% (setahun) selama 5 tahun

m. Dua(2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani. Bagi Ibu/Bapa, hanya salah seorang SAHAJA yang layak menjadi Penjamin

n. Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :
http://epp.penang.gov.my

1. Tarikh Buka Permohonan: 2 Mei, setiap tahun.
2. Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai, setiap tahun
3. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran ini di talian 046505391 / 5165 / 5627.
 
Sila pastikan anda mengisi permohonan pinjaman dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran. Kemaskini borang adalah 3 HARI dari tarikh pendaftaran dibuat. Sila CETAK borang permohonan yang telah diisi beserta dokumen-dokumen berkenaan yang telah DISAHKAN dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:
 
LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT 
NEGERI PULAU PINANG,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
PARAS 29, KOMTAR,
10503 PULAU PINANG